Mukasurat Extra

Terjalinnya Ikatan..

Daisypath Anniversary tickers

Jom Main klik-klik-klik

Followers

Saturday, February 9, 2013

Aku Tidak Nampak Satu Apa Pun Kebaikan Padamu


Wahai Suami,

Sentiasalah berlaku ihsan, memberikan yang terbaik, dan terus bertanding dengan diri sendiri untuk mengatasi terbaik yang telah dilakukan sebelum ini. Namun, bersabarlah andai isteri terlupa menghargainya. Jangan dibiarkan isteri berada dalam keburukan dengan membiarkan isteri tenggelam dalam prasangka itu, kerana ia menjadi asbab seorang isteri terhumban ke dalam neraka.

Sebaliknya, tenangkanlah dia, pegang tangannya, dan ajaklah dia kepada sifat syukur. Bagaimana mungkin seorang suami boleh bersabar dengan isteri yang melupakan kebaikannya?

Sifirnya mudah, buatnya payah... renungilah firman Allah:

   "Dan sedikit sahaja daripada kalangan hamba-KU yang bersyukur."
   (Saba' 34:13)

Benar sekali, setelah begitu banyak kebaikan yang Allah curahkan kepada manusia, sedikit sahaja yang mahu berterima kasih kepada-Nya. Maka bagaimana pula kita, hamba Allah yang kerdil ini, boleh tidak lena malam hanya kerana jasanya tidak dikenang seseorang.

Ingatkanlah kembali diri dan isteri, bahawa kita ini hamba-Nya.

Edisi Istimewa AKU TERIMA NIKAHNYA - Hasrizal Abdul Jamil (Saifulislam.com)

** Betapa lemahnya seorang isteri, sehinggakan seorang Suami perlu meredhakan dirinya dengan kelemahan seorang isteri, demi menyelamatkan insan kesayangan dari celakanya neraka..

^^ Saya sangat tersentuh, terutamanya apabila mengingatkan betapa Suami memahami, sabar dan bertahan dengan karenah saya selama lebih 5 tahun kami bersama..  T__T


No comments:

Post a Comment

Tak perlu Disangkal lagi..

Pink Diamond), url(Pink Diamond), auto;}