Mukasurat Extra

Terjalinnya Ikatan..

Daisypath Anniversary tickers

Jom Main klik-klik-klik

Followers

Wednesday, February 27, 2013

Men Are From Mars.. Women Are From Venus...


' To feels better Martians go to their caves to solve problems alone'

' To feels better Venusians get together and openly talk about their problems.'

2 ayat di atas dah menerangkan sepenuhnya tentang perbezaan antara lelaki dan perempuan. Betapa reaksi lelaki yang akan 'bersembunyi di dalam guanya sendiri' untuk menyelesaikan apa sahaja masalah yang dihadapinya manakala perempuan pula lebih terbuka dan sudi berkongsi masalahnya dengan orang lain..

Apa kebaikan dan kepentingannya perilaku 2 makhluk berbeza ini dalam definisi sepasang pasangan?

Terus terang saya mengaku, saya belum selesai membaca buku ini. Terlalu banyak yang perlu dihadam. Terlalu sedikit masa yang dapat dicurahkan. Terlalu sukar term2 English itu untuk diproses dan dijalinkaitkan ke dalam kehidupan sendiri untuk dijadikan panduan..

Saya membeli buku ini, bukan sekadar untuk mengetahui bagaimanakah saya patut lakukan untuk memahami Martian kesayangan saya, malah saya juga berharap agar dia memahami saya juga.. Terlalu banyak masalah yang timbul akibat kesalahan2 yang kita anggap kecil dalam komunikasi, tetapi mengakibatkan luka2 yang terus merebak bernanah menjadi kanser yang ntah kan bila akan ditemui penawar mudahnya..

' When a man loves a woman, periodically he needs to pull away before he can get closer.'
' Women's self-esteem rises and falls like wave. When she hits bottom it is time for emotional housecleaning.'

2 ayat ini pula merujuk kepada keadaan bahawa tiap perilaku itu ada maksud dan keperluannya, walaupun lain situasi yang mengalaminya.
 Lelaki memerlukan ruang bagi membina keintiman seperti semalam??
Wanita pula perlukan tekanan hebat untuk kembali stabil emosinya??

Anda percaya??

Dan, demi separuh buku ini yang saya telah dan sedang mencuba untuk fahami ini, kelakuan Martian kesayangan sering dianalisis punca dan kesannya.. Ada yang dapat dikaitpuncakan, ada yang masih belum berjaya digalidalam solusinya. Ya, perkara mudah seperti inginkan keyakinan dalam menyelesaikan masalah sendiri memang tidak sukar untuk ditilik. Tetapi, jika kelakuan lain yang ditunjukkan??

seorang rakan, yang saya hormati dan jadikan sebagai panduan ada berkata, bahawa Martian memerlukan masa untuk keluar rumah, bersama rakan-rakan, melupakan sebentar permasalahan di rumah. Dan, mereka akan kembali dengan penyelesaian yang pastinya akan menguntungkan Venusian. Saya mengandaikan bahawa luar rumah itu ialah gua mereka, tempat mereka meregang seperti seutas getah gelang, yang apabila cukup tenaga keupayaannya, akan kembali melantun kepada keadaan asal seperti biasa, atau lebih baik lagi bersama-sama tenaga kinetik yang mengujakan. Namun begitu, adakah semua metafora itu satu realiti??

' When a man is silent it is easy for a woman to imagine the worst.'

Buku ni yang cakap.. Bukan saya yang taip sesuka hati.. Nak buat macam mana. Memang itu hakikatnya..

So, saya akan berusaha sedaya upaya untuk menyelesaikan pembacaan ini, demi untuk memahami dengan lebih mendalam permasalahan perbezaan ini. Dan pastinya, akan menyerahkan buku ini kepada Martian saya untuk si dia pula mengkaji buku ini dengan sepenuh jiwa, untuk memahami Venusian yang sentiasa bermetafora dan berhipotesis, tetapi mempunyai pelbagai nilai yang kadang-kadang tiada langsung kaitannya dengan perumpamaan yang digunakan..

Akan disambung lagi perkongsian MFMWFV ini.. In sha Allah..

tata

Men Are From Mars. Women Are From Venus.
John Gray, 1992

No comments:

Post a Comment

Tak perlu Disangkal lagi..

Pink Diamond), url(Pink Diamond), auto;}