Mukasurat Extra

Terjalinnya Ikatan..

Daisypath Anniversary tickers

Jom Main klik-klik-klik

Followers

Tuesday, April 13, 2010

Mencilok lg...

Ku copy ayat ini dari blog seorang rakan yg diambilnya dari sebuah novel..
Sekadar renungan akan hakikat kehidupan yang sedang kita lalui...

Warkah seorang ayahanda bernama Benjamin kepada anakanda Caroline;

For what it's worth: it's never too late or, in my case, too early to be whoever you want to be.

There's no time limit, start whenever you want. You can change or stay the same, there are no rules to this thing.

We can make the best or the worst of it. I hope you make the best of it. And I hope you see things that startle you.

I hope you feel things you never felt before. I hope you meet people with a different point of view.

I hope you live a life you're proud of. If you find that you're not, I hope you have the strength to start all over again.
Untuk sesuatu yang bermakna; ia tidak pernah terlambat atau dalam situasi diriku, tidak terlalu awal untuk menjadi sesiapa sahaja yang kita kehendaki.

Untuk itu, tiada had masa, mula bila saja kamu mahu. Kamu boleh berubah atau kekal begitu, tidak ada peraturan untuk semua ini.

Kita boleh melakukan yang terbaik atau sebaliknya. Aku harap kamu melakukan yang terbaik daripadanya. Dan aku harap kamu melihat sesuatu yang memeranjatkan dirimu.

Aku harap kamu merasai sesuatu yang kamu tidak pernah rasai sebelum ini. Aku harap kamu berjumpa manusia sesiapa sahaja dengan pandangan yang berbeza.

Aku harap kamu hidup dalam kehidupan yang kamu banggakan. Andai kamu dapati ia sebaliknya, aku harap kamu punya semangat untuk memulakan semuanya semula.


Dipetik dari filem 'The Curious Case of Benjamin Button'.


Hayatilah, moga kita dapat menggunakannya untuk kehidupan serba mencabar ini..

tata

Monday, April 12, 2010

Wah wah wah....

olivia_brown

Saja nak menampal gambar Croc model Olivia nie.. Alamak, rasa cm kiut miut sangatla...
Padan ke kaki kapal titanic nie nak masuk dlm kasut kiut miut nie kalo Cik Abang jd nk belikn sbg post birthday present yg still tergantung2 di awangan..hehehe

Nak ke xnak ek.. erm...kena pk dalam2.. kalo dh dibeli, xle berpatah balik dh...Ermm..


Sunday, April 11, 2010

“Be committed, be knowledgeable and be prepared for what you are supposed to do. Always remember that if you want your own children to be taught by good teachers, then be a good teacher to the children of others. What goes around comes around.”

YES!! Inilah yg Daku cari selama ini.. Sesuatu yg dapat membuka kembali lipatan memori tentang berkenaan passion yg daku pernah miliki utk memilih bidang keguruan sebagai pekerjaan..

Be COMMITED..
Betol tu.. In every pekerjaan, kalo xcommited, xde apa yg akan menjadi. Dan dalam bidang pendidikan, mmg komited satu kewajiban utk menjalankan tanggungjawab.. Sekali daku tegaskan, TANGGUNGJAWAB BUKAN TUGAS!!

Be KNOWLEDGEABLE..
Satu lg perkara yg amat menekan guru2 dlm arus serba mencabar dan moden nie.. Hanya pengetahuan yg akan dapat menjawab segala minda kacau para pelajar, hanya pengetahuan yg akan dapat menjawab segala perangai bilau pelajar, hanya pengetahuan yg akan dapat merapatkan kita dgn pelajar sekali gus dpt membantu kita dlm menjalankan TANGGUNGJAWAB dgn sebaik2nya..

Be PREPARED
Ya, segala2nya perlu disediakan dan kita perlu bersedia mental dan fizikal utk berhadapan dgn pelajar. Ibarat askar yg pergi berjuang mempertahankan Negara, guru berjuang utk membina dan menegakkan Negara agar terus kukuh dan gah di mata dunia!! Apalah bezanya perkakasan askar yg lengkap dgn senapang M-16 jika nak dibandingkan dgn guru yg bersenjatakan kapur putih?? Kita fikir2kan sendiri..


