Mukasurat Extra

Terjalinnya Ikatan..

Daisypath Anniversary tickers

Jom Main klik-klik-klik

Followers

Monday, September 14, 2009

Seminggu lagi....



Seminggu lg dh raya.. aku dh tak sabar nk balik umah..Oppss..umah mak mentua punya turn kali nie..huhuhu...

tp, nk balik cenor gak dulu.. takkan xjenguk mak langsung sebelum raya kan.. tgk ape jd kt lemang mak.. rasa kari n rendang mak dulu.. lgpun dah tempah lempong masak bercili.. nak makan ngan lemang.. hahahaha... tak sabar2 betol la.. lgpun, rindu kat budak bertiga tu.. mst dh besar.. hanaan mst dh petah bercakap..hehehehe... takder anak sendiri, anak sedara jd pelepas rindu.. kan...

so, tekad utk setel kan keje sepanjang minggu nie, so boleh beraya sakan tanpa berfikir tntg kerja!!!! so, camna raya? hehehehehehe.... mst la dlm kete... jom jalan2!! banyak umah yg nak disinggahi, banyak lagi yg nak diziarahi.. jom jalan2..( baik jalan2 umah sedara mara dari gie Jakarta.. bahaya..)

tata

Thursday, September 10, 2009

Pengakhiran yang Menenangkan...


Alhamdulillah... minggu ini berakhir dengan rasa puas hati... Bermula dengan tenang, walaupun bergocak di pertengahan namun begitu dapat berakhir dengan tenang dan aman, amat memuaskan hati.. Rupa2nya, ketenangan dan kesabaran yang diusahakan sepanjang minggu dibalas Allah dengan ketenangan jua.. ALhamdulillah... Syukur yang amat sangat.. Walaupun kekurangan peruntukan raya kali nie (sumer pun tau, tekder bonus kan..), tapi harap2nyer raya nie akan lebih meriah dan menggembirakan...

Dengan ketiadaan subsidi raya nie, ramai yang merungut tak cukup duit.. mmg, diriku sendiri pun terasa berat. dengan keadaan yg berjauhan macam nie, peruntukan utk balik ke kampung melambung tinggi. berat mmg berat tapi nie juga cara utk mematangkan dan menghilangkan keselesaan subsidi.. hehehehe.... seperti yg diriku fahami, subsidi yg pelbagai jenislah yg menyebabkan kaum melayu sukar meneroka pelbagai khazanah Malaysia hingga terpaksa menyerahkan hasil bumi sendiri pada bangsa asing..

AAiii....Kadang kala, semangat patriotik disalah ertikan sebagai racist, tetapi kita sebagai insan yang berakal dan dewasa, cubalah tilik dan teka, siapa yg lebih racist dari siapa.... ermmm...

ok la, hari nie Jumaat. Semoga lebih baik dari jumaat lepas... InsyaAllah..

tata

Tuesday, September 8, 2009

Minggu Penuh Dugaan...


Setelah bertekad utk kekal tenang dan bersabar sepanjang minggu nie, makin tipis dari hari ke hari, menyebabkan diriku makin lemah menahan diri dari bara yang makin memerah.. Sungguh, kemarahan memang meletihkan, menipiskan nilai puasa itu sendiri, namun apa daya andai memeng insan2 yg dihadapi di sini semuanya kekurangan kasih sayang... tak mampu rasa diriku utk melimpahkan kasih sayang tak bertepi tambahan pula balasannya hanya gurau senda yang mengguris hati...

Apa yang hati kita rasa andai setiap kata2 kita ada ulasannya..? benar... sekiranya ulasan yang diberikan bernas, jujur dan melambangkan kemenjadian diri mereka, kita lah pendidik yg takkan berpaling dari menghambakan diri pada nusa bangsa.. diriku amat mengerti itu.. namun begitu, bagaimana jika ulasan yg dilemparkan begitu sinis menghiris kalbu, menyimpang jauh dari jalan kebenaran yg cuba kita titipkan dalam diri mereka?? gagalkah kita sebagai pendidik??

sungguh...diriku tak rela menjadi seorang yg gagal.. diriku tidak pernah gagal dalam mengendalikan kegagalan diri sendiri sebelum ini.. tapi kegagalan yg diriku rasa saat ini seolah-olah mentertawakan diriku, terasa seolah darah pendidik yg mengalir dalam setiap alur nadi diriku ini ditidakkan ketuanannya..!!! mana lagi sabar itu dapat dilabuhkan?

