Mukasurat Extra

Terjalinnya Ikatan..

Daisypath Anniversary tickers

Jom Main klik-klik-klik

Followers

Thursday, November 26, 2009

Bersiar-siar di Esplanade Temerloh


Hari ni, selepas selesai urusan memasak lemang, kari kancil dan ayam kampung, daku pun bersiap-siap untuk merehatkan diri.. Tapi belu sempat daku membaringkan badan, Rusydan melaungkan namaku dengan kuat..

"Jom.. Kita gi Temerloh baiki pintu kereta mak. Dah tak boleh tutup pulak dah ni."

Alahai.... Daku pun mandi manda kejap(dalam 15minit jugak..), bersiap dan pergi ke Temerloh dengan tujuan untuk membaiki pintu kereta yang pemegangnya telah daku patahkan pagi tadi..huhuhu



Rusydan berbincang dengan Apek yang tengah membaiki pin.. Dahla kancil kecik, tersepit2 Daku tengok Apek tu nak buka pelapik pintu tu..
Ntah apa yang Rusydan khusyukkan tu... Nak belajar repair kot.. Nanti jadi lagi, boleh baiki sendiri..
Sempat lagi tengok kamera tu.... Perasan orang nak amik gambar dia la tu...
Ni la pemegang pintu yang dah terkulai kerana keganasan daku..hukkSS
Bandingkanlah kedudukan dan keadaan pemegang di pintu hadapan dan belakang.. nampak perbezaannya kan..?? hehehhe
Sian Hafeeza... Dalam kete tidur dah tadi, kena kejut sebab nak baiki pintu. Sempat lagi sambung baca dalam kedai nie..
Buku nie Daku yang belikan sebagai hadiah.. Setiap kali balik kampung, daku memang akan bawa sesuatu untuk dorang 3beradik.. Kali ni, buku sorang satu...harap2 dengan adanya buku ni, minat membaca dorang akan bertambah..
Membaca ke tidur tu?? hehehe
Nie la kesan keganasan Daku terhadap pemegang pintu tu.. nampak kesan patah tu?? isk isk isk
Nie pulak adegan dalam kereta semasa tunggu Kak Suri datang nak hantar Raif dan Hanaan untuk dibawa pulang ke Chenor.. Sebab dia banyak keje lain lagi nak buat...
Bagus2....


Al-kisah cerita, Daku teringin nak bergambar di Esplanade temerloh yang nampak cam kiut miut tu.. Daku pun buat permintaan khas pada rusydan agar terus ke sana.. Sampai jer, parking memang penuh. Nasib baik ada jugak reserve untuk kitaorang..(ye ke??) So, bermulalah aksi orang Chenor yang eager tangkap gambar kat Temerloh...huhuhu
Susah nak atur budak2 nie.. maklumla, jarang bergambar dorang nie..
Berdiri pun tegak jer...
belum panas lagi nie sebenarnya.. Jurufoto pun tak dapat aura lagi..huhuhu
AHAH!! I like this pic.. Nasib baik Cik Raif nie pandai menyengihkan dirinya... tapi nampak lak separuh badan si Rusydan..huhuhu
Muka takut sebab belakang dorang tu dah tebing Sungai Pahang.. Dahla air tengah naik melebihi tempat berjalan di bawah tu, buat aku risau jer...
Nampak tiang yang dalam air tu? Sebenarnya tu tempat jalan2 yang dah dinaiki air..
Harap2 dorang nie akan menjadi anak2 yang dapat memajukan bangsa dan negara satu hari nanti...
Pokoknya ala-ala Winter Sonata..huhuhuhu
Di sisi Bandar Temerloh yang menjadi tempat mencari rezeki dan berjalan2....hehehehe
Nice pic..!!
Pencahayaan yang diharapkan akan menjadi best bila diedit nanti...
Dah sampai masa nak balik.. Rusydan dukung Hanaan.. Raif still nak main2 lagi. Takpe, lain kali kita datang lagi..
Jom BALIK!!

tata

Wednesday, November 25, 2009

I'm Back..!! But the flood isn't there.. HahAA


Alhamdulillah.. Sekarang, daku menaip di atas katil empok bersama bantal kekabu di bilik yang serba kekuningan setelah pulang ke Chenor.. Tapi yang sedihnya, Cik Abang balik ke Bentong dah... Tak pelah.. Memang camni pun dh ok..

Walaupun tilam nie takder 'brand' tak seperti VONO di Bentong, tp bantal kekabu buatan mak nie lagi enak ditiduri..hahahahaha... rasa nak bawak balik Lawas jer..

Daku pulang lebih kurang jam 5 petang hari Selasa, 24/11/2009. Dengan membawa bersama-sama Daging Kancil dan Rebung hasil penat Ayah mencari di Kebun.. Isskk.. Apalagi, mak pun masakla yang KAW2 punya.. Memang menetasla perut nie..

