Mukasurat Extra

Terjalinnya Ikatan..

Daisypath Anniversary tickers

Jom Main klik-klik-klik

Followers

Sunday, November 24, 2013

Cuti Persekolahan..


Dah lama cuti bermula.. Tapi perasaan macam tak cuti jer.. Kenapa??

Al-kisah Cik Abg kena gi bertugas mengawas SPM.. Kerja hakiki.. Nak buat camne.. Jadi Cik Abang gi mengawas, cik isteri dok golek2 sorang2 kat umah.. hihihi.. tak produktif langsung..

Tapi, dalam pada tu, saya teringin jugakla nak meluaskan potensi diri.. tapi pelbagai halangan perlu dihapuskan terlebih dahulu.. Terutamanya yang dok bertenjek dalam diri ni haa..hihihi.. alaa... yang bermula dengan M tu la..hihihi

So, ape2pun, diri kita yang perlu diperbetul terlebih dahulu..hihihi


All the best all..
Love all..

Sihat Cergas bahagia..

tata

Tuesday, October 29, 2013

Binaan Membina..


Tips untuk MEMBINA KEPERCAYAAN antara suami isteri



i- Berfikir dan siasatlah dahulu setiap perkara sebelum kita melepaskan kemarahan kepada pasangan.

ii- Bertanya kepada pasangan apa yang menimbulkan keraguan di hati tanpa perlu berprasangka buruk.

iii- Tanamkan keyakinan dan kepercayaan kepada pasangan dengan banyak menyerah diri kepada Allah SWT.

iv- Elakkan daripada mengungkit kisah lama kerana Allah SWT telah memerintahkan hambaNya menutup keaiban dirinya dan keaiban orang lain.

v- Elakkan daripada bertanya tentang kisah silam yang berkaitan dengan hubungan dengan orang lain. Soalan seperti adakah ini cinta pertama atau awak pernah mencintai orang lain sebelum saya, tidak perlu dipanjangkan.

vi- Sekiranya soalan itu terkeluar juga daripada mulut pasangan, jawablah dengan bijaksana yang tidak akan melukakan hati pasangan yang telah menjadi suami atau isteri kita.

- Sumber perkongsian dari Ustazah Norsaleha Mohd Salleh

Amat penting kepercayaan itu, demi kelangsungan sebuah hubungan.. Dan janganlah dinodai kepercayaan yang telah dihulur itu..

Sukarnya memperolehi kepercayaan tidak sama dengan mudahnya memusnahkannya..


tata

Monday, October 28, 2013

Dugaan...


Kadang-kala, dugaan datang menimpa tanpa diduga..

BERSABARLAH DAN BERTAWAKALLAH..

Semoga kita diberikan petunjuk dan jalan keluar yang serba indah dan lebih memudahkan..

InsyaAllah...

Wednesday, October 23, 2013

Positifkan Diri Setinggi Boleh..


Dalam kehangatan jiwa muda menembusi kewarasan diri, hanya keimanan bisa menjadi penuras segala kemungkaran daripada merajai diri..

Kadang-kala tembok sabar itu terhakis juga.. Namun begitu, akal yang dibekalkan membawa kembali diri ke alam jati, menampal lompang menongkat tumbang agar terus kekal kuatnya prinsip diri..

Diri ini tidak baik, apatah lagi sempurna seperti bawaan angin yang menyampai.. Namun begitu, tetap ingin dihiasi warna indah, menjauhi sisa buruk dan kotor yang menyusahkan diri..


fizikal ku masih tidak sekuat mental.. masih sakit2 apabila datangnya tekanan..
bila nak berjogging dan berdiet ni???


tata

Saturday, October 5, 2013

Realiti Kehidupan..


Saya inginkan hidup yang penuh ketenangan dan kebahagiaan..
~~ Yang saya dapat ialah tekanan penuh seatmosfera di tempat kerja yang sehinggakan badan sendiri menunjukkan protes walau jiwa cuba kekal tabah dan sabar.. Bila badan dah protes, tonsil pun bengkak dan demam pun datang...

Saya inginkan jalan lurus yang mudah dilalui..
~~ Yang saya hadapi ialah jalan raya penuh sesak setiap masa dengan sikap pemandu yang hanya memikirkan diri sendiri tanpa melihat pada keperluan dan keutamaan orang lain jua..

Saya inginkan kehidupan penuh warna warni..
~~ Kenyataannya hidup ini penuh warna kelabu dan putih...

Jadi mengapa kita harus tewas dalam permainan duniawi?? Sedangkan kenyataannya kita hanya merancang.. Dan sebenar-benar perancang adalah Yang Maha Esa.. Hanya Dia mengetahui segala yang baik dan indah untuk kita..

~~ Mungkin tekanan itu membantu melonjakkan prestasi di tempat kerja..

~~ Sikap kurang ajar pemandu kenderaan mengajar saya agar lebih bersabar dalam menghadapi karenah pelbagai manusia..

~~ Dan mungkin warna kelabu itu sebenarnya jauh lebih cantik daripada warna merah menyala atau kuning terang...

Jadi, moh la kita kembali mengimbangkan kehidupan agar lebih teratur dan tenang, lebih mudah dan memudahkan, juga moh la kita warnakan hidup kita dengan warna-warna rakan-rakan sekeliling...

Moh kiter!!

tata

Friday, October 4, 2013

Kegemaran Hamba.. Dan Kekanda..


Nampak tak??

SEOUL GARDEN laaa... hihihi



Memang kalau dah masuk ni, raser cam taknak keluar-keluar dah..
Nak nak pulak sebab perut dah sendat kan...hihihi


Ada pelbagai pilihan sup untuk stimbot dia.. Sup ayam ker.. Tomyam.. Kimchi pun ada...
Banyak lagi yang tak ingat sebab biaser nya kami ambil sup ayam jer.. sebab tujuan utama bukan nak berstimbot..

Tapi nak mem'grill' daging-daging yang dah diperap dengan perapan-perapan yang super delicious tu... Paling saya suka tepayaki beef.. Cik Abang mesti black pepper beef tu.. Lumba-lumba grill saper punya beef yang masak dulu..hihihi


Ni dessert.. Tapi memang tak muat nak masuk dah.. penuh dengan beef n kamben... hahahaaa


Ni kaunter sos ngan kimchi.. Faveret place ni.. Asek-asek muka Saya jer yang ke hulu ke hilir kat sini.. Semer nak try.. Tapi sos limau jugak yang terpahat dalam hati..hihi



Ni rate harga walk in nyer... Memang berbaloi bagi yang hantu makan macam kitaorang ni..
3-4 jam boleh duduk dalam ni..

Nak jalan balik kompem terkengkang kengkang bawak perut penuh sendat bulat..hihiho


tata

Wednesday, October 2, 2013

Masih dan Akan Bertambah Kuat..


