Mukasurat Extra
Family In Action!!
Jom Main klik-klik-klik
Followers
Monday, March 25, 2013
29 Tahun Sekarang..
Alhamdulillah.. Akhirnya, saya telah pun menghirup udara buat tahun yang ke 29 di bumi Allah ini.. Lama juga tu kan.. Alhamdulillah..
Tiada sambutan yang grand pun.. Dalam fikiran berligar macam-macam perkara yang nak dibuat. Nak buat makan-makan bersama rakan-rakan, nak panggang kambing seekor buat pelepas hajat, (perghhh) nak buat 2 - 3 jenis kek sendiri, nak buat candy buffet la.. Macam-macam.. Tapi tak ada pun yang jadi kenyataan..
hanya bermula dengan ucapan selamat dari suami tercinta melalui SMS kerana si dia masih dalam perjalanan pulang ke kampung dari KL.. Saya dah berada di kampung dari hari Khamis, untuk menjaga mak yang menjalani pembedahan katarak hari Jumaat tu..
Esoknya, rutin yang biasa-biasa saja.. Pergi membeli lauk di kedai, masak-masak, pergi beli kueh untuk minum petang, minum petang, tidur petang (ehehh??) dan main badminton untuk ready utk tournament minggu depan.. Alahai..
Malamnya gi MarryBrown makan-makan dengan anak-anak sedara.. Abahnya sakit tekak, Uminya tak datang, nak nengok Sehangat Asmara.. Aduhai.. Macam-macam tau.. Dan akhirnya, tamatla hari pertama tahun ke 29 bagi diri ini.. Tiada yang istimewa, hanya biasa-biasa saja..
Sempena hari ulang tahun kelahiran ini, jutaan kesyukuran dan ucapan terima kasih buat emak yang melahirkan saya 29 tahun lalu, tepat jam 9.17 pagi. Semoga emak akan sentiasa dilimpahi dengan kesihatan yang baik, dilindungi Allah dan diberkati oleh-NYA selalu.. Amin..
Sempena ini juga, saya berharap agar dikurniakan kesihatan yang baik untuk hari ini, esok dan hari-hari yang akan datang. Saya juga mengharapakan, dan akan terus berusaha bagi menzahirkan beberapa kehendak dan keperluan kami suami isteri dalam melayari kehidupan rumahtangga kami.. Rezeki anak yang kami tunggu-tunggu selama 5tahun lebih perhubungan kami juga, sentiasa didoakan kemenjadiannya.. :)
Saya mengharapkan, agar tahun ini, dan tahun-tahun yang akan datang juga, saya, suami, dan ahli keluarga kami akan sentiasa dilingkari dengan kebahagiaan dan kesenangan, dari segi jasmani dan rohani, agar segala dapat berjalan lancar.. Moga segala dugaan dan cubaan yang melanda akan dapat kami tempuhi dengan penuh hemah dan kesabaran.. Amin..
Friday, March 22, 2013
saya seorang Cikgu BM..
Saya tahu, entri ini tiada keistimewaannya selain daripada sebuah bebelan yang biasa-biasa saja.. Tiada apa yang berbeza pun, sama kita cikgu BM, atau cikgu sejarah, atau cikgu matematik dan sains sekalipun.. Amanah dan tanggungjawabnya sama. Yang berbeza hanyalah aliran pengajaran dan pembelajarannya saja..
Selepas hampir genap 5tahun memegang 'title' Cikgu PJ tegar, saya kini perlahan-lahan berubah angin.. Kenapa? Adakah kerana udara yang sudah tidak dingin atau hembusannya sudah tidak selembut dulu?? Tidak.. Telah lama saya memikirkan permasalahan ini. Permasalahan bahawa saya perlukan satu nilai tambah yang boleh menjadi pemangkin kepada diri ini agar lebih fokus, berwawasan dan berintergriti dalam menjalani titian wadah kehidupan yang menjadi tangga kehidupan saya hingga akhir masa ini..
Walau kerap bermain di bibir saya, bahawa kerjaya seorang guru ini bukanlah pilihan pertama saya, ini adalah tuntutan dari seorang ibu tercinta, namun begitu, sekali terjun ke arus pendidikan, selamanya saya sayang akan profesyen ini.. Manakan tidak, jauh terselit di lubuk hati, jiwa seorang guru itu telah lama terdiam di sana, hasil genetik dan darah yang mengalir dalam diri dari kedua belah ibu dan abah.. Bagaimana boleh saya nafikan bahawa memang saya telah ditakdirkan untuk bergelar seorang guru?? Walaupun hanya seorang cikgu PJ??
Kata-kata bahawa cikgu PJ adalah cikgu yang paling lemah pelajarannya antara cikgu-cikgu adalah tanggapan hampir kesemua pelajar.. Malah jangan terkejut, di kalangan guru juga tidak percaya bahawa saya adalah pelajar sains tulen di sekolah menengah!! Belum lagi apabila saya menyebut bahawa saya adalah bekas pelajar di Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SHAH PEKAN)!! Alangkah hina seorang cikgu PJ yang dianggap hanya pandai bermain dan bersukan sahaj.. (seperti sebahagian daripada mereka la.. Tak lulus PMR tapi berhajat nak jadi cikgu?? Alahai.. Bukan semudah itu sayang-sayang sekalian..)