Sampai di Temerloh, terus ke rumah Abang dulu. Ikut perancangan, makan2 Pizza Hut.. Daku pun beranganla nak makan Pizza yang baru dan nampak cam hebat tu.. Sampai rumah Abang, Tuan rumah takda lak. Tunggula bersama-sama mak dan Rusydan yang dah sampai dari Chenor..

Kak Suri sampai dari rumah kawannya di Taman Temerloh Jaya, rupanya Kak Suri pun tak tahu menahu 'plan' piZZA ni.. Alkisah, Abang buat 'plan' sendiri daa...

Kome pun, (dah sampai Temerloh mesti guna slang Temerloh..huhu) terus ke Pejabat Abang kat Bandar Temerloh.. Nak ambil duit kononnya..hehehehe.. Sempatla bertanyakan tentang perihal pinjaman perumahanku yang banyak sangat hal2 berbangkitnya tu... Selesai hal2 berbangkit dibangkitkan, kome pun berangkat ke PIZZA HUT Temerloh untuk membuat tempahan 'take away'.

Tapi, kekecewaan melanda diriku pabila PIZZA yang diingini dah habis stok. 'Crunchy' je yang ada?? Alahai.. Beli la jugak.. Apa punya manager daa... Dah 2 kali terkena macam ni. Nak beli set promosi tapi dah abis stok.. Tak pandai kira stok ke manager ni? Confius gak..

Dah beli, bawak balik, Abang tengok, kuar lagi satu citer..

"Mana cukup pizza nipis camni nak makan kita ramai2.." pulak dah.. Rusydan pun kuar lagi, gi beli KFC lak.. tapi KFC pun 'FULL HOUSE'. Terpaksala beli Chicken wing kat Pizza.. Rusydan cakap...

"Masuk PIZZA HUT tadi, terus waiter tu cakap, Sorry Cik, Pizza dah abis..terukla.. tapi saya kata, kome nak beli chicken wing jer, bukan nak Pizza." hahahahahaha

Selesai makan-makan, kome pun balik ke Chenor... Cik Hanaan Nafeesa dan Hafeeza Munira mengikut kome balik. Dan Hanaan Nafeesa pun terus naik atas katil ku dan tidur ngan kome.. huhuhuhu

Bangun pagi2, mak dah siapkan roti bun buatan sendiri dengan cekodok pisang. Daku pun makan2, berlepak2, pastu bersiap nak ke Temerloh untuk urusan2 ke Indon minggu depan.. Pergi dengan Rusydan memandangkan Cik Abang tak mandi lagi dan kete pun tak muat sebab Rusydan nak gi ambil akuarium dia yang besar.. Gi kul1130, kul145 baru sampai rumah semula.. Pergi dengan Rusydan dan Hanaan tapi balik dengan tambahan Raif Danial pulak..huhuhuh

Sampai rumah, mak dah siap masak. Rebung masak lemak, ikan merah masak sup, ikan kerisi goreng, sayur campur dan nasi putih..huhuhu.. banyak betol lauk.. Melantak la pulak.. Tapi Hafeeza, mak dan Cik Abang dh makan awal. Rusydan dan Raif terus makan bila sampai rumah. Daku makan lewat lagi, berdua dengan Hanaan pulak.. Sebab banyak makanan dan lauk, jadi takde la masalah nak kena berebut makan.. Aman..

Petang tu, pasar malam Kg Awah. Mak dan Rusydan keluar beli Yong Tau Fu untuk makan malam. Adala sekali kueh 2 3 jenis.. Terus makan dalam kul6 tu.. Cik Abang bersiap nak balik Bentong kul7 lebih lepas dah kenyang makan makanan yang banyak mak beli.. Kot ye pun, sepanjang ari asik terbaring menyedapkan mata je kan.... Pelik gak, kat Bentong jarang Cik Abang tidur siang.. Malam pun lewat jer baru masuk bilik dan tidur.. Tapi kalau kat Chenor, kalau takda dalam bilik, mesti kat ruang tamu.. Kalau tak depan laptop or TV, mesti tengah lena.. Dah agak banyak kali daku perati, rumah Chenor nie sejuk kot...


Malam ni, kami yang ada borak2 jer.. Abang tidur je atas tilam 'Herbal FAME' mak sejak sampai petang td. Sampaila daku masak buah kegemaran daku, buah kembayau yang dibawa khas dari Lawas.. Dorang merasala makan.. memang seperti yang dijangkakan... Dorang tak berminat..huhuhuhu...

Abis makan2, Abang dan Kak Suri pun balik ke Temerloh dengan Raif(still sekolah esok) dan hanaan yang tiba2 merengek nak balik temerloh.. Hafeeza tinggal dan tidur dengan daku malam nie...

Esok nak memasak lemang, kari kancil,(ayah yang bagi aritu) dan sayur pucuk manis dengan keledek.. sedap tu.. hehehehe

ok la..ngantuk dah..

tata

Monday, November 23, 2009

26/11/2009 - Masih di Bentong..