Sesungguhnya, quote ni mengingatkan diriku akan realiti seoraNG GURU yg sentiasa inginkan yg terbaik buat dirinya dan pelajar2nya.. Kejayaan pelajar adalah ibarat taburan emas di lombong.. Walau sukar dicari, namun nilainya tinggi.. Biar berpenat lelah, terbayar dgn kilauannya..Dan yg penting, pelombong dpt gaji, tokey gak yg untung..huhuhu.. Emas jgk yg berbangga dengan penghasilan nilai yg berjuta2...

Ya, sudahnya, daku masih di sini.. Masih mencari dan mengutip sumber2 kekuatan utk membentuk benteng kukuh, demi kecintaan yg pastinya bisa membimbing ku ke syurga Al-Jannah..insyaAllah...

Dan, semoga daku sentiasa istiqamah dan sentiasa redha dengan profesyen ini..

tata

Wednesday, April 7, 2010

'BASIC LIFE SUPPORT



Daku telah terpilih utk menjalani kursus 'BASIC LIFE SUPPORT' di Hospital Lawas. Kami (daku dan Cikgu Wilson) dihantar menyertai kursus ini atas kuota daku sebagai Pengerusi 3K Kesihatan dan Wilson sebagai penyelia 3K yg sunyi sepi jer thn nie..hehe..

Bersama2 dengan para jururawat, juru x-ray, ahli farmasi dan MA2(medical assistant), kami berkursus dengan seronok kerana dapat mencium patung dewasa yg baru jer dibuka dr bungkusannya..hehe.. CPR la tu namanya.. So, start kul8, benti rehat 10-10.30, sambung lg, benti kul 1-2, sambung lg, benti rehat 2.30-3, sambung lg sampai 5.30ptg..(dlm jadual kul5, peserta terlebih excited berkursus..hehe)

Antara tajuk2 yg menjadi bahan ceramah ialah:

1. DR ABC
2. Pemeriksaan Awal Pesakit
3. Anatomi dan Fisiologi Sistem Pernafasan
4. Sakit dada: Umum, Serangan jantung dan sebagainya
5. Pengurusan Saluran Pernafasan, CPR dan Tercekik
6. Sawan dan Lemas
7. Keracunan, Gigitan dan Sengatan
8. Renjatan, Terbakar dan Pengurusan Luka
dan terakhir sekali...
9. Kepatahan

Selain ceramah, ada juga latihan kemahiran dan amali. Terutamanya untuk CPR. mmg susah nak mendapatkan cara yg betol utk menghembus nafas ke dalam mulut patung yg daku rasa besar sungguh mulutnya..(sebenarnya mulutnya standard jer, mgkin daku punya mulut kecik kot...) CPR utk dewasa dan baby berbeza. Perbezaannya mmg berbeza sungguh!! hehe.. Pengawalan pendarahan dan Aplikasi pelbagai splint pn seronok gak.. Maklum lah, ikat-mengikat dan gantung-menggantung nie mmg jd kepakaran daku sejak sekolah menengah lg. So daku mmg xde masalah..Alhamdulillah..

Masalahnya, kursus nie bukan ceramah semata-mata. Ada sesi penilaian kemahiran!!! KEMAHIRAN OK!! Macam biasa, time nk exam, mula la daku rs seram sejuk dan rs nk muntah..huhu.. Royan exam...

Alhamdulillah, examiner xla garang(kalo x, daku dh fail dh..). Dorg bg situasi, kita kena selesaikan..Ada 4 stesyen yg kena diselesaikan dlm ms 5minit setiap stesyen..

STESYEN 1
Lelaki 30-an, terbaring di depan pintu pagar sekolah.