Ramai yang baru kahwin, dan sedang menjalani perkahwinan seawal usia 2-3 tahun, yang sentiasa teraser menderita apabila ditanya tentang zuriat.. Ketahuilah bahawa saya juga pernah melalui tempoh masa tersebut..

Tiap kata-kata dirasakan seolah belati tajam terus menusuk hati yang paling dalam.. Peritnya sehinggakan saya yang cuma bersabar sentiasa terhamburkan kata-kata nista kepada si penanya.. sian makcik pakcik yang suka sangat jaga tepi kain orang tu kan..

Bukan sekali dua saya menangis apabila kaum keluarga yang seenaknya mengeluarkan pendapat tentang kesalahan cara pemakanan, kesalahan cara bersama suami, kesalahan itu dan ini hingga menyesakkan otak. Tahukah mereka bahawa kami telah mencuba sedaya upaya kami??

Tidak kurang juga yang menyarankan ubat itu dan ini, bidan itu dan ini, malah bomoh!! untuk mengubati masalah ini.. Pelbagai produk telah saya cuba. Pelbagai bidan yang pandai mengururt saya pergi.. Malah, kejahilan saya untuk menyerahkan diri kepada bomoh (saya sangat kesal!!) juga telah berlaku. Apa lagi yang belum saya buat??? Masih saya wanita mandul kata mereka.. sedangkan saya telah menjalani rawatan dan pemeriksaan di klinik pakar wanita yang menyatakan hanyalah masalah hormon yang bisa.. Cuma belum tiba masanya lagi..

Dan apabila genap 6tahun perkahwinan kami, berita baik yang kami terima memang mengembalikan bunga2 harapan hubungan kami.. Namun kita hanya merancang.. Rezeki itu hanya untuk kami selama 2bulan, dan saya redha.. Masih ada lagi bunyi-bunyi sumbang kepada saya..

Makan bende tak elok la.. Lasak sangatla.. Terlalu aktif.. Tak jaga mulut...

Oowhh... Semuanya menghiris hati...

Akan tetapi, saya yakin saya adalah orang yang terpilih untuk menerima ujian ini.. Walau ada masanya saya akan terperesok ke dalam emosi sedih dan pasrah, namun begitu saya akan pastikan saya akan terus bangkit menghadapi masa depan..

Ya, segalanya ketentuan dan saya yakin akan ada rezeki untuk saya nanti.. Dan kini, segala kata-kata tajam yang dilemparkan sudah mampu saya layan dengan senyuman.. Senyum ikhlas yang akan menyejukkan hati mereka yang ikhlas.. Tapi pasti akan membakar hati mereka yang memang berniat untuk menyindir..kN..HIHIHI

Ya, Saya masih kuat, dan akan menjadi bertambah kuat.. Bersama encik suami di sisi.. Bersama dia saja.. Kami akan jadi lebih kuat..

tata

Monday, September 30, 2013

Perlu kah??


Perlukah kita marah,
Andai kesalahan itu kita yang lakukan??

Perlukah kita sakit,
Andai kesakitan itu kita yang minta??

Perlukah kita menderita,
Andai derita itu kita yang cari??

Perlukah kita menyesal,
Setelah semua yang kita lakukan adalah atas kehendak sendiri???



5.01pm
28/09/2013
~~tata

Saturday, September 28, 2013

Plan.. Planning.. Planned???


Dah lama tak merancang untuk bercuti ke luar negara.. Walaupun ke over the sea.. Bersama keluarga.. Bukan tak ada rancangan, tapi sejak kami kembali ke semenanjung Malaysia dan tinggal di Kota Besar Kuala Lumpur dengan elaun cola yang hanya RM300 tu, semua plan hanya mampu di pandang sepi..

Bukan mengatakan RM300 itu sedikit dan tidak berguna.. Tidak...

Cuma kadar kehendak mendadak naik apabila berada di tempat semua ada ini.. Dulu di Lawas, hanya seminggu sekali saya ke tamu untuk memenuhkan peti sejuk demi kelangsungan lauk sepanjang minggu.. Rajin masak di rumah sebab hanya ada beberapa buah kedai makan sahaja di sana.. Berbeza dengan keadaannya di sini.. Sebutkan apa saja, semuanya ada.. huuuu

Tidak dapat dinafikan bahawa gaji di Sarawak lebih tinggi.. bandingkan sahaja gaji saya sekarang, dengan rakan setugas yang sama-sama posting dahulu, yang dia sememangnya anak Sarawak, memang gajinya lebih tinggi.. Ini kerana mereka mempunyai elaun yang akan naik seiring dengan kenaikan gaji.. Yang mana, kita di semenanjung hanya menerima elaun cola.. 3tahun saya di sana, elaun tersebut RM313.. Jika sekarang?? Perghh...

Jadi, kembali kepada topik. Masalah sekarang adalah kekurangan lebihan wang yang kadang kala membawa kepada kesempitan hidup.. Jadi, tiap perancangan yang mempunyai had yang tinggi terpaksa dipertimbang berkali-kali hinggakan ia terpaksa dibatalkan kerana kekangan itu..

masalah seterusnya ialah masalah dalaman kami.. Perjumpaan pada setiap hari hanyalah dari jam730malam hingga jam 630 keesokkan paginya.. Belum ditolak masa andai encik fadil keluar bermain badminton, futsal atau bola dan juga waktu tidur.. Masa kami untuk bersama terlalu suntuk setiap hari.. Berbeza dengan dulu.. Kami bersama-sama bangun, pergi ke sekolah, balik ke rumah, ke padang melatih atlet, balik, memasak dan makan.. Semuanya bersama.. Jarang-jarang kami berpisah.. Bermain badminton pun bersama. Dia ke padang bola, saya ada sebagai penyokong pasukan.. Berbeza sungguh dulu dan sekarang..

Jadi.. plan yang di planning itu selalunya menjadi plnned yang dibatalkan..

Inilah namanya perjalanan hidup.. Selalu berubah untuk mengajar kita sentiasa seiring dengan masa.. Jangan hanya berada di takuk lama sahaja..

tata

Tuesday, September 24, 2013

Kadang Kala


Kadang kala ku keliru
Antara hasrat hati dengan bisikan dosa..

Keliru itu membunuh
Bila mengundang ragu di hati..

Ya Allah..
Jauhkan aku dari pembisik dosa,
Yang sentiasa ingin menghumban ku ke lembah hina..

Ya Allah..
Lindungi aku dari para pendusta,
Yang menjanjikan gembira dalam neraka..

Ya Allah..
Hanya padaMu aku berserah,
Hanya padaMu aku memohon pertolongan....

Friday, September 20, 2013

Tanges Itu Hanya Untuk Sendiri..


Kegembiraan menerima berita gembira pada 28 Julai, setelah mengharungi hari-hari penuh pengharapan (dengan suntikan ke perut) bermula 12 Jun membungakan bunga-bunga kenahagiaan yang tak pernah dirasakan sebelum ini.. Gambar transvaginal ultrasound yang hanya menunjukkan sebuah kantung berumur 4minggu 5hari itu kelihatan sangat indah hinggakan air mata kerap bertakung hingga ke bibir mata..