BENAR!! diriku harus menjadi dan menggali kembali diriku yang dahulu... diriku yang teguh dan kukuh. diriku yang berhati kayu dan batu.. panorama yg dilalui sekarang bukan utk diriku yg sentiasa dilindungi ini.. diriku perlu mencari kekuatan diri yg lama menyembunyikan diri disebalik rimbunan kasih sayang yg memayungi diriku selama ini... diriku akan memastikan diriku dapat memanipulasikan kasih sayang yg diriku miliki hari ini dengan hati kayu dan batu dahulu, agar diriku akan menjadi 'SETEGUH KARANG', tetap teguh dilambung ombak yg ganas disebalik karang yg sentiasa melindungi dan menyayangi....

INSYAALLAH..

tata

Saturday, September 5, 2009

Assalamualaikumm.. salam sejahtera, salam 1 Malaysia.. (pembuka kata terglemer di induksi)...

Hari nie ari Ahad.. Disebabkan diriku berjaya menyekang mata dari terlelap selepas Subuh td, maka hampir semua perancangan yg dirancang utk dilakukan pada hari nie dah hampir siap.. baju dh siap basuh n jemur...iron pun dah. (baju cik abang belum lg.. petang or malam kang punyer kejer tu..) so diriku mempunyai masa lapang menaip serba sedikit pagi nie...

Telur yg wajahnya seolah blur dan telur yg wajahnya macam konfius nie nampak seperti memberi pelbagai watak dan maksud.. berikan gambar ini kepada 5orang yg berlainan, pasti jawapan mereka ada perbezaannya.. jadi, apa yg dapat ditakrifkan dari gambar ini??

Mungkin ini adalah satu instrumen yg boleh menyedarkan kita bahawa kita bukannya sempurna.. mengape diriku menyatakan sedemikian?
kerana adanya perbezaan antara kita, maka sempurna kita mestilah berbeza dengan sempurna yg lain.. sementelah itu, kita manusia yang penuh dengan kekurangan.. maka sempurna bukanlah milik kita...

ermm... diriku mengeluarkan kata2 yg agak pelik semenjak 2menjak nie.. diri pun agak risau jugak dgn perubahan ini tapi takpelah. berkongsi ilmu banyak faedahnya kan..
diriku akan sentiasa berdoa agar diriku menjadi insan yg akan terus berjasa pada nusa bangsa (dalam istilah diriku sebagai seorang guru dan pendidik..).. kadang kala diriku raser tertekan.. tertekan apabila bayangan di minda tidak menjadi realiti di depan mata.. namun begitu, diriku tahu, diriku perlu menguatkan semangat demi membuktikan kelemahan bukanlah milik diriku.. diriku yakin, selagi ada sinar di mata ini, selagi itulah diriku akan mampu bangkit berjuang walau dengan cara sendiri yg mungkin kureng di mata yg llain..

sebenarnya, perasaan yg selalu menghimpit jiwa membawa banyak kesan buruk dari yg baiknya.. pernah anda dengar tentang ramainya para pendidik yg dikesan mempunyai masalah mental? ya...sekiranya anda bukan seorang guru dan anda tidak percaya fakta ini, silalah datang ke sekolah dan hayatilah kehidupan kami selama beberapa hari.. bukanlah diriku ingin mengatakan bahawa sekolah adalah tempat yg menyeksakan... bagi diriku, sejak kecil hingga saat ini, sekolah adalah satu tempat yg amat aman dan mendamaikan.. tempat meluah perasaan dan kecintaan.. namun begitu, ada elemen2 kegagalan yg menyukarkan tugas berlaku, sekaligus memudaratkan kelemahan sebilangan insan yg gigih menggapai harapan yg melangit tinggi...

usah diriku mengulas lebih panjang, sekadar ingin berkongsi percintaan yg baru setahun jagung ini saja..