Cara penyelesaian:
- DR ABC-
- D- Pastikan tiada bahaya di sekeliling mangsa. Baringkan mangsa di permukaan yg rata dan selamat.
- R- Dapatkan respond dr mangsa.."Hello encik..Encik.." no respond "Pakcik Guard, tlg kol ambulan 999, ada orang pengsan perlu rawatan segera!!"
- A- Buka airway(dongakkan kepalanya dgn cara yg betol). Pastikan tiada 'foreige body'(benda asing) dlm mulutnya.
-B- Check pernafasan. xbernafas!! Kena bagi hembusan dr mulut ke mulut.. Picit hidung dia, Seal mulut mangsa dgn mulut kita, dan tiup 2 kali..
-C- Check pulse(nadi) plk. xde pulse. plk dh..(examiner mmg nak suh daku perform complete CPR la nie..) Set tangan di tengah2 dada di atas jantung. Luruskan tangan dan tekan 30 kali.laju2..

Ulang prosedur 5 pusingan. Check pulse semula. Ada pulse. Check breathing. Xde lg. Aduhai.. Sambung lg breathing assistant (hembus mulut ke mulut la..) 2 kali dalam jarak 5saat sebanyak 20kali, kemudian check semula pernafasan. Ada dh nafas.. Alhamdulillah.. Alihkan mangsa ke kedudukan pemulihan(recovery position). Sentiasa check pernafasan dan pulse mangsa sementara menunggu ketibaan paramedik dan ambulan.

Bila masanya kita kena berhenti melakukan CPR?
Alamak, ms ceramah bab nie daku mengantuklah!! Ermm.. Bila mangsa dan kebiruan dan tiada peluang utk hidup..Correct!!

Pabila mangsa dah sedar.. Correct!!

Sekiranya keadaan tempat kejadian menjadi bahaya utk meneruskan prosedur..Another corret!!

Yg seterusnya?? Ermm.. ermm.. Berikan saya lg 2 sebab kita berhenti CPR.. Alamak!! Mana lak daku simpan memori nih?? Xdpt ingatlah!! Ermm.. Bila doktor or ambulan dh sampai?? Correct!!

Nasib baik.. Lagi 1.. Ermmm...Ok, xpe..bila kita syak ada kecederaan yg boleh membawa kemudaratan pd mangsa sekiranya kita meneruskan CPR.. Terima kasih Cikgu..Wah wah... Gitu.. TQ Encik Shamsury!!

Ke Stesyen ke-2.. (Pengurusan Luka)

Seorang pelajar cedera terkena pisau ketika sedang bergaduh di sekolah..(hrp2 xberlaku betol2..)

Mula2 saya pastikn saya memakai gloves utk protect diri sy.. Oh ya!! "Kamu mahu Cikgu tollong kamu??"(wajib dapatkan kebenaran drpd mangsa yg sedar diri..) Then saya dptkn sesuatu utk cover luka tersebut & apply direct pressure atas luka tersebut. Darah berhenti then saya balut guna bandage.. Still bleeding bila dh siap bandage..

Alamak.. Oo.. Saya akan ambil kain lg, tekan lg, dan balut lg.. Hehehehe.. (Sambil tu, daku membebel sket kt pelakon tu.. "Tula, degil, siapa suruh bergaduh. Dh luka.."hehe..) Dh siap balut... Masih berdarah cikgu..

Alahai.. Saya kena angkat tangan dia lebih tinggi drpd jantung, kemudian saya pn buat indirect pressure di Bronchial Artery.. Darah pn berhenti.. Sekarang nak hantar ke hospital mcm mana??

Isk isk isk.. Banyak betol prosedur.. Saya buat sling tangan yg cedera ke dadanya.. Pastikan hujung jari berkedudukan sedikit ke atas dan boleh dilihat. Periksa jarinya sama ada balutan terlalu ketat atau terlalu longgar.. kemudian, naik kete & go!! Ok cikgu..TQ..

Hehehe..TQ Mr Lim..

Stesyen 3 (Kecemasan Bayi)
Seorang bayi tiba2 tidak sedarkan diri semasa berada di dalam kawasan sekolah.

