Mukasurat Extra

Terjalinnya Ikatan..

Daisypath Anniversary tickers

Jom Main klik-klik-klik

Followers

Saturday, March 13, 2010

Ini Yg terjadi...


Sebelum entry sebenar disiarkn, nie iklan sket.. Berkenaan percubaan pertama ku utk membuat karipap...

Tidak diuli sempurna.. Inti dh lama dok dlm fridge menunggu kulitnya..
Inilah hasilnya.. xle buat berjual tp kalau utk makan sendiri, ok la... Kenyangla.. Bila nak buat lg?? Hehehehe... Ntahla...

Pastu, nk tunjuk lauk org xberapa nak rajin lak..
Nie dia.. Sekali masak jer..(Ohh.. tu dapo baru. Kira nie perasmianla.. Yg lama dh rosak stove sebelah kiri..)
Close up sket... Ayam percik Ala Mak yg dah ditukar jd Ala Daku..
Tomyam sayur yg amat mudah disediakan.. Enak dan sihat...


So, now kita masuk ke entry sebenarnya... Kisah 3 minggu lepas, kisah Olahraga yang hangat... Ini umpamaperingatan pada diriku, bahawa apa yg kita lakukan, bukan mudah utk diterima insan lain.. Fikir2kanla...
Sesi latihan bagi atlit lompatan(lompat tinggi, lompat jauh dan lompat kijang). Kelihatan Cikgu Wilson dengan tuala lembabnya..
Nie lak atlit2 jarak sederhana dan jauh yg TAK menyerlah langsung dlm Kejohanan kali nie.. Daku rasa, kalau dorang xperform, lain kali xyah bawak dh. Buat perabih boreh joo..
Nie para atlit lontaran(lontar peluru, rejam lembing dan lempar cakera) bersama Cikgu Ambran. Sapa buat tak betol, kena denda push up.. Denda bukan sebarang denda, denda nie dpt kuatkan otot dorang jugak...
Dan, nie sesi 'duduk2' antara jurulatih dan para atlit.. Sedikit peringatan utk bekalan di Limbang...
Sesampai di Limbang, Semua topi dikutip utk mengelakkan mereka memakainya semasa di padang.. Hp juga dikutip semasa taklimat sehinggalah tamat acara keesokkan hari bg membantu atlit utk fokus terhadap pertandingan mereka..
Anthony Peru keberatan menyerahkan topi kesayangannya..Tapi apakan daya, dah jd peraturan sementara xle pakai topi..
Cikgu boleh lak pakai topi?? Beza student ngan cikgu, gitu la..
Niela keadaan dalam khemah yg disediakan utk para atlit.. xcukup besar, nasib baik kami dapat bahagian tepi sekali. Dapat berehat di bawah pokok dan ditepi longkang sekali..Ermmm...
Cikgu2 terpaksala dok bawah pokok utk memberi laluan kepada atlit2 yg kepenatan dan memerlukan rawatan kecemasa berada dalam khemah tu.. Lagipun, Cikgu Dayah xbagi orang xberkenaan masuk khemah selain atlit..huhu
Nielah keadaan atlit2..kesian..Tp nielah bertanding namanya..
Posing cikgu cikgi sambil memerhatikan prestasi atlit masing2..
Yang terbaring, terduduk dan termonyok..

