Mukasurat Extra

Terjalinnya Ikatan..

Daisypath Anniversary tickers

Jom Main klik-klik-klik

Followers

Saturday, June 30, 2012

Alahai Anak..


Di suatu pagi, seorang anak lelaki keluar dari biliknya dan bertanya pada neneknya.

“Nenek, mana Papa dan Mama?”
“Mereka masih di dalam bilik…” neneknya menjawab.

Anak itu tertawa kemudian sarapan sendirian lalu pergi sekolah. Ketika pulang.. anak lelaki bertanya lagi pada neneknya:

“Dimana Papa dan Mama?”
“Mereka masih di dalam bilik” neneknya kembali menjawab.

Anak itu tertawa geli, lalu menghabiskan makan tengaharinya dan pergi bermain. Malam harinya barulah anak lelaki tadi pulang untuk makan malam. Sebelum makan, si anak itu bertanya lagi pada neneknya:

“Di mana Papa dan Mama?”
“Masih di dalam bilik” jawab nenek.

Anak itu tertawa geli.

“Kenapa dari tadi aku perhatikan engkau ketawa saja?!”
tanya neneknya dengan nada tinggi.
Si anak menjawab,
“Semalam Papa masuk ke bilik saya untuk meminta gel pelembab kulit, tapi saya bagi gam Super Glue…”

P/S: Hrp2 xdpt anak gini.. Nauzubillah..

Friday, June 29, 2012

Saya bekerja di ............




Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada lelaki yang pertama, “Tahniah! Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar dua.”
“Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menara berkembar Petronas,” kata lelaki yang pertama dengan riangnya.
Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang memberitahu kepada lelaki kedua, “Isteri Tuan selamat melahirkan bayi kembar tiga. Tahniah!”
“Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation“, kata lelaki yang kedua.
Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu kepada lelaki ketiga, “Tahniah! Isteri Tuan selamat. Tuan dikurniakan anak kembar empat” kata jururawat itu dengan tenang.
“Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini, saya pula bekerja di Four Season Hotel,” kata lelaki ketiga dengan gembira.
Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. Mereka bertanya,“Apakah yang merunsingkan awak?”
Dengan perasaan gelisah dia menjawab “Saya bekerja di Seven Eleven.”


P/S: Bila kan dapat kesempatan itu??

Thursday, June 28, 2012

Suami Saya Orang Kaya!


Sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan di salah sebuah kelab esklusif lagi mewah di pusat bandar, setelah keluar dari gym. Tiba-tiba kedengaran deringan telefon bimbit di penjuru bilik tersebut. Seorang lelaki menjawap panggilan itu dan terjadilah perbualan seperti berikut . . “

“Hello?”
“Abang, nie sayang nie,”
“Emmm… “
“Abang masih ada di kelab lagi ke?”
“Iya.”
“Sayang sekarang nie berada di shopping complex dua block dari kelab abang tu. Sayang ada nampak kain sutera terbaru.. Cantik bang, Boleh ke sayang beli?”
“Berapa harganya?”
“Cuma $1500.00 aje”
“O.K. Belilah kalau memang awak dah suka sangat”
“Ahhh thanks bang dan tadi sebelum datang sini sayang ada singgah di Cycle & Carriage dan tengok Mercedes model terbaru 2003 . Sayang suka kat satu model tu. Dan sayang dah bincang dengan jurujualnya dan dia setuju nak bagi good price . . lagipun elok juga kita tukarkan dengan BMW yang kita beli tahun lepas tu “
“Berapa harga yang dia bagi?”
“Cuma $280,000 …”
“O.K tapi pastikan harga tu dah on the road.”
“Great! Before we hang up, ada satu perkara lagi…”
“Apa?”
“Abang jangan terkejut pulak, sayang dah semak akaun bank abang dan…. pagi tadi sayang singgah dipejabat ejen hartanah dan sayang dapat tau rumah yang kita tengok tahun lepas tu… sekarang nie untuk dijual. Abang ingat tak? Rumah yang ada swimming pool bentuk love tu, ada taman orkid kat belakang, berhadapan dengan pantai tu. . cantik kan bang. . “
” Berapa harga yang mereka minta?”
” Cuma $740,000… O.K kan bang, dan sayang tengok dalam akaun kita
boleh cover harga tu. . .”
“Eloklah kalau macam tu, confirm cepat sebelum orang lain beli, tapi cuba dapatkan harga $700,000. OK?”
“OK, abang sayang, terima kasih bang, kita jumpa malam nanti ye!! I Love You !!!”
“Bye… I Love you too…”
Lelaki itu berhenti bercakap, menutup flap handphone . . .sambil mengangkat tangan yang memegang handphone tu dan bertanya pada yang ada dalam bilik tersebut :
“ADA SESIAPA TAHU KE HANDPHONE NIE SIAPA PUNYA? “

