Mukasurat Extra

Terjalinnya Ikatan..

Daisypath Anniversary tickers

Jom Main klik-klik-klik

Followers

Sunday, April 28, 2013

Romantik Ala-ala Rasulullah.. - Artikel www.iluvislam.com


Sebut saja romantik, anak muda mula tertarik hati... mungkin yang diketahui romantik sesama 'couple' ...No..No..No.. ini romantik sesama pasangan suami isteri.. apa lagi... jom ramai-ramai kita pakat kahwin. Isy..Isy.. best oo kahwin... kalau tak percaya..cubalah kahwin.. hehehe..
Rasulullah Sollahhu 'Alaihi Wasallam (SAW) adalah gedung segala sifat-sifat kesempurnaan yang sukar dicari tandingannya. Allah membimbing baginda dengan didikan-Nya yang terbaik. Sehingga Allah berfirman kepada baginda seraya memuji baginda di dalam surah al-Qalam ayat ke-4 yang bermaksud : "Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung."
Sifat-sifat yang sempurna inlah yang membuat jiwa manusia merasa dekat dengan Rasulullah SAW. Membuatkan hati mereka mencintai baginda. Menempatkan baginda sebagai tumpuan hati. Bahkan berapa ramai yang dahulunya bersikap keras dengan Nabi SAW berubah menjadi lembut dan akhirnya masuk Islam setelah terpanah kemuliaan akhlak dan budinya baginda.
Isteri Sebagai Bukti
Kemuliaan ini bukan sekadar lakonan di hadapan manusia. Namun dibuktikan oleh insan pendamping baginda. Meneliti satu persatu perbuatan, pertuturan dan lenggok gayanya. Mereka ialah serikandi rumahtangga baginda. Sehinggakan kemuliaan akhlak seorang suami bernama Muhammad bin Abdullah tidak dapat digambarkan oleh Aisyah RA, lalu menisbahkan akhlaknya dengan akhlak kitab suci al-Quran.
Walaupun Rasulullah SAW seorang panglima perang, pemimpin tertinggi umat Islam, namun di sisinya terdapat nilai kasih sayang dan jalan kisah yang cukup romantis antara baginda dan isteri-isterinya. Namun berapa banyak sunnah ini dilupakan lalu suami masakini menggambarkan dirinya bagaikan pemegang kuasa keluarga yang perlu sentiasa kelihatan bengis dan penuh egois.
Siapalah kita berbanding Rasulullah SAW yang jauh kedudukannya lebih mulia dari segala manusia. Namun atas tawaduk dan romantisnya baginda membuatkan umat yang membaca kisah cinta baginda bersama isterinya seolah-olah sedang menghayati novel cinta romantik.
Mandi Bersama
Diberitakan bahawa Rasulullah SAW pernah bermandi air cinta bersama isterinya. Dalam Sahih Bukhari diriwayatkan bahawa  Aisyah berkata bahawa : "Aku sering mandi bersama Nabi Muhammad dari satu bekas air yang disebut al-faraq." Perbuatan Nabi mandi bersama Aisyah tanpa sebarang tabir penghalang menunjukkan ianya satu sunnah. Terutamanya setelah melakukan hubungan intim sesama pasangan.
Romantik gaya Rasulullah SAW boleh diteladani. Walaupun hidup suami isteri masa kini sentiasa disibukkan dengan pekerjaan. Kita juga boleh mengambil sunnah-sunnah romantik Rasulullah SAW bermula dari sebelum keluar bekerja.
Hantar Isteri Keluar Rumah
Sebagai contoh menghantar isteri ketika hendak keluar rumah seperti yang dilakukan oleh Nabi SAW kepada isterinya Shafiyyah binti Huyay sehinggakan Nabi SAW berkata :
"Jangan terburu-buru hingga aku mengiringimu (menemani sampai ke pintu)." [Hadis Bukhari dan Muslim]
Bahkan Nabi SAW turut membantu isterinya menaiki kenderaan. Di dalam Sahih Bukhari dan Muslim menceritakan bahawa "Nabi Muhammad SAW duduk di sisi unta baginda. Kemudian baginda menekukkan lututnya. Lalu isteri baginda Shafiyyah meletakkan kakinya di atas lutut Nabi Muhammad SAW hingga naik atas unta."
Bukakan Pintu Kereta
Bukankah ini sesuai dipraktikkan dengan membuka pintu kepada isteri seperti zaman memikat isteri dahulu. Ataupun sekali sekala membonceng isteri di belakang seperti dalam riwayat Bukhari yang menyatakan Anas bin Malik menceritakan bahawa ketika pulang dari perang Khaibar salah seorang isteri Rasulullah membonceng di belakangnya.
Bawa Isteri Jalan-Jalan
Apabila waktu cuti hujung minggu atau di malam hari, bawalah isteri bersiar-siar. Ini bukanlah sekadar tips dari seorang pakar motivasi. Namun ianya merupakan suatu sunnah romantis Nabi SAW bersama isterinya. Diberitakan dalam Sahih Bukhari dan Muslim bahawa "Rasulullah apabila datang waktu malam, baginda berjalan bersama Aisyah dan berbincang-bincang dengannya."
Malah apabila baginda ingin keluar baginda akan mengundi siapa yang akan menemaninya untuk keluar bersama. Malah Rasulullah juga membawa Aisyah untuk makan bersama di luar. Sehinggakan suatu ketika Nabi pernah menolak pelawaan jirannya yang berbangsa Parsi untuk makan di rumah mereka sekiranya isterinya Aisyah RA tidak turut diundang bersama. (Hadis riwayat Muslim)
Suapkan Makanan
Untuk menambahkan romantis terhadap isteri, disarankan suami menyuap sendiri makanan ke mulut isterinya. Sepertimana dalam sahih Bukhari dan Muslim sabda Nabi SAW : "Sesungguhnya apapun yang kamu nafkahkan, maka hal itu adalah sedekah hingga suapan yang kamu suapkan ke mulut isterimu." Walaupun hadis ini berkisar tentang pemberian nafkah, namun bukankah menjalin ikatan romantik antara suami isteri itu satu tuntutan?
Belaian & Bermanja
Belaian terhadap isteri dapat memupuk kasih antara sesama pasangan. Nabi SAW dalam satu riwayat Ahmad berkata bahawa :
"Rasulullah tidaklah setiap hari melainkan baginda selalu mengunjungi isteri-isterinya seorang demi seorang. Rasulullah menghampiri dan membelai mereka secara bergantian."
Adakalanya romantisnya Nabi SAW sehinggakan beliau sengaja bermanja dengan menyandarkan kepalanya kepangkuan isterinya sepertimana yang dipertuturkan Aisyah RA dalam Sahih Bukhari bahawa "Nabi SAW membaca al-Quran (mengulang hafalan) dan kepalanya berada di pangkuanku sedangkan aku dalam keadaan haid."
Bahkan amalan ini berlarutan sehingga detik-detik akhir hayat Rasulullah SAW. Aisyah berkata "Ketika maut menghampiri Rasulullah SAW, kepala baginda berada diatas pahaku."
Ada suatu hari ketika Aisyah sedang asyik menyaksikan kanak-kanak bermain bersama ibu mereka, datang baginda Nabi SAW mengangkat Aisyah. Lalu baginda mendukung Aisyah di belakang beliau. Aisyah menuturkan bahawa : 
"Baginda mendirikanku di belakang dan pipiku di atas pipi baginda. Ku letakkan bahuku di atas bahu Rasulullah SAW". (Bukhari dan Muslim). Begitu juga isteri Nabi SAW sentiasa mendapat kucupan mesra daripada Nabi SAW ketika ingin pergi ke masjid.
Pengubat Hati 
Rasulullah bukan seorang yang kaku dan keras. Ia juga seorang manusia yang mempunyai emosi tersendiri. Pemergian baginda telah membuatkan kehangatan rasa rindu di kalangan isterinya. Dikala isteri kesunyian, hadirnya mengungkap keriangan. Sewaktu isteri dalam kedukaan, baginda bukanlah sekadar pemerhati. Namun baginda juga sebagai ubat kedukaan dan kesakitan. Diriwayatkan dari Aisyah bahawa :
"Nabi Muhammad SAW adalah orang yang penyayang lagi lembut. Baginda akan menjadi orang yang sangat lembut dan paling banyak menemani ketika isterinya sakit." (Bukhari dan Muslim)
Hadirnya Nabi SAW mengubat hati para isteri.