Entry sebelum ini menceritakan perjalanan bayangan kami dari Lawas-KK-KL-Bentong. Kali ni, perjalanan sebenar Lawas-KK-KL-Bentong-Chenor..

Bertolak dari Lawas kul 9 pg 23/11/2009
Makan pau di Beafort kul 11 pg
Sampai CP KK kul 130 ptg
makan McD kul 145 ptg
Tgk wayang citer 2012 yg langsung tak best kul 230-600 ptg

Membeli belah kat pasar malam Kg Air kul 8 malam
mandi manda di hotel kul 10 malam
Abang g kuar makan ngan kawan kul 1130 malam
Daku dah tertido kul 1200 (agak2 je nie)
Abang balik tekan loceng bilik kul 440 pg 24/11/2009

Bersiap2 untuk check out hotel kul 1100pg
check out kul 1200 tghari
Makan kt Kenny Rogers kul 1230
Tunggu Ckgu Ismadi datang amik nk tolong anta ke KKIA kul 130 (BIG TQ)
Check in di KKIA kul210 ptg
Online di McD KKIA kul 225
Check in kul340 ptg
Flight delay ke kul 440 ptg
flight landing di Labuan kul 515petang
Flight take off ke KL kul 545 petang
Flight landing di KLIA kul815 malam
Tunggu baggage kul 830 malam
On d way ke KL Sentral (dalam KLIA Express) kul 900 malam
Beli tiket LRT menuju ke Stesen Terminal Putra kul950malam
Alhamdulillah....dalam MyVi kul1015 malam..

Makan2 di Restoren Haslam kul 1040 malam
Perjalanan balik kul 1120 malam
Sampai di Desa Damai kul 1 lebih kot...

* * * * * * * * * * * *

Semalam (25/11/2009) sehari suntuk daku berada di rumah.. Buat aper? Ntahla.. Berbalas2 SMS dengan Kak Suri dan Rusydan, serta menjawab panggilan daripada Hafeeza dan Raif, bertanyakan pada ku bila daku akan sampai ke hadapan mata mereka.. Wahai sayang2ku.. Ayah Ngah nie macam taknak pergi sana.. Macam mana Makngah nak sampai ke sana...

Mak masak Kari Ikan Merah untuk dinner. Sebab kononnya daku nak balik makan (macam biasanya memang daku dah balik umah..) Tapi daku tak balik pulak.. Daku rugi tak dapat makan kari ikan merah.. Harap2 mak tak terasa hati bila daku tak balik semalam.. Ermmm...

* * * * * * *

hari ini (26/11/2009) daku baru selesai breakfast bersama suami tercinta.. Dan dah ada rancangan untuk keluar ke bandar Bentong dan melakukan beberapa perkara yang sudah dirancangnya.. Daku masih lagi di depan laptop.. mengarang perjalanan hidup dan meng'harvest' kebun ku di Facebook..

Adakah daku akan sampai ke Chenor atau Temerloh pada hari ini?? 2 panggilan telah kuterima daripada Hafeeza pagi ini.. Dan panggilan seterusnya akan diuruskan sendri oleh suami ku.. Daku dah tak punya alasan untuk diberikan kepada anak2 saudaraku yang sudah hilang kesabaran menunggu ku pulang..

Sabarlah sayang.. Sabarlah diriku.. Tempat seorang isteri di sisi Suami.. ''''''' ..

tata

Thursday, November 19, 2009

We're coming Mums and Dad...


Perasaan ku masih seperti biasa hari ini.. Ahad sudah mahu terbang, Jumaat masih enak tidur petang dan menekan tetikus bermain Barn Buddy dan Farmville.. Aiiii.....

Ku kira, sebuah beg pakaian yang sederhana besar dan sebuah kotak cukup untuk membawa pulang apa yang perlu sepanjang percutian kali ini.. 2 kilo udang kering Chik dan 2 kilo ikan bilis mak tidak akan dilupakan.. oohh.. Termasuk lada hitam yang sudah lama ku beli..hehehe

Perjalanan kami akan bermula esok, Sabtu pagi apabila kami bertolak menuju ke KK. Tidur semalaman sebelum terbang jam 4 petang di KKIA. Sampai di KLIA mungkin dalam jam8 malam. Meneruskan perjalanan menaiki KLIA Express ke KL Sentral. Menaiki Putra LRT pula terus ke Stesen Gombak. Bayangkan, jumlah masa perjalanan yang terpaksa kami jalani untuk sampai ke kampung halaman.. Cuba juga kirakan berapa kos perjalanan sehari suntuk itu termasuklah tiket kapal terbang.. Adakah segala itu berpatutan dengan jumlah elaun yang kami terima lebih RM250 daripada rakan sejawat di Semenanjung?