diriku sebagai guru adalah seorang yg masih banyak perlu dipelajari.. rupa2nya, ijazah 4tahun itu, ilmunya terlalu kurang dan cetek utk dicurahkan di sekolah..dan tanggungjawab menjadi kewajipan utk sama2 menimba ilmu di sekolah.. memberi dan menerima menjadi rutin wajib, menjadikan diriku sentiasa berusaha memperbaiki diri.. walau sering juga diriku terbabas dari landasan akal, diriku sentiasa berharap utk terus berusaha memperbaiki diri menjadi yg lebih baik demi sebuah jiwa pendidik yg mengalir dalam diri..

tata

untuk Motivasi Diri Kita.. Di copy dari www.iluvislam.com


Saya Pun Budak Kampung
www.iluvislam.com
oleh: aman shah
Editor: deynarashid

"Saya pun budak kampung, pun boleh berjaya, anda bila lagi?" - Zulkifli b Aziz; Usahawan Hai-O


Biasa dengarkan dengan iklan Hai-O di atas tu? Alhamdulillah. Apabila iklannya sudah menjangkau ke iklan, makin lebarlah kata-kata usahawan Hai-O lepas ini. Makin berleluasalah projek MLM Hai-O ini.

Walau bagaimanapun, fokus saya ialah istilah 'budak kampung'. Tidak tahulah, apa yang dipandang oleh saudara berkenaan. Apa salahnya budak kampung? Adakah budak kampung diketegorikan sebagai second class di Malaysia ini? Kalau yang berjaya, hanya di pundak orang-orang bandar?

Sikap Menentukan Siapa Kita

Sikap adalah sesuatu yang dipelajari melalui pengamatan, pendengaran dan pengalaman. Dengan kata lain, sikap adalah tindakan dan tingkahlaku diri berlandaskan cara fikirseseorang individu.

Dua orang yang mempunyai cara fikir yang berbeza akan bertindakbalas secara berbeza juga terhadap sesuatu peristiwa atau persekitaran. Cara fikir mengubah tingkah laku seseorang dan mempengaruhi sikap seseorang.

Cara fikir sebenarnya sesuatu yang dipelajari dan ditiru melalui sumber-sumber seperti:
  • Orang sekeliling - Ibu bapa, guru-guru, rakan-rakan, idola
  • Pengaruh media - TV, radio, internet
  • Bahan bacaan - novel, majalah, akhbar, buku-buku.
  • Persekitaran - Agama, bangsa, kebudayaan
  • Peristiwa silam - besar atau kecil
Pengalaman

Sebab itulah ada pepatah yang mengatakan bapa borek anak rintek. Kalau bapa jenis panas baran maka anaknya berkemungkinan juga demikian.

Tetapi tidak pula semua anak berkelakuan serupa seperti bapa. Mungkin anak yang lain pula cukup mengkagumi gurunya dan kebetulan pula guru seorang yang penyabar maka sikap sabar ini mempengaruhi anak.

Maka sikap panas baran bapa tidak ditiru oleh anak ini kerana dia dapat menilai bahawa sikap itu tidak menguntungkan sesiapa.

Sebaliknya, pengaruh guru lebih besar atas diri anak ini dalam dalam pembentukan sikapnya. Jadi seorang anak membesar dengan meniru tingkah laku orang lain.

Sikap-sikap negatifnya mungkin diperolehi daripada gabungan pelbagai sumber. Pemarah macam ayah, boros macam emak, malas macam abang, pakaian macam artis, buang masa macam rakan-rakan dan sebagainya.

Begitu juga dengan sikap positifnya juga ditiru dari orang lain. Berani macam ayah, bercakap benar macam emak, suka mencuba macam abang, gigih macam artis pujaan dan hormat ibu bapa macam rakan.

Satu kelemahan otak ialah ia menerima segala maklumat yang dilihat, dirasa dan didengar ini, tanpa sekatan sama ada positif atau negatif.

Apabila mesej yang sama diterima berulang-ulangkali maka sedikit sebanyak mula terbentuk kepercayaan dalam diri bahawa tidak salah untuk menerima pakai atau meniru cara orang lain ini.

