Daku seorang anak dari sepasang suami isteri yang amat sepadan bersama..
Wajah dan perilaku seakan sama. Punya tabiat dan pengalaman amat berbeza.. Errmmm...
Perfect couple bukanlah couple yang sama dari segala segi.. Perfect couple ialah couple
yang saling lengkap-melengkapi.. kan.....
Suami isteri bahagia itu adalah ibu ayah daku yang amat memahami dan penyayang.
Siapa kata kami adik beradik tidak pernah dimarahi?? Malah daku pernah disebat semata-
mata kerana adik yang mencuba untuk menghisap puntung rokok Abah di dalam bekas abunya..
Dan daku sanggup menahan sakit luka di lutut akibat corner baring di roundabout blok pentadbiran SMA Jengka Pusat satu tika dulu..Hanya semata-mata kerana takut dimarahi
sekiranya perkara tersebut diadu..
Daku seorang pemendam rasa.. Abah jarang dapat meneka kata hatiku.. Namun begitu, Abah tetap Hero bagiku. Abah punya alasan sendiri bagi setiap tindakannya.
Apa yang dikatakan, akan dikotakannya. Walau ada yang mempertikaikan kata Abah, Abah
akan tetap dengan ketegasan keputusannya.. Abah memang istimewa..
Pernah satu ketika, Abah diburu segelintir lelaki yang muka tembok, sering meminta wang tanpa memikirkan bahawa Abah hanya seorang guru yang mempunyai sijil. Gaji Abah hanya cukup untuk kami sekeluarga. Mungkin ada lebihannya namun tetap perit dan tidak sampai untuk layak memberikan duitnya pada yang lain. Emak cuba menasihati, agar tidak menghiraukan permintaan orang kampung yang tidak memahami keperitan kami namun Abah tetap dengan sikap pemurahnya. Sekiranya ada RM10 dalm poket, akan dihulur separuh daripadanya..
Sampai masa minum petang, setelah kenyang makan dan minum di rumah dengan kueh air tangan mak yang memang enak, Abah akan ke kedai makan.. Tidak lain dan tidak bukan, sekadar berbual kosong dengan meja yang penuh dan bilnya, pasti Abah yang bayar.. Kami selalu bergurau, Abah sedang 'training' nak jadi YB..hehe
Wang gaji Abah tidak pernah cukup. Segala bayaran ansuran dan bil, Abah setelkan semuanya. Mujur mak melakukan kerja sambilan, membuat kuih untuk asrama sekolah. Wang tersebut membantu sedikit sebanyak perbelanjaan rumah. Sekali sekala, wang mak dijadikan modal untuk pergi melawatku di Pekan..
Siapa kata Abah ku seorang yang pemboros dan mudah diampu? Bagiku, Abah hanya suka menggembirakan hati orang lain.. Abahku hanya seorang yang amat interpersonal.. Abahku seorang yang amat luas pengaruhnya.. Dan itulah Abahku yang aku sayangi..
Dan daku, tidak pernah mempersoalkan hak Abah terhadap keputusan yang harus dibuatnya selama hidupnya...(setakat bebel2 mak tu, biasala..Abah buat pekak jer..;))
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Mengapa daku menyatakan ini dalam entry ku kali ini??
Rasionalnya, daku terasa amat tersentuh hati, amat terharu dan terasa seolah hati ini dirobek, andai daku terbaca atau terdengar, cerita tentang seorang bapa yang diabaikan dan dinafikan haknya.. Sebuah akhbar(bacala sendiri), menulis tentang bapa yang ditinggalkan di rumah orang tua, oleh anaknya seorang doktor.. Sampai hati doktor itu..
Daku akan terasa sebak dengan hanya melihat seorang tua terbongkok cuba melintasi jalan.. Mengandaikan bahawa itu Abahku... Yang pasti, itu bukan Abah ku.. Sekiranya Abah masih ada, pasti dia akan selalu bertanya, "Bila balik? Nanti Abah datang ambil ye." hehe.. Tu dialog wajib semasa daku di asrama... Yang pastinya, tiada sudah Abah semasa daku meninggalkan sekolah buat kali terakhir...
Wahai insan manusia yang masih mempunyai Abah, Ayah,Bapa, Papa, Daddy dan sebagainya panggilan untuk insan biasa itu, sayangilah mereka, sokonglah mereka, senangkanlah hati mereka... Mereka insan biasa.. Punya hati dan perasaan.. Dan sebagai insan biasa, mereka berhak marah dan kecewa.. Mereka berhak rasa gembira dan menggembirakan.. Segalanya ada hikmah disebalik segalanya...
Janganlah apabila sudah mengalami kehilangan sepertiku, baru terasa sepi dan bersalah.. (tapi daku cukup puas hati menggembirakan Abah...)
tata
hmmm sedey plak k.ena baca...
ReplyDeleteteringat arwah ayah teh sob..sob..sob
kita serupa jer.. sebab tu, bila teringat, kena tulis.. sebab tu sbg peringatan utk kita.. berguna sgguh blog ni kan..
ReplyDelete