DR ABC again..
Mula2, saya mesti pastikan tiada bahaya yg berada di kawasan berhampiran.
Saya akan minta bantuan ambulan.."Makcik, tolong call 999 utk ambulan dan bagitau yg kita ada baby yg xsedarkan diri.."
R again.. "Baby..Baby.." Sambil menepuk2 perlahan bahunya.. Tiada respond..

A - Saya akan membuka airway nya. Dan membuat pernafasan dari mulut ke mulut.

B - Saya akan memeriksa pernafasannya sekali lg.. No breathing..

C - Saya memeriksa nadi di Bronchial nya pula.. No pulse..

Saya pn terus melakukan chest pressure menggunakan 2 jari ke dada baby.. 30 chest pressure, 2 mouth to mouth breathing in 5 rounds. Check pulse.. There's pulse.. No breathing..

Call for ambulance 1 more time please!!

Sambung buat breathing assistant sebanyak 20kali dengan sela masa 3 saat dan kemudian check breathing semula.. Breathing ok..

Ok.. boleh alihkan baby dalam posisi pemulihan. sentiasa periksa pernafasan dan nadinya..

TQ Cik Litad Riong.. (Doakan sy sempat jumpa Cik Litad di Wad Bersalin nnt..:))

STESYEN 4 (tercekik)
Seorang pelajar tiba2 memegang lehernya semasa sedang makan di kantin sekolah..

"Kamu tercekik?? Mahu cikgu bantu??" (Nie soalan wajib sebelum membantu..Kalau dia xnak dibantu, jangan bantu otherwise kalau apa2 terjadi pd dia, kita yg dapat susah nnt..)

Kalau dia still bertenaga utk batuk dan masih berdaya utk mencuba mengeluarkan benda yg tercekik tu, biarkan dia batuk dgn kuat. Bantu urut belakang badannya dan bantu dia membongkok supaya dpt batuk lbh kuat..

Sekiranya mangsa dh lemah, bantu menggunakan genggaman pd abdomen (nama saintifiknya xingatla plk..) dan tekan dgn cara memeluk dr belakang.. buat tu 5 kali, tengkoh (nie longhat Pahang yg maksudnya ketuk o hentak) bahagian belakang di antara 2 tulang belikat 5 kali jgk..
Teruskan bantuan sehingga selamat.

Namun begitu, kalo mangsa dh lemah n mukanya dh kebiru2an akibat kekurangan oksigen, wajiblah dibuat CPR seperti cara2 yg telah diterangkan di atas.. bila nk call 999??

Hohoho..Daku terlupa!! Bila mangsa dh lemah, call bantuan tau... Lepas tu teruskan langkah2 DR ABC.. hehe..

TQ a lot Puan Ekai.. Nasihat Puan Ekai, "Tercekik nie nampak mudah tp dlm situasi sebenar, mmg susah nk setelkn....)


Alhamdulillah... Selesai ujian, segala peluh dingin dan loya2 Daku pn berakhir.. Tea Time!! Ada karipap kegemaran Wilson dan air teh susu yg berjaya menjadikan petang itu, amat bermakna...hahahahaha

Maka, at 530 pm, kami pn dianugerahkan dengan sijil yg telah disahkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak.. hehe.. What a nice feeling.. terasa berbaloi jd cikgu.. Dapat jd nurse, polis, askar, pensyarah, ibu, kakak, nenek, and now, mcm dh jd doktor la plk.. What a feeling!!

Even though bende2 nie ciput sgt nampaknya tp pengalaman worth everything than nothing..

This is something the very special since I arrived here and I love being here even more and more and I want MORE!!

Nice people (bad people also ada but everywhere pun ada bad people kn..) and nice surrounding just like my kampung Chenor just tie me tighter.. Lalalalalalalala... Happy mode..

tata

Saturday, April 3, 2010

Baby Oh Baby...


Alahai...
Di kesempatan masa banyak terlimpah ruah di masa cuti nie, otak daku ligat berputar memikirkan pelbagai perkara berkenaan diri sendiri..

Daku ingin merumuskan beberapa perkara yang daku faham dan redha berkenaan beberapa perkara berkaitan diri ku yg begitu berharga nie...

