Mukasurat Extra

Terjalinnya Ikatan..

Daisypath Anniversary tickers

Jom Main klik-klik-klik

Followers

Friday, February 8, 2013

Sediakan ongkosnya Saja Ya!


Tujuan saya ke Bukit Tinggi memang ada satu yang muktamad; mencari kain pasang untuk dibuat baju seragam Hari Raya Aidilfitri yang berikut ini.. Memang lambat lagi pun, tapi alang-alang dah ada masa untuk berjalan, baik membeli terus kan.. Nak tunggu datang semula, ntahkan bila masanya..


Sepanjang perjalanan dari Lapangan terbang Padang ke Bukit Tinggi, terlalu banyak persinggahan yang merupakan tempat atau kedai menjual pakaian. Mata ini juling melihatkan terlalu banyak pilihan, semuanya cantik dan megah.. Tetapi harganya terlalu mahal, langsung tidak bertepatan dengan tempat pengeluar kain pasang yang sering diwar-warkan sebelum ini.. Kami mengambil pendekatan melihat-lihat sahaja terlebih dahulu.. Itu lebih baik..


Di depan hotel dan tempat @ Rumah makan juga menjadi medan berjual-beli tiap kali kami menjejak kaki ke situ. Perut yang kenyang, menyebabkan urusan jual-beli menjadi lebih mudah. Saya sukakan keadaan ini.. Sejuk, nyaman, dan shopping!!


Pagi sebelum perjalanan diteruskan ke Lekuk 44, sempat lagi membeli baju untuk kenangan buat saudara ipar duai yang tidak berkesempatan menemani kami kali ini. Ingat-mengingati amalan mulia.. Jangan dilupa, t-shirt sendiri juga.. hihihi


Last sekali, lawatan ke Pasar Atas adalah satu kewajipan apabila sudah sampai ke sini.. Carilah mana yang berkenan, mintaklah harga yang agak murah. Biasanya, jika kita beli banyak, barulah dapat diskaunnya.. Petua.. Bolehla beli untuk emak, kakak, sepupu sepapat yang lain.. Tapi pastikan dorang dah ready dengan ongkosnya, melainkan korang nak bersedekah dan memberi hadiah pada mereka..  :)

Jadi, jika nak melancong ke Bukit Tinggi, duitnya harus banyak. Kalau tak, berputih mata sajalah kita melihat yang cantik-cantik, tetapi tak dapat dimiliki.. Ohh... Sedihnya......

Saya dapat jugak 2-3 pasang kain untuk dibuat baju.. Selebihnya, untuk dijadikan baju raya. Sebelah keluarga saya saja. Terlupa tahun ni masih giliran di rumah mertua.. Bajet untuk mereka dah tiada.. Cuai sungguh diri ini.. :(

No comments:

Post a Comment

Tak perlu Disangkal lagi..

Pink Diamond), url(Pink Diamond), auto;}