p/s: Aduhai... Apa nk jadi? Sapa nk jawab??kuikuikuikui

Tuesday, June 26, 2012

Tak Lama dh.. Tapi Dah Terlalu Lama..



Entry kali ini adalah berkenaan dengan Ulangtahun pernikahan Saya dengan encik Suami (kot ye pun, dengan saper lg la plk kn....) yang akan tiba dalam 2minggu lagi..

Al-kisah, masih tiada perancangan... Masih tiada ura2.. Masih tiada plan walaupun dah dok pikir pasal 5th anniveraary nie dr bulan lepas2 lg dh.. oohhh...  5th?? Ayoyoyooo.. Sudah lamerr loorr..

Isk, kalo nk dikatakan tiada plan sangat pn, xle cakap jgk sbb Saya nie walau xpikir, tp mcm2 ada dalam otak nie..hehehee... Tapi, masalahnya, adakah semua yg ada dalam otak tu dpt diterjemahkan ke dalam dunia realiti ke tak..haaaa...Ayat pendebat dh kuar dah.....Go ner?? Boleh ker??

Al-maklumla.. Dalam otak nie dok pk, time annivesari niela kita nk gie honeymoon kn.. Gie Korea ker... Beijing ker... Paling tak, gi Phuket kan.. Bandung pn ok.. Tioman pn xde masalah.. Tp, berpatutan ker....? honeymoon pn, kena betul pilih tarikh.. Kot2 kena time Miss P dtg menjengah, honeymoon ke haper tu kn.. Tu namanya cryingmoon.. Bulan menangis... hohohoo..

Lgpun, ade cuti ker cik dayah nak gie melancong time2 xde cuti sek nie.. Nak plk awal2 bulan.. Nak plk, dhnk Ramadhan nie.. ~~Down......

Takperla.. Kita buat mcm perjalanan TTC tu jerla.. Kalo ada, adala.. kalo xde, xdela.. Apa orang nk kata, katala.. Mintak maaf, Telinga Saya dh imun dengan stori mori mandul nie seme, Saya cuma nk hidup tenang jer.. Yg lain, sila berurusan dengan Pencipta Saya.. hohohoo.. Ganas tak ayat gitu? Rasa2, orang yg terkena tu, kena heart attack tak lepas tu?? hahahaaaa

Sungguh ganas diri ini..

So, hal 7/7 tu, simpan lipat sisip kemas2 dulu la.. Malas nk pikir, buat semak otak jer.. pikir byk2 pn nnt, ada jer plan lain menyimpang potong line, tak ke lg hangin jdnya nnt?? Oooooohhh... Jgn... Saya nk berusaha bersempena bulan mulia nie.. Jgn ganggu emosi bakal ibu nih ek.. Tak baik tau.. usaha nak meramaikan umat tak jd kenyataan lg nih..

So, kesimpulannya, tggula 7/7 nnt, ada x entry gembira yahoo.. Kalo xde, maksudnya xdela tu ek.. -_-

tata

Secebis Pengalaman...


