Mukasurat Extra

Terjalinnya Ikatan..

Daisypath Anniversary tickers

Jom Main klik-klik-klik

Followers

Tuesday, October 4, 2011

Sedetik Info Sihat 2

Apakah penyakit TIBI ?

Tibi adalah sejenis penyakit berjangkit yang paling sukar untuk dirawat. Jika rawatannya tidak sempurna atau tidak betul, maut adalah kesudahannya. Penyakit yang disebabkan oleh kuman tibi (Tubercle Bacilli) ini berupaya merosakan organ yang terlibat dan lama kelamaan menganggu fungsinya sekali. Apabila organ yang terganggu atau rosak itu adalah organ yang penting seperti paru-paru, otak dan buah pinggang, ia akan dengan mudah mengalami kegagalan dan akhirnya mengakibatkan maut

Bagaimana TIBI merebak ?

Kuman tibi disebarkan melalui udara. Apabila pesakit tibi batuk atau bersin, sejumlah dos kuman tibi akan tersebar ke dalam udara. Jika udara yang tercemar dengan kuman ini tersedut, peluang seseorang itu untuk mendapat penyakit tibi adalah tinggi. Risiko untuk dijangkiti adalah tinggi jika seseorang itu :
~~rapat dengan pesakit tibi
~~tidak memiliki imuniti melawan tibi
~~tidak mendapat imunisasi BCG lengkap
~~adalah pembawa penyakit HIV
~~mengidap penyakit yang menyebabkan sistem imunitinya menurun
~~mendapat rawatan yang lama sehingga sistem imunitinya lumpuh


Cara mengesan penyakit TIBI

Jika anda mengalami batuk yang
berterusan atau tanda-tanda yang
disebutkan diatas, anda hendaklah :
^^mendapatkan pemeriksaan doktor
^^^melakukan pemeriksaan kahak untuk
^^^^mengenalpasti kuman tibi
^^^^^menjalani pemeriksaan x-ray dada


ORGAN YANG BIASA DISERANG PENYAKIT TIBI


*KELENJAR LEHER
**PARU-PARU
***TULANG
****OTAK
*****KULIT
******BUAH PINGGANG

p/s: Sama2lah kita fahami..

tata

Sejenak Info Sihat

Penyakit Tibi mudah merebak


Seorang doktor sedang melihat filem sinar-X pesakit Tibi. - Gambar hiasan


PENYAKIT batuk kering atau Tuberkulosis (Tibi) kembali lagi menyerang. Sesiapa sahaja jangan mengambil mudah kerana Tibi yang dikategorikan sebagai penyakit berjangkit cukup mudah merebak melalui batuk, bersin, ketawa ataupun menyanyi.

Orang dewasa juga lebih mudah menyebarkan Tibi berbanding kanak-kanak maka oleh itu tutuplah mulut apabila batuk.

Kenyataannya penyakit Tibi pada suatu ketika dahulu pernah menjadi pembunuh utama kepada penduduk di negara ini (ketika itu Tanah Melayu - Malaya) di antara tahun 1945 hingga 1957.

Berikutan itu program Kawalan Tibi Kebangsaan ditubuhkan pada tahun 1961 di mana kesemua pesakit dirujuk kepada Pusat Tibi Negara di Jalan Pahang, Kuala Lumpur yang kini dikenali Institut Perubatan Respiratori (IPR).

Program ini telah berjaya mengurangkan kes tibi pada tahap yang dianggap terkawal sehingga negara ini telah dikategorikan beban penyakit tibi sederhana.

Bagaimanapun, sejak tahun 1994 kes-kes baru tibi meningkat dari setahun ke setahun di mana pada tahun 2010 sahaja angkanya mencecah 19,337 berbanding tahun 2009 cuma 18,102 kes.

