Mukasurat Extra

Terjalinnya Ikatan..

Daisypath Anniversary tickers

Jom Main klik-klik-klik

Followers

Tuesday, June 26, 2012

Secebis Pengalaman...


Since, Saya dah tak punya diari sejak tamat Tingkatan 5, makanya luahan perasaan banyak dibuat di hadapan insan2 bergelar sahabat.. Tak kira mulutnya ibarat malaikat atau mulut longkang, luahan dibuat dengan persepsi bahawa, beban perasaan itu akan terlepas sedikit demi sedikit dari membebani diri sendiri...

Semakin melangkah dewasa, dengan wujudnya blog dan facebook, Saya menyedari bahawa Saya kini sangat terbuka meluahkan perasaan terhadap warga luar lingkungan yang kadang-kala tidak Saya kenali... Kenapa??? Adakah Saya telah hilang kewarasan diri bila dengan selamber bercerita tentang diri kepada bukan sahabat dan keluarga??(List facebook sy cuma ada rakan yg saya kenal secara nyata sahaja!Yg tidak dikenali secara berhadap muka, takkan diapprove!)

Kini, berdasarkan pengalaman, Saya berpendapat, adalah lebih baik Saya mempunyai semula sebuah muka buka bergelar DIARI, yg dapat menyimpan segala yang terpendam, baik buruknya Saya, agar, yang baik akan kekal baik tanpa prasangka, yg buruk akan terlindung dalam lipatan sejarah memori hidup Saya sendiri.. Setuju tak??

Facebook mungkin akan diteruskan untuk mempereratkan hubungan sesama rakan taulan. Blog jua akan diteruskan untuk berkongsi cerita, pengalaman dan pengetahuan.. Tetapi, Saya harus lebih selektif dan berakal dalam menapis isi2 penting yg ingin dikeutarakan dalam 2 medium ini agar ianya tidak mengguriskan hati sahabat2 dan keluarga, bahkan mungkin juga akan merobek hati dan perasaan Saya sendiri... Tak mustahil kan...

Moga dikuatkan hati demi meneruskan hidup di atas landasan ini..
Moga terus kuat menghadapi cabaran, dugaan, halangan dan ujian di setiap denyut nadi..
Moga terus tabah dalam usaha yg diusahakan..
Moga terus sabar dan berjuang untuk secebis hati yang masih bernyawa..
Moga terus hidup dalam kehidupan sebelum tibanya masa dipanggil kembali...
Moga yang terjadi akan menjadi panduan dan sempadan untuk terus melalui jalan ini..

Mungkin ini luahan rasa berat sebelah dari Saya, tetapi, inilah rasa rasa seorang manusia yg rasa kecil dlm dunia besar yg dipunyainya.. Kecil itu dia yg rasa, kecil itu dia yg punya.. Walau betul, walau salah, kecil itulah dia.. Walau sebesar mana luaran zahirnya, dipengakhirannya, kecil itu juga miliknya..

tata

No comments:

Post a Comment

Tak perlu Disangkal lagi..

Pink Diamond), url(Pink Diamond), auto;}