Aksi pelari 3000m terbuka perempuan.
Lijah dan Vanessa. Xdpt nombor pun..xpelah, dh cuba yg terbaik kan..
Selepas acara 4x100m lelaki bwh 15thn yg menjadi harapan SMKL. Alekson cedera hamstring tp still bersemangat utk menang. Timothy pn injured gak. Izwan dan Anthony pn sama. kesimpulannya, dorang tak cukup streching la tu.. Cuaca lak sejuk jer aritu..
Salumei dan Vanessa mengipas siapa tu..??
Aksi Faizan dalam acara lari berhalangan 2000m. Memberi saingan tapi dapat nombor 8 jer..
Nie lak aksi Anthony yg tgh berteleku fokus utk acara final 200m nya. Matanya sakit lg. Cikgu Fadhil bg spek mata hitam utk dipakai semasa berlari dan ms2 lain utk mengelak matanya dr terkena cahaya yg terik tp dia lak malu... xtahan tgk org pandang dia katanya.. Pemalu rupanya cik abang sorang nie...
Para atlit yg tiada acara disuruh utk memberikan sokongan kepada rakan2 lain yg sedang bertanding.. Macam manala hati xseronok, atlit2 bersemangat, rambut semua pendek, sejuk hati cikgu...
Macam2 mereka bualkan semasa tiada acara di padang dan balapan.. Cuaca panas membuatkan ku terpaksa mengawal mereka dengan ketat.. keadaan di khemah, daku uruskan.. Nk pergi mana2, kena bgtau dulu tau..So far, Baguslah bebudak nie...
Mary Tan, memenangi tempat ke4 dlm acara 400m perempuan bawah14thn tersenyum ke arah ku.. Naper ek?? xingatla.
"haa..Sokong kuat2.. Kawan kamu nak lari tu!!" Arahan ke permintaan? hehehe
Kasut disusun teratur sebab ada pertandingan khemah terbersih. Tp yg menang, khemah yg xbersih pun daku tgk..Konpius dgn sistem pengadilan dorg nie..
Pemandangan khmeh peserta dr 9 buah sekolah menengah bahagian Limbang termasuk 2 kontijen sekolah rendah.
Tempat bergayut atlit2 semasa menonton acara yg sedang berlangsung.
Tak banyak acara bermaksud penuhla khemah dengan atlit..
Daphney kasing, yg daku selalu bergurau senda dengannya, berlari dlm acara 4x100m perempuan 14thn. gaya lari dh ada, cuma pendek je.. kalau dia dh meninggi, ada harapan cerah jd atlit harapan nie..
Kaki Masita kesakitan akibat dipijak oleh Rochelle sebelum dia berlari utk acara 4x100m perempuan 18thn. Peristiwa tersebut membawa kepada pengharaman utk masuk ke khemah terhadap Rochelle yg banyak cakap dan berjalan..hehehehe..Sori ye Rochelle..Cikgu terlebih emosi lak.. Tu la, kalau dengar cakap, xdela kamu terpijak kaki orang yg ada acara lg tu...
Posing TERBAIK dari Suami TERCINTA...
Rody Ak Bandal menunjukkan larian yg meyakinkan semasa acara 4x400m lelaki 15thn.
Cepat cikgu Dayah!! Panas nie...
Kontijen SMK Lawas 2010.. Tempat ke 9 dengan 4 perak dan 4 gangsa..
Gambar berdua di hari terakhir kejohanan.. xde masa nk berkepit..
"Jangan tinggalkan sampah kamu di padang nie.. Tunjukkan sikap baik dan disiplin kamu kepada semua orang!!" kata cikgu Dayah selepas nampak atlit2 sekolah lain dah mula membaling sampah sarap ke sekeliling padang...


Alhamdulillah... Selesai sudah 3minggu yg memenatkan, memeritkan, menyakitkan, dan sebagainya yg sewaktu dengannya.. Dengan pingat yg sedikit utk dibawa balik, nampaknya, banyak lg yg perlu dilakukan utk meningkatkan kembali mutu sukan SMK Lawas tercinta nie.. Apa yg jelas, semangat bertarung adalah elemen paling penting utk diserapkan dalam jiwa para atlit agar lebih bersemangat semasa bertanding.

Nampaknya, cadangan PK Koko utk mewujudkan Badan Pembangunan Olahraga peringkat sekolah perlu dipandang serius demi meningkatkan mutu sukan olahraga sekolah. Nampaknya, daku perlu bekerja lebih keras untuk memastikan para atlit mendapat ilmu olahraga yg secukupnya sebelum kembali bertanding tahun hadapan.. Dan daku amat berharap agar daku akan dapat membantu menyumbang beberapa pingat utk sekolah thn hadapan.. InsyaAllah.. Itu pun kalau Daku tak transfer lg..hehehe

So, semoga dengan berakhirnya Kejohanan Olahraga MSSB Limbang ini, maka berakhirlah juga cakap2 kosong penuh tomahan palsu. Semoga yang keruh akan kembali jernih seperti sedia kala.. Profesyen keguruan memang sangat mencabar.. Terutama apabila melibatkan keterlibatan guru2 dalam pelbagai bidang selain pengajaran dan pembelajaran dalam kelas...

Ya! Semoga kita akan lebih memahami selepas ini.. InsyaAllah...

tata

Saturday, March 6, 2010

Berakhirnya.....