Daku bukan merungut, malah terasa amat bersyukur kerana diberi peluang untuk berkhidmat di bumi yang belum pernah ku jejaki sebelum ini.. Malah nasib sentiasa membawaku ke bumi asing setiap kali daku menamatkan satu peringkat hidup.. Dan, secara berterus-terang, daku memang sudah dapat menduga bahawa permulaan alam pekerjaan ku akan membawaku ke bumi Borneo ini..

Daku amat sayang untuk mengabaikan segala keindahan bumi Tuhan di sini tanpa sempat mengabadikannya dalam memori hidupku. Daku belum puas menikmati segala flora fauna yang terhidang di alam luas ini.. Daku masih dahagakan segala pengalaman perjalanan yang hanya akan dapat ku perolehi di sini.. Daku tahu, sekiranya daku pulang sekarang, daku tidak akan kembali ke sini dalam masa singkat.. Satu kerugian yang amat besar sekiranya daku membazirkan peluang hebat ini di sini..

Perjalanan pulang pasti akan meletihkan. Menuntut tenaga fizikal dan mental terutamanya dengan keadaan cuaca yang tidak menentu di akhir tahun ini.. InsyaAllah.. Kami akan selamat pulang.. Dan InsyaAllah... Akan selamat kembali ke sini, meneruskan bakti yang dipikul di bahu sampai mati..

Doakan keselamatan kami berdua dari rumah ke rumah... Bertemu Ayah, Emak dan Emak.. Semoga ukhuwah kan bertambah erat, hubungan kan makin bersemi, kebahagiaan kan melingkari, kehidupan kami, dunia akhirat, InsyaAllah....

tata

Wednesday, November 18, 2009

KEBAHAGIAAN HIDUP BERKELUARGA..


Daku seorang anak dari sepasang suami isteri yang amat sepadan bersama..
Wajah dan perilaku seakan sama. Punya tabiat dan pengalaman amat berbeza.. Errmmm...
Perfect couple bukanlah couple yang sama dari segala segi.. Perfect couple ialah couple
yang saling lengkap-melengkapi.. kan.....

Suami isteri bahagia itu adalah ibu ayah daku yang amat memahami dan penyayang.
Siapa kata kami adik beradik tidak pernah dimarahi?? Malah daku pernah disebat semata-
mata kerana adik yang mencuba untuk menghisap puntung rokok Abah di dalam bekas abunya..
Dan daku sanggup menahan sakit luka di lutut akibat corner baring di roundabout blok pentadbiran SMA Jengka Pusat satu tika dulu..Hanya semata-mata kerana takut dimarahi
sekiranya perkara tersebut diadu..

Daku seorang pemendam rasa.. Abah jarang dapat meneka kata hatiku.. Namun begitu, Abah tetap Hero bagiku. Abah punya alasan sendiri bagi setiap tindakannya.
Apa yang dikatakan, akan dikotakannya. Walau ada yang mempertikaikan kata Abah, Abah
akan tetap dengan ketegasan keputusannya.. Abah memang istimewa..

Pernah satu ketika, Abah diburu segelintir lelaki yang muka tembok, sering meminta wang tanpa memikirkan bahawa Abah hanya seorang guru yang mempunyai sijil. Gaji Abah hanya cukup untuk kami sekeluarga. Mungkin ada lebihannya namun tetap perit dan tidak sampai untuk layak memberikan duitnya pada yang lain. Emak cuba menasihati, agar tidak menghiraukan permintaan orang kampung yang tidak memahami keperitan kami namun Abah tetap dengan sikap pemurahnya. Sekiranya ada RM10 dalm poket, akan dihulur separuh daripadanya..

Sampai masa minum petang, setelah kenyang makan dan minum di rumah dengan kueh air tangan mak yang memang enak, Abah akan ke kedai makan.. Tidak lain dan tidak bukan, sekadar berbual kosong dengan meja yang penuh dan bilnya, pasti Abah yang bayar.. Kami selalu bergurau, Abah sedang 'training' nak jadi YB..hehe

Wang gaji Abah tidak pernah cukup. Segala bayaran ansuran dan bil, Abah setelkan semuanya. Mujur mak melakukan kerja sambilan, membuat kuih untuk asrama sekolah. Wang tersebut membantu sedikit sebanyak perbelanjaan rumah. Sekali sekala, wang mak dijadikan modal untuk pergi melawatku di Pekan..

Siapa kata Abah ku seorang yang pemboros dan mudah diampu? Bagiku, Abah hanya suka menggembirakan hati orang lain.. Abahku hanya seorang yang amat interpersonal.. Abahku seorang yang amat luas pengaruhnya.. Dan itulah Abahku yang aku sayangi..

Dan daku, tidak pernah mempersoalkan hak Abah terhadap keputusan yang harus dibuatnya selama hidupnya...(setakat bebel2 mak tu, biasala..Abah buat pekak jer..;))

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Mengapa daku menyatakan ini dalam entry ku kali ini??