Keadaan ini berlaku diluar kesedaran seseorang. Ia berlaku dalam tempoh masa yang panjang sebelum menjadi lazim dalam pemikiran. Setelah ia menjadi kebiasaan segala tindak balas kita menjadi spontan dan kerap kali tindakan kita diluar kawalan diri.

Bolehkah sikap diubah?



Sikap yang negatif boleh diubah kepada positif hampir serta merta.

Misalnya anda membonceng motosikal rakan. Rakan anda membawa motosikal dengan laju dan gopoh-gapah. Anda tumpang seronok. Akibatnya berlaku kemalangan dan rakan anda mati ditempat kejadian. Ketika itu juga anda berkemungkinan besar mula mengubah sikap anda apabila membawa motosikal.

Walaupun ia berlaku hanya sekali dalam kehidupan, tetapi pengalaman tersebut cukup menyakitkan dan menyedihkan. Ia mengubah cara fikir anda serta merta.

Sikap anda juga berubah serta merta. Satu peristiwa mengubah segalanya.

Sebenarnya untuk berubah anda tidak memerlukan masa yang panjang. Masa yang panjang sebenarnya untuk kita mengumpul maklumat dan membina keyakinan serta kepercayaan sememangnya perubahan diri itu sesuatu yang mesti dilakukan.

Setelah anda membuat keputusan tentang perlunya berubah maka perubahan berlaku serta merta. Masa yang panjang ini sebenarnya boleh disingkatkan dengan syarat anda mendapatkan maklumat yang diperlukan untuk menyokong kepercayaan anda untuk berubah itu sekarang.

Anda perlu mendapatkan maklumat dari orang yang boleh memberikannya kepada anda. Ramai yang tidak menyedari bahawa sikap ibarat pakaian yang boleh dipilih untuk disarungkan kebadan. Bagaimana mudahnya menukar pakaian begitu juga mudahnya mengubah sikap. Dengan syarat tahu rahsia dan kaedahnya.

Untuk berubah sikap, setiap kepercayaan dan pegangan hidup yang negatif perlu digugat, dicabar, dibenci dan kemudiannya digantikan dengan alternatif yang baru. Proses ini lebih mudah dilakukan sekiranya dibantu oleh seseorang yang pakar dalam bidangnya.

Perhatikan sejenak, adakah sikap anda selama ini membolehkan anda menggunakan sepenuhnya potensi diri yang ada pada diri anda?

Setiap kali guru memberikan markah ujian, cuba tanyakan diri anda, adakah ini yang terbaik boleh dilakukan oleh anda? Kalau tidak, apa yang menghalang anda melakukan yang terbaik? Tiada yang menghalang kecuali diri anda sendiri.

Kalau anda tidak mengubah sikap dan cara fikir anda sekarang, anda juga pastinya mencapai sesuatu yang serupa 5 - 10 tahun yang akan datang. Yang berubah ketika itu mungkin lokasi anda, rakan-rakan anda dan fizikal luaran anda tetapi dalamnya tetap sama.

Kalau sekarang anda gagal di sekolah maka 5-10 tahun akan datang anda bakal gagal pula di alam pekerjaan. Sebab itulah anda perlu berubah, dan perubahan itu perlu dilakukan sekarang!

Sesungguhnya benarlah perintah Tuhan, “…sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….” (Ar-Ra’du:11)

Kesimpulan

Maka, dalam menentukan erti kejayaan itu sebenar, semuanya bergantung kepada kita. Sejauh mana sikap kita menentukan kejayaan kita itu. Terpulanglah kepada diri kita sendiri menentukan arah dan tingkat kejayaan kita!

Kejayaan Hari Ini...

Hari nie, diriku dengan rasminyer selamat memasak NASI KERABU!!!!!! hahahahaha....

macam biasa, resepi diriku dapatkan dari kekawan kelantan yg ada kat lawas nie.. (kredit utk Kak Ana & Rosliza, TQ a lot). jadi, dengan penuh konfiden, diriku mula turun ke dapor (xde tangga punn) start jam 1.30 lagi.. hahahahaha..

buat persiapan utk buat solok lada dulu.. pastu baru buat kerabu nya dan kuah tumisnyer... pastu baru potong2 ulam2nyer... tak lupa goreng ikan celup tepung..dan diriku melihat jam dah kul530.. lamanyer memasak... tapi, takkan jadi nasi kerabu nie tanpa suami TERCINTA.... kerana bantuan abang, siap juga nasi kerabu nie dengan jayanya...

di bawah nie soalan yg dah diriku tanya kat cik abang td, dan berserta jawapannya sekali tau..

