Mukasurat Extra

Terjalinnya Ikatan..

Daisypath Anniversary tickers

Jom Main klik-klik-klik

Followers

Monday, May 17, 2010

My Dearest Buddy in his Farm..


Di satu pagi yang redup, telah timbulnya satu semangat berkobar2 utk membereskan hutan hujan tropika di lot 3336 yg telah lama kekal di situ..

Dengan berpakaian lengkap seperti ingin pergi ke Ngiu Kee, Encik Mohd Fadhil pun segera menyarung selipar jepun berwarna biru dan berbekalkan tukul, cangkul dan penyodok, segala yang tumbuh tegak atau menjalar, semuanya dimusnahkan.. HahAHAhaha..

Sedang menilik keadaan tanah yang mengandungi pelbagai makhluk ciptaan Tuhan..
Batang ubi yang dah besar amat.. Dah berumur hampir 3thn..
Masih belum menyedari kehadiran kamera yang sedang merakam aksi petani berjaya Barnbuddy..
YEAH!! Tu dia, petani Barnbuddy dengan aksi mahalnya..
Dan ini adalah hasil tanaman yang amat subur setelah 3thn..huhu

Daku dh rebus sikit, nnt nk try buat tapai..hehehe.. Mak cadangkan buat kueh ubi goreng.. Ermm.. Alang2 dah banyak kn, kena rajin memasakla plk..hehehe..InsyaAllah, akan cuba buat yg lebih lagi.. Dh terbayang di depan mata akan tapai ubi yg best!! hahahaha

Di suatu petang yang aman damai, Daku berkunjung ke rumah Kak Timah di Kuartes, nak belajar buat Laksa Sarawak!! hahahaha.. TQ Kak Timah kerana mengajar Daku dan Izzie..

Tapi, disebabkan kekurangan keyakinan, Daku akan upload resepinya selepas Daku try masak sendiri k..
Sedap ammmmmmmaaaaaaaattttttttttttt........ 2 mangkuk ni penuh Daku abiskn..hehe
Bahan2 yang ada..Banyak bahan, mmg sedap sgt.. Kami memasak, dlm 2jam dh siap.. makan, dlm 20minit dh kenyang..hehe

tata

Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru; To All of My Teachers; And Myself..


Cikgu, pekerjaan mulia, memberi dan memberi tanpa mengharap balasan...

Pernyataan di atas adalah satu yang sinonim dengan guru.. Dulu....

SEKARANG??

Guru kerja banyak cuti dan banyak rehat..
Guru kerja separuh hari jer..
Guru guru...

Tak kisahlah apa yang hendak dikata, hanya guru yang mengerti tugas guru.. Hanya guru yang memilih untuk menjadi guru, mengajar dan mendidik, menjaga dan memerhati, membelai dan memujuk...

Jika dulu Daku menjadi seorang pelajar yang diajar oleh guru, kini Daku berada di tempat yg pernah diagung2kan, dan menyedari bahawa ia bukan semudah yang disangka.. Perlu pelbagai kemahiran dan pengetahuan untuk terus berdenyut dalam nadi profesyen ini..

Semoga apa yg baik terus mengekoriku dalam segala genap ruang perjalanan bidang ini..
Semoga denyutan jantung akan terus menemaniku melaksanakan amanah yang telah diberi..
Semoga Daku kan terus mempunyai semangat dan harapan untuk membangunkan bangsa Malaysia yang tercinta..

Negara ini kita yang punya.. Agama ini kita yang jaga. Diri kita tentukan semua.. Semoga sentiasa sejahtera..

Selamat Hari Guru buat semua guru di Malaysia. Semoga kalian semua terus kental mendidik anak bangsa walau apa pun halangan dan dugaan yang mendatang..

..

Sunday, May 9, 2010

Another day in another week..