Rasionalnya, daku terasa amat tersentuh hati, amat terharu dan terasa seolah hati ini dirobek, andai daku terbaca atau terdengar, cerita tentang seorang bapa yang diabaikan dan dinafikan haknya.. Sebuah akhbar(bacala sendiri), menulis tentang bapa yang ditinggalkan di rumah orang tua, oleh anaknya seorang doktor.. Sampai hati doktor itu..

Daku akan terasa sebak dengan hanya melihat seorang tua terbongkok cuba melintasi jalan.. Mengandaikan bahawa itu Abahku... Yang pasti, itu bukan Abah ku.. Sekiranya Abah masih ada, pasti dia akan selalu bertanya, "Bila balik? Nanti Abah datang ambil ye." hehe.. Tu dialog wajib semasa daku di asrama... Yang pastinya, tiada sudah Abah semasa daku meninggalkan sekolah buat kali terakhir...

Wahai insan manusia yang masih mempunyai Abah, Ayah,Bapa, Papa, Daddy dan sebagainya panggilan untuk insan biasa itu, sayangilah mereka, sokonglah mereka, senangkanlah hati mereka... Mereka insan biasa.. Punya hati dan perasaan.. Dan sebagai insan biasa, mereka berhak marah dan kecewa.. Mereka berhak rasa gembira dan menggembirakan.. Segalanya ada hikmah disebalik segalanya...

Janganlah apabila sudah mengalami kehilangan sepertiku, baru terasa sepi dan bersalah.. (tapi daku cukup puas hati menggembirakan Abah...)

tata

Tuesday, November 17, 2009

Tamat sudah...


Alhamdulillah..... Semua tugasan untuk sepanjang tahun ni telah tamat dengan jayanya...
Hari Anugerah Cemerlang dan Graduasi (bunyi cam akademi fantasia lak) yang 'grand' pun berjaya meng'kagum'kan hadirin walaupun permulaanya agak lambat kerana masalah teknikal akibat mic yg rosak..huhuhuhuhu

Alhamdulillah jugak, segala usaha yang dicurahkan sepanjang 2 minggu di hadapan laptop ku tersayang memberikan hasil yang diharapkan apabila daku mendapat maklum balas yang positif walaupun hanya daripada rakan sejawat yang memahami..

3 hari yang berbaki akan dihabiskan dengan persiapan untuk panatia tahun hadapan.. dan, daku sebenarnya sedang mencuri sedikit masa sebelum persiapan bersama ketua bidang teknikal bermula..hehehehe

ngantok dan lapar... tapi stil masih dlm kawalan.. cuma tekak rasa loya lak.. Jangan pk yg bukan2, cuma rasa loya
sebab beberapa perkara yg tak dapat diterima akal dan perasaan.. tak ada yang peribadi, segalanya
hanyalah isu semasa semata-mata..huhuhu

Menjelang cuti yang bakal menjelang, terasa beban di bahu sedikit berkurangan.. Namun begitu,
akan ada tanggungjawab yang menanti di sana.. Dan cuti yang dinanti-nantikan ini membutuhkan
kerjasama dan rasa tanggungjawab yang tinggi.. Dan semestinya pengorbanan besar perlu dilakukan..

Akan ada pengorbanan yang menggamit titisan air mata di celah-celah gelak tawa dan senyum mesra..
Itu semua asam garam kami sekeluarga.. Yang pastinya kerana daku anak manja keluarga..
Benarkah???

Itu semua anggapan semua orang yang sudi menitip kehidupan ku dari luaran.. Namun begitu,
bagi yang mengharunginya bersama daku, mereka tahu setakat mana manjanya puteri kental ini.
Wajah sombong yang penuh manja ini sebenarnya menyimpan pelbagai keteguhan akar jati diri yang
diperlukan bagi mengharungi liku hidup dunia fana ini..

Sesekali diri ini sering disalah ertikan namun semua itu dugaan dan jalan hidup yang telah ditentukan..
Teruslah menjalani hidup dengan penuh keikhlasan.. Maka kita akan mendapat kemanisannya
satu hari kelak..

Apa yang cuba daku tekankan??

Keindahan cuti penggal akhir tahun ini akan mengandungi pelbagai peringkat perasaan..
Doa adalah satu senjata menahan bisikan syaitan agar daku terhindar dari mengikuti laluan sesat
itu. Agar cuti ini akan membawa kebahagiaan buat semua..

tata

Tuesday, November 10, 2009

SepiNtAs KenANgaN..


"Pergilah balik. Abah ok je ni. Hospital ni pun bagus."

"Bang, ngah nak pekse dah minggu depan."

"Peksa apa? Ala.. Baca jela buku.."

"laa..lupa lagi la tu.. ngah kan nak SPM dah minggu depan ni.. Lepas ni lambatla dia nak datang sini lagi.."