Pertama kali disahkan mengandung, setelah 21hari melewati ulangtahun perkahwinan kami yang ke 6, walaupun melalui prosedur IUI, amat mengujakan.. Terlalu banyak limpahan kasih sayang dari insan-insan sekeliling, tak kurang sokongan daripada kaum keluarga, dan yang paling utama, pastinya si kekasih hati yang sentiasa tersenyum lebar hingga terbawa-bawa ke dalam mimpinya.. Dia yang tak sanggup untuk menyuntik jarum ke perut saya, baru keluarkan jarum pun dah lari menyorok di dapor!! Dialah yang akan menutup mata tiap kali melihat saya menyediakan pen penyuntik gonadotropin.. Belum lagi saya menyuakan jarum ke perut, si dia dah hilang dari pandangan.. alahai... kiutnya kamu wahai suami...

Hari-hari selepas pengesahan kandungan itu, kami seperti biasa saja. Namun begitu, pelbagai pantang larang di awal kandungan cuba dituruti. Rasa letih terlampau yang saya rasa diimbangi dengan rasa tanggungjawab suami yang amat mengambilberat.. Dialah yang membantu memasak nasi, mengacau gulai, menunggu ikan yang digoreng hingga garing.. Saya hanya membantu menyediakan perencahnya saja.. Oohh.. Bahagia!!
Sampaikan si dia sanggup meninggalkan katil setiap pagi hanya untuk membantu saya membuka dan menutup pintu pagar setiap pagi untuk pergi ke kerja..

Bulan Ramadhan memang penuh dengan cabaran. Alhamdulillah.. Saya berjaya mengharunginya dengan tidaklah sesukar orang lain.. Cuma sehari tercicir, hanya kerana perasaan marah yang tidak dapat dikawal, akibat kekerasan hati seorang pelajar.. Memandu balik dengan tangan dan kaki yang sejuk dan menggeletar.. Saya tahu saya tidak boleh membahayakan nyawa dalam tubuh, saya pun berhenti di drive thru Mcdy.. huhuhu.. Berger Samurai tu memang sedap buat dimakan berbuka di tengah hari..hihi..
Selesai makan, badan kembali normal, fikiran pun waras.. Alhamdulillah.. Yang penting, tidur petang jadi acara wajib.. Asar ku kadang kala pada jam 630petang!!

Sejuta kemaafan ku pohon daripada suami, tidak dapat menyediakan hidangan berbuka selengkapnya, kerana kekurangan diri.. Nasib baik mempunyai suami ini, yang amat memahami dan menyayangi...

Menyambut hari raya penuh sederhana.. Mak tak buat lemang pun tahun ni.. Memang tiada aktiviti berat pun.. Alhamdulillah.. Berjaya menjaga diri dengan baik.. Beraya di rumah mentua. aktivitinya santai-santai saja..

Malam hari raya pertama itu, mula la rasa sengal di perut..
Diikuti brownish spotting pada petang raya kedua.. Nanges sepuasnya di toilet, sebelum punya kekuatan untuk berkongsi dengan suami..

Hasil pencarian di internet, sesi dengan matron hospital dan panggilan telefon dengan seorang doktor, kami merumuskan selagi perut tidak sakit seperti kontraksi, maka tiada apa yang perlu dirisaukan.. Hanya perlu berehat sahaja. Dan itu yang saya lakukan sepanjang 3hari selepas itu.. Hanya berbaring ditemani komik-komik kesayangan..

Raya ke 5, kami pulang ke rumah,dengan hajat menyambung kerja yang tertangguh akibat cuti panjang. Dan keesokkan harinya, dengan semangat waja, kami keluar ke KKIA untuk membuka buku pink.. Dan 15 Ogos itu mulanya detik air mata..

Setelah diperiksa di KKIA, doktor tidak dapat mengesan kedudukan janin mahupun kantung yang sepatutnya sudah berumur 8minggu itu.. Surat diberi, kami diarahkan ke APC Hospital Ampang untuk pemeriksaan lanjut.. Sejak jam8 di KKIA, jam12 kami keluar dan terus menuju ke HA tanpa menghiraukan perut yang berbunyi kelaparan.. Terus diarahkan untuk menyalin kain pink di APC, saya terlentang menanti diperiksa oleh doktor..

Dan prosedurnya bermula dengan ultrasound.. Di atas tak nampak, transvaginal pula.. Masih kosong katanya.. Kembali ke tempat pemeriksaan, spekulum dimasukkan untuk memeriksa sama ada terdapat sebarang lelehan atau bahan buangan, juga tiada. Dan untuk lebih kepastian, saya diarahkan untuk melakukan sekali lagi, ujian air kencing yang telah sekian lama saya lakukan, dan keputusannya adalah sama seperti yang dahulu-dahulu juga.. NEGATIF.

Doktor merumuskan - Complete Misscarriage.

Pulang ke rumah, pastinya makan dahulu di restoren, terus tidur merehatkan diri.. Saya keletihan, saya tahu. Suami kekecewaan. Saya tahu juga.. Dia stress. Saya cuma yakin pada satu perkara, bahawa kantung yang pernah wujud dalam rahim saya masih ada.. Sama ada masih ada isinya atau tidak, saya tak yakin.. Namun begitu, selepas aktiviti telek menelek di HA, spotting berubah menjadi light bleeding. Kami stress. Dan kami memutuskan untuk keluar menghirup udara sepanjang jalan pada Jumaat malam.. Perut sudah mula memulas-mulas sepanjang perjalanan balik tapi Saya diamkan saja.. Suami yang jadi keutamaan, sanggupkah kita membebankan dia lagi setelah semua yang dia alami??

Jam12 tengah malam, kami berbaring di katil sambil masing-masing memegang handphone bermain Candycrush. Bila sakit perut datang, saya melihat pada jam di dinding..

1230....1240....1250....0100...

Terdetik di hari, aku seolah mengalami kontraksi untuk melahirkan.. Sedangkan aku hanya mengandung 8minggu, dan ntah ada atau tidak nyawanya dalam rahim ini..
Tidak terfikirkan, bahawa itu petanda si dia sudah sedia untuk keluar dari tubuh mummy..

Jam 6pagi, terjaga kerana kesakita yang amat. Istilah saya, sakit senggugut. Rupanya itulah rasa yang kaum ibu rasa semasa ingin melahirkan.. Puas menahan rasa sakit di dalam tandas, terus ke katil untuk berbaring untuk meredakan kesakitan.. Memang gagal usaha itu.. Dengan teresak-esak, memanggil suami supaya segera bangun, agar dapat bersedia untuk ke HA.. Suami yang mamai, menghulurkan baju kurung untuk dipakai.. Kompemla saya taknak!!huhuhu

Dalam waktu itu, kesakitan yang kerap menyebabkan saya melutut berpatut pada katil, dan di situlah seketul plasenta keluar mengakhiri kisah penantian pertama ini.. Jangan harapkan suami untuk memegangnya. Melihat pun dia dah termuntah.. Saya uruskan, menyimpannya di dalam plastik, dan kami terus menuju ke HA untuk pemeriksaan lanjut..