Soalan 1
adakah nasi tadi sedap dimakan?

jawapan 1
sedap..

soalan 2
adakah lauknyer menepati citarasa?

jawapan 2
ok..

soalan 3
ada yang terlebih masin or tawar?

jawapan 3
sumer ok.. takde yg lebih or kurang..

soalan 4
akan rase malu tak kalau bagi kat kawan2 rase?

jawapan 4
ntahla.. tp bg abang ok dah.. kalau org kelantan taktau la..

soalan 5
nie jawapan ikhlas dari hati ker?

jawapan 5
ye la.. tak tipu..

soalan 6
betul? bukan semata2 nak jaga hati sayang jer?

jawapan 6
betul la.. bukan semata nak jaga hati...

hahahahaa.... nie betol2 tau.. bukan rekaan semata-mata... perbualan selepas perut dah dipenuhi dengan nasi kerabu.. best betol rasernyer.. raser rugi sbb perut dah tak muat.. patut kena makan lg.huhuhuhuh....

(NIE ADALAH AYAT2 KEBANGGAAN DIRI SENDIRI. SILA JANGAN ANGGAP KENYATAAN YANG MEMBESARKAN DIRI SENDIRI..SEMUA YANG DIPAPARKAN ADALAH SEBAHAGIAN DARI MOTIVASI DIRI AGAR LEBIH BERUSAHA GIGIH DI MASA AKAN DATANG.. CHAYOO!!)

So, ari sabtu nie berlalu dengan indah dan puas ati kerana hajat dah tercapai.. lepas nir boleh buat benda lain lak.. sebelum nie, tiap kali nak makan nasi kerabu, kena mintak Chik tolong buatkan. skg, dah pandai buat sendiri...huhuhuhuhu... bangga lagi...

tapi, abang ada cakap td, masak lama2 tapi makan kejap jer... hehehehehe.... biasa la tu bang... mana ada benda yg mudah utk sesuatu yg best kan...

hehe.. tata

Thursday, September 3, 2009

hari ke 14...

Sedar tak sedar, dah 14 hari kita berpuasa... bagi yang masih lagi kekal momentumnya dari awal bulan Ramadhan, Alhamdulillah... Namun begitu, bagi yg masih ragu2 akan kemampuan diri, sedarlah, kita diamanahkan untuk melakukan apa yg kita mampu sahaja... dan berpuasa amatlah baik utk tubuh badan kita..hihihihi

minggu pertama berpuasa, diriku dan cik abang menjamu selera di Eastwood dengan pelbagai makanan enak dan dapat makan tanpa bersusah payah.. gie cafe, beratur dan amik makanan... mmg mudah.. free lak tu..(tima kasih buat sponsor..)

namun begitu, kembali ke Lawas dengan kenyataan, diriku sudah tidak perlu untuk beratur panjang utk mengambil makanan lagi dah. sbbnya, diriku sudah perlu untuk berdiri menghadap dapur dan singki untuk menyediakan makanan tersebut..huhuhuhu.. And thank Allah, diriku tidak perlu berhadapan dengan karenah cerewet seorang lelaki bernama suami tentang makanan untuk berbuka, kerana suamiku amatlah mudah dan simple walaupun untuk berbuka puasa... sehinggakan diriku yang segan kerana asik makan makanan yg sama berulang kali...

Dan kesan dari menu berlainan setiap hari di rumahku sejak kecil, diriku rajin utk membelek majalah dan buku resepi utk mula memasak. almaklum, diriku mmg tak pernah membantu emakku memasak di rumah.. so, diriku tidak mempunyai pengalaman memasak masakan yang hebat2... terutamanya kari mak yg mmg PPEERGGHHHHHHHHH..... nyaman giler.. (sedap sangat dalam bahasa Kedayan di lawas..)