"oo.. Abah lupa.."

Secebis kenangan terakhir daku bersama abah, yang telah pergi selamanya 8 tahun lalu, tepat tanggal 6 November 2001.. Kala itu, daku pergi melawat ayahanda tercinta di Hospital Besar Kuala Lumpur. Berkongsi pengalaman dengan ibunda tidur di dalam wad yang telah dihuni selama hampir 3 bulan.. bilik wad yang dihuni bersama 3 pesakit lain yang silih berganti menjadi saksi ketaatan seorang isteri yang menjaga suami hingga akhir hayatnya.. Bilik yang menjadi saksi ketaatan seorang anak yang sedang berhempas pulas menghadapi peperiksaan akhir semester di UIA sambil menjalankan kewajipan menjaga ayah dan membantu ibundanya..

Ya.. Tiap kali tarikh itu menjengah ruang kalendar, tiap kali itu kenangan yang menghiris hati itu kembali terpampang di ruangan mata.. Kehadirannya bukan sekejap, namun terus berterusan, sehingga air mata yang ditakung kering dalam diam.. Bukannya kenangan itu hapus di tarikh yang lain, namun hati waja yang dimiliku tega menyembunyikan kedukaan di sebalik senyum tawa dan pengalaman seharian yang mewarnai hidupku..

"Ngah, jom kita balik Chenor jap. Malam kang makteh anta ngah balik semula. Kita tengok abah dah balik rumah."

"Takpe. Esok ngah takde paper. Balik esok pun takpe. Ngah gi salin baju kejap ye."

Itu hari kedua SPM berlangsung. Paper Bahasa Inggeris memang termasuk dalam paper yang diharap dapat menyumbangkan A dalam keputusan SPM ku. Tapi, otakku 'blank' semasa menulis esei yang biasanya amat mudah bagi ku.. Sesekali, aku terlelap setelah puas memerah otak menggali semula apa yang pernah ku buat selama ini.. paper petang, Sejarah kertas 2. Seolah mengimbau kegagalanku menjawab soalan sejarah dengan baik semasa PMR, daku sekali lagi gagal memberikan jawapan bernas. Otakku ligat berfikir, mengapa otakku seolah lesu, tidak mahu berkerjasama menjawab soalan..

Usai tamat peperiksaan sejarah tersebut, daku terus bergegas ke asrama, terasa ingin meringankan segala beban yang berat sepanjang hari.. Dan, setelah daku selesai menunaikan solat Asar, baru ingin meluruskan badan di perbaringan, saat itulah Makteh ku, kakak ibundaku dari Kuantan, datang menjemputku untuk pulang ke kampung..

"Yati, aku nak balik rumah jap. Boleh tak ko tolong buatkan Tahalil untuk ayah aku lepas Maghrib ni?"

Sudah pasti, rakan-rakan yang mendengar pertuturanku itu terlopong seketika. Mereka cuba mendapatkan kepastian namun aku sendiri tidak punya jawapan kukuh walaupun hati kecilku sudah dapat meneka kepulanganku kali ini untuk apa..

Selesai urusanku memohon kebenaran dari pihak sekolah, perjalanan diteruskan. Namun begitu, sempat Pak Guard yang memang selama ini mengenali ayahanda ku mengucapkan takziah kepadaku. Mungkin dia tidak tahu bahawa daku masih belum diberitahu akan hakikat sebenar kepulanganku kali ini..

Siapa yang dapat menahan air mata ini dari mengalir? Siapa yang dapat meneka apa yang sedang berlegar-legar diruangan mataku kini? Siapa yang dapat mendengar rintihan hati yang merayu merintih menyedari akan kepulangan kali ini yang langsung kosong tiada erti??

Perjalanan selama dua jam dari Pekan ke Chenor seolah tidak terasa oleh ku. Diriku seolah hilang di perjalanan. Sesampai di halaman rumah, yang telah mula dipenuhi sanak saudara dan jiran tetangga, daku sedar yang daku perlu meneruskan langkah. melangkah masuk ke rumah, mata ku mencari kelibat mak, abang atau adikku.

"Mereka belum sampai dari KL." ujar jiranku yang daku telah hilang ingatan tentangnya. Daku terus masuk ke dalam bilik. Membelek-belek buku latihan Matematik yang sempat ku jinjit keluar dari dorm penginapanku. Daku terus menyelesaikan latihan yang masih berbaki. Satu demi satu soalan ku selesaikan. Tiba-tiba pintu bilik ku dibuka. Abang masuk dan terus memelukku.

"Takpe. Abang ada. Abang ada.." Dan air mataku tumpah lagi..

Selesai mandi, daku masih mengurung diriku di dalam bilik. Tidak ku ambil tahu akan apa yang terjadi di dalam mahupun di luar rumah. Daku terus setia dengan buku latihan matematik tersebut. Chik(ibu saudara) masuk ke bilik mengajakku untuk makan. Daku hanya mampu menggeleng kepala. Mana mungkin mulut ini dapat menerima makanan sedangkan insan yang kutunggu dari tadi masih belum tiba lagi..