Jam7 di HA, melihatkan keadaan plasenta yang tidak sempurna, dan saya yang masih kesakitan, doktor membuat keputusan untuk melihat-lihat keadaan dalaman agar tiada bahagian yang tertinggal di dalam.. Seorang doktor, seorang doktor pelatih dan seorang jururawat mengelilingi dan dengan bantuan spekulum (lagi!!) dan sebatang gunting panjangnya hampir sehasta!! berusaha menggali dan mengorek hingga lengkap semua bahagian.. Selesai segala, saya disuruh berehat..

Jam 1130pagi, selepas sesi bertemu doktor selesai, saya disahkan mengalami keguguran penuh secara semulajadi.. Mendapat MC selama seminggu, dan yang pastinya perlu berpantang.. Saya menguatkan diri, dalam keadaan lemah begitu, demi melihatkan mata seorang suami yang kelihatan hilang upaya, yang masih cuba untuk berdiri selepas segala taufan yang melanda.. Bukan senang untuk kami berdua, namun begitu kami tetap yakin bahawa masih belum masanya untuk kami, masih belum sampai rezeki itu untuk kami..

Seminggu berpantang, suami menyediakan segala peralatan untuk saya.. Segala-galanya.. Alhamdulillah... Dia memang anugerah terindah dalam hidup saya..
Dan, memetik kata-katanya, "Jika tiada Abang dalam hidup Sayang, agaknya Sayang pun tak boleh hidup.."
Ya, memang saya rela, dan saya mahu mengikut langkahnya ke mana jua dia pergi.. Kerana tanpa dia, tiadalah saya...

Itulah ceritanya saya.. Saya tak pernah mengalirkan air mata sejak kejadian itu.. Dan buat pertama kalinya selepas kejadian itu, hari ini saya mengalirkan air mata demi mencoret ini.. Bukan penyesalan atau kesakitan.. Ini hanyalah air mata pada sebuah kenangan yang pastinya menjadi kenangan seumur hidup..

InsyaAllah, kami yakin akan ada lagi Mr dan Mrs Precious kami bakal datang.. Kami hanya perlu menanti dengan doa.. Janji Allah itu pasti..

tata

Friday, July 5, 2013

Perjalanan Baru Bermula, Belum Lagi...


Jika ada yang mengatakan bahawa setelah IUI, maka saya sudah berpuas hati, itu tidak benar..

Saya perlu menunggu untuk melihat adanya benda hidup di dalam saya.

Saya perlu melihat ia membesar sihat.

Saya perlu memangku dia yang sihat berbau wangi.

Saya perlu menjaga dan mendidik dia..

Saya ingin melihat dia membesar, belajar, berjaya, .. .. .. .. .. .. .. .. .. ..


Tetapi, belum lagi itu semua bermula, sudah ada yang mengeji di belakang..

Apakah kesalahan saya melakukan satu prosedur yang membantu saya yang serba kekurangan ini??

Mereka tidak faham dan tidak akan pernah faham.. Maka saya akan maafkan mereka, dunia akhirat..
Cuma luka itu berparut hingga mati...

Masih salah saya???

Wednesday, July 3, 2013

Tarik Nafas Dalam-dalam...


Biasa adat di dunia.. Dah buat salah, maka akibatnya bakal menyusul, tak kira cepat atau lambat..

Itulah kisah saya di suatu hari. Kerana percayakan cakap-cakap satu pihak, pihak yang lain menggelupur kepanasan akibat kata-kata saya.. Berdosanya perasaan.. Terus pihak yang bersalah memutarbelitkan fakta, hingga saya tersepit antara durian yang sedang bergolek.. Terlenyek hancur luluh luka berdarah...

Saya sudah sedia tahu, akan keadaan si lidah bercabang.. Namun keadaan diri seolah lupa ketika mengiakan kata-kata bercabang sebelum terus bersuara akan fakta goyah bercabang.. Dan kerana kekurangan diri, segalanya menjadi kelukaan buat ramai insan dan memberikan kesan dosa yang mendalam untuk saya..

Dalam diam, saya cuba mengucap syukur.. Jika tiada kejadian ini, tentu saya masih berkira-kira untuk meletakkan kepercayaan pada si lidah bercabang dan si lalang tepi jalan. Dan dengan nafas yang ditarik dalam, saya pasti ketenangan itu akan datang, setelah saya selesaikan segalanya..

Saya akan cuba menarik kembali pisau yang saya tikam ke belakang seorang insan, dan saya akan gulung lidah-lidah bercabang yang buat hati saya bergetar di saat saya mahu segala-galanya tenang-tenang sahaja..

Buat si lidah bercabang, tahniah kerana berjaya menambah seorang lagi yang meyakini pembohongan-pembohongan anda yang takkan pernah hilang tu..

Buat si lalang di tepi jalan, kini saya tahu mengapa anda hanya lalang di tepi jalan.. Dan bukannya rumput cantik berharga beribu-ribu ringgit yang hidup di laman kaya dijaga rapi.. Anda akan terus dicantas dan ditebang walau sebanyak kali anda terus hidup menyambung hidup..

Saya perlu lebih tenang.. Dan alhamdulillah saya mempunyainya...

InsyaAllah.. Masa depan saya akan lebih tenang, setelah saya menghindari segala anasir yang selama ini tidak saya sedari...

Tuesday, July 2, 2013

Ingatan..


BUKAN SEMUA YANG ZAHIR ITU BENAR,

WALAU BENAR ZAHIRNYA ITU..


BUKAN SEMUA TERZAHIR,

KALA SEMUANYA BENAR..


ZAHIR DAN BENAR ITU,

SAMA TAPI TAK SERUPA..



Saturday, May 25, 2013

Permintaan Suami Wajib Ditunaikan..


Ini bukanlah satu permintaan yang sukar untuk ditunaikan.. Hanyalah satu permintaan agar menjahit satu sisi kain untuk menjadi kelim (ye ke ayat ni??) untuk digantungkan menjadi langsir.. Aduhai.. Mudah sahaja kerja tu kan??