''Angka ini jelas menunjukkan Tibi kembali lagi ke Malaysia di mana semua rakyat perlu peka supaya tidak menjadi salah seorang mangsanya,'' kata Pakar Perunding Penyakit Tibi IPR, Dr. Ashari Yunus yang ditemui di pejabatnya di Jalan Pahang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Beliau memberitahu, Tibi berkembang semula di negara ini memandangkan jumlah pembawa kuman HIV, diabetes, kanser dan buah pinggang semakin meningkat.

Begitu juga dengan golongan orang tua, pesakit yang mengambil steroid dalam tempoh yang lama, penagih alkohol secara berlebihan dan juga penagih dadah.

''Golongan ini adalah yang berisiko tinggi terhadap Tibi kerana sistem imunisasi badan yang lemah akan mengaktifkan kuman Tibi yang sedia ada di dalam badan manusia,'' katanya.

Bagaimanapun kata Dr. Ashari, pendatang asing cuma menjadi penyumbang kecil sahaja dalam penularan Tibi di negara ini.

Tambahnya, suntikan pelalian BCG untuk kanak-kanak di negara ini cuma dapat melindungi badan mereka dari penyakit ini sehingga usia 14 tahun sahaja.

Dr. Ashari memberitahu, Tibi memang dikenali penyakit pembawa maut tetapi sesiapa pun tidak perlu bimbang kerana ada ubat penyembuhnya.

Bagaimanapun katanya, ia bergantung kepada individu untuk segera ke hospital jika mendapati telah dijangkiti dengan kuman Tibi iaitu tubercle bacilli.

''Kuman ini hanya merebak melalui udara dan biasanya akan menjangkiti paru-paru serta organ yang lain seperti selaput otak, tulang, buah pinggang dan kulit,'' kata Dr. Ashari.

Jelasnya, seseorang itu hanya boleh disahkan menghidap Tibi melalui pemeriksaan kahak dan menjalani pemeriksaan x-ray.

Sehubungan itu, katanya, jika mempunyai tanda-tanda batuk berpanjangan lebih dua minggu, batuk berdarah, demam dan berpeluh waktu petang atau malam, maka segeralah ke hospital.

Simptom lain termasuk hilang selera makan atau turun berat badan mendadak, sakit dada semasa batuk atau bernafas secara dalam, mudah letih dan lemah.

Katanya, tidak cukup dengan itu pesakit harus memastikan menerima rawatan mengikut arahan doktor dan memakan ubat yang dinasihatkan selama enam bulan.

''Pesakit ini juga harus memastikan setiap kali bersin menggunakan sapu tangan bagi mengelak kuman ini terbang di udara dan merebak kepada orang lain pula,'' katanya.

Apa yang dikesalkan, kata Dr. Asraf, apabila ada kes pesakit yang 'melarikan' diri sebaik sahaja mendapati dirinya telah pulih selepas menerima rawatan pada peringkat awal.

Beliau berkata, sekalipun pesakit merasakan dirinya pulih tetapi selagi tidak lengkap mengambil ubat dalam tempoh enam bulan maka itu tidak bermakna dia bebas sepenuhnya daripada Tibi.

''Ini kerana prinsip DOTS (Pengawasan Rawatan Jangka Pendek Secara Terus) yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk merawat pesakit Tibi harus diikuti,'' katanya.

Katanya, pesakit perlu mengambil ubat yang ditetapkan selama enam bulan.

"Dua bulan pertama pesakit perlu setiap hari ke hospital kerana perlu makan ubat setiap hari dos yang ditetapkan dengan pemantauan pihak hospital,'' kata Dr. Ashari.

Malah katanya, empat bulan lagi pesakit perlu dirawat setiap dua minggu dan memakan ubat yang disyorkan setiap hari sehingga cukup tempoh selama enam bulan.

''Masalah sekarang ini, seseorang itu sudah tahu dirinya mempunyai tanda-tanda ini tetapi masih melewatkan pemeriksaan untuk menerima rawatan,'' kata beliau.

Katanya, disebabkan penyakit ini dikategorikan berjangkit maka ia akan cepat merebak kepada orang-orang di sekitarnya dengan lebih cepat.