Minggu lepas berlalu dengan pelbagai kekecewaan dan politik dan polimik dan tragedi dan sebagainya yang buruk2.. Ya Allah, memang kalut perasaanku.. Disalahkan, rasa bersalah, tak buat salah, seolah bersalah dan sebagainya kata2 salah yang di tambah pelbagai perisa..

Dalam dunia nie, ada pelbagai jenis manusia. Depan cakap lain, belakang maksud lain. Tu xmasuk lagi yang suka mengadu domba sehinggakan ada manusia lain yang teraniaya.. Allah.. Seandainya Daku yg teraniaya, bagaimana harus Daku harungi hidup ini?? Ya!! Bukan Daku mengatakan sesuatu metafora semata-mata akan tetapi ini adalah hakikat yang terpaksa dilalui oleh seorang rakan..

Kesalahan yang kita lakukan, sekiranya ditangani dengan baik dan meminta maaf, akan selesai dengan baik juga.. Namun begitu, dengan adanya batu api dalam ini cerita, maka barang sekangkang kera menjadi sejuta hektar.. Sebutir pasir menjadi sebuah pulau. Ya Allah... Jauhi Daku dari sikap adu domba dan batu api ini...

Politik dan polimik, kata yang hampir serupa tapi membawa maksud yang berbeza.. Ya!! dalam sebuah kehidupan, politik amat penting demi kesinambungan sesebuah organisasi. Namun begitu, politik kotor, politik kroni, politik murahan, rasuah dan diktator hanya akan mencemarkan kesucian kehidupan manusia itu sendiri.. Andai kiranya setiap lakuan ada baiknya disebalik, maka wajarlah ianya dinyatakan dengan jelas dan terbuka. Bukannya menghukum yang bersalah tanpa belas, menghentam tanpa siasatan, menerima aduan tanpa bukti.. Alahai dunia....

Semoga segalanya baik2 saja minggu hadapan dan seterusnya.. Hidup tanpa ujian memangla membosankan tetapi hidup yg penuh ujian yg membebankan memang meletihkan..:)???

Semoga yang buruk dan tak enak akan segera berakhir.. Semoga hidup ini akan sentiasa aman dan damai demi sebuah cita2 untuk mendidik anak bangsa demi masa depan Malaysia yang lebih cerah dan cemerlang...

Tata

Tuesday, May 4, 2010

Di saat Hati Meronta..


Kala hati dihiris pilu,
Kala diri diperlekeh,

Senyum masih tersisa di bibir,
Mata masih cerlang dengan harapan,
Semoga Daku kan terus berdiri kukuh dan teguh,
Moga Daku kan berjaya dan terus gemilang...


Friday, April 30, 2010

Berhujung minggu..



Hujung minggu yg biasa2 saja.. Rumah yg makin menyerupai tongkang hampir karam memerlukan penelitian dan belaian manja minggu nie.. Alahai... Hujung minggu ini biasa2 saja...

Nie sijil Basic Life Support aritu...
Rindu kt Si Kenit yg petah bercakap nie...




Hannan dh besar. Dah perasan jd Stacy bila rambut lurus.. Raif dh darjah 1. Hafeeza dh darjah 3..
Still remember masa dok umah dorg, jd babysitter time sem break.. Dorg kecik2 lg.. Skg dh besar2 semuanya..
How fast time fly...

Monday, April 26, 2010

Gelapnya cuaca...


Waktu pagi sepanas-panasnya..

Masuk jam10, mendung semendungnya..

Jam5petang, hujan lebat selebat-lebatnya..

Malam, panas berbahang..

Kitaran cuaca hari yang ditentukan. Kesan pemanasan global ataupun balasan Tuhan atas kekhilafan manusia..??

Marilah kita menginsafi diri.. Tiada yang perfect tetapi ruang kemaafan sentiasa ada..

tata

Salah Aku kah???


Budak2 xturun ke gelanggang sekolah utk kelas PJ, salah akukah??

Budak2 poteng semasa kelas PJ ku yg bertempat di gelanggang sekolah yg terletak di bawah bukit, salah akukah?