Sekali sekala mmg rasa menyesal menggunung di hati.. kenapa lah time balik semenanjung, lebih2 lagi time balik chenor, diriku tidak begitu eager utk belajar memasak?? tidaklah diriku mengalami masalah besar camnie... tapi, bila diingat kembali, aku kembali utk merasa air tangan mak..hehehehe... dan sekaligus menyebabkan diriku taknak mencemarkan keenakkan makanan tersebut...

tapi, diriku tetap bersyukur, sedikit sebanyak kepakaran mak di dapor turut turun ke tangan ku ini.. bukan utk memuji diri sendiri jauh sekali utk mendabik dada tetapi sekadar menyedapkan hati sendiri tentang kelebihan dan kekurangan sendiri.. setakat nie, resepi yg ku pelajari dari mak melalui telefon berjaya diriku masak dengan kategori 'boleh dimakan' dan 'sedap' la.. tak sampai kategori best dan nyaman giler lg tp ok la bagi diriku.. dan masalah utama diriku di dapor is... diriku selalu salah menganggar jumlah garam yg sepatutnya diriku masukkan ke dalam masakan.. dan hasilnya ialah masakan yang tawar... dan akhirnya cik abang ku yang tercinta yg terpaksa menelan masakan ku yg kureng tu...

Sesungguhnya, diriku sentiasa berdoa agar diriku akan mempunyai masa dan kesempatan utk mempelajari segalanya tentang ilmu di dapor drpd mak.. ermmmm.. entry kali nie bukan je membuatku merasa lapa, malah membuatkan diriku merasa amat rindu sekali... dan diriku mmg betol2 ingin mengingatkan adik2 serta kawan2 yang ingin menjadi seorang guru atau pendidik, Negeri Pahang masih mempunyai banyak kekosongan jawatn, so, kerjala kat Pahang jer... kalau kita kerja jauh2 di seberang macam nie, banyak perkara yang akan kita terlepas.. dan kita dah takkan dapat ulang semula apa yg dh terlepas tu..

walaupun diriku merasa amat gembira berkhidmat di sini, namun, kehilangan masa2 berharga bersama keluarga tersayang sesuatu yg akan disesalkan kemudian.. walau diriku sudah mula meninggalkan keluarga sejak tahun 6 lagi, sehinggalah melanjutkan pelajaran ke SHAH, menyambung lagi ke KMM dan UTM, diriku masih sukar utk membiasakan diri ku..

malah pengalaman sebelum ini sebenarnya menguatkan lagi semangat diriku utk kembali pada satu masa... Demi tanah tercinta, demi ibu tersayang, demi sesuatu yang diriku pernah tinggalkan, demi sesuatu yang diriku pernah abaikan...

Ramadhan ini membawa banyak kenangan.. malah rasanya, Ramadhan ini akan mencatat hari puasa yang paling sedikit buat diriku.. mungkin diriku tidak mempunyai rezeki utk menghayati Ramadhan ini seperti sepatutnya namun begitu, tanggungjawab diriku terhadap suami tetap sama seperti biasa.. bukan seperti semasa kecil, semasa berpuasa, diriku bangun utk membantu emak di dapur menyiapkan juadah bersahur, bila uzur, macam2 alasan diberi utk tidak bangun..hehehe...

dan, Ramadhan ini mengingatkan ku bukan sahaj pada mak, malah abah juga.. walau sepenat mana, tetap gagah ke pasar ramadhan membeli air tebu yg menjadi minuman rasmi sepanjang ramadhan.. puding karamel kegemaran diriku menjadi pencuci mulut pertama yg dicari abah.. dan bagi abah, emak tidak pernah lepas dari membuat kueh2 tradisional Pahang.. karipap dan donut abah mmg taknak.. abah nak penaa, pengalan talam, badak berkubang... mak mmg chef sejati.. dari kul3 dah ada kat dapor.. sampaila waktu berbuka still ada yg dilakukan...

