Mukasurat Extra

Terjalinnya Ikatan..

Daisypath Anniversary tickers

Jom Main klik-klik-klik

Followers

Monday, August 20, 2012

Hari Raya Saya.. (2)


Tiba di bentong, Kaklong sekeluarga dah lama tiba dari Taiping. Kami yg lebih hampir, tiba lebih lewat??hehehee.. takper, kami bawa lemang, kari daging dan daging deng-deng bersama.. Untuk dimakan di pagi raya..

Borak2 jap, Saya lelap lebih awal. Letih siang tadi masih bersisa.. yang lain, saya pun taktau.. Yang pentingnya, pagi Raya, Saya yg pertama mandi!! Yang lain?? masih lelap.. hehe

Sendiri diri leceh bersiap sendiri (masih belum ada anak. kalo tak, taktaula lambat cmner untuk bersiap!!). Ambil masa lama nak bersiap. Sudahnya, dah jam 830pg, masa untuk solat Aidilfitri.. Sebulan saya berpuasa (Ya! Saya maksudkan 29 hari berpuasa penuh!) Kami pergi tanpa mengisi perut terlebih dahulu.. Hoo..Sangat tidak bagus untuk diri.. Perut berkeroncong di masjid, abaikan sahaja.. Ini masa yang jarang ada, hanya tiba setahun sekali, ntah masih sempat atau tidak untuk tahun hadapan.. Ambil masa untuk menghayatinya kan..

Selesai solat sunat dan tahlil di masjid, Saya keluar ke tepi jalan, untuk menunggu kelibat suami untuk berjalan bersama ke rumah. Perut berkeroncong perlukan isi.. Tetapi melihatkan Encik Suami memilih untuk menemani Ayah mentua menaiki kereta, Saya bergegas pergi kerana mengetahui mereka pasti akan lebih lewat berbanding saya yang berjalan kaki ini.. Segera berjalan dengan perut kosong dan hati sebal, sampai di rumah terus membelah lemang dan mengisi kari daging ke dalam mangkuk untuk dinikmati. Apakan daya, belum selesai, sudah dipanggil untuk mengikuti rutin hari raya ke rumah tok imam, tok bilal, tok siak dan sebagainya.. Sempat Saya mencapai sepotong lemang dicicah kari untuk mengalas perut yg berkeroncong merdu nie..

Di rumah Tok Imam, menunya nasi dagang dan lemang.. Perut masih berkeroncong, nasi dagang jd pilihan tetapi kerana nasinya kurang enak, selera terbantut pula.. Tekak nie dh jd pemilih sgt.. Tak bagus!!

~~2b sambung2~~

tata

No comments:

Post a Comment

Tak perlu Disangkal lagi..

Pink Diamond), url(Pink Diamond), auto;}