Mukasurat Extra

Terjalinnya Ikatan..

Daisypath Anniversary tickers

Jom Main klik-klik-klik

Followers

Friday, November 9, 2012

Pindah Rumah ~~ Moga lebih baik kejadiannya..


Kami telah, sedang dan akan memindahkan barang2 kami dari rumah sewa sekarang, ke rumah sewa yang akan datang.. Masih berstatus penyewa, kami tekad memilih yang lebih baik berbanding rumah yang pada Saya sudah baik, tetapi beberapa kekurangannya menyebabkan kami perlu mencari pilihan yang lain pula..

Bukan mudah melakukan kerja2 ini dalam masa singkat.. Tetapi kesabaran dan kekuatan Mr Right Saya memang betol2 meringankan beban dan masalah Saya..  :)

So, Saya harus menyambung kerja yg tergantung untuk merehat2 sebentar.. (Berehat di depan laptop sambil meng'update' blog.. ) Sesungguhnya, blog dan FB mmg sahabat karib zaman ini..

Oooo... But, jgn gado2 dlm alam maya nie. ek.. Tak macho la beb...

Sebelum merepek lg, tata titi tutu..

Ibu Bapa Wajib Dihormati...

Mak, Saya, Hanaan(anak sedara)

Abah - Al - Fatihah


Apabila kita mengalami kesusahan, ibu bapa kitalah orang pertama yang kita cari. Jika kita berada dalam kesedihan, ibu bapa jugalah yang akan dicari. Begitulah istimewanya hubungan anak dan ibu bapa dalam ikatan semulajadi yang dianugerahkan oleh Allah SWT.
Segala jasa dan pengorbanan yang ibu bapa curahkan sejak kita kecil sehingga besar adalah tidak ternilai. Malah, jika difikirkan, sebelum kita dilahirkan lagi ibu bapa telah bertungkus lumus mencari rezeki untuk memastikan kita dapat membesar dengan sihat dan selesa setelah dilahirkan.
Bukan itu sahaja, ibu dengan rela hati menggadaikan nyawa melahirkan kita. Setelah dilahirkan, ayah dengan perasaan penuh syukur dan gembira mendukung kita.
Sewaktu kita sedang membesar, ibu bapalah yang paling bahagia melihat kita mengecapi kejayaan walau sekecil mana pun kejayaan kita itu. Contohnya, ketika kita berjaya menuturkan perkataan pertama kita seperti, "Ma", mereka dengan perasaan penuh gembira mengkhabarkan berita itu kepada sanak saudara dan sahabat handai mereka.
Merekalah juga yang memimpin kita dengan penuh sabar semasa kita mengatur langkah-langkah pertama kita. Mereka yang mengangkat dan membasuh luka kita apabila kita tersungkur. Mereka juga sanggup mengorbankan kepentingan diri dan mengharungi pelbagai cabaran demi masa depan kita.
Islam amat menitikberatkan umatnya supaya menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa. Allah SWT telah menyatakan betapa pentingnya kita sebagai anak menjaga hubungan baik dengan ibu bapa di dalam Al-Qur'an;
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)."
(Surah Al-Ahqaaf, ayat 15)
"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu..."
(Surah Al-Israa', ayat 23 dan 24)
Allah SWT menegaskan kepentingan berbuat baik kepada ibu bapa dalam beberapa ayat Al-Qur'an yang lain:
"Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: "Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua IBU BAPA, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan. Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya)."
(Surah Al-Baqarah, ayat 215)
"Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua IBU BAPA, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri;"
(Surah An-Nisaa', ayat 36)
Oleh sebab itu, seorang anak wajib menghormati, mentaati dan berbuat baik terhadap ibu bapa. Ia merupakan penghormatan tertinggi daripada anak dalam membalas jasa ibu bapa mereka.
Tanggungjawab berbuat baik kepada ibu bapa juga tidak terhenti selepas mereka meninggal dunia. Anak masih boleh berdoa supaya ibu bapa mendapat keampunan daripada Allah. Allah SWT berfirman, maksudnya;
"...dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil." 
(Surah Al-Israa', ayat 24)
Selain itu, setelah ibu bapa meninggal dunia, anak perlu melaksanakan wasiat mereka seperti membayar hutang (jika ada) dan berbuat baik kepada sahabat mereka. Ketika ditanya oleh seorang sahabat daripada kaum Ansar mengenai masih adakah tanggungjawabnya terhadap ibu bapa yang sudah meninggal dunia, Rasulullah SAW menjawab dengan sabdanya yang bermaksud: "Ada, iaitu berdoa, beristighafar untuk kedua-duanya, menyempurnakan janji, memuliakan sahabat taulan kedua-duanya dan menyambungkan silaturahim yang tidak sempat dijalinkan oleh kedua-duanya." (Hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)
Kesimpulannya, menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa merupakan amalan yang berterusan. Kasihi, hormati dan bantulah mereka semasa mereka masih hidup serta doakan mereka setelah mereka meninggal dunia. Tanpa redha mereka, kita tidak akan mengecapi redha Allah. Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud, "Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa." (Riwayat al-Hakim)


