Mukasurat Extra

Terjalinnya Ikatan..

Daisypath Anniversary tickers

Jom Main klik-klik-klik

Followers

Monday, March 18, 2013

Sekali Lagi.. Matta Fair.. Mac 2013


Dari Matta Fair hujung tahun lepas, saya dah bertekad, bahawa akan kembali ke Matta Fair Mac 2013 untuk membawa pulang sekurang-kurangnya satu pakej pelancongan yang paling-paling hampeh pun, dalam negeri la kan... Kalau dah Sabah Sarawak pun, kira dah mewah dah tu..

Dah di akhir Matta Fair 2013 ni, berakhir jugalah tekad yang seolah-olah impian budak-budak yang tiada matlamat tu.. Bukan sahaja saya tak berjaya merembat satu pun pakej yang ditawarkan kat Matta Fair tu, malah saya langsung tak menjejakkan kaki ke sana!! T__T



Kenapa??


Antara sebab kegagalan saya untuk menjejakkan kaki ke PWTC pada waktu itu ialah kerana saya dan encik suami telah pun berjalan-jalan menghabiskan minyak kereta yang saya isi sendiri untuk gi sekolah ke Pantai Morib.. Matlamat utama, nak tengok Gold Coast Morib yang dikatakan hebat tu.. Hasilnya, memang hebatla kan.. Encik Suami kata, kalau awal bulan ni, pasti dia dah terus buat pendaftaran bilik kat situ. hihihi

Perjalanan tu pun bermula dah jam 2 lebih.. Saya gi sekolah ganti dulu pagi tu, balik sekolah, sempat mandi manda dulu. Lepas tu, gi makan cendol kat Shah Alam dulu, barula menuju ke Klang.. Pastu baru tukar arah ke Morib. Tak ke jauh perjalanan kami tu??hihihi..  Manala Encik Suami tak letih kan.. Nak balik awal lagi, nak kejar tengok perlawanan EPL lak kat tv.. Isk isk isk.. Sempat makan charkueyteow jer kat tepi pantai tu.. Balik rumah, dah tak makan apa dah.. Perghh.. Dan tidur dengan jayanya.. Letih dalam kereta..

Esoknya, dah malas nak masak. Ajak Encik Suami gi makan tengahari.. Bersiap dengan penuh mekap bagai,  sekali dia taknak gi PWTC!! Kecewa.. Kecewa ganda dua lagi.. Balik makan, terus tidor terbungkang kecewa...  T__T

Inilah kenangan saya dengan Matta fair Mac 2013.. Sekian..

tata

1 comment:

Tak perlu Disangkal lagi..

Pink Diamond), url(Pink Diamond), auto;}