Mukasurat Extra

Terjalinnya Ikatan..

Daisypath Anniversary tickers

Jom Main klik-klik-klik

Followers

Sunday, November 11, 2012

Cara Kekalkan Hubungan Baik Dengan Sahabat



Adakah tak yang hidup di muka bumi ini tanpa sebarang masalah? Tipulah andai yang jawab tiada kan? Mesti ada walaupun sedikit baik masalah kecil atau masalah besar.
Sedangkan Rasulullah sendiri pun ada masalah inikan pula kita insan biasa. Kali ni saya nak kongsikan bersama sahabat sekalian cara atau tips untuk menjaga hubungan dengan sahabat. Baik sahabat yang jauh atau sahabat yang dekat.
1. Berikan Salam
Seindah-indah pendahuluan adalah salam. Sampaikan salam kita kepada sahabat-sahabat kita. Sama ada bertemu atau saat ingin berpisah. Nabi saw. bersabda:
” Sesungguhnya manusia yang paling utama di sisi Allah ialah sesiapa yang memulakan salam” (Hadis riwayat Abu Daud)
2. Kenali Kawan Kita
Macam mana nak kenal kawan kita? Pepatah Melayu ada berkata ” Tak kenal maka tak cinta “. Bukan lah nak suruh bercinta dengan kawan. Tapi hanya pepatah dan ia memberi maksud kalau nak tahu seseorang tu macam mana, kenalah kenal hati dan diri dia dulu kan? Oleh itu, kita mesti mengambil tahu semuanya tentang sahabat kita, apa yang dia tak suka, kita elakkan dari buat. Apa yang dia suka, kita buat selalu. Saling buat perkara yang disukai. Ketahui apa yang dia suka makan. Bila tiba hari jadinya atau hari-hari penting boleh belanja dia makan. Ambil tahu apa warna kesukaannya. Senang nanti nak belikan hadiah untuknya nanti.

3. Menjadi Pembela
Seandainya sahabat atau kawan kita ini dikutuk dan dicaci, kitalah yang menjadi pembelanya. Kita seharusnya membantu sahabat kita yang berada dalam kesusahan. Lebih-lebih lagi dia dikutuk bukan di atas salah yang dilakukannya. Siapa lagi yang harus membela sekiranya bukan ita sebagai sahabatnya? Kalau kita hanya mampu mendengar tanpa berbuat apa-apa, maka terbukti kita bukanlah kawan dan sahabatnya. 

4. Saling memaafkan
Tipulah kan kalaukita bersahabat takpernah bergaduh atau terasa hati antara satu sama lain. Mungkin ada namun dipendam. Oleh itu, sekiranya berlaku seperti ini, eloklah kita menegur apa yang dirasakan salah dalam perbuatannya dan memohon maaf sekiranya terguris hati dan perasaannya. Mohon maaf lah sekiranya berpisah jauh,kerana mungkin ada perbuatan kita yang tidak disengajakan ada menguris dan membuat dia terasa hati dengan kita. Disebabkan itulah, kata maaf perlu murah dari mulut kita. Cepat meminta maaf dan berterima kasih.

5. Setia dalam Persahabatan
Jangan khianati persahabatan yang telah terjalin. Contohnya, kalau sahabat kita cerita kat kita tentang masalah atau keburukan dia, dan minta rahsiakan. Janganlah pula kita pergi bercerita dekat orang lain. Kita perlu jaga amanah, jaga janji dan jangan dedahkan rahsianya kepada orang lain. Jangan sesekali TIKAM BELAKANG kawan kita.

6. Saling mendoakan
Jangan lupa untuk mendoakan sahabat kita. Sebut namanya dalam setiap doa kita. Doa adalah senjata yang paling ampuh untuk mengekalkan sesuatu hubungan. Doakan apa sahaja kebaikan untuk sahabat anda. Berdoalah kepada Allah agar hubungan kita dan sahabat kita sentiasa baik, mesra dan berkasih sayang antara sesama kita.
I’allah jika kita sama-sama mengamalkan 6 tips di atas, pasti hubungan kita dan sahabat kita akan kekal esra dan sebagainya. Saya doakan kalian semua dan saya sendiri akan sentiasa berhubungan baik dengan sahabat anda.. :)

No comments:

Post a Comment

Tak perlu Disangkal lagi..

Pink Diamond), url(Pink Diamond), auto;}