Memang mudah sekiranya disertakan bersama-sama dengan sebuah mesin jahit yang boleh berkerja dengan cekap dan tak mudah rosak.. Al-kisah, permintaan tersebut telah dibuat tanpa mesin jahit..  T__T

Sedepan kain dikelim dengan jahitan tangan yang saya reka sendiri bentuknya.. Tak mudah walaupun tak adalah susah sangat pun.. Kalaula bukan kerana memang minat dalam bidang jahitan ni memang dah dok tertanam dalam diri sejak kecil, jadinya pekerjaan itu tidaklah terlalu mendera emosi.. Tapi mendera otot belakang yang memang selalu cedera ni.. hihihi


Jadi, Saya mohon kepada encik suami, agar memberikan saya masa dalam 2-3 hari untuk menyelesaikan tugasan ini.. Alhamdulillah.. Permintaan diterima!! hehehe

Selepas ni, mungkin saya perlu pertimbangkan untuk mempunyai sebuah mesin jahit yang bagus untuk tugasan-tugasan rumah seperti ini.. Ermm...Mungkin juga saya boleh beajar menjahit kan??hihi

Tapi, ini semua satu impian, andai impian besar kami masih belum tercapai.. Andai yang satu itu sudah tercapai, mungkin impian-impian lain boleh ditangguhkan dulu untuk satu jangkamasa yang lama...hihi

tata

Thursday, May 23, 2013

Tidur..



Sunnah sebelum tidur.. 


Jom la kita sama-sama amalkan sunnah ni... Saya ingatkan kamu, kamu ingatkan saya pula... Kita kan saudara seagama..  :)

tata

Tuesday, May 21, 2013

Sekadar permulaan.. Yang sepenuhnya Akan Menyusul..

Sarawak River Cruise..  Sebelum hujan lebat turun membasahi bumi Kuching..

eMAK sAYANG kITA..


Walau apa pun yang kita lakukan, ingatlah bahawa emak selalu sayang kita..




So, kenapa mesti marah bila kena marah?? Tak syok la kan..hihi

tata

Sunday, May 19, 2013

HSG Test Saya yang lepas..


29 April yang lalu, saya menghadiri dan memenuhi temu janji saya dengan Dr Fatimah yakin di Pusat Pakar Tawakal , Jalan Pahang.. Untuk menjalani ujian HSG yang saya nanti-nantikan tu..

Jam 1.00 petang, saya terus keluar dari perkarangan sekolah, memecut selaju dan secepat mungkin untuk sampai ke sekolah, yang mana Cik Abang menunggu untuk ke hospital bersama-sama.. Sahabat yang berjanji untuk pergi bersama-sama tak dapat menunaikan janjinya kerana ada komitmen lain yang lebih penting.. Tak apa.. Peluang untuk berduaan dengan suami lebih baik kan..

Jalan sesak teruk. Maklumla, waktu rehat pejabat kan.. Saya ambil masa hampir 40minit untuk sampai ke rumah daripada sekolah!! Biasanya, perjalanan itu hanya 20minit atau 10minit jika jalan tak sesak!!

Jam 2 tiba, masih berada di atas jalan raya sedangkan saya sepatutnya berada di unit radiologi pada masa itu.. Menangis dalam hati...  T__T

Jam 2.15, baru berjaya mendapatkan parking dan terus bergegas masuk ke hospital, mencari kaunter jabatan radiologi.. Nasib baik masih belum lewat benar, kesejukan menggigit sementara menanti nama dipanggil pada jam 2.45 petang.

Prosedurnya agak menakutkan.. Seolah-olah sekali lagi berbaring di meja pembedahan walaupun saya tahu, mesin itu adalah mesin x-ray.. Dengan baju hijau, belakang terdedah berbaring di atas katil besi yang sejuk amat, nasib baik mereka sudah biasa bertugas, memberikan saya sehelai selimut buat penghangat diri..

Debaran menanti ketibaan doktor untuk melakukan prosedur agak menggerunkan. Pembantu doktor datang untuk memberikan taklimat ringkas proses x-ray, tanpa memberitahu prosedur secara lengkap..

Setelah ketibaan doktor, prosedur pun dimulakan.. Masuk satu alat, masuk alat yang lain pula, masuk lagi.. Aduhai.. Penuh perut hanya tuhan yang tahu.. Seyakin boleh, saya berzikir memohon kelegaan dari Yang Maha Esa, agar diringankan kesakitan yang saya rasai ini..

Beberapa kali gambar x-ray ditangkap, sebelum dan selepas cecair dye dimasukkan.. selesai itu, saya diminta menunggu lagi selama 30minit untuk gambar seterusnya.. Terus menunggu dalam keadaan berbaring lurus amat tidak selesa... Demi ujian ini, saya redhakan...

Senak yang dirasakan masih terasa hingga petang hari.. Namun begitu, untuk menceriakan hati saya, tekak yang teringin makan nasi kandar dilayan oleh cik abang.. Oohh.. terasa amat disayangi.. Kemudian kami menonton wayang pula.. Sakit perut hanya bersisa apabila tiba di rumah..

Keputusannya positif.. alhamdulillah.. Dan perjumpaan dengan Dr Suria juga positif.. Boleh meneruskan prosedur IUI pada bila-bila masa sahaja.. Alhamdulillah.. InshaAllah..

p/s: Masih belum dapat memutuskan, bila untuk meneruskan prosedur IUI itu.. hati masih belum lurus dalm hal ini..


tata



Friday, May 17, 2013

Saya Suker..


Saya tak ingat bila saya mula suka dan gilakan komik ni.. Tapi, sejak saya mula suka membaca komik ni, dah bertimbun naskah komik ni dalam simpanan saya..


Detective Conan..

Sekarang, saya baca online je. Lebih cepat dan murah.. Free jer..hihi

Jadi, kegemaran yang ini masih belum terlepas pergi seiring dengan usaha.. Ermm.. Saya pun masih muda kan?? hahahahaaa

Thursday, May 16, 2013

Bohong!!



BOHONG YANG DIBOLEHKAN..

Diriwayatkan oleh Muslim, Ummu Kalthum Binti 'Uqbah R.A. berkata, "Aku belum pernah mendengar beliau membolehkan berbohong, kecuali dalam tiga perkara iaitu:

          1.   Berbohong (memperdayakan) musuh dalam peperangan.

          2.   Berbohong dengan tujuan untuk mendamaikan pihak yang bertelagah.

          3.   Dan kata-kata bohong suami terhadap isteri atau sebaliknya (untuk kepentingan rumah tangga kedua-duanya)..


p/s: InshaAllah.. Jangan pernah berbohong untuk kepentingan diri sendiri ya....


Tuesday, May 14, 2013

Sekadar Perkongsian..


Ini sekadar perkongsian.. Perjalanan masih jauh untuk kita menunaikan fitrah sebagai seorang Islam, namun begitu, yang terbentang di depan mata haruslah didahulukan..

Sekurang-kurangnya inilah jihad kecil kita di dunia..

p/s: Membantu saudara seagama yang telah menjalankan fardhu kifayah..