Namun begitu, dua suap nasi tetap masuk ke perut ku. Itupun setelah disuap oleh Kak Su, sepupu yang tua setahun dariku. Kami memang rapat sejak kecik lantaran jarak usia yang tidak jauh. Sesudah makan, daku membawa diri ke luar bilik, meneliti segenap ruang rumah, mencari secebis memori yang tersisa di sana sini..

"Ngah dah besar nanti, nak jadi apa?

"Mestilah nak jadi doktor. Sebab tu ngah ambil Sains tulen ni Bah."

"Kenapa nak jadi doktor?"

"Dapat ubat orang sakit. Nanti kalau abah ngan mak sakit, takyah pegi hospital. Ngah boleh ubatkan sendiri.."

Perbualan anak beranak di meja makan memang banyak kenangannya. Tak syak lagi, ketegasan Abah mendidik kami agar makan bersama-sama di meja makan tanpa televisyen atau radio membawa banyak manfaat terhadap hubungan kekeluargaan..

"Kita kena belajar rajin-rajin. Kalau Abah sekarang jadi cikgu je, Ngah nanti kena jadi pensyarah ke, profesor ke, baru betol. Tak boleh kerja lebih rendah dari Abah. tu tak maju namanya.."

Itu perbualan di atas tangga selepas makan, dengan sepinggan mangga potong yang dihidangkan oleh emak. Saat itu seolah berlegar kembali tika mataku menatap ruang-ruang kosong tersebut..

"Ngah, Mak ngan Abah dah sampai. Nak sambut dorang?" Adik ku menyapa memecahkan aliran memori yang menghayutkan diri.

"Ermm.. Ngah turun ikut pintu belakang.." Jawabku lemah, menyembunyikan getaranhati dan jiwa yang bergolak dengan pelbagai persoalan dan perbalahan di minda..

Perlukah aku meluru ke arah kereta jenazah itu? Patutkah aku berdiri terus tegak di tengah rumah seperti sekarang? Atau sudah sediakah aku untuk melayangkan pandangan pada sekujur tubuh kaku itu?? Daku menggelengkan kepala beberapa kali. Masih tidak dapat menemui jawapan yang benar-benar pasti..

Lantas itu, waktu kekeliruan masih menyelubungi jiwa, sepasang tangan terus memeluk bahuku, mendorongku untuk terus melangkah ke hadapan rumah, menuruni satu persatu anak tangga menuju ke ruang tamu, terus melangkah mengharungi lautan manusia, untuk sampai ke tempat tujuan, ke arah sekujur tubuh yang telah kaku itu..

Itu Abah ku.. Itu Abah ku.. itu Abahku.. Itu Abahku..

Yaaa!! Dengan kudrat yang masih ada, kulihat Tokki ku melutut di hadapan jenazah anaknya, merintih sepi akan insan harapannya, membelai dada yang sudah hilang denyutannya, menyentuh pipi yang telah lenyap keanjalannya..

Daku terus berteleku di sisi insan yang pernah menyayangi ku itu. Air mata yang puas ku takung sejak tadi mengalir deras. Bibirku menggeletar, bahuku terus terbuai dek alunan rintihan dalam jiwaku.. Daku mengerti, menangisi suatu yang telah pergi adalah kerja sia-sia namun begitu, pemergian yang tidak dapat kurelakan saat ku amat memerlukan ini begitu merentap semangat ku. Seolah kakunya tubuh itu memberikan tanda padaku akan bekunya segala milikku selamaini..

Tangisan dan rintihanku merobek banyak jiwa yang menatap. Air mata yang kuseka dari pipi mengalirkan jutaan simpati dari hadirin. Aku insan dalam pelarian menuju destinasi kejayaan yang tiba-tiba disambar angin taufan yang merampas segala hak kesayangan sekelip mata.. Aku insan kerdil disisiMu ini masih merintih memerlukan jawapan atas segala kejadian ini Ya Rabbi..!!

"Ngah jangan risau. Abang ada untuk tanggung kita sekeluarga. Abang ada untuk jaga kita sekeluarga. Abang ada untuk kita semua. Abang ada.. Jangan terus macam ni. Redhalah.."

Kata-kata itu kudengar seolah dilaung jauh di seberang lautan. Dipertengahannya ada angin kencang yang mengaburkan penyampaian maksud kata-kata. Daku terus khayal dalam emosi kesedihan. Daku terus leka melayan pilu yang menggigit jiwa..