p/s: Membina keluarga bukannya mudah..

Thursday, November 8, 2012

Ibnu Sina - Bapa Perubatan Moden



Nama: Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdullah Ibn Sina
Gelaran: Bapa Sejarah Sains
Lahir: sekitar 980 M atau 370 H
Wafat: 1037 M atau 428 H
Mazhab: Ismaili
Etnik: Tajik
Rantau: Parsi
Bidang: Perubatan, Astronomi, Etika, Logik,Matematik, Metafizik, Falsafah, Fizik,Sains,teologi
Karya: Alqanun fi altibb, Kitab al-Shifa, Al Najat
Pengaruh: Omar Khayyám, Ibnu Rushd, Thomas Aquinas, Albertus Magnus
Diilhami: Aristotle, Al-Farabi

Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdullah Ibn Sina atau dikenali sebagai Avicenna di dunia barat merupakan salah seorang pakar sains dari Iran yang hidup antara tahun 980 - 1037 M.


Ibnu Sina dilahirkan pada tahun 370 Hijrah bersamaan dengan 980 M. Pengajian peringkat awalnya bermula di Bukhara dalam bidang bahasa dan sastera. Selain itu, beliau turut mempelajari ilmu-ilmu lain seperti geometri, logik, matematik, sains, fiqh, dan perubatan.

Walaupun Ibnu Sina menguasai pelbagai ilmu pengetahuan termasuk falsafah tetapi beliau lebih menonjol dalam bidang perubatan sama ada sebagai seorang doktor ataupun mahaguru ilmu tersebut.

Ibnu Sina mula menjadi terkenal selepas berjaya menyembuhkan penyakit Putera Nub Ibn Nas al-Samani yang gagal diubati oleh doktor yang lain. Kehebatan dan kepakaran dalam bidang perubatan tiada tolok bandingnya sehingga beliau diberikan gelaran al-Syeikh al-Rais (Mahaguru Pertama).


Kemasyhurannya melangkaui wilayah dan negara Islam. Bukunya Al Qanun fi al-Tibb telah diterbitkan di Rom pada tahun 1593 sebelum dialihbahasakan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul Precepts of Medicine. Dalam jangka masa tidak sampai 100 tahun, buku itu telah dicetak ke dalam 15 buah bahasa. Pada abad ke-17, buku tersebut telah dijadikan sebagai bahan rujukan asas diuniversiti-universiti Itali dan Perancis. Malahan sehingga abad ke-19, bukunya masih diulang cetak dan digunakan oleh para pelajar perubatan.

Ibnu Sina juga telah menghasilkan sebuah buku yang diberi judul (Remedies for The Heart) yang mengandungi sajak-sajak perubatan. Dalam buku itu, beliau telah menceritakan dan menghuraikan 760 jenis penyakit bersama dengan cara untuk mengubatinya. Hasil tulisan Ibnu Sina sebenarnya tidak terbatas kepada ilmu perubatan sahaja. Tetapi turut merangkumi bidang dan ilmu lain seperti metafizik, muzik, astronomi, philologi (ilmu bahasa), syair, prosa, dan agama.

Penguasaannya dalam pelbagai bidang ilmu itu telah menjadikannya seorang tokoh sarjana yang serba boleh. Beliau tidak sekadar menguasainya tetapi berjaya mencapai tahap kemuncak (zenith) iaitu puncak kecemerlangan tertinggi dalam bidang yang diceburinya.

