Ini bukanlah satu permintaan yang sukar untuk ditunaikan.. Hanyalah satu permintaan agar menjahit satu sisi kain untuk menjadi kelim (ye ke ayat ni??) untuk digantungkan menjadi langsir.. Aduhai.. Mudah sahaja kerja tu kan??
Memang mudah sekiranya disertakan bersama-sama dengan sebuah mesin jahit yang boleh berkerja dengan cekap dan tak mudah rosak.. Al-kisah, permintaan tersebut telah dibuat tanpa mesin jahit.. T__T
Sedepan kain dikelim dengan jahitan tangan yang saya reka sendiri bentuknya.. Tak mudah walaupun tak adalah susah sangat pun.. Kalaula bukan kerana memang minat dalam bidang jahitan ni memang dah dok tertanam dalam diri sejak kecil, jadinya pekerjaan itu tidaklah terlalu mendera emosi.. Tapi mendera otot belakang yang memang selalu cedera ni.. hihihi
Jadi, Saya mohon kepada encik suami, agar memberikan saya masa dalam 2-3 hari untuk menyelesaikan tugasan ini.. Alhamdulillah.. Permintaan diterima!! hehehe
Selepas ni, mungkin saya perlu pertimbangkan untuk mempunyai sebuah mesin jahit yang bagus untuk tugasan-tugasan rumah seperti ini.. Ermm...Mungkin juga saya boleh beajar menjahit kan??hihi
Tapi, ini semua satu impian, andai impian besar kami masih belum tercapai.. Andai yang satu itu sudah tercapai, mungkin impian-impian lain boleh ditangguhkan dulu untuk satu jangkamasa yang lama...hihi
tata
sama lah dengan sy, terpaksa buat langsir dekat dapur guna jahit tangan, mesin tak da...lepas tu baru suami beli mesin jahit, yang mudah bawak kemana2 lepas tu terus daftar kelas menjahit dekat kuching nie...hihih
ReplyDelete