Akhirnya, akan tiba hari yang dinanti2kan oleh semua yg terlibat.. Kejohanan Olahraga MSSB Limbang akan membuka tirainya Isnin ini, 8/03/2010 dan akan berlangsung sehingga Khamis, 11/03/2010. Majlis Penutupan akan dijalankan pada jam 5ptg hari terakhir, so, jangan pelik kalau Jumaat tu kami masih belum ke sekolah. Kami hanya akan bertolak pulang ke Lawas pada pagi Jumaat, 12/03/2010. Memang cikgu boleh balik terus petang tu tp masalah pengangkutan atlit2 ke kampung masing2 menginkuirikan penyelesaian ini..

Pagi td (Sabtu, 6.3.2010), sesi latihan terakhir dijalankan. Hanya latihan ringan tanpa perlakuan berat diberikan kepada atlit bertepatan dengan prinsip sains sukan yang menitikberatkan rehat sebelum pertandingan. Cuma daku masih belum berpuas hati terhadap cara pelepasan dan pengambilan baton oleh atlit2 relay. Kekurangan teknik dalam baton akan menyebabkan kekalahan yang merugikan.. Kami mempunyai gabungan pelari pecut yang insyaAllah jika kena gayanya, akan dapat menyumbang emas kepada sekolah. Namun begitu, kelemahan baton ini nampak amat jelas dan boleh menjejaskan misi emas ini.. Moga cikgu Maradona akan dapat mengatasi masalah ini dengan pengetahuan teknikal olahraganya yang tinggi...

Daku tidak dapat menaruh harapan yang tinggi kepada atlit jarak sederhana dan jauh kami. Setakat pengetahuan ku, atlit2 dari Medamit dan Pati Ambun juga Merapok dan Sundar adalah saingan hebat dalam acara jarak jauh nie.. Dengan disiplin yang tidak daku banggakan yang ada pada atlit jarak jauh dan sederhana ini, daku hanya dapat berharap akan persembahan terbaik dan semangat tertinggi yang dapat mereka tunjukkan pada hari pertandingan...

Setiap atlit telah dijanjikan ganjaran besar sekiranya mereka menyumbang pingat. Daku kira, ini adalah penambah suntikan semangat terhadap mereka yang masih kabur tentang realiti pertandingan ini.. Kebanyakan daripada mereka, ini adalah pengalaman pertama mereka. Daku tidak perlu menyalahkan mereka atas kenaifan mereka.. Sesampai di sana, mereka akan merasai sendiri tekanan pertandingan itu...

Petang ini, daku ingin menghabiskan stok makanan dalam peti sejuk ku. sSeminggu di Limbang, tak memerlukan peti sejuk yang penuh dengan makanan.. Dan daku telah bersiap untuk memasak AyAM PERCIK.. Ntah Aina Suraya telah berjaya memasak ayam percik versi ibuku ini kan...

Baiklah, Daku perlu berhenti di sini.. Beg dan barang2 masih belum dikemas dan daku perlukan rehat yang panjang sebelum dan selepas seminggu yang pastinya akan memenatkan...

Terima kasih rakan2 atas segala2nya.. Daku menghargai perasaan anda semua.. Daku memahami, Daku akan bertindak begitu jua.. Kita rakan seperjuangan, mengata di depan lebih baik daripada memburukkan rakan di hadapan pelajar.. MasyaAllah... Semoga Daku akan lebih berhati2 selepas ini dalam mengimpretasikan sesuatu peristiwa agar kejadian2 seperti ini tidak berulang lg..

Buat Del, rakanku di Johor, andai kau membaca coretanku kali ini, bolehkah daku katakan bahawa, "Hidup guru memang begini??"

tata

Thursday, March 4, 2010

Sedey nye Perasaan..


Badan penat..
mental lesu..
Masih ada perkataan,
melukai perasaan..

Mengapa mengata,
Andai tak ingin dijelas,
Mengata mencebik,
Andai tiada tangan bantuan dihulur..
Mengapa menjeling,
Bukan memandang dengan mata hati..

Diri dibakar umpama lilin,
Hati terbakar dicurah petrol,
Insan manusia punya kelemahan,
Bagaimana mampu kan menanggung..

Wahai insan!!
Fahamilah!!
Segala perlakuan demi insan lain jua,
Segala tindakan kita sama,
Namun jalan berbeza laluan,
Janganlah dicaci dan dihina,
Laluan berbeza tak bermaksud semuanya salah,
Matlamatnya sama!!
Isi perjuangannya masih sama!!
Jangan menghina!!