Since, Saya dah tak punya diari sejak tamat Tingkatan 5, makanya luahan perasaan banyak dibuat di hadapan insan2 bergelar sahabat.. Tak kira mulutnya ibarat malaikat atau mulut longkang, luahan dibuat dengan persepsi bahawa, beban perasaan itu akan terlepas sedikit demi sedikit dari membebani diri sendiri...

Semakin melangkah dewasa, dengan wujudnya blog dan facebook, Saya menyedari bahawa Saya kini sangat terbuka meluahkan perasaan terhadap warga luar lingkungan yang kadang-kala tidak Saya kenali... Kenapa??? Adakah Saya telah hilang kewarasan diri bila dengan selamber bercerita tentang diri kepada bukan sahabat dan keluarga??(List facebook sy cuma ada rakan yg saya kenal secara nyata sahaja!Yg tidak dikenali secara berhadap muka, takkan diapprove!)

Kini, berdasarkan pengalaman, Saya berpendapat, adalah lebih baik Saya mempunyai semula sebuah muka buka bergelar DIARI, yg dapat menyimpan segala yang terpendam, baik buruknya Saya, agar, yang baik akan kekal baik tanpa prasangka, yg buruk akan terlindung dalam lipatan sejarah memori hidup Saya sendiri.. Setuju tak??

Facebook mungkin akan diteruskan untuk mempereratkan hubungan sesama rakan taulan. Blog jua akan diteruskan untuk berkongsi cerita, pengalaman dan pengetahuan.. Tetapi, Saya harus lebih selektif dan berakal dalam menapis isi2 penting yg ingin dikeutarakan dalam 2 medium ini agar ianya tidak mengguriskan hati sahabat2 dan keluarga, bahkan mungkin juga akan merobek hati dan perasaan Saya sendiri... Tak mustahil kan...

Moga dikuatkan hati demi meneruskan hidup di atas landasan ini..
Moga terus kuat menghadapi cabaran, dugaan, halangan dan ujian di setiap denyut nadi..
Moga terus tabah dalam usaha yg diusahakan..
Moga terus sabar dan berjuang untuk secebis hati yang masih bernyawa..
Moga terus hidup dalam kehidupan sebelum tibanya masa dipanggil kembali...
Moga yang terjadi akan menjadi panduan dan sempadan untuk terus melalui jalan ini..

Mungkin ini luahan rasa berat sebelah dari Saya, tetapi, inilah rasa rasa seorang manusia yg rasa kecil dlm dunia besar yg dipunyainya.. Kecil itu dia yg rasa, kecil itu dia yg punya.. Walau betul, walau salah, kecil itulah dia.. Walau sebesar mana luaran zahirnya, dipengakhirannya, kecil itu juga miliknya..

tata

Saturday, June 23, 2012

Pak Pandir Part 5


Kerani : Tuan, ini faks dari Pak Pandir..
Pengurus : Macam mana awak tahu? Tak ada nama dia pun
Kerani : Di faks ini ada setem…..


~~Memang memahami la kerani nie.... hahahaaaaaa

P/S: Mana 1 cerita Pak Pandir yg kekawan paling suka??? Share2 la yer...hehehe

tata

Friday, June 22, 2012

Pak Pandir Part 3



Pak Pandir mahu pastikan segala kerjanya dilakukan dengan baik. Jadi setelah membuat fotokopi untuk dokumen-dokumen itu, dia selalu membandingkan salinan itu dengan salinan yang asal. Takut kalau-kalau terdapat salah ejaan…

~~hahahahaaaaa....tak tahan....

tata

Pak Pandir Part 2


Al-kisahnya..............

Pak Pandir pergi ke kedai. Dia ternampak benda berkilat….. Dia pun bertanya kepada penjual…

Pak Pandir : Apa benda yang berkilat tu
Penjual : Oh! Itu tarmos
Pak Pandir : Apa kegunaannya??
Penjual : Ia memanaskan benda yang panas dan menyejukkan benda yang sejuk
Pak Pandir : Baiklah, saya beli satu….