"Abah sentiasa ada disisi Ngah. Buat saja yang terbaik. Yakinlah Allah ada untuk kita. Yakinlah, ujian yang diturunkan hanya buat insan yang mampu menghadapinya. Yakinlah, kita amat bertuah kira diberikan dugaan yang berat.. Abah yakin, Ngah ada segala kekuatan untuk mengatasi masalah, seperti mana yang dah Ngah tunjukkan selama ini.. Abah yakin, Ngah takkan tewas pada dugaan, takkan tewas pada ujian.."

Kata-kata itu tiba-tiba menerjah kotak ingatanku. Senduku tiba-tiba hilang. Air mataku tiba-tiba kering. Daku terus menegakkan badan. Menatap terus ke wajah yang bening itu..

kulihat ada garis senyuman di wajah pucat itu. Seolah mengatakan padaku, bahawa daku akan dapat mengharungi segalanya dengan baik. Senyuman yang meyakinkanku, walaupun tanpa daku disisi Abah saat nafas terakhir yang dihembus pun, Abah masih yakin padaku, yakin pada kekuatan diriku mengharungi dugaan ini..

Tiba-tiba seperti ada tenaga baru menyusup dalam jiwaku, aku terus bangkit. Menoleh mencari emak yang kulupakan sejenak. Emak yang kulihat amat tenang. Malah sempat tersenyum melayani tetamu yang hadir mengucapkan takziah.. Kubingkas bangun meluru memeluk insan kesayanganku yang selama ini menghabiskan masanya bersama-sama suami tercinta. Pelukan ku dibalas penuh kasih oleh emak yang takkan dapat kulihat kekuatan itu dalam mana-mana wanita lain dalam hidupku.

"Ngah, Abah pergi elok.. Sakit sekejap je. Abang ngan mak ada baca Yassin. Adik dah tolong Abah bacakan syahadah.. "

"Tapi Ngah takde.."

"Takpe.. Abah tahu Ngah tengah exam.. Jangan sedih-sedih sangat. Kita doakan Abah ya.."

Lembut saja suara itu menggetarkan gegendang telinga ku. Seolah menyimbah air ke tanah yang gersang. Menyedarkan semua diriku akan apa yang seharusnya daku lakukan pada saat-saat yang pedih seperti ini.. Saat-saat getir yang hanya insan terpilih akan lalui..

Sedang daku masih mengumpul sisa kekuatan agar dapat terus bertahan, bahuku disentuh seseorang. Menoleh ke belakang, kelihatan rakan-rakan yang datang dari sekolah, menaiki bas sekolah yang hampir uzur pada waktu malam sebegini, semata-mata untuk bersama-sama denganku pada saat seperti ini..

Ketahuilah wahai rakan-rakanku sekalian, kehadiran kalian semua amat bermakna dalam memujuk hati ini agar terus kuat.. Kehadiran kalian benar-benar dapat menyentuh hati ini agar dapat terus bertahan.. Dan wahai sahabatku, daku amat menghargainya...

Malam terus berlalu.. Membawa mentari yang mengiringi sebuah cerita yang hampir sampai ke penghujungnya.. Bersemadinya seorang Abah, membawa pergi bersamanya senyuman manis yang mendamaikan, kata-kata hikmah yang menyedarkan, dan kucupan mesra yang membahagiakan..

Al-Fatihah buat Allahyarham Sabaruddin Bin Daud, (1943-2001).. Semoga kan tenang abadi disisi Nya..

^^ ^^ ^^ ^^ ^^ ^^ ^^ ^^ ^^ ^^ ^^ ^^

Sepintas kenangan, pabila dicungkil kembali, mengambil masa hampir seminggu untuk dihamparkan di lembaran ini.. Bukan cuba untuk meraih simpati, jauh sekali ingin menagih kasihan.. Sekadar ingin berkongsi perasaan hati, apa yang terjadi, bila kehilangan seorang Abah..

Buat insan lain yang masih punya Abah, atau Ayah, atau Papa mahupun Daddy atau Walid sekalipun, hargai dia, hormati dia, gembirakan dia, buatlah segalanya untuk dia, kerna pabila sampai masanya, hanya Allah berhak atasnya...

tata

Sunday, November 1, 2009

Puding Telur Karamel..

Finally....

Akhirnya daku berjaya melaksanakan salah satu dari misi hujung minggu ku iaitu membuat puding telur karamel nie.. Ada 2 bentuk, segiempat ngan bulat. dua2 cantik..hehehe(puji diri sendiri dulu)

Malas nak cakap banyak, jom kita hayati sama2 puding yang best nie...

Puding bersama bekas yang memasaknya..
yummy yummy yummy...
Abang rasmikan dulu.. bestkan bang...
pandangan sisi yang mengiurkan....
nie versi kedua, bulat yang leper...
looks very nice...
tertarik hati x? lalalalala
menggodanya....
come to me...!!!

hehehehe.... Alhamdulillah.... satu lagi pengalaman berjaya dikutip...

tata

Tak perlu Disangkal lagi..

Pink Diamond), url(Pink Diamond), auto;}