Kembali semula pada topik.. Bermula awal tahun, saya mula menggalas tanggungjawab sebagai seorang cikgu BM. Pelbagai ilmu perlu saya terokai semula, pelbagai cabang perlu saya korek, pelbagai soalan perlu saya tanya pada para rakan sekerja yang rata-rata amat-amat menyokong perjuangan saya ini. Soalan-soalan bodoh saya dijawab penuh semangat oleh mereka. Dan kata-kata semangat dan dorongan sentiasa meluncur dari lidah mereka buat saya.. Saya berasa amat berbesar hati...
Kini, setelah 3 bulan saya bertungkus lumus mencari rentak mengendalikan kelas, saya telah temui kepuasannya.. mengenali para pelajar dalam 3 bulan pertama adalah satu kejayaan yang besar bagi diri saya yang amat sukar untuk mengingati nama manusia.. 80minit, 3 kali seminggu berjumpa mereka, dengan pelbagai karenah, manakan dapat saya lupakan mereka.. :) Senyum sendiri..
Satu kepuasan apabila mereka berjaya memahami apa yang saya ajar.. Satu kelegaan melihat senyuman mereka apabila mereka telah berjaya menjawab soalan dengan betul.. Aahh.. Indahnya menjadi seorang guru..
semoga keindahan ini akan terus melingkari usaha saya dalam menambahkan nilai dalam diri dan kerjaya ini.. insyaAllah..
tata
Wednesday, March 20, 2013
Beijing -- Desember 2013...
Walaupun saya tak berjaya menjejakkan kaki ke Matta Fair baru-baru ini,
Dalam pencarian saya, Alhamdulillah saya telah berjumpa dengan pakej ekonomi yang amat berpatutan.. Dan yang pentingnya, pakej itu menuju ke Beijing!! Kota lama yang dah lama jadi impian saya.. Saya memang teringin..hihi.. Tapi segalanya bergantung pada isi poket terlebih dahulu... Terutamanya, si Perdana Menteri la kan.. Jika budget tahunan defisit, manakan dapat emmanda menteri nak berjoli sakan.. hihihii
Tapi, kalo saya pergi seorang, boleh??
hahahaaa
tata
Tuesday, March 19, 2013
Saya Bukan Orang Pengurusan!
Menjadi seorang Ketua Panitia bukanlah sesuatu yang saya impikan, terutamanya selepas hanya 2 tahun berada dalam sebuah sekolah yang gah di Pusat Bandaraya. Saya menyedari kelemahan diri, dan saya akui segala kekurangan. Dalam usaha saya untuk meningkatkan nilai tambah dalam diri, apabila disertakan pula dengan tekanan dan lambakan kerja yang tiada surutnya, walau fizikal masih berdiri teguh, gelak ketawa masin nyaring di mulut, kekeringan dan kehausan jiwa ini hanya diri ini yang tau..
Bermula dengan 10 jenis fail panitia yang perlu disiapkan dalam masa singkat. Saya mengaku, fail panitia saya masih kosong, dan jika ada isinya pun, adalah segala sesuatu yang bertarikhkan tahun lepas sahaja.. Fail no 1 masih seperti itu.. No 2 tak perlu ditokok tambah selahi sukatan matapelajaran ditukar.. Sekurang-kurangnya, selagi Menteri Pelajaran adalah orang yang sama. Tukar menteri, mungkin akan menukar silibus, siapa tahu kan.. Manalah tahu, jika menteri baru inginkan silibus PJK ditukar kepada 100% teori, seperti yang cuba diubah oleh pihak pentadbiran sekolah.. Ooppss...
No 3, setiausaha saya masih berusaha menyiapkannya.. Ntahkan sampai bila baru siapnya.. No 4 tak penting.. No 5 belum dilaksanakan, peperiksaan hanya dijalankan pada pertengahan tahun dan akhir tahun sahaja.. No 6 akan berlangsung dengan penyeliaan ketat daripada pihak pentadbiran. No 7 lebih ketat dari tahun lepas.. Pasti tiada yang terlepas tahun ni. No 8, memang tiada kelab PJK.. Yang ada, kelab olahraga, tetapi tu pun bawak Kokurikulum. Jadi, fail ini memang akan kosong selama-lamanya..
No 9 akan diisi pada pertengahan tahun ini. dan fail ke 10, masih dalam proses untuk mengumpul maklumat.. 12orang guru untuk sesi pagi, bukan mudah nak kumpul maklumat, tambahan pula bagi saya yang buukan manusia dalam bidang pengurusan ni...