Semakin ramai pelajar yg escape kelas PJ dan berfoya2 di kelas, salah akukah?

Dan bila aku mengadakan kelas teori di kelas, pelajar minta untuk turn bermain di gelanggang, salah aku kah???


Daku semakin hari semakin bingung..
Daku semakin hari semakin keliru..
Daku ingin mencari panduan, tapi di mana??
Daku perlukan bantuan, tapi daripada siapa?
Daku dahagakan tunjuk ajar, bagaimana??

....~~

Sunday, April 25, 2010

Stress ku Hilang...


Setelah bercuti rehat pd hari Jumaat, Sabtu rehat dlm bilik hotel ber'ekon', dan Ahad makan kenduri di Sundar, tamatlah sudah episod bulan April ku..Walaupun April belum tamat, tp daku anggap selesai sudah perkara2 yg daku nak buat sepanjang April..

Esok proses menanda SEGAK student akan bermula.. Semoga boleh siap dlm masa seminggu jer... Banyak benda lain nk ajar n nak main nih.. hehe

Lesson plan pn dah print, harap lab ICTL dah setel, nk masuk lab sambung ajar Excel, n harap2, keletihan hari esok akan sedikit kurang..huhu..Apa punya ayat daa...

Semalam tido, daku mimpi sesuatu.. Ermm..Nak taip kt sini, rasa cm xberapa best..Xpela.. Cuma, hrp2, mimpi tu bukan sekadar mimpi..hehe

Esok Isnin, so need to rest early..

tata

Thursday, April 22, 2010

Gambar2 dr Facebook..


2 minggu lepas, sepupu ku dah kawen.. Ni gambar2 yg daku cilok dr facebook anak sedara tersaya, mira.. Si tudung hitam tu.. Kak Su menutup mata sbb ngantok semalam xtido..huhu

Yg buat daku amik gambar nie, sebab adanya gambar anak sedara tersayang ku, Hafeeza Munira yg xtaula apa yg sedang dibuatnya kt lantai tu...

Ni Kak Suri, KAKAK iparku yg tetiba interframe...
Yang nie lak, koleksi gambar2 MAK TERCINTA LAK...


Dengan adanya gambar2 nie semua, dapatla daku bayangkan kemeriahan dan kehebatan majlis di Taman Bedong Permai tu...

p/s: Daku masih teringat, kisah 10thn dulu, semasa kenduri kawen Abangku.. Ada seseorang bercakap pd anaknya sebelum tido..(Daku dok pura2 tido disebelahnya..)

"Nanti, if ......... kawen, kita jangan buat besar2 camnielah.. Meletihkan semua orang jer.. Kita jemput 2-3 ratus org, buat kenduri doa selamat je dhla.. Tengok nie, dh tengah2 malam, stil bising2 xtido2 lg, susah..."

Jawab anaknya, "Ya kan..."..ZZZzzzzzzzz

Daku ingat lg dialog ini selama ini... Horoskop ku berkata yg daku seorang pemendam rasa dan mudah utk berdendam, dan daku rasa, memang pun.... Sekarang, Daku masih menunggu action dr si peluah perasaan di atas utk mengotakan janjinya seperti yg dikatakannya... Kita tengok, dia cakap serupa bikin ka tidak...hehehe

Yang penting, ayat di atas tiada kena mengena dengan entry perkahwinan Sepupu teman sepermainan ku di atas OK!!

Orait.. Daku nk bersiap2 utk berjalan2 menghabiskan sedikit duit demi merealisasikan satu harapan, mengubah impian menjadi realiti!!

tata

Tuesday, April 20, 2010

Detektif Conan..



www.onemanga.com/detective_conan/

Wah2.. Sekarang daku amat addict to this manga.. Dah ada banyak koleksi komiknya di rumah, rasa2 dah boleh buat home library di rumah... And of cos that's my dream..:)


Tak perlu Disangkal lagi..

Pink Diamond), url(Pink Diamond), auto;}