Mukasurat Extra

Terjalinnya Ikatan..

Daisypath Anniversary tickers

Jom Main klik-klik-klik

Followers

Friday, December 25, 2009

Honeymoon 2009.. Kali ke berapa nie??hehe

Kata orang, sebelum kehadiran baby yang dinanti2, baik ambil peluang untuk berduaan sepuas mungkin.. Bagi daku, mungkin kami belum puas berdua, tu yang baby segan nak datang cepat2..huhuhu(ada lak camtu??isk..)

Setelah hampir habis cuti akhir tahun 2009 nie, kami ambil keputusan untuk ber'honeymoon' untuk kali kedua.. Dan tempat yang menjadi destinasi kami ialah Genting Highlands.. tempat honeymoon pertama kami..hehhehe.. (sebenarnya tu tempat yang paling dekat ngan mudah..huhu..jangan jeles..)

Tapi, sebelum kami ke Genting, kami terlebih dahulu ke KL. Untuk menunaikan hajat untuk menghadiahkan Abang sepasang kasut yang dah lama bermain di bibirnya sejak 2 3 bulan lepas.. Dan kasut NIKE tu adalah hadiah hari lahir Abang yang ke 29thn pada 16 Disember... Awal2 lg daku dh bagi hadiah tau..


Nie tempat penginapan pada malam pertama Honeymoon kami.. Dan tempat berehat selepas me'round' KLCC untuk mencari kasut idaman hati Kekanda ku sayang...


Pemandangan berkabus di sepanjang perjalanan mendaki Genting Highlands..


Suasana yang jarang dapat dinikmati di tempat lain..

Ini adalah koleksi gambar2 kenangan yang kami ada sepanjang penginapan jalan2 kami di Genting...
Ni gambar2 yang di snap waktu petang.. Sementara menunggu kaunter check in.. Yang hebatnya, kami dapat no giliran 422, no sekarang is......202!! bayangkan, menunggu 200++ pendaftaran masuk?? kami pun round2la dulu..
Nie bahagian dalam Plaza First World. After dinner..

Lagi gambar di plaza 1st World.

Bersama 4Hero Pasukan kegemaran..
Ini pula gambar yang diambil jam9pagi, after breakfast.. Sejuk bangat di luar nie...
Tapi, daku memang suker cuaca yang sejuk2 nie..hehehe..nak belajar kt oversea tak dapat..

Yang nie lak koleksi gambar2 semasa perjalanan pulang.. Sedey terpaksa mengakhiri bulan madu kami nie tapi nak buat camna, fulus yang melayang nak kena diperhatikan juga..huhu


MyVi yang kesejukan di Parking Lot..Sian.. Sampai berpeluh dingin dia...

Dan sebagai santapan terakhir, ini ialah perbandingan gambar pada 10Julai 2007 dan 22Disember 2009.. Camna?? Ada perbezaan tak dalam 2 tahun ni??hehehe

Yang penting, cinta kami makin kukuh..

tata

Thursday, December 24, 2009

Birthday Mak Yang ke 56.. Semoga panjang umur..

Hari Lahir Mak jatuh pada tarikh 16 Disember 1953. Jarang daku meraikan hari lahir mak.. Cuma sejak daku berkerja(dan mungkin kerana sudah mempunyai duit sendiri), keinginan untuk menyediakan sesuatu yang dapat diingati Mak menggebu2.huhuhu

Ini koleksi gambar coklat yang dibeli di Langkawi.. Sekadar untuk rekreasi mata..
Antara barangan yang menghuni beg ku..Hanaan Nafeesa yang paling hepi melihat coklat2 yang sengaja di sepah2kan..
Ini barulah kejadian sebenar yang bertepatan dengan entry kali nie.. Jamuan makan2 kecil2lan..
Makanannya hanyalah spageti seafood dengan air ribena bernata de coco..hehehe
Walaupun dengan menu simple dan jemputan yang tak seberapa ramai, seronok gak makan2 camnie..
Makan2 kat rumah, santai jela...
Nie sesi yang ditunggu2.. Hanya ada raif dan hanaan jer. HaFEEZA DI TERENGGANU, IKUT tOK NYA..
Nie la Rasberi cheesecake dari Secret recipe.. Sedap....
Tak sabar2 nak meniup lilin kek Tok..
Tiup sama2..
Potong sama2..
Kek yang dah tercedera dipotong..
siap kena cocok dek hanaan lagi..hahaha
Kak Suri menyudahkan kerja2 memotong..
makan..mari makan kek...