Fail meja pula lebih kepada fail manual kerja seseorang petugas awam tu.. Isinya, ntahlah.. Buat jer, dah siap, hantar buiat tukun kat bilik pengetua.. Senang bila ada orang datang memantau (yang setahun 2-3 kali je tu), yang susah cikgu yang kena dok ke hulu ke hilir nak mengumpul dan menyusun atur maklumat dalam fail tu.. Bilik guru - bilik pengetua.. Aii..
Cerita ini menceritakan perihal diri saya yang tidak teratur dan langsung tiada aura untuk mengemaskini fail-fail yang selambak tu.. Dah masuk bulan Mac, terserlah keterukan dan kekurangajaran saya dalam pengurusan ni.. Oohh.. Kepala kembali pening memikirkan kerja...
tata
Monday, March 18, 2013
Sekali Lagi.. Matta Fair.. Mac 2013
Dari Matta Fair hujung tahun lepas, saya dah bertekad, bahawa akan kembali ke Matta Fair Mac 2013 untuk membawa pulang sekurang-kurangnya satu pakej pelancongan yang paling-paling hampeh pun, dalam negeri la kan... Kalau dah Sabah Sarawak pun, kira dah mewah dah tu..
Dah di akhir Matta Fair 2013 ni, berakhir jugalah tekad yang seolah-olah impian budak-budak yang tiada matlamat tu.. Bukan sahaja saya tak berjaya merembat satu pun pakej yang ditawarkan kat Matta Fair tu, malah saya langsung tak menjejakkan kaki ke sana!! T__T
Kenapa??
Antara sebab kegagalan saya untuk menjejakkan kaki ke PWTC pada waktu itu ialah kerana saya dan encik suami telah pun berjalan-jalan menghabiskan minyak kereta yang saya isi sendiri untuk gi sekolah ke Pantai Morib.. Matlamat utama, nak tengok Gold Coast Morib yang dikatakan hebat tu.. Hasilnya, memang hebatla kan.. Encik Suami kata, kalau awal bulan ni, pasti dia dah terus buat pendaftaran bilik kat situ. hihihi
Perjalanan tu pun bermula dah jam 2 lebih.. Saya gi sekolah ganti dulu pagi tu, balik sekolah, sempat mandi manda dulu. Lepas tu, gi makan cendol kat Shah Alam dulu, barula menuju ke Klang.. Pastu baru tukar arah ke Morib. Tak ke jauh perjalanan kami tu??hihihi.. Manala Encik Suami tak letih kan.. Nak balik awal lagi, nak kejar tengok perlawanan EPL lak kat tv.. Isk isk isk.. Sempat makan charkueyteow jer kat tepi pantai tu.. Balik rumah, dah tak makan apa dah.. Perghh.. Dan tidur dengan jayanya.. Letih dalam kereta..
Esoknya, dah malas nak masak. Ajak Encik Suami gi makan tengahari.. Bersiap dengan penuh mekap bagai, sekali dia taknak gi PWTC!! Kecewa.. Kecewa ganda dua lagi.. Balik makan, terus tidor terbungkang kecewa... T__T
Inilah kenangan saya dengan Matta fair Mac 2013.. Sekian..
tata
Saturday, March 16, 2013
Matta Fair 2013.. (Meroyan lagi??)
Saya plan nak gi Matta Fair, tapi Mr Kesayangan agak keberatan, takut saya meroyan lagi kat sana.. Saya nak gie jugak.. Nak jugak.. Nak jugak... (Meroyan jugak..) Adooii..
Takpela, saya dah xde target tahun nie.. So xdela nak meroyan lg dah.. Tahun lepas mmg ada target, dan berharap sungguh2.. Tu yg bila tak dapat, meroyan bebenar tu.. Tahun ni xde target, dan xde harap2 tau..
Jadi, jom kita gi!! hihi
tata
Maxi Princess Dress..
Maxi cute, kembang payung ala-ala puteri cerita dongeng..
Ciri2 baju yang saya amat suka sekarang.. Dah ada 2helai. Akan ada lagi 2 helai (still kat tailor).
Ooohh.. Rasa sangat puteri bila pakai baju tu..
Siap ada tali reben di belakang!! hahahahaaa
*Abaikan sahaja pertanyaan para pelajar, "Cikgu, You ada baby inside ya??" Saya jawab, "Tiada! Turun 10!!" hahaha.. Turun 10 maksudnya kena tekan tubi 10 kali. Tu denda apabila pelajar menggunakan bahasa lain selain Bahasa Malaysia bila berkomunikasi dengan saya dalam kelas.. Kata cikgu BM kan.. hahahahaa
~~Baru je tahun ni mula jadi cikgu BM. sebelum ni memang cikgu PJK dan Sivik saja. Tahun ni, Ada PJK, BM dan Seni! hahaha.. Setakat kena komen sebab cikgu lukis buruk, saya sudi saja dengar wahai anak-anak murid semua... :)
tata
Wednesday, March 13, 2013
Tiada Masa Atau Tiada Cerita??
Ketiaadaan entry itu bermaksud apa ya?
Tiada masa?
Atau tiada cerita??
Saya sering juga tertanya-tanya..
**sigh
Subscribe to:
Posts (Atom)