Andai kata bisa itu bisa kuserap buat azimat,
Akan ku balut kukuh simpan di pinggang,
Namun kata tak mungkin ku simpul,
Terlalu berat untuk ku tanggung,
Mengapa mengata untuk mengata???

Wahai insan!!!
Kita yang sama tapi berbeza ini,
Menjadikan bumi Tuhan ini indah dan pelbagai..
Bukan kamu tak semestinya tidak betul..
Bukan kamu tak semestinya bodoh,
Bukan kamu tak semestinya malas,
Bukan kamu bukan tak bekerja!!

Berserah hanya pada Ilahi,
Atas segala ketentuan,
Segala yang terjadi ada hikmahnya,
Moga daku kan peroleh manfaat,
Atas segalanya yang dikau lakukan,
Pada daku dan karier ku,
Pada pegangan dan kekuatan ku,
Atas segala hinaan dan jelingan,
Terima kasih kawan,
Daku kini lebih mengenali dirimu...

Tuesday, March 2, 2010

Latihan Olahraga yg Memerah Keringat..


Sudah 2 minggu latihan olahraga dijalankan. Nama pun jurulatih, memang letih.. Siapa kata jadi jurulatih nie cuma untuk lari daripada tugas jer??

Bukan apa, latihan olahraga nie dijalankan setiap pagi dan petang. Jadi,sudah semestinya, kelas kami para jurulatih yang seramai 7 orang nie perlu diganti oleh guru2 lain dari jam7 hingga 1040 pg.. Letih beb.. Walaupun bebudak yang berlari, yg buat aktiviti, tapi kita yg dok berjemur sama2, lari sama2, buat regangan n senaman bersama2 nie, tetap rasa hangat dan hangitnya...

Minggu pertama agak mudah, atlit perlu menyesuaikan diri dengan aktiviti untuk meningkatkan daya tahan kardiovaskular dan otot mereka. Ssetiap jurulatih punya gaya dan jenis latihan tersendiri bergantung pada jenis sukan yang diambil oleh atlit tersebut.. Gelanggang sekolah, tangga, bukit, semuanya diterokai demi mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

Daku memegang atlit larian jarak sederhana dan jauh. Daku sedar, mereka perlu diajar untuk berdaya tahan akan kardiovackular dan otot kaki terutamanya.. Tangga dan bukit menjadi lawan mereka. Aktiviti tampak berkesan. Mereka keletihan tetapi daku nampak keberkesanan dan keberhasilan latihan tersebut..

Minggu kedua, atlit disuruh mengelilingi padang agar dapat membiasakan diri dengan suasana pertandingan dengan jarak sebenar. Daku memahami, latihan larian memang membosankan. Kamu hanya boleh berlari, berlari, dan terus berlari untuk meningkatkan prestasi diri.. Tiada cara lain untuk berjaya!! Mareka seolah tidak memahami latihan ini bakal membantu mereka dalam pertandingan kelak namun Daku tahu, mereka cuma belum sedar..

Daku masih cuba membiasakan diri dengan keadaan tanpa rehat ini. Tekak telah membengkak. daku cuma dapat berharap agar ia akan mengecut sebelum kami ke Limbang minggu hadapan. Maklumlah, bila tonsil membengkak, tekak jadi sempit. Nak bernafas semasa sedar pun sukar, inikan pula semasa tidur.. Dengan keadaan panas dan kesukaran untuk mendapat air minuman nanti, pasti akan membawa penderitaan kepada daku!!

4 hari to go to the kejohanan olahraga MSSB Limbang.. I hope I will berjaya to train all the athletes to grab at least bronze in their acara yang utama. At least, bagi atlit di bawah kelolaan ku, daku mengharap agar dapat membawa sekurang2nya 2 emas, 3 perak dan 3 gangsa.. Sukar untuk dicapai tetapi tidak mustahil untuk digapai..

So, selagi ada masa, latihan pasti akan ditambahgiatkan lagi.. So, atlit2 jarak jauh dan jalan kaki, be aware of tomorrow me!! hehheehe

buat rakan2 seperjuangan yang terpaksa menggantikan kelas2 kami yang berderet2 tu, kami harap kami tidak terlalu menyusahkan.. Kami turut sama melakukan tugasan sekolah.. Yang pasti, walaupun kami bukan yg terbaik, tetapi kami yg terpaksa menanggung terik matahari pagi itu.. Maafkan kami.. Doakan kami dapat melakukan yang terbaik.. Doakan atlit2 ini dapat melakukan yang terbaik..

