Inilah Jam Gadang yang popular di Bukit Tinggi, Padang tu. Al-kisah, jika dilihat dari jadual perjalanan, memang banyak betul perjalanan yang perlu dilalui.. Rupa-rupanya Bukit Tinggi di kecil je tempatnya.. Di situlah Jam Gadang, disitulah Pasar Atas (cerita di lain entri), jalan sikit je, dah sampai hotel..
Tambah lak udara dia memang nyaman betul, hinggakan berjalan-jalan berdua terasa macam melayang-layang je.. Tak letih pun.. :) Ada opsyen untuk naik kuda, kena bayar Rp25000, teringin tapi telah disanggah oleh cik abang.. Yela.. Kita jalan kaki jela ya..
Camerawomen nya tangan pengkar, Jam Gadang yang gah tu pun jadi senget di dalam gambar.. Ye, di tangan cik abang tu hasil tangkapan di petang hari.. Nasib baik dah petang.. Kalau tak, mau lebih lagi dari tu.. :)
Jurukamera saya cuba untuk merakam pelbagai gaya menarik. Tetapi hasil kurang memuaskan kerana model yang ada langsung tak boleh kena arah.. Nak posing gaya sendiri.. Nah, gambar tak cantik, marah jurukamera!! hihihi
Mengabadikan gambar di hadapan Jam Gadang seolah-olah satu kemestian.. Sebagai tanda kami sudah tiba di sini kan.. Ya, cik abang saya semakin kecik sehinggakan begitu senang saya merangkul pinggang rampingnya itu.. Saya?? Cukuplah gambar menceritakan segala.. :(
No comments:
Post a Comment