Rutin pagi bermula awal.. Cuaca kelihatan amat baik..matahari telah mula bersinar sejak jam645 pagi lagi. Kehidupan di bumi Sarawak yang aman dan indah..
Sampai di kelas, keadaan hingar bingar. Langsung tiada riak atau gaya mereka akan menduduki peperiksaan akhir tahun subjek sains yang amat penting ini.. pelbagai gaya dan tingkah laku, suara gelak ketawa, malahan ada yang enak menjamu selera dengan nasi lemak yang mungkin dibeli di kantin sekolah!
"Selamat pagi kelas. Ready untuk exam hari ni. Sebelum tu, pusingkan semua meja kamu. Simpan semua buku ke dalam laci meja. Letak beg ke dalam laci. Saya mahu di atas meja kamu cuma ada kotak pensel dan botol air sahaja.." arahan mudah diberikan.. Namun begitu liat untuk diikuti.. Setelah berkali-kali arahan diulangi, barulah selesai urusan awal sebelum peperiksaan..
"Saya mahu kamu semua senyap dan bersedia sebelum saya mengedarkan kertas soalan. Selagi kamu tidak diam dan masih bercakap, selagi saya lihat masih ada yang menoleh ke kiri dan kanan, selagi saya nampak masih ada lelaki yang tidak memasukkan baju ke dalam seluar dan membutangkan baju, selagi itu, saya tidak akan mengedarkan kertas ini."
"Sains kertas 1 bermula pukul 7.05 pagi berakhir jam 8.05 pagi. Sekarang sudah jam 7.15. Kamu telah rugi 10 minit dan selagi arahan saya tak dipatuhi, kertas soalan takkan sampai ke meja kamu!" Sekali lagi arahan keras diberikan. Namun begitu, masih ada yang bercakap-cakap di belakang..
Apa yang mereka seronok bualkan sehinggakan mengambil ringan akan peperiksaan yang penting ini? Apakah yang mereka fikirkan sehinggakan kata-kata guru ini langsung tidak mereka pedulikan? Adakah guru yang berdiri dihadapan mereka ini langsung tiada kredibiliti sebagai seorang guru di mata mereka?
Akhirnya, tidak sanggup lagi melihat mereka terus alpa dan lalai, membiarkan diri terus rugi ketinggalan dan kehilangan masa, guru ini terus menggunakan senjata terakhir yang ada sebagai seorang guru.
"SENYAP! SAMPAI BILA KAMU NAK BERCAKAP? KAMU TAHU TAK PUKUL BERAPA SEKARANG NI? KAMU DAH LEWAT 20 MINIT!! KAMU CUKUP CERDIK UNTUK JAWAB SOALAN DALAM MASA YANG SINGKAT KAH?"
Kata-kata yang sedikit keras daku rasa, namun terus berjaya membuatkan kelas ini sunyi. Sekaligus membenarkan daku mengedarkan kertas peperiksaan dan memulakannya tanpa bertangguh lagi.. Tapi yang pastinya, kata-kata di atas perlu disertai dengan speaker HALILINTAR. barulah membawa kesan. Dan daku amat bersyukur kerna dikurniakan tuhan dengan peti suara yang amat fleksibel, membenarkan daku mengeluarkan suara yang dapat menembusi suara-suara kebisingan ciptaan pelajar-pelajarku..
alhamdulillah, setelah halilintar dipanah, barulah aman kelas. Semua pelajar tekun membaca soalan. Namun begitu, Reduan, Ashley, Maxwell dan Alekson nampak gelisah. Kadang kala memandang ke hadapan, ke kiri dan kanan, dan kadang kala menekupkan muka ke meja.
"Apa yang mereka fikirkan agaknya? Adakah soalan sains tersebut tidak dapat dijangkau oleh pemikiran mereka? Adakah mereka merasa kepanasan kerana kedudukan meja mereka yang berada bukan di bawah kipas? Atau adakah mereka telah give up dan menyerah kalah terhadap soalan-soalan tersebut?"
Alahai.. tak termampu dek RAM otak nie kalau semuanya nak difikirkan.. Belum lagi sikap Reduan yang mmg sukar diduga. Atau bakat Alekson yang pasti tidak ke mana sekiranya ego terhadap guru terus kukuh di hati.Atau Maxwell yang lahir dalam keluarga agak terpelajar tetapi bermasalah untuk dikawal sehinggakan ibunya sendiri sudah mati akal untuk 'mengikat' dirinya..
Daku lah guru, yang merasakan mereka masih punya harapan untuk dilentur.. masih luas peluang untuk berubah mengubah diri dan nasib keluarga. Doa sentiasa dipohon agar mereka sedar potensi diri, agar mereka tidak mempersiakan kurniaan tuhan dengan menggunakannya ke tempat yang salah..
Buat pelajarku semua,
Guru tidak minta dipuja atau dipuji..
Cukup sekadar dikau mengerti,
Apa yang kulakukan demi dirimu jua,
Apa yang sukar itu pastikan mudah suatu hari,
Pahitnya usaha akan menyusul manisnya kejayaan,
Hanya pengertian dan usaha dipohon,
Hanya kejayaan mu sebagai galang ganti,
Air mata yang menitis hari ini...
tata
No comments:
Post a Comment