Semoga minggu ini akan membawa peningkatan yang lebih buat atlit. Semoga minggu hadapan akan membawa sinar keemasan buat mereka.. Kami jurulatih hanya dapat menumpang bangga...

tata

Sunday, February 28, 2010

3 Days holiday..


Cuti 3 hari tetapi macam xcukup jer.. apa tidaknya, daku kesakitan perut, sampai xdapat tidur.. Yang 'AMAtla BaGUSNyA..', sakit tu dtg time malam jer... xdapat tidur, kenala qada' tidur tu siang2..huhu

Disebabkan ketidakselesaan itu, ajakan rakan2 utk ke KK dipandang sepi. Lagipun, minggu depan dh nk 'berjuang' di Limbang, I need more n more rest at d moment..

Dalam pd tu, sempat gak masak ayam ala wild yg daku amik resepinya dr 'License To Grill'. Tp, sepatutnya kena bakar, daku goreng..huhu.. Sbb malas la tu.. Aparaaa...

Petang td dh siapkan Puding Karamel. Sedap..... Dh lama nak buat, arini br terlaksana... Sebenarnya td dok cari resepi Apam coklat, xterjumpa lak. buatla karamel jer... So, apam coklat, or muffin coklat, tunggu lain kali jela ek..

Dh malam nie, dh sampai masanya memikirkn perihal esok.. Gosok tudung, sediakan pakaian, stokin yg selalu susah nak carik, ermmmm mungkin akan tidur awal sket arini..

Abang tengah masak burger!! dia teringi nk makan sampaikan petang td sanggup keluar pergi cari roti burger dan dagingnya..hehehe... Ngidam ker..??

Okla, nak tolong Abang.. Nnt dia bising lak..

tata

Sunday, February 21, 2010

PanaSSnyer Lawas..(mcm la tempat lain beku..)


Hari terakhir utk berehat2... hari terakhir utk mengadap laptop 4 almost everysecond.. Hari terakhir pinggang akan terasa sakit sbb duduk lama sgt..(???)

Mandi awal pg, tghari dh rs mcm xmandi pg lg.. Ada ke daku buat keje2 berat yg memeluhkan badan??

Check jap...

* Mandi...
* Uli2 tepung nk buat karipap..(inti dh siap mlm semalam..)
*Dok harvest tanaman kt Barnbuddy n Farmville..
*Kepal2 karipap..(dptla dlm 10 biji...)
*Abang goreng karipap, daku basuh bekas2 berkaitan..

*tengok tv smbil mkn karipap
*bg makan ikan kt Fishville
*masak makanan kt cafeworld
*Sediakan ayam utk dikukus
*tolong mesinkan rambut abg (guna no 4)huhu

*Tgk FB lg..
*Rasa panas nk **)^^&


Moral of the story....

Bawak2la gie mandi.. Dah lewat ptg nie...
(Hello.. kul 5.16pm dh ptg kt sini..6.30 dh Maghrib ok..)

Okla..nk mandi..nk siapkan masakan utk malam nie..
The menu:

- Nasi Putih..(of coSS)
- Ayam masak percik..(Mum's recipe yg paling best dimasak oleh daku)
- Tomyam sayur

da da da

cepat mandi, cepat masak, cepat dpt makan.. yey yey

Esok sekolah!! Give me the support!! yey yey!!

tata

yey yey yey

Friday, February 19, 2010

Ini yg Dicari...


Seminggu cuti CNY dimanfaatkn utk merehatkn badan dan 'menipiskan' purse..hehe
Ini semua adalah gambar2 yg menjadi koleksi sepanjang percutian dr Isnin-Khamis.. Erm....teringin nk meng'edit' gambar2 nie tp kekurangan bakat, kreativiti, inovasi n masa menyebabkan hanya yg ori dipaparkn.. Ori lebih baik kan..huh

The story goes....
7.00am (Isnin) : Abang baru menyuarakan rancangan utk bertolak ke KK.. aper?? Terkejut beruk daku. Xdapat nk bersiap cepat sbb xready lgsung!! Siapkan umah dulu..