kenangan berpuasa semasa kecil memang indah... dan mgkin diriku masih memerlukan ruang dan masa agar dapat menyiapkan diri utk menghasilkan pengalaman serupa atau lebih hebat lagi utk anak2ku pula... dan diriku percaya, kami masih berdua kerana masih ada yang kurang dalam diri kami.. dan masa yang ada ini diberikan Allah utk membaiki diri kami dan menyediakan diri kami agar menjadi ibu bapa yang lebih baik dan bertanggungjawab... dan sesungguhnya diriku sentiasa berdoa agar diriku telah betul2 sedia dan sempurna sebelum diriku dianugerahkan amanah maha besar itu...

ini Raif, Hafeeza dan Hanaan mengucapkan selamat hari guru kepada ku.. lama dah tapi sengaja ingin berkongsi.. ini pengubat kerinduan ku..

tata

Tuesday, September 1, 2009

My new PowerShot A1100 IS...

Alkisah ceriter..... balik dari miri ari Sabtu, selepas bermastautin kat sana selama 3minggu, diriku telah berjaya menggoda cik abangku supaya kami berjalan pula ke KK esok arinyer..huhuhuh... semata2 untuk mendapatkan aset dambaanku ini... sebijik kamera digital yg baru... khas utk raya nie la ni... alahai... punyala teringin nk kamera.. cari kt Miri mahal2, takde less pun.. gie Karamungsing Complex baru jumper.. (tu pun lepas tgk website Canon..mmg kat sarawak takder canon nyer center.. sian...)

so, kamera yg secara rasminya dah menjadi milikku nie harganya RM639... bersama2 adiah spt mini tripod, sd kad 2giga, pounch & screen cover.. dan cik abang dan diriku juga telah menyambar pendrive 4giga yg berharga RM28.50 setiap satu... yg pentingnya, visa telah memainkan peranan yg besar arini...huhuhuhu...

oh yer, cik abang jugak telah berjaya mengatasi kempunannya utk memiliki mp3 yg boleh cocok kat kete tu...dgn harga yg jauh lebih murah berbanding yg dilihat kat Miri... dan kerana ke'eager'an cik abang ku sayang, sampai je kat umah dalam kul8.30 malam tu ( kami berbuka dalam kete jer.. beli kt bazar ramadhan kem askar Lok Kawi ) abang terus bukak laptop, guna pendrive baru masukkan lagu & terus try mp3 barunya di kete.. amboi2.... seronok bukan main.. tengah tido pun still tersenyum puas ati... hehehehehehehe..

ni lah buah ati kesayangan terbaru...
lagi gambar dari handphone..
alala sayang...
antara gambar2 terawal dirakamkan menerusi powershot baru ku...
sawah padi di Putatan..
cik abang tersenyum sumbing..


dalam suasana gelap, cik abang masih maintain drive dengan penuh hati2.. bagusnya...
sayang abang.....

tata

Friday, August 28, 2009

finally....

Akhirnya tamat jugak kursus induksi selama 2 minggu nie.. rasernya, segala penat dan ngantok masa dengar ceramah dah tamat dgn jayanya... walaupun badi aku menjawab exam dalam bulan posa berlarutan... naper?? meh aku citer kisah silam sket..

aku nie mmg kurang luck kalau exam time posa. paper SPM aku yg time ramadhan, sumer dpt B4 jer.. paling tinggi la tu. maser aku amik MUET, aku target band 5. sbb english aku not la bad sangat kan.... tp alkisahnyer, exam time dahnak balik raya maser matrik kat Londang thn 2002tu... so, the result was... band3 jer... sedeyyy..

dan skg, sejarah berulang lg... exam induksi lak time bulan posa yg penuh barakah nie.... dan, biler aku baca jer soalan2 dalam buku soalan tu, aku tau dah.. confirm xdapat buat yg terbaik... nasib la kan....

kat bawah nie, gambar2 kenangan kat Eastwood Valley.. rate dier takla mahal sangat esp bg yg ada kad gov.. so, bg kekawan yg nak jalan2 Miri, boleh masukkan Eastwood dalam senarai tempat penginapan. yg tak best sketnyer, jauh dr bandar la...