Di samping menjadi puncak dalam bidang perubatan, Ibnu Sina juga menduduki kedudukan yang tinggi dalam bidang ilmu logik sehingga digelar guru ketiga. Dalam bidang penulisan, Ibnu Sina telah menghasilkan ratusan karya termasuk kumpulan risalah yang mengandungi hasil sastera kreatif.


Perkara yang lebih menakjubkan pada Ibnu Sina ialah beliau juga merupakan seorang ahli falsafah yang terkenal. Beliau pernah menulis sebuah buku berjudul al-Najah yang membicarakan persoalan falsafah. Pemikiran falsafah Ibnu Sina banyak dipengaruhi oleh aliran falsafah al-Farabi yang telah menghidupkan pemikiran Aristotle. Oleh sebab itu, pandangan perubatan Ibnu Sina turut dipengaruhi oleh asas dan teori perubatan Yunani khususnya Hippocrates.

Perubatan Yunani berasaskan teori empat unsur yang dinamakan humours iaitu darah, lendir (phlegm), hempedu kuning (yellow bile), dan hempedu hitam (black bile). Menurut teori ini, kesihatan seseorang mempunyai hubungan dengan campuran keempat-empat unsur tersebut. Keempat-empat unsur itu harus berada pada kadar yang seimbang dan apabila keseimbangan ini diganggu maka seseorang akan mendapat penyakit.

Setiap individu dikatakan mempunyai formula keseimbangan yang berlainan. Meskipun teori itu didapati tidak tepat tetapi telah meletakkan satu landasan kukuh kepada dunia perubatan untuk mengenal pasti punca penyakit yang menjangkiti manusia. Ibnu Sina telah menapis teori-teori kosmogoni Yunani ini dan mengislamkannya.

Ibnu Sina percaya bahawa setiap tubuh manusia terdiri daripada empat unsur iaitu tanah, air, api dan angin. Keempat-empat unsur ini memberikan sifat lembap, sejuk, panas, dan kering serta sentiasa bergantung kepada unsur lain yang terdapat dalam alam ini. Ibnu Sina percaya bahawa wujud ketahanan semula jadi dalam tubuh manusia untuk melawan penyakit. Jadi, selain keseimbangan unsur-unsur yang dinyatakan itu, manusia juga memerlukan ketahanan yang kuat dalam tubuh bagi mengekalkan kesihatan dan proses penyembuhan.

Pengaruh pemikiran Yunani bukan sahaja dapat dilihat dalam pandangan Ibnu Sina mengenai kesihatan dan perubatan, tetapi juga bidang falsafah. Ibnu Sina berpendapat bahawa matematik boleh digunakan untuk mengenal Tuhan. Pandangan seumpama itu pernah dikemukakan oleh ahli falsafah Yunani seperti Pythagoras untuk menghuraikan mengenai sesuatu kejadian. Bagi Pythagoras, sesuatu barangan mempunyai angka-angka dan angka itu berkuasa di alam ini. Berdasarkan pandangan itu, maka Imam al-Ghazali telah menyifatkan fahaman Ibnu Sina sebagai sesat dan lebih merosakkan daripada kepercayaan Yahudi dan Nasrani.

Sebenarnya, Ibnu Sina tidak pernah menolak kekuasaan Tuhan. Dalam buku An-Najah, Ibnu Sina telah menyatakan bahawa pencipta yang dinamakan sebagai "Wajib al-Wujud" ialah satu. Dia tidak berbentuk dan tidak boleh dibahagikan dengan apa-apa cara sekalipun. Menurut Ibnu Sina, segala yang wujud (mumkin al-wujud) terbit daripada "Wajib al-Wujud" yang tidak ada permulaan.

Tetapi tidaklah wajib segala yang wujud itu datang daripada Wajib al-Wujud sebab Dia berkehendak bukan mengikut kehendak. Walau bagaimanapun, tidak menjadi halangan bagi Wajib al-Wujud untuk melimpahkan atau menerbitkan segala yang wujud sebab kesempurnaan dan ketinggian-Nya.