Selain itu, katanya ada yang baru dua bulan menjalani rawatan tetapi selepas itu tidak lagi mengambil ubat yang disyorkan di mana akan mendapat kembali penyakit tersebut.

''Pesakit akan bebas sepenuhnya daripada Tibi setelah lengkap mengambil ubat dalam tempoh selama enam bulan,'' kata Dr. Ashari.


Di'copy' dari : http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0809&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_01.htm


Marilah kita ambil maklumat nie sebagai peringatan dan panduan buat kita semua.. :)


tata

Monday, September 26, 2011

Citer Lama ~~ Tak lapuk lagi kan??

Saya nie kan cikgu sains sukan, walaupun xpenah pun ajar subjek opsyen tu lg... Tapi, kira2 subjek PJK tu pun samalah jgk kan.. So, disebabkan opsyen bidan terjun saya nie, minda gegurl saya telah berputar 540 darjah, terus kena set menghalakan minat kepada bidang sukan, yg dulu saya cuma tahu tentang netball jer... :)

Perubahan minda nie dimulakan oleh lecturer2 saya yg memang jelas mendoktrinsukankan saya, sejak menjejakkan kaki ke dalam lab sains sukan buat pertama kali, untuk pertemuan pertama dengan rakan2 sekelas yg rata2nya semua kakak2 dan abang2 yg dh ada diploma, dengan kata lainnya, seme dh tua.. huahuahua..

So, rentetan drpd tu, sikit demi sikit, saya kena la berubah.. Nak plk bila berbaik ngan Cik Abang Fadil nie, yg mmg ekstrem dengan sukan, lg la terbalik dunia gegurl I nie.. huhu

Anyway, kerana saya sahabat dan isteri yg baik, saya pun sama2 join Cik Abang Fadhil dan Abang Tasyrif saya gie tengok Liverpool VS Malaysia beberapa bulan lepas.. Dan gambar scan paper di atas tu, kami bertiga la... :)

P/S: Nak citer pasal muka masuk paper jer sebenarnya...

tata

DSRL~~Keperluan atau Kehendak??

Entry tentang keinginan hati ini.. Tentang kegilaan ingin mengikut trend, dan semestinya, kegilaan untuk melunaskan desire yg meluap2 untuk turut sama menghasilkan gambar2 yg indah dan menarik, untuk kepuasan diri sendiri..

Yang utamanya, saya sangat cetek pengetahuan dalam bab2 fotografi nie... So, hanya ada jeles dlm diri bila orang dok usung kamera beso2, sendiri ada Canan kompak 3tahun lepas.. tp tu jgkla peneman setia semasa di Borneo dulu.. Kenangan Terindah tu...!!
Ini menjadi keperluan, apabila kita berkemampuan dan memerlukannya untuk meneruskan kelangsungan hidup kan..? Tapi dalam status hidup saya yg kais ujung bulan dapat gaji, kais tengah bulan poket kering tunggu hujung bulan semula nie, Saya rasa, ia hanyalah satu kehendak yg masih boleh ditangguhkan sehingga sampai masanya kelak..

Saya masih xdapat menyesuaikan diri dengan kehidupan bandar yg serba mencabar, dan kehidupan dekat dengan kampung yg memang mencabar.. Mungkin saya perlukan family dan money motivator, untuk kembali terus berada dalam trek hidup yang betul dan lurus, tak tersasar ke jalan2 yg sesat dan tak diredhai.. ceewahh...

Hajat untuk buat buku perancangan keluar masuk duit @ buku tunai sendiri punya masih xkesampaian.. Oohh..bukan sebab banyak masalah luaran, cuma sendiri yg masih lembab mentafsir kepentingan menabung untuk seorang perempuan dalam keluarga.. Isk isk isk.. Bukan menabung dalam tabung katak tu... Yg tu, anak2 bolehla diajar begitu..huhu

Dulu masa kecik, Saya memang kedekut. Abang saya kata, saya akan jadi orang kaya sebab saya sangat kedekut.. Tapi skg?? Adakah saya yg paling sikit simpanannya?? Ntahla...