nie masa nak check out dr Mega Hotel utk gie Eastwood..
nie la keadaan bilik yg jd tempat penginapan aku selama 3minggu.. mula dari BTN sampaila induksi... start 9/8 sampaila 28/8..
penuh dgn pakaian yg bergantungan..
mmg tak sempat nk kemas katil2 nie.. nie bilik masa BTN. aku kongsi bilik ngan 3 cikgu dr SMK Limbang. Cik Fadhil bilik lain. kitaorg lain group. so mmg tak berjumpa selam 5ari BTN tu..
nie suriani. cikgu SK Kidurong 2, Bintulu. dalam tiap ceramah induksi, mmg kitaorg dok sama la.. dia org kelantan.. nak kawen ujung thn nie.. huhu
aksi2 yg di snap melalui webcam laptop aku..
kat belakang tu member2 aku gak.. kawan2 bergelak ketawa.. hohohohoho.... kak shaliza, kak sharinatul ngan anita...
nie la 3 nama yg aku sebutkan di atas td...
nie la suasana dalam dewan ceramah. mewah giler. tp pencahayaan tak bagus la.. lampu sumer kuning.. memberatkan mata....zzzz

nie cik su tgh bg public speaking. gambar aku tak de la.. lupa bwk hp time public speaking sendiri....sedeyyy...
nie lak halimah, cikgu dr SMK Merapok..
nie katijah, SMK ape ntah. aku tak ingatla. tp dr Sibu la...
nie aku ngan cin abang kat tepi pantai Luak bay.. lama dah aku ajak abang gie, petang sebelum exam baru sampai... pantai lawa tp ombak besar la...
no waiting here... sebelum berbuka kat musical Corridor, Eastwood Valley..
niela kenangan makan malam(buka posa la..) terakhir kat eastwood.. tak best la makan malam berserve camnie.. tak sempat nak makan dengan tenang dan selesa sebab terkejar2 nak solat maghrib.. aku dh buat cadangan solat dulu baru makan, tp cdgn aku tu telah ditolak scr diam2 kot... sblm tu cdgn nie dh diterima tp diubah lak saat2 akhir.. ermm... tak byk masa nak berpeluk-pelukan dgn kwn2..
selepas makan malam, solat, kitaorg gie Bintang Mall lak. main bowling ngan beberapa kawan2 yg hapenning.. yg lain sumer dok bz kemas barang nak balik ari esok..
kitaorg balik dalam kul 12 kot malam tu.. last2, pagi tu terjaga dah kul430. taksempat dh nak gie sahur.. nasib baik ada kurma kat bilik.. makan kurma n minum air jela... sorila cik abang.. tak terjaga daaa...


tu la sedikit sebanyak kenangan di induksi. tak banyak gambar sbb takler bwk kamera masa ceramah. tp ada gak cikgu yg degil. aku baik tau....huhuhuhuh

ok la, nie jela buat masa nie..

tata

Friday, August 21, 2009

Induksi ku di Eastwood Golf & Country Resort - 14 - 28 Ogos 2009

Aku dah mula induksi selepas abisnyer BTN aritu.. keletihan dalam mendengar ceramah, tetap aku cuba utk mendengar isi2 penting..huhuhu nak exam nnt, takla blank kan...

aku masuk dalm group B2. juga dikenali sebagai 'CAKNA'. ahli2 group sumer sporting.. best gak.. aku enjoy la kursus nie... sumer kata2 yg mengatakan induksi nie meletihkan mmg aku setuju.. tapi seronok gak. ngantuk tak usah citer lg tp dalam2 layan kelopak mata tu, sempat gak aku membuka cuping telinga..heheheheh

nie gambar2 awal di awal pagi sebelum masuk kuliah..

nie di Musical Corridor selepas breakfast.. penting gambar sebagai kenangan..
nie dalam bilik sebelum gie breakfast.. Cik Fadhil pun tak pakai neck tie lg..

nanti akan aku upload lebih banyak gambar kenangan ek..skang aku tengah tunggu turn utk pengucapan awam bertajuk ' penyakit darah tinggi dan kencing manis; mencegah lebih baik dari mengubati'.. risau gak. perut pun bergetar semacam dah.. tp sempat lagi tulis blog? huhuhuhuh.. I'm Hidayah!!!!!

tata..

Tak perlu Disangkal lagi..

Pink Diamond), url(Pink Diamond), auto;}