SENARAI BARANGAN MELAYU ISLAM

1.RotiGardenia (SyedMokhtar Bukhary)
2.Bihun JatiBernas (Syed Mokhtar Bukhary)
3.Tesco Malaysia (SIME DARBY)
4.Alif Minyak Masak (SIME DARBY)
5.Tiara Minyak Masak (FELDA)
6.Saji Minyak Masak (FELDA)
7.Saji Susu Manis Pekat (FELDA)
8.Saji Susu Manis Cair (FELDA)
9.Saji Magge Sajimee (FELDA)
10.Saji Mayonis SajiMayo (FELDA)
11.Pelangi Marjerin (FELDA)
12.Pelangi SosCili (FELDA)
13.Pelangi Sos Tomato (FELDA)
14.SunBear Jem Peanut (FELDA)
15.Sardin Agromas
16.Sardin Pertima
17.Kopi Hang Tuah
18.Kopi Che Nah
19.Sufi Bihun 
20.Sufi MiKuning 
21.Sufi KueyTeow 
22.Sufi Garam 
23.Sufi Sos Lada Hitam 
24.Sufi Sos Cili/Tomato 
25.Sufi Kicap Masin/Manis 
26.Sufi Tepung Goreng 
27.Sufi Minyak Masak 
28.Sufi Telur Cap 
29.Ubat gigi Najwa
30.Halagel Ubat gigi 
31.Halagel Garam 
32.Tepung gandum Cap Bidara
33.Tepung gandum Faiza
34.Safina Jus minuman 
35.OrangKampung Jus LongJack
36.OrangKampung Jus Kacip Fatimah
37.OrangKampung Jus Chantek
38.OrangKampung Jus 3G Isotonik
39Jalen Kicap Manis
40.Jalen Kicap Lemak
41.Jalen Kicap Masin
42.Jalen Sos Cili
43.Jalen Sos Tomato
44.Jalen Sos Tiram
45.Jalen Cuka
46.Jalen Taucho Salted Soy Bean
47.Jalen Kordial Sirap
48.Jalen Kordial Oren
49.Jalen Kordial Barli
50.Jalen Kordial Sarsi
51.Jalen Kordial Laici
52.Jalen Kordial Anggur
53.Jalen Kordial Mangga
54.Dadih Yess
55.Syampoo D'herbs
56.Mydin
57.MyMart (kedaikeluaran Mydin)
58.Bihun Kampung
60.PETRONAS
61.BHP PETROL


SENARAI BARANGAN BUKAN ISLAM 

1.Tepung Gandum Cap Sauh
2.Sri Murni Minyak Masak
3.Sri Murni Nugget
4.Sri Murni Telur
5.Marina Nugget
6.Marina Tuna
7.Aminah Hassan Sos Cili
8.Aminah Hassan Sos Tomato
9.Aminah Hassan Bihun
10.Roti Massimo
11.PowerRoot Extra
12.PowerRoot Ginseng Tongkat Ali
13.PowerRoot Hani Kurma Madu Dates
14.PowerRoot Ali Café
15.PowerRoot Per’L Kacip Fatimah
16.PowerRoot Oligo Malt
17.PowerRoot 9spot Isotonic 
18.PowerRoot Ali Tea
19.PowerRoot Oligo Cereal
20.Malta
21.NutriMalt
22.Teh Cap Masjid
23.Teh Guru Cap Masjid
24.Pau Ahmad
25.Old Town White Coffee
26.Pasaraya EconSave
27.Pasaraya KK mart
28.Pasaraya 99 SpeedMart
29.Pasaraya EconMart
30.Minyak Knife
31.Minyak Buruh
32.Minyak Naturel
33.Minyak Daisy
34.Drinho ALL DRINKS
35.Isomax Isotonic
36.HomeSoy
37.Farm Crows Butter

mOGA yang dipaparkan memberi manfaat bagi yang MUSLIM.. bagi yang bukan Muslim, fahamilah bahawa ini adalah satu perjuangan keagamaan, satu pilihan dalam pelbagai pilihan yang kita semua ada.. InshaAllah..

tata

Monday, May 13, 2013

Pemimpin..


Kerana kebanyakan pemimpin berfikiran seperti pengemis.. Hanya tahu meminta dan meminta..

Sejak awal-awal dia berkuasa...

Nauzubillah....


Dari Abu Musa R.A. berkata:

"AKU DATANG BERSAMA DUA ORANG DARI KAUMKU KEPADA NABI S.A.W. LALU SEORANG DARIPADANYA BERKATA:

 "LANTIKLAH KAMI UNTUK MENJADI PEMIMPIN YA RASULULLAH!"

DAN SESEORANG YANG LAIN TURUT BERKATA SEDEMIKIAN.
BAGINDA MENJAWAB:

"SESUNGGUHNYA KAMI TIDAK MEMBERI JAWATAN KEPADA ORANG YANG MEMINTA DAN TIDAK JUGA BAGI ORANG YANG SANGAT MENGHARAPKANNYA."

H.R. BUKHARI

Ini kisah, yang dipetik dari buku komik paling berkuasa pernah saya baca, '33 PESAN NABI. JAGA HATI, BUKA FIKIRAN' karya Vbi_djenggotten. Komik ini diterbitkan oleh HUMAIRA BOOKSTORE ENTERPRISE..

Silalah ke kedai-kedai buku (MPH bakal mengedarkan dan menjual buku-buku terbitan Humaira Bookstore juga) untuk mendapatkan senaskah komik bermanfaat ini.. Dah ada dua siri komik ini.. Yang ini petikan dari siri kedua..

Sekadar berkongsi...


Saturday, May 4, 2013

Bertuahnya Saya ~~ Bertemu Tun Dr Mahathir di Pesta Buku


Tajuk panjang.. Tak perlu baca isinya pun, dah boleh meneka apa penceritaan yang dihidangkan..


Kehadiran saya di Pesta Buku PWTC pada Selasa lepas merupakan langkah kanan. Dapat berjumpa dengan mantan Perdana Mentei yang amat disegani, Tun Dr Mahathir..




Betapa hati teruja dengan pertemuan ini.. terasa mata hangat menakung rasa tak percaya dengan detik-detik kenangan seumur hidup ini.. Terbayang-bayang masa lalu, melihat gambar-gambar beliau di dalam majalah dan akhbar, yang pada tika itu, terasa seolah-olah memandang wajah Abah sendiri..(Ya, macam tak logik!huhu) Ntah kenapa, tapi itu perasaan tika itu, 12 tahun yang lepas. Dan perasaan itu kembali lagi hari itu..


Sambil tangan lenguh memegang telefon bimbit Nokia keluaran tahun 2007, merakam sesi temu bual menggunakan aplikasi 'voice recorder', di celah-celah manusia lain yang menggunakan pelbagai gajet terkini dan 'up-to-date', sambil jiwa berkocak bersoal tanya apa yang boleh dibualkan semasa sesi tandatangan buku terbaru beliau, yang mana saya merupakan salah seorang daripada 25 orang yang bertuah punya peluang itu! Ya, tuah saya kembali!!


Apa yang saya tanya? Apa yang Tun katakan?
Apa ya??