10.45am : Baru bertolak. Cik Abang nak bermanja, suh daku drive lak.. Layankan ajer.. Panas badan sepanjang perjalanan.. Berpeluh2. Mungkin sbb dr pg xberhenti2 bergerak menyetelkan semua perkara kot..

1.30pm : Berhenti di restoren Malaysia di Beaufort. Tujuan sebenarnya nak breakfast, terjadi breaklunch la plk.. tp makan Pau yg best tau..

Fokus drive walau rs letih..huhu
Niela pau ayam dan daging yg besar2.. harga RM2 satu!!
Puas ati..Banyak isinya..

Dr Beaufort ke KK, Abang sambung drive. Daku tanya, kenapa xbagi daku sambung drive, Abang kata daku xcekap drive di tempat yg sukar..huhu..Ayat bunga2 Suami daku nie..

330pm : Sesampai saja di KK. cari tempat penginapan dulu.. G tang Dynasty, Green View, semua penuh.. Last2, try Impiana Mutiara. Nama best tp bilik cuma boleh thn la... Tp okla utk tidur semalaman..

700pm : Keluar makan n jalan2... nak main Bowling!!
Nie semasa tengah menunggu ketibaan Rojak Ayam. Tengok2 tangan sendiri, terkejut tengok dia tengah mengelupas... burukla plk... Nie semua pasal Sukan sekolah..Alahai sekolah...

8.00pm : Sampai di CP. Tunggu Kak Hera, Raina, Izi n Adila utk memulakn permainan.. Tp segan gak nk main nie.. Kebetulan, ramai giler org mlm tu.. semua 100++.. Camner 'Longkang Master' nk beraksi nih?? h0h0h0hh
Berbincang strategi dulu..tgk brader tu baling dulu..bg komen dulu..:)
Sementara tunggu turn, kita cuci mata dulu...
Gaya yg hampir nk 'Strike'..
Akhirnya.......GOAL!!!!!!! hahahahahaha

1030pm : Abis main, nk tgk wayang tp citer yg nak ditengok semua tinggal midnite show jer... Disebabkn letih n ngantuk, balik tidur la... Esok nk jalan lg...

700am (Selasa) : Kak Hera bgtau, dorg nk g jalan2 ke Filipino Market dulu. Janji bertolak kul10 kang..banyak ms nak guling2 lg...

930am : check out n g breakfast (mungkin breaklunch jugak nie kot...).

1000am : bertolak ke Pdg Merdeka. (kak heran n d geng tggu kt situ utk perjalanan yg seterusnya...)

1030am : Bertolak ke Kundasang...
Kak hera dan Swift nya meluncur laju.. Penat Avanza nk kejar.. Nasib baik b2 jer, kalau x, tinggal jauhla Avanza...huhu
Kabus yg tebal disepanjang perjalanan menaiki Tanah Tinggi Kundasang... Nyaman udaranya...
Tengok tu, Swift mmg HEBAT!!
Cik Abang hanya mampu tersenyum sumbing melihat Swift yg laju..
Daku amik kesempatan berposing.
Nie Strawberry Cottage. Kami berhenti utk tanya ada bilik 0 x..
Kesimpulannya, tiada... kami posing2 amik gambar jela...
Nie odw ke Zen Garden. Maju gak Restoren daku nie.. dulu datang umah kayu jer, skg dh renovate jd batu...
Nielah keadaan di Pekan Kundasang...
Yer..Dsebabkan Kundasang dh penuh, kami meneruskan perjalanan ke Ranau utk mencari tempat bermalam.. Nasib baik, ada sebuah rumah tumpangan yg ada bilik 0.. Kebetulan, ada 2 blk jer.. Alhamdulillah, rezeki.. Dh dpt bilik, malan lak..

