Badan penat..
mental lesu..
Masih ada perkataan,
melukai perasaan..
Mengapa mengata,
Andai tak ingin dijelas,
Mengata mencebik,
Andai tiada tangan bantuan dihulur..
Mengapa menjeling,
Bukan memandang dengan mata hati..
Diri dibakar umpama lilin,
Hati terbakar dicurah petrol,
Insan manusia punya kelemahan,
Bagaimana mampu kan menanggung..
Wahai insan!!
Fahamilah!!
Segala perlakuan demi insan lain jua,
Segala tindakan kita sama,
Namun jalan berbeza laluan,
Janganlah dicaci dan dihina,
Laluan berbeza tak bermaksud semuanya salah,
Matlamatnya sama!!
Isi perjuangannya masih sama!!
Jangan menghina!!
Andai kata bisa itu bisa kuserap buat azimat,
Akan ku balut kukuh simpan di pinggang,
Namun kata tak mungkin ku simpul,
Terlalu berat untuk ku tanggung,
Mengapa mengata untuk mengata???
Wahai insan!!!
Kita yang sama tapi berbeza ini,
Menjadikan bumi Tuhan ini indah dan pelbagai..
Bukan kamu tak semestinya tidak betul..
Bukan kamu tak semestinya bodoh,
Bukan kamu tak semestinya malas,
Bukan kamu bukan tak bekerja!!
Berserah hanya pada Ilahi,
Atas segala ketentuan,
Segala yang terjadi ada hikmahnya,
Moga daku kan peroleh manfaat,
Atas segalanya yang dikau lakukan,
Pada daku dan karier ku,
Pada pegangan dan kekuatan ku,
Atas segala hinaan dan jelingan,
Terima kasih kawan,
Daku kini lebih mengenali dirimu...
No comments:
Post a Comment