begitulah ceritanya tentang sambutan hari Lahir Mak.. Sedikit sahaja yang dilakukan namun agak memuaskan hati.. Dengan kerjasama semua, setel la majlis ringkas nie..hehe

Semoga Mak akan sentiasa berada di bawah lindungan dan kasih sayang Allah.. Semoga dilimpahkan rezeki dan rahmat ilahi.. Semoga Mak akan terus memperoleh kebahagiaan dan ketenangan di dunia dan akhirat.. InsyaAllah...


tata

Saturday, December 19, 2009

Pulang ke tanah Besar Semenanjung.. -3rd day-

Akhirnya, setelah bergumbira di Pulau Lagenda, Pulau Langkawi, sampailah masa untuk kami semua bergerak pulang. Tapi, sebelum naik feri, kami sempat lagi gi tempat2 lain untuk kali terakhir..hehehe

Sebelum bergerak pagi tu..
Sampai di Petrosains Langkawi, Abang nak amik gambar kt van Langkawi..hehe
Oooo..Dorg dah ada kat bawah bangunan sbb Petrosains tu tutup ari Isnin.. Daku ditemani Abang kat atas bangunan lagi.. Menunaikan hajat sket..hehehe
Di depan Bay yang menjadi tempat persinggahan kapal2 pelayaran yang harganya...heemmm... paham sendiri la...
Kena ada gambar kat sini.. Lambang kemegahan dan kebanggaan Malaysia..
Bergaya sket!!
alahai..ada sesuatu yang kurang pd pic nie...:(
Kapal paling besar kat sini..
Menumpang teduh di bawah pepohon kelapa..
Signature pic oleh Abang..
Rupanya, tempat nie namanya Petronas Quay..huhuhu
Dah penat bergambar di petronas Quay, kami terus ke Kota Mahsuri.. Sekadar amik gambar dan tengok2 kawasan je sebab nak masuk sini kena bayar..Kami takde hati nak masuk sebab hari pun dah makin panas, nak bersiap nak balik pulak kan..
Manja tak I??;) Kalau orang tgk, cam menyampah pun ada ek?? hehe..tak kisahlah apa orang nak kata, yang penting, kami suami isteri yang bahagia...hehe
Di Terminal Feri Langkawi dah nie.. Terpaksa buat 2 trip dari rumah sewa ke terminal sebab banyak sangat barang.. Almaklumla... melancong ke Langkawi..
Yoo..!! Jom naik feri!! (Feri delay setengah jam. Ingat ke kepal terbang je pandai delay.. feri pun sama daa..)
Ramainya manusia....Bertenang semua!!
alhamdulillah... Selamat sampai ke Kuala Perlis..Makan laksa, nasi ayam dulu...
Subhanallah.. Keindahan remang senja di sepanjang lebuhraya Utara-Selatan..
Ni la kejadian si mana Si Jurutol bernama Siti Munirah nie lambat sangat buat kerja.. Tak cekap.. mesin pengimbas kad dia rosak kot.. tapi tak tutup lorong dia.. Aparaa...punya lama kami tunggu turn..Isk..orang dah la letih..
Muka serabai betol la.. maklumla, tido dlm van macam tido atas katil daa..


Sampai jer di Taiping, kami terus ke Kedai Nasi kandar pelita. Nak try nasi kandar kat situ.. Best ayam goreng dia..hehehe dah setel makan, balik umah Kaklong, dan tido lena...ZZzzz

tata

p/s: Tekak stil sakit.. So, time tido tu, ada la sound2 kurang menyenangkan datang dari tekak yang sempit dan perit nie..huhu

Tak perlu Disangkal lagi..

Pink Diamond), url(Pink Diamond), auto;}