Pemikiran falsafah dan konsep ketuhanannya telah ditulis oleh Ibnu Sina dalam bab "Himah Ilahiyyah" dalam fasal "Tentang adanya susunan akal dan nufus langit dan jirim atasan.

Pemikiran Ibnu Sina ini telah rnencetuskan kontroversi dan telah disifatkan sebagai satu percubaan untuk membahaskan zat Allah. Al-Ghazali telah menulis sebuah buku yang berjudul Tahafat al'Falasifah (Tidak Ada Kesinambungan Dalam Pemikiran Ahli Falsafah) untuk membahaskan pemikiran Ibnu Sina dan al-Farabi.

Antara percanggahan yang diutarakan oleh al-Ghazali ialah penyangkalan terhadap kepercayaan dalam keabadian planet bumi, penyangkalan terhadap penafian Ibnu Sina dan al-Farabi mengenai pembangkitan jasad manusia dengan perasaan kebahagiaan dan kesengsaraan di syurga atau neraka.

Walau apa pun pandangan yang dikemukakan, sumbangan Ibnu Sina dalam perkembangan falsafah Islam tidak mungkin dapat dinafikan. Bahkan beliau boleh dianggap sebagai orang yang bertanggungjawab menyusun ilmu falsafah dan sains dalam Islam. Sesungguhnya, Ibnu Sina tidak sahaja unggul dalam bidang perubatan tetapi kehebatan dalam bidang falsafah mengatasi gurunya sendiri iaitu Abu Al-Nasr Al-Farabi (al-Farabi).

~~ Mengenali seseorang yang berjasa pada kita akan mengingatkan betapa kerdilnya kita berbanding dengan yang lain..

tata



Wednesday, November 7, 2012

Cuti Dah Dekatttt!!!!!!


Kalau 2-3 thn lepas, 2mggu sebelum cuti, dh sibuk kemas2 beg baju utk balik kampung. 
Dalam planner dh penuh agenda2 jalan2 Malaysia..
Syoookkk..
Tiada kaitan dgn penceritaan di atas..

Tahun lepas, untuk kali pertama, cuti akhir tahun dipenuhi dengan agenda di sekolah.. Mengawas SPM.. Macam tak ikhlas, tapi perasaan ok jer.. Lg syok, gi mengawas waktu pagi, petangnya berdua-duaan dgn en suami. Sampaiiiiila malam... Gie merempit keliling KL.. Gie downtown tiap2 malam.. Kalo malas masak, makan kt luar jer...hihihi

Jln2 dgn famili mmg syok.

Tahun nie, senario berubah lagi.. Tiada sudah tugasan mengawas SPM.. Namun begitu, tiada juga perancangan awal untuk berjalan2 cuti2 malaysia.. Why??

Riuh rendah, mendamaikan..

Sebaik saja cuti bermula, Saya dan suami akan bertungkus-lumus bersama-sama adik saya, untuk mengemas dan menyusun, mengangkut dan memindah, barang2 kecik dan besar dalam rumah kami sekarang, ke rumah baru.. Rumah sewa juga, tetapi lebih selesa harap2nya..

Pakaian2 yg memang macam famili anak 10 punya gaya, akan disumbat ke dalam 2beg besar kesayangan, 2bakul plastik dan 1 bakul jarang2.. Kena asingkan jenis baju terus, nie baju formal ke sekolah, nie baju jejalan, nie baju kt umah, ada baju en suami utk main bola dan lain2 kategori kecik2.. (pepaham sendirik ek)

Tu belum masuk bab2 buku2 yg selambak(kata cikgu kn).. 2 rak buku kami yg kiut miut tu mmg xmuat. So, mmg kotak jd penyelamatla.. Nk angkut dari tingkat 5 masuk kereta? hahaha.. Tu kerja Rusydan dan en suami..hhihihiii..

Jadi, cuti ini sudah ada juga plannyer, iaitu mengemas rumah..hihi..letih dan boring, tp kalo bukan kita yg buat, takkan nk suh jiran lak ek..hihihi.. Fobia pindah2 umah nie sebenonya.. Maklum ler, thn 2009, 2kali berpindah, penatnya masih ada sisa2!! hahahaa

Apa2pun, famili en suami dh siap plan nk ke Melaka. huhuhu.. Kemas2 umah, gi melaka tetap ikut.. Peluang jejalan jgn dilepaskan..hihihi.. So, goner? Apa plan anda seme??

tata

Tuesday, November 6, 2012

Senarai Semak Akhir Tahun



Segalanya perlu setel sebelum Jumaat nie!!!

