Mukasurat Extra
Family In Action!!
Jom Main klik-klik-klik
Followers
Saturday, July 5, 2014
Dipermudahkan.. Alhamdulillah..
Appointment di Klinik Fertiliti Hospital Ampang hasil sesi keguguran selepas raya aritu, menghasilkan satu lorong halus yang lurus buat saya.. Alhamdulillah..
Selepas 2 bulan lebih menjalani hidup selepas sebuah kehilangan, saya disuakan dengan peluang baru yang duduknya di hujung jari sahaja.. Mungkin ini hikmah saya mendiamkan diri selepas kehadiran miss P selepas miscarriage aritu kot..
Berjumpa dengan doktor after kejang punggung duduk selama 3jam (900-1210) dalam ekon sejuk klinik pakar tu, memang satu kejutan.. Dengan semua maklumat keguguran saya berada pada skrin, doktor masih bertanya.. Tapi dia tolong jawab jugak..hihi
Satu soalan yang saya tak menjangka Prof tu akan tanya, "Ada bawak balik kantung segala yang keluar aritu??" Waaaaa....rasa nak sembur air mata time tu... Saya terlupa doc!! Saya tak niat nak tinggalkan 'dia' kat situ......
"Takper..." kata doc.. Taktau apa rasionalnya dia tanya... takperla jugak kn...
Dan mereka (ya, 2 orang profesor, seorang lelaki, seorang wanita) menerangkan urusan IUI di sini.. Harganya.. Caranya... Owwhh....
RM1 bagi setiap ml ubat suntikan.
Dimulakan dengan 75ml bagi setiap hari selama 5 hari. Dimulakan pada hari kedua haid.
Hari berikutnya, datang ke hospital untuk scan dan tengok keadaan telor.. Sekiranya telah berkembang hingga 10mm atau lebih, maka rawatan diteruskan untuk 2hari lagi dengan jumlah ubat yang sama.
Jika dalam masa 5hari tersebut, telor masih berukuran bawah 10mm, maka dos ubat akan ditambah. Sehinggalah telor mencapai ukuran matang yang optima dalam lingkungan 20mm, maka prosedur IUI pun bolehla dijalankan..
Saya dah buat kira-kira mudah, kos IUI di sini mungkin hanya setakat separuh kos IUI kami yang pertama.. Semoga hasilnya ada nanti.. InsyaAllah..
--Cerita tahun lepas yg bersarang dalam draft.. Terlupa.. Patutla cari dalam entry, tak jumpe2 pasal ni..huhu
Nanti kita sambung citer TTC ni ye..
Belajar Demi Allah
Assalamualaikum...
Belajar demi Allah
Apalah yang kita ada.. Semuanya Allah yang punya...
Mana mampu kita menguasai semua sedangkan kita memang dari awal adalah ciptaan yang Maha Esa??
Apalah lagi yang kita ingin dustakan??
Subscribe to:
Posts (Atom)