1. Kegemukan adalah satu hasil pemikiran negatif yg terjangkit pd hati dan perut.. Jadi, utk jadi kurus, jgn tensen n teruskan hidup dgn stabil!!

2. Hasil didikan dari kecil(tp daku rasa bkn didikan tp amalan yg ntah dtg dr mana)daku tak pandai utk mandi tanpa membasahkan kepala dan rambut.. Lagi2, akan membasahkan kepala apabila cuaca panas kerana takut demam...:)

3. Sampai sekarang, mmg susah nk basuh periuk..Dari kecik, selalu kena marah sebab basuh pinggan tp tinggalkn periuk & sampai sekarang, itu yg terjadi.. Naper ek??

4. Kalau masak lauk, mst ada sayur, kalo x, mst xselera nk mkn..(utk kesihatan gak nie..)

5. Selalu bulu mata yg lentik nie termasuk ke dalam mata time pg2.. Susah betol kena kelip2 banyak kali utk keluarkn dia...

6. Read this 1st..
Baby oh baby
Kenapa xmuncul2??

Macam mane nak muncul
Mama xready lg..

baby oh baby
Kenapa xmuncul2??

Macam mane nak muncul
Papa xprepare lg..

7. Mengapa daku still xde baby lg.....

* xcukup persediaan mental dan fizikal utk jd Mama..
* xcukup ilmu utk didik Baby jd org berguna dunia akhirat
* Badan still xle terima apa2 perubahan yg bakal berlaku kalau preggy..(spt mana daku akan demam kalau cakap pasal nk g derma darah..)
* Daku still perlu memahami Abang lebih dlm sebelum suh dia jd Ayah utk Baby daku..
* Daku kena belajar tinggalkan laptop n tv demi Baby..(susah nie)
* Daku kena kuruskan badan utk bagi cukup ruang utk Baby nk dok dlm perut nie..
* Daku mesti rajinkan diri utk sentiasa mengemas katil dan bilik supaya baby dpt hidup aman dan sihat..
* Daku mestilah cukup perfect dalam segala segi sebelum ketibaan Baby..Supaya xde mslh kalau baby dh sampai nnt..
* Mungkin doaku still kurang dan perlu diperbanyakkan lg...
* Yang penting, Daku mesti pastikan yang Daku bersedia utk menerima perubahan Abang yg akan ada Baby utk dibelai n di'kiss' n di'hug' dan bukannya diriku lg...huhuhu

Susahnya...
Alahai...Wahai org2 di luar sana.. Janganlah dok tanya banyak2 kali..Tensen tau tak.. huahuahuahua..

Tensen2...Tensen lg lg lg lg lg....

wAAAaaaaaa.. entry nie xkan berakhir seperti biasa...

Ye....xkn sama lg.. AAIIIIIiiiiiiiii


Friday, April 2, 2010

Good friday Dan Esther Monday


Tu ialah nama cuti kami utk 4 arini dlm minggu ni. Good Friday, jatuh pd hari Jumaat dan Esther Monday, ari Isnin.. Saper xle agak, sila balik ke sekolah rendah dan belajar semula mengira ari dlm bahasa Inggeris ek..

Bersempena dgn cuti yang berapit ni, daku pun ada mcm2 plan dlm kepala nie.. Gi sana, g sini.. Tapi, arini dah Sabtu, kami still dok umah lg, nk plk semalam kami mmg bergelimpangan without doing something pn, so arini daku menetapkan goal utk diri sendiri..Ala2 KPI utk arini la... So, nk tgk??

1. Menyiapkan membasuh baju2 Abang yg penuh ngan peluh dia main bola, badminton, bola lg, futsal plk, badminton lg, and so on on on..

2. Melipat baju yg dh siap dibasuh dan dijemur tp dok terbengkalai kerana kerajinan daku mengumpulkan baju2 tersebut..
3. Memasak 3 lauk yg heavy sket utk ari2 cuti nie.. No ikan goreng o telor dadar o sayur campur..

