Mukasurat Extra

Terjalinnya Ikatan..

Daisypath Anniversary tickers

Jom Main klik-klik-klik

Followers

Wednesday, February 6, 2013

Sukar Untuk Ikhlas.


Meluahkan perasaan pada sesuatu yang telah diketahui tidak membawa apa-apa kesan adalah satu perbuatan sia-sia. Mana mungkin nasi yang ditanak akan masak kiranya api tidak wujud untuk memanaskannya? Sukar sungguh untuk berusaha pada masa yang sama tidak ikhlas melakukannya..

Kadang-kala, meluahkan perasaan pada layar maya ini, harus menjadi pilihan terakhir akal yang sihat. Namun, berhadapan dengan permasalahan yang menggugat kewarasan, layar maya sering lebih mudah capaiannya untuk pembentangan realiti kehidupan yang membuka sendiri pekung di dada..

Pembacaan ilmiah banyak memberi ilmu, sebanyak motivasi yang melingkari tiap ayat yang menujah pemikiran terbuka yang menerimanya. Ya, ini baru berbicara dengan kertas yang kaku.. Bagaimana andainya masa itu diisi dengan majlis ilmu yang pastinya lebih 'hidup' dan bernyawa??? Ohh, teringinnya untuk memiliki  kumpulan usrah yang akrab, membincangkan pelbagai permasalahan dan solusi kehidupan, dari soal diri hinggakan ke permasyarakatan. Mungkin saya perlu mengetengahkan hal ini kepada pihak atasan, demi kelangsungan rantaian keinsafan tidak terputus di tengah jalan...

Ya, Saya masih pening dan kesakitan di kepala. Dengan anggapan ini adalah sebagai penghapus dosa kecil, semoga perkongsian ini menambah saham di 'sana'..

No comments:

Post a Comment

Tak perlu Disangkal lagi..

Pink Diamond), url(Pink Diamond), auto;}