Mukasurat Extra

Terjalinnya Ikatan..

Daisypath Anniversary tickers

Jom Main klik-klik-klik

Followers

Saturday, December 27, 2014

Tua... (Dari mukasurat Sebelah)

Mengapa tajuk tua hari ini?
Apakah tua itu? Apakah tua meambangkan umur? Atau perilaku ketuaan?
Hanya ingin berkongsi, tentang kesedaran yng tiba-tiba muncul, dalam suasana sejuk hujan lebat berserta angin kuat, dalam kelas sunyi PT3. Suasana yang nyaman,seronok mengimbau kenangan..
Dulu PT3 ini PMR. Terkira-kira, ntah berapa tahun dlu, saya yang duduk di kerusi di dalam dewan peperiksaan. Menghadap kertas soalan dengan penuh debaran. Soalan mudah segera dijawab. Yang sukar dibelek-belek. Yang memang takde idea ditanda dan ditinggalkan dahulu..
Kira-kira lagi.. Saya menduduki PMR pada tahun 1999. Terlintas di ruang mata, slip peperiksaan pelajar di atas meja. 1999!! Mereka ini lahir pada tahun saya menduduki PMR! Terus terasa tua!
Sempat tersenyum sendiri. ~~harap-harap tiada pelajar yang perasan cikgunya senyum sumbing sendiri!!
Saya sudah berusia 30tahun. Logiklah jika 15tahun dahulu, saya menduduki PMR itu.. Owwhh..memorinya terlalu banyak! Terlalu banyak kisah-kisah semasa peperiksaan yang jika dikenang kembali, memang boleh menguntumkan senyum paling manis dan masam..
Jika diingat kembali, di zaman awal remaja dulu,bila disebut tentang usia 30-an, memang saya akan terbayangkan seseorang yang sudah dewasa, dengan wujudnya garis tua,dan sikap tua itu sendiri. Mesti seseorang itu akan bersikap matang, boleh membuat keputusan terbaik, dan mempunyai keluarga lengkap yang bahagia.
Sekarang,saya sendiri berada di usia 30 tahun itu. Apa yang berlaku pada diri saya?
Saya masih rasa saya masih remaja.
Saya masih selesa untuk kekalkan keremajaan saya.
Saya masih bersikap kekanak-kanakan kerana itu punca keremajaan bagi saya.
Saya masih muda! Itu yang penting!
Tua itu subjektif.
Tua itu nombor.
Terpulanglah pada kita untuk mengisi nombor itu dengan subjek kesukaan..
Dan saya memang selalu terlupa nombor 3 itu.. ingatkan masih di nombor 2!hihihi
Seiring masa, pertambahan nombor disertakan dengan ilmu, pengalaman dan kematangan. Tidak selamanya remaja tetapi keremajaan itu perlu untuk mewarnai dunia kehidupan.. kan?
Wah..seronok topik ni..
Jumpa lagi di lain masa!
0169399240~~ Dayah

2 comments:

  1. letaklah gambo ko mase form 3. meh tgk tahap keselebetan ko mase tuh, sape yg menang, ko ke aku yg plg selebet. hahahhahaa..

    ReplyDelete

Tak perlu Disangkal lagi..

There was an error in this gadget
Pink Diamond), url(Pink Diamond), auto;}