4. Menyapu dan mengemas bilik2 yg ada dlm umah nie..

5. Memastikan ada ruang yg tenang dan damai di ruang tamu..(camner nk buat nie ek??letak akuarium kt sini bleh??)

6. Semuanya siap sambil daku jeling2 manja kt TV!! hahahahahaha

Coti..Coti.. Daku cuti di rumah sahaja.. Salah satu sebabnya, Avanza nak kena ada Insuran baru.. Kena buat Alignment tayar.. Roadtax.. Wahwahwah...Maklumla, tiap2 ari Avanza bergerak.. Kecuali ari Sabtu n Ahad kalo daku xkeluar ke mana2.. Time cuti, daku mmg suka naik motor jer,, Jimat dan dapat menghirup udara Lawas yg segar bugar nie...

So, daku nak menyambung kerja2 yg tergendala kerana menulis entry nie.. xlama taip nie tau..

bye bye
tata


Monday, March 29, 2010

AAiiiiii..... Hatiku....

Alahai..Skg nie hatiku bergetar hebat... Tanganku menggigil laju.. Sejuk hingga terbit peluh dinginku...Alahai..Senyum itu membunuh Daku....

Daku menyerah kalah kali ini.. 'Dia' memang berkuasa.. 'Dia' memang pembunuh.. Daku akan pastikan, dia takkan dapat memperkotak katikkan diriku lg selepas ini.. 'Dia' akan menyesali segala yang dilakukannya selepas ini...

Mentang2 dh naik pangkat, macam bagus BETOL!!!!

Static Week..


Xada aper yg mengujakan minggu nie.. Esok ada Pegawai MaCS dr PPD Limbang datang buat lawatan ke sekolah. As usual, hanya guru2 MaCS (guru subjek PMR) jer yg terlibat. Guru2 serpihan seperti ku perlu masuk kelas yg dikosongkan oleh guru2 MaCS pd masa lawatan tersebut.. And, daku masih meneruskan Ujian SEGAK yg xberjalan lancar seperti yg dirancang..

Perihal SEGAK, Daku sedikit kecewa.. 80 minit minggu lepas, daku terangkan selengkapnya apa yg perlu dilakukan semasa SEGAK kepada para pelajar, masih mereka gagal melakukannya pd minggu ini.. Adakah kaedah daku untuk menerangkan perihal ujian dalam bentuk eksplorasi telah menyebabkan maklumat tersebut gagal sampai kepada mereka dengan berkesan???

Sukarnya mengalami kegagalan apabila kita sudah pasti akan kejayaan itu...


Ok la..Esok daku bergantung harap pd kelas 1 Pro dan 2 Gem utk meneruskan perjuangan ini..Dengan harapan, segalanya akan selesai minggu ini sebabnya minggu depan daku nak kena g hospital utk Kursus Kesihatan..hehehehe ..

So, untuk meneruskan perjuangan, hari ini perlu ditamatkan dengan indah..

tata

Sunday, March 28, 2010

A Biggest Programme For A Big Bigger Girl..(Girl??)


Minggu depan nk start buat program menguruskan badan..Org lain dh start minggu nie but daku xsedia lg. So akan mula minggu depan.. Harap2 dpt diteruskn..

Pesertanya 4 org termasuk daku..Kami dh timbang berat minggu lepas,(yg mana berat daku memang diluar jangkauan fikiran!!), dan kami akan timbang lg bulan depan..:)

Acaranya?? Naik turun tangga sekolah!! hehehe.. 3 peserta lain dh start, daku still sonok tido petang n makan coklat!! Camner nk menang nih??

So, mula minggu depan, daku perlukn seorang trainer supaya daku dapat menang pertandingan nie.. Rasa2nyer, cik Abang sudi x jadi trainer daku??

Apa yg Cik Abang cadangkan?? Joging naik bukit masjid yg nampak macam bukit Larut..? Atau sit up 100x setiap kali sebelum tido? Atau main badminton??(main badminton xdpt membantu banyak punn..) So, daku memilih utk berjoging di bukit SMK Lawas dan sit up..(Walaupun confirm xsampai 100x..) Dapat turunkn berat ke??

