Mukasurat Extra

Terjalinnya Ikatan..

Daisypath Anniversary tickers

Jom Main klik-klik-klik

Followers

Sunday, September 30, 2012

Mempertimbangkan Pilihan Yang Ada..


Kita semua mempunyai pilihan yang mesti dipilih dan ditentukan sepanjang hayat kita yang dikandung badan ini.. Setiap hari pun, kita membuat pilihan..

Adakah kita akan bersolat SUbuh sebagai pemula hari yang tenang dan penuh cabaran???

Adakah kita akan breakfast untuk membekalkan tenaga optimun buat badan dan otak untuk sepanjang hari??

Adakah menu lunch dan dinner kita memenuhi piramid makanan yang disarankan dari sumber yang halal?

Adakah kita telah melakukan sehabis baik dalam pekerjaan kita bagi meraih kejayaan dunia dan redha Ilahi??

Banyaknya pilihan, hinggakan kita perlu memilih sama ada untuk tidur sendirian atau menemani pasangan (suami isteri sah shj!!!) hingga ke awal pg esok semula..... ???

Setiap perkara ada pilihannya, dan setiap pilihan ada baik buruk, doosa pahalanya...

Cuma, kadang2, kita terlalu stress dan tertekan dalam mempertimbangkan pilihan2 yg ada, sehingga menjejaskan daya gerak hati sendiri, yg akhirnya menyebabkan kita memilih untuk berada dalam pilihan yang salah... Jangan kuatir... Akan sentiasa ada U-turn bg yg terbabas, kerana Allah amat menyayangi hamba2nya... Walaupun hamba ini seringkali gagal menterjemahkan rasa kehambaan itu dalam jiwa....

Konklusinya, hati itu perlu disertakan akal yang waras, semasa dalam proses pertimbangan.. Kerana hanya dengan ilmu, amal itu berguna.. Dan hanya dengan amal, akan adanya budi dan bakti..

Dan Saya, akan berusaha mempertimbangkan segala segi, bentuk dan peruntukan, bagi memastikan hasil pertimbangan tersebut benar2 menyelesakan, dan membawa kebaikan.. InsyaAllah....


tata

2 comments:

Tak perlu Disangkal lagi..

Pink Diamond), url(Pink Diamond), auto;}