Keesokkan harinya, Pak Pandir pun pergi ke kerja dengan tarmosnya….

Pengurus : Apa benda tu Pak Pandir?
Pak Pandir : Oh ini tarmos saya. Baru saya beli semalam…
Pengurus : Benda tu untuk apa?
Pak Pandir : Ia memanaskan benda yang panas dan menyejukkan benda yang sejuk.
Pengurus : Oh… jadi apa di dalamnya?
Pak Pandir : Saya tuangkan 2 cawan kopi dan 1 cawan air bandung di dalamnya.

~~Isk isk isk isk....

P/S: Saya sedang bercuti2 mencari Nanako!! ;P

tata

Cerita Pak Pandir Part 1


Pak Pandir ingin membeli tv warna. Dia pun ke kedai..

Pak Pandir : Awak ada jual tv warna?
Penjual : Ada.
Pak Pandir : Kasi saya tv warna hijau……

~~ Aduhaiiiiiiii Pak Pandir...

tata

Maha Melihat - Opick feat Amanda

Salam Jumaat semua.. Jemput dengar lagu nie dulu.. :)



Seiring waktu berlalu
Tangis tawa di nafasku
Hitam putih di hidupku
Jalani takdirku

Tiada satu tersembunyi
Tiada satu yang terlupa
Segala apa yang terjadi
Engkaulah saksinya

Reff:
Kau yang Maha Melihat
Kau yang Maha Melihat
Kau yang Maha Pemaaf
PadaMu hati bertobat

Kau yang Maha Pengasih
Kau yang Maha Penyayang
Kau yang Maha Pelindung
PadaMu semua bertekun

Yang dicinta ’kan pergi
Yang didamba ’kan hilang
Hidup kan terus berjalan
Meski penuh dengan tangisan

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa ku kembali
Hapus semua pedih

Andai mungkin aku bisa
Kembali ulang segalanya
Tapi hidup takkan bisa
Meski dengan air mata

Repeat reff [2x]

Nie lagu kegemaran Saya, after mendengarnya dalam salah satu blog kesukaan Saya.. Well, sebenarnya ia amat related kepada kehidupan Saya... Ya, mungkin juga kesayangan Saya.. Dan mereka yang disekeliiling Saya.. Nanti kalo xsebut, dorg marah... ;P

Lagu cinta ketuhanna begini, amat meruntun jiwa jika dihayati liriknya.. Bersesuaian dengan melodi yg mengalun jiwa... Mcm pengkritik lak!!!

Al-kisah, Tiada satu tersembunyi, Tiada satu yang terlupa.. Mengembalikan Saya kepada keadaan di mana amat jauh perjalanan hidup ini, dan amat panjang kiraan pengalaman yg didapati, semuanya dalam lingkungan pengetahuan dan kuasa Allah Yang Maha Kuasa.. Tiada satu pun yang tercicir dari terhasil dari perancangan Allah jua.. So, Saya dengan bersemangatnya, meningkatkan kembali semangat Saya untuk terus berjuang!!!

Ya! Terus berjuang walau bukan di medan perang, cukuplah perjuangan dalam bidang perubatan yg Saya cintai nie.. Bunyi cam nak jd doktor..huhuhu.. Cita2 masa kecik tu.. Ni lain. perjuangan ini memerlukan sejuta kesabaran dan tekad yang tinggi!! Dan memerlukan sokongan juga...

Ya, insyaAllah, tiada yang mustahil dalam usaha mengecapi nikmat yg dijanjikan..

Melainkan memang perancangan untuk Saya adalah yg sebaliknya...

Sedih, tapi hidup mesti diteruskan!!! Cayok Dayah!!

tata

Tak perlu Disangkal lagi..

Pink Diamond), url(Pink Diamond), auto;}