Daku bercadang utk berdiet.. Tp masalahnya, bila daku xmakan malam, daku jd malas nk masak. Tp, kesian Cik Abang@trainer daku tu kelaparan malam2... So, daku kena masak jgk.. Bila dh masak, teringinla plk nk makan mskn yg enak2 belaka tu.. So, daku xboleh miss mkn malam.. So, what's the plan??

Daku akan menyediakan makanan yg sihat..Less oil, less fat, more veggie and fish comes first!! Tp, menggoreng jgk yg senang....:) So, apa yg dapat dilakukan??

Kesimpulan drpd pernyataan2 di atas, daku dapatlah menyatakan bahawa program nie bukan sesenang meluahkannya di mulut sahaja.. perlukan keazaman dan kekuatan utk melalui dan mengharunginya.. ermmm..

Daku akan berusaha!! Sbbnye, dlm 2bln, daku dh berjaya turunkn 2kg!!hehe

ok, pray for me.. My biggest target to reach 58kg(my weight in18years) and my reasonable target is 68kg(at least, this is still in the ideal weight for my height).. So, the target is still too far away to grab.. kena berusaha lebih n no main2!! N I hope, I can manipulate my PJ class to achieve my goal..hehehe(I never have that opportunity..) Well, teaching, educating n doing something for ourselves is really have differences n never get in one way.. So, fighting!!

tata

Tuesday, March 23, 2010

Hari2 Yg dijalani...


Hari nie Selasa.. Hari yg ada 2 masa P&P jer.. Banyak kerja yg dapat disiapkan.. Alhamdulillah..

Hari nie jugak, dapat buat sebijik kek coklat!! Alhamdulillah again.. I hope to do a lot more in future..

Hari nie jugak, dgn sabarnya dapat menahan sakit perut berangin, pergi kelas 1 Pro(kelas last dlm F1), manage control dorang, n know what?? Objektif tercapai!! Alhamdulillah.... Syukur Allah...

Hari nie juga, dah berjanji utk pergi main badminton, tapi xdapat tunaikan sebab perut still meragam.. Sori kekawan...

Hari nie juga, daku akan terus menerus berdoa agar kehidupan ini, akan sentiasa meluruskan jalannya ke arahku, mencapai impian dan cita-citaku, and semoga baby yang ditunggu2 akan tiba juga membawa sinar lebih keberkatan dan kebahagiaan buat 'yg xsabar nk jd mama&ayah'....

Dan sesungguhnya, daku akan terus berjuang demi anak bangsa yang dalam matanya ada sinar mengharap terang jalan masa depan.. InsyaAllah, cikgu ini akan terus mendidikmu, bukan hanya dengan silibus dijadikan panduan, malah dgn ilmu dunia yg pastinya kamu jarang perolehi dari buku teks mu...

Anak2, semoga kalian mendengar kata hati cikgu yang mahukan yg terbaik buatmu, yang mahukan segala yang terang dan indah buatmu.. Sesungguhnya kejayaan ialah buah usaha gigih yang pahit.. Kefahaman daripada kalian semua adalah hadiah terbaik buat kami cikgu yang membakar diri..(bukan membakar kulit ditengah padang sj, malah membakar emosi dan perasaan jua..)

Sesungguhnya lagi, teguran kalian mendamaikan, usikan kalian menyenangkan, pandangan mata yang lembut itu, pengubat jiwa.. Semoga cikgu akan terus tabah menghadapi karenah peralihan usia mu, semoga cikgu akan terus kuat menghadapi perilaku mengguris jiwa, semoga cikgu akan terus berjaya mendidik jiwa2 kalian dgn sebaik yang diizinkan olehNya...

Guru dan pendidik.. 2 perkataan yg punya maksud yg hampir sama tetapi berbeza.. Dan daku mahu menjadi keduanya.. Dan mahu yg lebih, InsyaAllah... Doakanku...

tata

Tak perlu Disangkal lagi..

Pink Diamond), url(Pink Diamond), auto;}