Jangan berlengah!! Jangan ber FB dan ber blog!!

Eeehhh...???


Monday, November 5, 2012

6 Nov.. Terpahat Selamanya..


Hari ini, segalanya tenang di tempat kerja.. Tiada suara kebisingan menerjah telinga.. Tiada arahan demi arahan menyesakkan jiwa.. Tiada timbunan kerja menghalang pandangan mata..

Hari ini, 11 tahun yg lalu, pada waktu ini, Saya masih terkial2 cuba menggali idea dan cerita, demi helaian kertas yang berada di depan mata.. Bagaimana untuk menyambungkan sebaris ayat, menjadi sebuah cerita menarik, andai akal berkata letih, otak menyata penat...

Jika sebelum ini, riak berlingkar akan mudahnya mengatur perkataan menjadi ayat, ayat menjadi perenggan, perenggan membentuk cerita indah, yang sentiasa dibaca rakan-rakan seperjuangan untuk dijadikan rujukan (bukan semua kerana mereka jauh lebih arif dan fasih), kini fikiranku seakan dihalang dari meneroka ke daerah imaginasi cerita, sama sekali tidak bertolak ansur akan perlunya angan-angan itu demi kelangsungan perjalananku di medan perang SPM itu...

Selesai bertarung dengan itu, disambung pula dengan asakan fakta-fakta dahulu kala yang sudah lama mencengkam kewarasan, tak pernah cemerlang menyusun masa. Sejarah memang sentiasa menjadi subjek pembunuh, sejak zaman PMR lagi... Namun begitu, kosongnya pemikiran pada petang itu, bukanlah petanda tiadanya ilmu dalam otak ini.. Rupa-rupanya, ia membawa perkhabaran, bahawa sesuatu yang lebih buruk menanti, jauh dari tanggapanku, tak pernah terlintas dalam anganku...

Kehadiran ibu saudara tidak diduga, tetapi seolah dapat meneka mengapa, segera mengemas pakaian untuk pulang sebentar ke kampung halaman. Hanya sempat menitipkan pesan kepada rakan, moga ada ruang untuk melakukan majlis tahlil seusai Maghrib, kerana hanya itu yang terlintas di fikiran masa itu..

Sepanjang perjalanan, cermin kereta dilihat seolah paparan filem cereka kehidupan.. Pepohon dan bangunan sepanjang perjalanan tidak terlihat, yang terbayang diruang mata hanyalah kenangan.. Kenangan itu, kenangan ini.. Kenangan dahulu dan kenangan kini.. Dan kenangan itu, manis dan duka, hanya membawa titis-titis mutiara mata merembes laju menyusuri pipi, terus menitis dipangkuan, dibiarkan saja, demi melayan sekeping hati yang masih kosong dari sebuah realiti..

Sampai di rumah yang telah penuh keadaannya, masih tiada wajah famili, mungkin perlu rehat sempurna, membersihkan badan pilihan tepat. Dan buku latihan matematik yang dibawa bersama, jadi teman yang tiada pemisah, tajuk demi tajuk, bab demi bab, soalan diselesaikan tanpa masalah, seolah-olah diri bertukar menjadi cemerlang dalam subjek yang selalu kecundang ini.. Dan sampai masa, akan tiba juga yang dinanti, yang ditunggu, sejak tadi lagi..

Kata-kata, bisik-bisik tiada singgah di telinga, tika mata hanya tertumpu di situ.. Ya, pada sekujur tubuh kaku, disebalik helaian batik lepas, di sebelah gantungan kain terampai..

Saya mengaku, air mata merembes terlalu laju, hinggakan wajah yang ditenung itu nampak kabur.. Tapi perlulah dikesat air mata itu, demi masa yang kian suntuk untuk bersama.. Setelah kering air mata bersama keredhaan bahawa perpisahan ini adalah yang terbaik buat semua, kedatangan teman-teman seperjuangan bagi menyatakan sokongan mereka amatlah mendamaikan gelojak hati. Masih ramai yang sayang, masih ramai yang sudi berkongsi sedih hati..

