Tajuk panjang.. Tak perlu baca isinya pun, dah boleh meneka apa penceritaan yang dihidangkan..
Kehadiran saya di Pesta Buku PWTC pada Selasa lepas merupakan langkah kanan. Dapat berjumpa dengan mantan Perdana Mentei yang amat disegani, Tun Dr Mahathir..
Betapa hati teruja dengan pertemuan ini.. terasa mata hangat menakung rasa tak percaya dengan detik-detik kenangan seumur hidup ini.. Terbayang-bayang masa lalu, melihat gambar-gambar beliau di dalam majalah dan akhbar, yang pada tika itu, terasa seolah-olah memandang wajah Abah sendiri..(Ya, macam tak logik!huhu) Ntah kenapa, tapi itu perasaan tika itu, 12 tahun yang lepas. Dan perasaan itu kembali lagi hari itu..
Sambil tangan lenguh memegang telefon bimbit Nokia keluaran tahun 2007, merakam sesi temu bual menggunakan aplikasi 'voice recorder', di celah-celah manusia lain yang menggunakan pelbagai gajet terkini dan 'up-to-date', sambil jiwa berkocak bersoal tanya apa yang boleh dibualkan semasa sesi tandatangan buku terbaru beliau, yang mana saya merupakan salah seorang daripada 25 orang yang bertuah punya peluang itu! Ya, tuah saya kembali!!
Apa yang saya tanya? Apa yang Tun katakan?
Apa ya??
Saya tak dapat ingat.. Kenapa ya? Teruja sangat sampai langsung tak lekat memori terpenting tu? Aduhai diri...
Realitinya, saya telah berjaya mencapai satu impian diri yang pastinya dicemburui Abang saya..hihi..
Untuk tatapan semua...
Lepas tu, dapatkan tandangan daripada Tun Siti Hasmah pula.. Melengkapkan mimpi indah saya bertemu pemimpin negara yang ulung..
Inilah wajah bangga seorang 'lone ranger', keseorangan dalam perjalanan yang membawa kepada tuah yang tak dijangka.. Walau pelbagai halangan di hadapan, tetap dapat dihadapi dengan yakin.. Senyum manis-manis sikit, hulur telefon bimbit kuno zaman batu saya dan cakap, "Abang, tolong ambil gambar saya ya!".. terima kasih buat 'Abang' itu, yang saya tak sempat pun nak tanyakan namanya..
Yela, nak minta tolong orang lain yang ada kamera telefon bimbit yang lebih hebat, semuanya punya pelbagai urusan.. Takpe, saya tetap berjaya dapatkan gambar-gambar kenangan dengan usaha sendiri! Yey!
p/s: Selamat mengundi semua! Undilah calon yang membawa kebaikan dan keamanan.. Jaga diri dan jauhi provokasi di pusat pengundian.
Saya kerani pengundian, jalankan tanggungjawab kita dengan penuh rasa tanggungjawab!
tata
No comments:
Post a Comment