Mukasurat Extra

Terjalinnya Ikatan..

Daisypath Anniversary tickers

Jom Main klik-klik-klik

Followers

Tuesday, October 13, 2009

Masih Berbekas Di Hati...


Ermm....mula2, diriku nak mengucap syukur.. duit yg dilabur tidak hilang begitu sahaja.. petanda duit yg dtg dr sumber yg diredhai mungkin.... Kamera yg ku anggap telah mendapat tuan yg baru tu rupa-rupanya masih ada di sisi... cuma mata yang terlepas pandang kedudukannya yg terlindung.. dan mungkin jua diriku terlalu alpa akan keadaannya dan keadaan diriku sehinggakan kamera yg tidaklah sekecik nyamuk itu pun sukar untuk ditemui..

Akhirnya, berkat mata terang suamiku yang tekun mengemas dan membersihkan kereta, kamera menunjukkan diri setelah hampir sebulan berada di tempat 'persembunyiannya'... nak tau kat mana?? di sisi kerusi belakang... jika tidak diangkat kerusi tu, memang tak nampak si comel yg menyorok di situ...

namun begitu, setelah suamiku menunjukkan kamera tersebut, tidak pula diriku merasa terkejut atau eager dengan kehadiran semulam dirinya.. kenapa ya?? mungkin kerana diriku telah berjaya menyemaikan dalam hati dan perasaan bahawa mungkin diriku tidak mempunyai rezeki bersama kamera tersebut..

mungkin jua syaitan2 laknatullah telah berjaya membisik di telingaku akan kemungkinan 'kehilangan' kamera kesayanganku ini hanya lah satu sandiwara lakonan suami ku sahaja... Astagfirullah.... mana tidaknya, selepas menemui kamera tersebut, tiada sepatah kata pun yang diucap oleh suamiku.. sebarang penerangan atau cerita langsung tidak diucapkan...

namun begitu, terima kasih buat sahabat ku dunia akhirat, Arni Munira, yang dengan yakin telah berjaya membuatku yakin, suamiku punya alasan untuk mendiamkan diri.. mungkin diriku hanya perlu bersyukur dengan kehadiran semula kamera yang aku rindui..

Bekas kesedihan masih di situ... diriku masih tidak tega memegang mahupun memandang akan kamera yg kurindui itu... diriku masih menyalahkan diri sendiri akan kehilangan sebentar itu... dan kata2 itu masih terngiang-ngiang...

"kalau sayang pegang lagi, hilang lagi"

tata

2 comments:

  1. No komen..cuma sentiasa laa berfikiran positif walaupun perkara negatif dtg menjengah. Kerana setiap yg terjadi pasti ada hikmah di sebaliknya.

    ReplyDelete
  2. wah dayah!! ko sahabat dunia akhirat aku jgk!! baru baca.. hehehe.. be strong!!!

    ReplyDelete

Tak perlu Disangkal lagi..

Pink Diamond), url(Pink Diamond), auto;}