Mukasurat Extra

Terjalinnya Ikatan..

Daisypath Anniversary tickers

Jom Main klik-klik-klik

Followers

Monday, August 10, 2015

Pengalaman di 36 minggu Kehamilan

Assalamualaikum..

Kehamilan pada usia 36 minggu sangat mengujakan. Banyak yang berlaku. Lama sudah ditunggu. Terlalu banyak perkara untuk difikirkan. Nasib baik saya masih berkerja. Maka kurang masa untuk stress berfikir tentang kelahiran yang bakal menjelang..

Apa yang perlu dijangka pada bulan ke-9 kehamilan ni?

Banyak... Banyak kehamilan berakhir dengan kelahiran pada bulan ini. Minggu 36 menandakan bahawa kehamilan sudah tiba ke fasa akhir penyediaan bayi untuk beralih dari alam rahim ke alam dunia..

Tapi.. Adakah kita sebagai ibu sudah bersedia??

Saya memang sudah bersedia dari segi persediaan barang2 bayi.

1. Beg untuk dibawa ke hospital sudah lengkap.
2. Buku merah dipastikan berada dalam handbag setiap masa.
3. Barangan dan keperluan baby terutamanya ini kelahiran pertama dah lengkap..

Waktu2 ni saya rasa kritikal.. Badan minta rehat. Akal kata we need to do all the stuff sebelum baby menjenguk dunia untuk pastikan masa berpantang bebas daripada kerja-kerja mengarut.. Oo..mak.. Memang bersimpang siur dunia..

Stress Dalam Minggu ke-36.

Saya memang tertekan. Terlalu banyak perkara yang berlegar di kepala. Memikirkan adakah badan sudah bersedia untuk mengharungi detik-detik kelahiran nanti.. Adakah bayi sudah bersedia untuk berubah dunia daripada alam rahim ke alam dunia..? Apakah yang akan berlaku sepanjang proses kelahiran? Adakah bayi terlalu besar sehinggakan akan berlaku kesukaran dalam proses kelahiran? Adakah diri cukup kuat untuk melahirkan bayi secara normal? Adakah prosedur pembedahan akan berjalan lancar dengan masalah sy sebagai seorang pesakit slip disc?

Sejauh mana saya boleh kekal positif? Selama mana saya boleh terus berpegang kukuh pada tali percaya diri yang selama ini menjadi sandaran walaupun selalu juga tali itu regang dan genting..?
Dan bagaimana pula dengan insan terhampir yang juga menunggu-nunggu kehadiran insan istimewa amanah Allah ni?

Saya pun manusia.. Pernah tenggelam dalam lautan emosi. Pernah terjatuh ke lembah kecewa. Selalu tergelincir daripada landasan waras akal..

Kembali pada fitrah membawa banyak ketenangan. Tiada yang lebih baik daripada itu..

Di samping tu, berbual dan meluahkan perasaan kepada insan terhampir dan sahabat handai yang memahami juga salah satu terapi saya agar tidak terus hanyut di bawa arus emosi yang tidak stabil..

Dan, mohonlah doa ibu agar segalanya dipermudahkan.. Saya sangat percaya pada doa seorang ibu..

Orait. Jumpa lagi di catatan minggu seterusnya! Andai masih ada minggu lainnya..  :)

Tata

#ceritadelldaiadeia

Tuesday, January 6, 2015

Raif Gunting Rambut

Menemani Raif. Sempena musim sekolah yang dahnak buka ni. Menggunting rambut memang wajib..

"Raif nak potong biasa tapi layer." Aduss.. Macam-macam feayen rambut yang ada rupanya. Apa-apa saja Raif.. Janji pendek. Fesyen universal..

Encik Fadhil pun bergunting jugak. Rambutnya dah masuk dalam telinga.

"Potong no 4. Rata." Huhuhu.. Daku dengar saja.. No komen. I tetap sayang U walaupun U botak..hihihi

Petang ni itu saja kerja ku. Mak di rumah menunggu sekarelawan mengambil barang derma untuk diagihkan. Semoga semua mangsa banjir mendapat pembelaan sewajarnya..

Raif - anak sedara no 2..

Thursday, January 1, 2015

Promosi Gempak Januari 2015! VIVIX!!

Assalamualaikum..

Promosi Januari adalah Beli 6 percuma 1 dan Pek berKembar VIVIX.

Vivix yang menjadi pujaan ramai ini adalah satu produk hebat daripada Shaklee yang dipenuhi dengan komponen antioksidan yang amat diperlukan oleh badan kita.

Penawar kanser.
Anti penuaan.
Kulit cantik menarik.
Menjauhi penyakit.


Vivix telah dipadatkan dengan ramuan bertaraf bintang yang bermotifkan tinggi anti oksidan.
Setiap satu ramuannya berfungsi melindungi, memelihara dan memulihara sel-sel dalam badan agar kekal sihat, muda dan dapat menjalankan fungsi-fungsinya dengan baik.


Anggur Muscadine yang menjadi komponen utama. Sangat bermutu tinggi, bernilai tinggi dan mempunyai tahap hebat dalam bidang perubatan.

Lobak ungu adalah lobak yang paling tinggi carotina berbanding lobak berwarna lain.

Buah beri Elder, jarang dijumpai kerana tumbuh liar dalam hutan tebal. Mengandungi jumlah flavonoid yang mengagumkan. menjadi pengukuh pada sistem imun tubuh.

Berfungsi melawan penuaan sel-sel badan.

Dengan penjimatan hebat daripada Shaklee, dengan promosi BELI 6 PERCUMA 1, anda mampu memiliki VIVIX 7 botol sekaligus dengan penjimatan menakjubkan pada harga 6 botol!!

Jangan lepaskan peluang. Jangan biarkan penyakit melingkari anda sekeluarga.

Sayangi ibu bapa, berikan VIVIX.
Sayangi suami, sudukan VIVIX.
Sayangi isteri, hadiahkan VIVIX.

Tiada alasan untuk kasih sayang. Yang ada hanyalah usaha menyelesaikan segala kesimpulan..

Penawar kanser.
Anti penuaan.
Kulit cantik menarik.
Menjauhi penyakit.


HP : 016-9399240
FB @ Instagram : Lampu Kalimantang
1021374 ~ ProudSID Dayah
Fattah Zahab Enterprise






Tak perlu Disangkal lagi..

Pink Diamond), url(Pink Diamond), auto;}