Walau hanya dipinjamkan selama 17tahun umur ku didunia, segala dalam diriku ada 'dia'.. Wajahku ada 'dia'.. Hatiku moga-moga terkandung 'dia' jua.. Dan hidupnya dia selalu, kerna adanya kenangan mekar sepanjang zaman..

Tiada aiir mata ditumpahkan hari ini, bukan kerana kesedihan sudah dapat diusir, tetapi hanyalah kerana kematangan diri menjadi pendinding.. Ayat-ayat suci dan doa-doa dari anak-anak beriman menjadi bekalan, moga 'dia' bahagia di sana..

ABAH... Never Too Far Away..

tata

Siapa nak makeover rumah secara percuma, yayy! :D



Saya nak nadia pilih rumah saya untuk di makeover oleh wall makeover by na keranaaaaaaaaaaaa

~~Rumah baru Saya nie, akan menjadi rumah persinggahan bagi kaum kerabat yg akan datang bertandang.. Nak jalan2 KL ke.. Nk singgah berehat2 lepas letih2 jejalan ke.. Nak benti jap lepas penat jejalan dr Utara ke Selatan, Selatan ke Utara, Timur ke Barat, dan sebagainya.. Kata duk KL kn...huhuhu

    Lagipun, tuan rumah baru je lepas cat dinding umah nie.. Jd tanggungjawab kami utk kekalkan keadaannya. So, Saya rasa, dinding polkadot nie memang vogue ve vagas la.. Nak2 lak kalau dapat kaler biru yg mendamaikan..huhuhuuu...

   Tak dapat dibayangkan, kalau dinding ruang tamu ku berdotdot kaler biru, pergghhh.... Kompem tetamu akan berduyun2 bertandang.. Saya suka... Tetamu datang bawak rezeki.. Yey yey yey!!!

   So, Nadia, pleeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeease pilih umah Saya ya!!



So, kekawan, adiah2 ya sangat besss...... Jom join reramai!! Klik jer gambar
tu, terus gie ke blog Nadia...

oooohhhhhh   Nadia......   Pilihla Dakuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu..

tata

Saturday, November 3, 2012

Pada Pangkal Diri


Di depanmu ada cahaya yang terang
Engkau melihat dengan mata hati yang pasti
Melangkah dengan pebuh yakin diri
Membawa bersama mimpi manis

Tetapi,
Jalan ke sana tidak selurus kemahuan diri
Setiap jalan ada liku yang berlainan
Ada bahaya yang akan menggelincirkan kakimu
Tapi percayalah
Engkau akan sampai pada cahaya itu
Kalau jatuhmu akan bangun kembali
Melangkah dengan lebih waspada
Dan engkau akan lebih dewasa dari usia
Sewaktu menikmatinya nanti.

Di depanmu ada cahaya yang terang
Engkau akan menikmatinya atau kehilangannya
Segalanya berpangkal pada diri..

Mohamad Shahidan

Dewan Siswa, Oktober 2012

Friday, November 2, 2012

TAK NAK CUCU!!!


Sekarang Shin dah pandai nk ngendeng-ngendeng kat Himawari. 

Amboooiiiiii..


Langkah terbaik, kena asingkan dorang nie.. Kang, kalo terlanjur, saper yg susah?? huhuhuu


Makcik nk anak ok.. Makcik taknak cucu!! hohohohooo


tata

Thursday, November 1, 2012

Laluan Itu..

Satu hari nanti, Saya akan merindui laluan yg mencatatkan garis2 hidup 2tahun di sini..


Tiada yang berbeza, tidak pun istimewa padanya..

Hanya ada sentimental yang bernilai di situ..


Mungkin masa depan, akan mencatatkan laluan lain yang lebih indah buat diri ini..

Semuanya dalam perancangan kami, semuanya milik Kuasa Agung Allah jua..

Semoga memori ini terpahat dalam hati, 
menjadi kenangan terindah dalam hidup kami..

tata

Tak perlu Disangkal lagi..

Pink Diamond), url(Pink Diamond), auto;}