Till then..

tata

Saya Dah Lama...

(Gambar tiada kaitan dengan artikel)

alhamdulillah, akhirnya berjaya juga saya mencatatkan sepatah dua kata dalam blog yg kiranya dh berkarat berhabuk tak di'update' nie.. Bukan kerana xde masa, tapi saya kira, kekecewaan masalah meng'upload' gambar yg tak habis2 mengganggu minat terhadap blog peribadi yg serba simple nie..

Alhamdulillah, entry hari ini sekadar ingin meluahkan rasa bahagia, kerana dikurniakan kehidupan yg penuh warna-warni ini..


~~Ada putih yg melapangkan,
~ada kuning yg meriangkan..
~Merah menambahkan degupan jantung,
~ungu yang meredupkan mata,
~biru yg memenangkan mata,
~hijau yg mendamaikan,
~dan hitam yg merehatkan...

Tanpa warna, bosanlah kehidupan kita....

tata

Saturday, September 17, 2011

Wanita2u 2nd Giveaway

Wahai kekawan semer!!! Jom la kita reramai join giveaway dari Wanita2U nie..

adiah dia perfume BEST punyerrr!!

Weehh... Taknak cakap bebel banyak2.. Jomla reramai join!! Klik jer link kat SINI..

kALAU KORANG TAKNAK join, biarla SY yg menang!!! hehehe

tata

Thursday, September 8, 2011

4th Anniversary @ 07072011

Cerita dh lamer, cuma nk masukkan gambar jer... :)

Macam biasa, sekarang nie, tempat feveret kami utk jalan2 hanimun is kat Cameron Highlands.. hehehe

Aktiviti biasa, beli buah2an dan borong stoberi.. :)


Nie pic kt IRIS HOTEL.. Harga ok, servis pun bolehla bg 3star.. Standard hotel budget.. :)
Jalan2, wajid gie minum teh mahal kt BHARAT or BOH.. Kali nie, kami pilih gie BHARAT jer..
Try daun teh.. Org kata boleh buat ubat awet muda..huhuhu
US @ Ladang Teh.

US @ depan Cameron Highlands Resort

US kt atas bukit berdekatan Istana Pahang.

Strawberi terbesar milik En Mohd Fadhil!!
Ini ialah muka orang yg tido petang2 then kena kejut sebab nk gie makan..huhu
Breakfast @ Rossapassadena Hotel
Nie la makanan nyer.. Biasa2 je kn...
Nie makanan rasmi bila berkunjung ke Cameron.. Fresh strawberi with vanilla aiskrim.. makan hingga kembung ok..
Ooo..ini makanan western di Genting Sempah, best tau.. Hager pun sangatlah berpatutan..


So, best la hanimun kali nie, walaupun hanya di negeri Pahang... Sebab sebelum2 nie, semua kt Sabah kn.. Sedey dan rindu pd tanah Borneo... :(

tata

Friday, July 15, 2011

Kurma, Kekacang Dan Buahan Kering...

Kawan2.... Adakah Anda berminat untuk menikmati Kurma, Buahan Kering atau Kekacang dengan hanya menunggu Mr Posmen di hadapan rumah??

Saya menyediakan perkhidmatan ini, so, siapa yg berminat, boleh dapatkan info lebih lanjut di
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.239226692762611.65393.100000258456285

Sila lihat item2 yg boleh didapati drpd album ini...















Dah ada keputusan, bolehla kwn2 inbox saya di Facebook saya ya....

tata

Wednesday, July 6, 2011

Kami ~~ Terus Menjalani Hari2 Mendatang ~~


Kami dipertemukan dalam dewan kuliah.. Dan dengan restu ibu bapa, disatukan dalam satu majlis di bawah keberkatan-NYA...

Dan hari ini, kami hanya menghitung hari untuk memasuki tahun keempat perhubungan kami...
Pastinya telah banyak pahit manis yg kami harungi.. Semoga kami akan terus tabah dan berusaha lebih gigih demi kebahagiaan bersama....