Saya tak dapat ingat.. Kenapa ya? Teruja sangat sampai langsung tak lekat memori terpenting tu? Aduhai diri...



Realitinya, saya telah berjaya mencapai satu impian diri yang pastinya dicemburui Abang saya..hihi..


Untuk tatapan semua...


Lepas tu, dapatkan tandangan daripada Tun Siti Hasmah pula.. Melengkapkan mimpi indah saya bertemu pemimpin negara yang ulung..


Inilah wajah bangga seorang 'lone ranger', keseorangan dalam perjalanan yang membawa kepada tuah yang tak dijangka.. Walau pelbagai halangan di hadapan, tetap dapat dihadapi dengan yakin.. Senyum manis-manis sikit, hulur telefon bimbit kuno zaman batu saya dan cakap, "Abang, tolong ambil gambar saya ya!".. terima kasih buat 'Abang' itu, yang saya tak sempat pun nak tanyakan namanya..

Yela, nak minta tolong orang lain yang ada kamera telefon bimbit yang lebih hebat, semuanya punya pelbagai urusan.. Takpe, saya tetap berjaya dapatkan gambar-gambar kenangan dengan usaha sendiri! Yey!

p/s: Selamat mengundi semua! Undilah calon yang membawa kebaikan dan keamanan.. Jaga diri dan jauhi provokasi di pusat pengundian. 

Saya kerani pengundian, jalankan tanggungjawab kita dengan penuh rasa tanggungjawab!

tata

Sunday, April 28, 2013

Romantik Ala-ala Rasulullah.. - Artikel www.iluvislam.com


Sebut saja romantik, anak muda mula tertarik hati... mungkin yang diketahui romantik sesama 'couple' ...No..No..No.. ini romantik sesama pasangan suami isteri.. apa lagi... jom ramai-ramai kita pakat kahwin. Isy..Isy.. best oo kahwin... kalau tak percaya..cubalah kahwin.. hehehe..
Rasulullah Sollahhu 'Alaihi Wasallam (SAW) adalah gedung segala sifat-sifat kesempurnaan yang sukar dicari tandingannya. Allah membimbing baginda dengan didikan-Nya yang terbaik. Sehingga Allah berfirman kepada baginda seraya memuji baginda di dalam surah al-Qalam ayat ke-4 yang bermaksud : "Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung."
Sifat-sifat yang sempurna inlah yang membuat jiwa manusia merasa dekat dengan Rasulullah SAW. Membuatkan hati mereka mencintai baginda. Menempatkan baginda sebagai tumpuan hati. Bahkan berapa ramai yang dahulunya bersikap keras dengan Nabi SAW berubah menjadi lembut dan akhirnya masuk Islam setelah terpanah kemuliaan akhlak dan budinya baginda.
Isteri Sebagai Bukti
Kemuliaan ini bukan sekadar lakonan di hadapan manusia. Namun dibuktikan oleh insan pendamping baginda. Meneliti satu persatu perbuatan, pertuturan dan lenggok gayanya. Mereka ialah serikandi rumahtangga baginda. Sehinggakan kemuliaan akhlak seorang suami bernama Muhammad bin Abdullah tidak dapat digambarkan oleh Aisyah RA, lalu menisbahkan akhlaknya dengan akhlak kitab suci al-Quran.
Walaupun Rasulullah SAW seorang panglima perang, pemimpin tertinggi umat Islam, namun di sisinya terdapat nilai kasih sayang dan jalan kisah yang cukup romantis antara baginda dan isteri-isterinya. Namun berapa banyak sunnah ini dilupakan lalu suami masakini menggambarkan dirinya bagaikan pemegang kuasa keluarga yang perlu sentiasa kelihatan bengis dan penuh egois.
Siapalah kita berbanding Rasulullah SAW yang jauh kedudukannya lebih mulia dari segala manusia. Namun atas tawaduk dan romantisnya baginda membuatkan umat yang membaca kisah cinta baginda bersama isterinya seolah-olah sedang menghayati novel cinta romantik.
Mandi Bersama
Diberitakan bahawa Rasulullah SAW pernah bermandi air cinta bersama isterinya. Dalam Sahih Bukhari diriwayatkan bahawa  Aisyah berkata bahawa : "Aku sering mandi bersama Nabi Muhammad dari satu bekas air yang disebut al-faraq." Perbuatan Nabi mandi bersama Aisyah tanpa sebarang tabir penghalang menunjukkan ianya satu sunnah. Terutamanya setelah melakukan hubungan intim sesama pasangan.
Romantik gaya Rasulullah SAW boleh diteladani. Walaupun hidup suami isteri masa kini sentiasa disibukkan dengan pekerjaan. Kita juga boleh mengambil sunnah-sunnah romantik Rasulullah SAW bermula dari sebelum keluar bekerja.
Hantar Isteri Keluar Rumah
Sebagai contoh menghantar isteri ketika hendak keluar rumah seperti yang dilakukan oleh Nabi SAW kepada isterinya Shafiyyah binti Huyay sehinggakan Nabi SAW berkata :
"Jangan terburu-buru hingga aku mengiringimu (menemani sampai ke pintu)." [Hadis Bukhari dan Muslim]
Bahkan Nabi SAW turut membantu isterinya menaiki kenderaan. Di dalam Sahih Bukhari dan Muslim menceritakan bahawa "Nabi Muhammad SAW duduk di sisi unta baginda. Kemudian baginda menekukkan lututnya. Lalu isteri baginda Shafiyyah meletakkan kakinya di atas lutut Nabi Muhammad SAW hingga naik atas unta."
Bukakan Pintu Kereta
Bukankah ini sesuai dipraktikkan dengan membuka pintu kepada isteri seperti zaman memikat isteri dahulu. Ataupun sekali sekala membonceng isteri di belakang seperti dalam riwayat Bukhari yang menyatakan Anas bin Malik menceritakan bahawa ketika pulang dari perang Khaibar salah seorang isteri Rasulullah membonceng di belakangnya.
Bawa Isteri Jalan-Jalan
Apabila waktu cuti hujung minggu atau di malam hari, bawalah isteri bersiar-siar. Ini bukanlah sekadar tips dari seorang pakar motivasi. Namun ianya merupakan suatu sunnah romantis Nabi SAW bersama isterinya. Diberitakan dalam Sahih Bukhari dan Muslim bahawa "Rasulullah apabila datang waktu malam, baginda berjalan bersama Aisyah dan berbincang-bincang dengannya."
Malah apabila baginda ingin keluar baginda akan mengundi siapa yang akan menemaninya untuk keluar bersama. Malah Rasulullah juga membawa Aisyah untuk makan bersama di luar. Sehinggakan suatu ketika Nabi pernah menolak pelawaan jirannya yang berbangsa Parsi untuk makan di rumah mereka sekiranya isterinya Aisyah RA tidak turut diundang bersama. (Hadis riwayat Muslim)
Suapkan Makanan
Untuk menambahkan romantis terhadap isteri, disarankan suami menyuap sendiri makanan ke mulut isterinya. Sepertimana dalam sahih Bukhari dan Muslim sabda Nabi SAW : "Sesungguhnya apapun yang kamu nafkahkan, maka hal itu adalah sedekah hingga suapan yang kamu suapkan ke mulut isterimu." Walaupun hadis ini berkisar tentang pemberian nafkah, namun bukankah menjalin ikatan romantik antara suami isteri itu satu tuntutan?
Belaian & Bermanja
Belaian terhadap isteri dapat memupuk kasih antara sesama pasangan. Nabi SAW dalam satu riwayat Ahmad berkata bahawa :
"Rasulullah tidaklah setiap hari melainkan baginda selalu mengunjungi isteri-isterinya seorang demi seorang. Rasulullah menghampiri dan membelai mereka secara bergantian."
Adakalanya romantisnya Nabi SAW sehinggakan beliau sengaja bermanja dengan menyandarkan kepalanya kepangkuan isterinya sepertimana yang dipertuturkan Aisyah RA dalam Sahih Bukhari bahawa "Nabi SAW membaca al-Quran (mengulang hafalan) dan kepalanya berada di pangkuanku sedangkan aku dalam keadaan haid."
Bahkan amalan ini berlarutan sehingga detik-detik akhir hayat Rasulullah SAW. Aisyah berkata "Ketika maut menghampiri Rasulullah SAW, kepala baginda berada diatas pahaku."
Ada suatu hari ketika Aisyah sedang asyik menyaksikan kanak-kanak bermain bersama ibu mereka, datang baginda Nabi SAW mengangkat Aisyah. Lalu baginda mendukung Aisyah di belakang beliau. Aisyah menuturkan bahawa : 
"Baginda mendirikanku di belakang dan pipiku di atas pipi baginda. Ku letakkan bahuku di atas bahu Rasulullah SAW". (Bukhari dan Muslim). Begitu juga isteri Nabi SAW sentiasa mendapat kucupan mesra daripada Nabi SAW ketika ingin pergi ke masjid.
Pengubat Hati 
Rasulullah bukan seorang yang kaku dan keras. Ia juga seorang manusia yang mempunyai emosi tersendiri. Pemergian baginda telah membuatkan kehangatan rasa rindu di kalangan isterinya. Dikala isteri kesunyian, hadirnya mengungkap keriangan. Sewaktu isteri dalam kedukaan, baginda bukanlah sekadar pemerhati. Namun baginda juga sebagai ubat kedukaan dan kesakitan. Diriwayatkan dari Aisyah bahawa :
"Nabi Muhammad SAW adalah orang yang penyayang lagi lembut. Baginda akan menjadi orang yang sangat lembut dan paling banyak menemani ketika isterinya sakit." (Bukhari dan Muslim)
Hadirnya Nabi SAW mengubat hati para isteri.