345pm : Kami bertolak pula ke tempat tujuan utama, "Tagal Ikan Kelah Sg Moroli, Kg Luanti Baru, ranau"
Amik gambar tanda kenangan dulu...
Hebat gak. Banyak peraturan utk memelihara kesejahteraan ikan2 kelah dlm sungai tu...
Daftar nama dulu... Ehh..Daku dh ber'baby'??? hahahaha..
Itulah keadaan org yg th 'berurut dgn kelah' di sungai nie. yg nampak cm hitam kt kaki2 dorg tu, ikan kelah la tu!!
Abang Mohd Aniq, anak Kak Salmah. mmgla xserupa muka daku kan...
ahah!! Setelah lama jgk menunggu giliran utk turun ke sungai, giliran kami tiba jgk. nie kaki Abang yg dihurungi kelah.
Kaki Abang lg..Tp fokus pd ikan2 yg jinak...
Posing setelah tamat masa 15minit. Sakit disedut kelah mmg xtahan bg 1st timer.. Saper2 nk dtg KK. bgtaula..Korg bayar duit minyak, daku boleh jd tour guide ke Tagal kelah nie..hehehe
Selepas terjerit2 kena sedut dek kelah, kami amik kesempatan mandi manda di hilir sungai tu..Air yg sejuk, nyaman ehhh.....
Main2 air pn sonok gak... psssttt....jgn bgtau org yg kami nie semua cikgu!! hehe
Nie la tmpt penginapan kami di Pekan Ranau..

Dah hampir jam6 ptg baru kami pulang. Mandi2, solat, kuar nk dinner lak..hehe

700pm : Kuar dinner. Tp g cari roti dll utk makan2 esok pg lak..

900pm : Balik semula ke bilik, rehat2, tido000...

600am : bangun. gosok gigi. Bersiap2. nak g Poring Hot Spring pulak!!!
Beli tiket di pintu masuk..RM3 per head.
Mari kwn2, kita menuju ke arah nie!!
Gambar kenangan xle tinggal..
Atas jambatan gantung nie pn kena ada...
Welcome!!! Ambil gambar dan tinggalkan tapak kaki ya!
"Bang, kita dh xbanyak amik gambar berdua kan...?"
Hahahaha..Nie kolam mandi terbuka namanya.. sebab kami awal, dapat cop tempat dulu, isi air dulu..mmg panas beb...
Lalalala..nie Rockpool. air sejuk giler. menggigil la kami.. Tp ok jer berenang.. Kuar air panas, masuk air sejuk. Pastu sambung semula air panas..Dh puas, masuk air sejuk, baru bilas badan..hehehe
Time balik, masing2 mmg puas ati..n penat gak.. Sian driver...
Ambil gambar Cik Abang yg sorg2 gentleman di tengah2 wanita2..hehehe.. I LoVE U darling 4 being soo00000000 CooooLLLL.......
Gunakan masa yg ada utk bergambar...
Adakah itu perut ku??00hh tiDAK!!! jangan tertipu dgn ilusi optik tersebut..

1130am : bergerak pulang ke Ranau, bersiap2 utk turun ke KK semula...
Singgah Pekan Kundasang beli sayur sket.. Geram betol tgk sayur2 nie. rasa cm nk beli semua ja. tp Abang jeling2 tajam, paham sendiri la..hehe
Nie buah2 lak. Beli manggis, strawberi n jambu potong..
Sesampai di KK, singgah 1 borneo utk makan di Kenny Rogers. Kak Hera yg belanja tau..

Pastu, g check in kt Hotel tabung Haji, relek2 jap pastu bergerak ke CP tgk movie lak. OK la jgk.. Balik tgk movie, semua pun dh lembik, tidur jela...

Pagi2 ari Khamis : kak Hera kuar servis kete. Daku n Abang guling2 lg. Dlm kul930, kami check out terus, nk heading ke Lintas Square utk urusan rasmi (RASMI??:)). sELESAI DI SITU (aLHAMDULILLAH), kami kembali semua ke pusat Bandar KK utk makan Pizza hut..
Daku amik 1 udang..
Pizza kedua Abang..hehe

Alkisah, Dila nk belanja makan Pizza tu, Alhamdulillah.. TQ Kak Hera n Dila..!!

Daku sempat buat facial treatment sebelum balik aritu. Semua gara2 dh xlarat dgn keadaan muka yg teruk akibat xdpt penjagaan yg betul sepanjang kesibukan bersukan...

So, balik umah semula, sambung jd suri rumah yg buat keje rumah...
Masak2..Abang tolong kemas2 rumah.. TQ Abang..

Bila sekolah dh buka, baru teringat, kerja majalah sekolah..3K xset tarikh xmiting lg..Senarai nama pelajar xhantar ke Jbtn kshtn lg.. Dan bila sampai di meja di bilik guru, nampak terdampar lembaran kertas lg..

Cikgu Hidayah, sila buat tindakan segera atas surat Denggi ini!!

Kerja lg...

Alahai cikgu....

Tata

Tak perlu Disangkal lagi..

Pink Diamond), url(Pink Diamond), auto;}