070707 - 070711 = 4 tahun yg indah...

Honeymoon akan menyusul.. Kami dan memohon cuti.. ;)
Yang penting, esok Saya perlu memenuhi appointment ngan Dr yusuf dulu....

tata

Malaysia VS Chinese Taipei.. VS Lobster~~


Dgn penuh semangat kesukanan dan patriotik, Cik Abang kesayangan Saya telah membuat satu keputusan mengejut ndengan mengajak Saya pergi menonton perlawanan antara Malaysia VS Taipei@Taiwan@apa2 jela di Stadium Bukit Jalil.. Kaunter tiket hanya akan dibuka jam3ptg tu, so kami redah jela after Maghrid, terus merempit ke Bukit Jalil.. Cik Abang memang dh dpt info, jalan ke sana mmg jem, so merempit mmg menjimatkan masa.. Mencelah2 sampai Saya terjerit jugak bila dok selit2 tu.. Tak rela kaki ku menyapu dinding kete orang..huhu

Parking memang dh penuh time tu. Nasib baik kami naik motor jer, so dengan mudahnya dapatla parking.. Dekat pun dekat.. Dah memastikan keselamatan motor, kami pun terus pecut nak carik kaunter tiket...
Mata stim yg silau flash..huhu..
Setelah mendapatkan tiket tempat duduk biasa RM20 dengan harga RM25, kami pun jln2 carik bebenda kuning ni.. Tiket tu hage RM25 sbb kami beli kt org lain, bkn kat kaunter.. Mls dh nak beratur panjang..huhu

Dah masuk, jakun la Saya sebentar.. Tak pernah masuk lg stadium nasional nie..hehe
Senyuman lebar menawan hati dari Cik Abang setelah sepak mula. Kepala berbalut, leher berbengkung, xpanas ker???

Sambil makan kuaci lemau..huhu.. Tak feel betol tengok bola kat stadium sambil makan kuaci..
Semestinya Saya yang jakun ini nak amik gambar banyak2 dalam stadium nie kan..
Dengan penuh semangat kesukanan, Saya tetap sokong Malaysia dengan penuh patriotiknya!! hehe
Antara penonton yg hadir memberikan sokongan..

Maafkn Saya sbb xtumpukn perhatian... :(
Bila GOL haruslah kita gembira!! YEY!!
Jalan pulang, penuh sesak... Kami pun berebut sekali.. Esok sekolah....Perut lapor...huhu
Akhirnya, kami singgah di Bandar Tun Razak dan beli 2ketul berger daging utk dimakan kat umah... tamat kisah tengok bola dengan kekasih hati...


Nie kisah Saya dan facebook lak.. Banyak gunanya facebook ni tau..
Tengok Cik Lobster yg telah dipertemukan dengan saya melalui facebook nie.. Aduhai... Sangat lama nak jumper ngan En Lobster nie.. Baru sekarang kita bertemu ya...
"Hai, adakah pertemuan kita ini sekadar untuk mengucapkan kata2 perpisahan??"
Maafkan Saya En Lobster.. Tidur lena2 dalam kuali baru kami nie ya...
Kulit yg kekuningan bertukar kemerahan bila masuk dalam air yg mendidih...
Taadaaa... After hampir sejam (or lebih kot) Saya mengendalikan En Lobster di dapur, maka siaplah persembahan Saya pd malam itu... Mr Lobster Butter with Garlic & Cheese..

Nikmatilah keenakannya..
Saksikan struktur menawannya..
Menggoda kalbu.. (Time taip entry nie, terasa nak sekor lobster lg la..) hehe
Dan ini adalah hasil Buangan dr En Lobster... Tima kasih En Lobster kerana membantu Saya melunaskan pengidaman Saya nie..hehe

Semoga ada masa lg utk dapat makan lobster lg...

tata

Tak perlu Disangkal lagi..

Pink Diamond), url(Pink Diamond), auto;}