Bergurau Senda
Baginda paling banyak bergurau senda bersama isterinya. Suatu hari datang Saodah (salah seorang isteri Nabi SAW) ke rumah Aisyah. Lalu Nabi SAW duduk di antara Aisyah dan Saodah dan meletakkan kaki beliau diatas pangkuan mereka. Ketika Aisyah menjemput Saodah makan, ia menolaknya kerana tidak berselera. Lalu Aisyah berkata : 
"(Demi Allah), makanlah atau aku akan mengotori wajahmu."
Saodah menolak dengan berkata : "Aku tidak akan memakannya."
Lalu Aisyah mengambil makanan dan disapukan ke wajah Saodah. Rasulullah SAW tertawa. Kemudian Rasulullah menyuruh Saodah membalas semula dengan mengotori wajah Aisyah. Setelah Saodah mengotori wajah Aisyah, Rasulullah terus tertawa. (an-Nasai'e, Ibn Abi Dunya)
Kisah ini merupakan senda gurau Nabi SAW bersama isteri-isterinya. Pernah juga Rasulullah memujuk Aisyah untuk menghilangkan marahnya dengan sengaja memegang hidung Aisyah seperti dalam riwayat Ibnu Sunni.
Begitu romantisnya rumahtangga Rasulullah SAW. Mungkin inilah rahsia cinta sejati yang kekal ke akhir hayat Nabi SAW. Beramah mesra, bergurau senda, belaian dan sentuhan.
Panggilan Manja
Sehinggalah ayat-ayat cinta terukir dari bibir seorang Nabi dengan memanggil panggilan manja terhadap isterinya. Suara indah memanggil "Ya Humaira" kepada Aisyah yang bermaksud "Wahai si putih kemerah-merahan atau Mawar merah". Ia membuatkan ikatan itu lebih intim.
Adakalanya Nabi SAW memanggil Aisyah dengan singkatan manja "Ya Aisy" yang bermaksud kehidupan ketika mana beliau menyampaikan salam daripada Malaikat Jibril untuk Aisyah RA. Dengan membuang huruf terakhir itu menunjukkan besarnya rasa cinta, kemanjaan dan kesayangan yang ditonjolkan dari Nabi SAW.
Jangan Malu Jadi Romantik
Sesungguhnya bersikap romantis sesama isteri itu adalah sunnah Nabi SAW. Kita berharap dengan sunnah ini dapat memupuk ikatan yang lebih erat antara sesama pasangan. Bukanlah sunnah ini suatu yang perlu dimalukan untuk diamalkan.
Romantik sesama suami isteri ini semakin malu untuk diamalkan. Mungkin bagi yang sudah lama berkahwin akan bertambah rasa jelik bermadu kasih dengan isterinya. Namun jika diteliti, sebenarnya sikap romantis ini adalah datang dari Nabi SAW. Sayang apabila kita lebih malu mengamalkan sunnah romantis sesudah berkahwin sedangkan kita tanpa segan silu melakukannya sebelum ianya dihalalkan.
Sebenarnya, gambaran seorang suami yang garang dan bengis bukanlah suatu yang datangnya dari agama. Nabi SAW tidak mendidik para isteri untuk takut kepadanya. Namun didikan sebagai pemimpin rumahtangga yang hebat membuatkan rasa takut itu bertukar menjadi lebih menghormati. Nikmat suasana percintaan itu lebih dihargai apabila suami turut meluang masa bergurau senda dan bermesra seakan-akan baru sehari diijabkabulkan.
Kepada suami, ayuh mengikut petunjuk Nabi dalam berkasih sayang sesama isteri. Andai isteri berasa pelik dari mana datangnya sikap romantis seorang suami; adakah suami baru sahaja selesai menamatkan buku novel cinta Romeo dan Juliet?
Jawablah dengan manja. Romantis ini bukan dari novel biasa, namun romantis ini datangnya daripada hadis Nabi SAW.

Tak perlu Disangkal lagi..

Pink Diamond), url(Pink Diamond), auto;}