Bergurau Senda
Baginda paling banyak bergurau senda bersama isterinya. Suatu hari datang Saodah (salah seorang isteri Nabi SAW) ke rumah Aisyah. Lalu Nabi SAW duduk di antara Aisyah dan Saodah dan meletakkan kaki beliau diatas pangkuan mereka. Ketika Aisyah menjemput Saodah makan, ia menolaknya kerana tidak berselera. Lalu Aisyah berkata : 
"(Demi Allah), makanlah atau aku akan mengotori wajahmu."
Saodah menolak dengan berkata : "Aku tidak akan memakannya."
Lalu Aisyah mengambil makanan dan disapukan ke wajah Saodah. Rasulullah SAW tertawa. Kemudian Rasulullah menyuruh Saodah membalas semula dengan mengotori wajah Aisyah. Setelah Saodah mengotori wajah Aisyah, Rasulullah terus tertawa. (an-Nasai'e, Ibn Abi Dunya)
Kisah ini merupakan senda gurau Nabi SAW bersama isteri-isterinya. Pernah juga Rasulullah memujuk Aisyah untuk menghilangkan marahnya dengan sengaja memegang hidung Aisyah seperti dalam riwayat Ibnu Sunni.
Begitu romantisnya rumahtangga Rasulullah SAW. Mungkin inilah rahsia cinta sejati yang kekal ke akhir hayat Nabi SAW. Beramah mesra, bergurau senda, belaian dan sentuhan.
Panggilan Manja
Sehinggalah ayat-ayat cinta terukir dari bibir seorang Nabi dengan memanggil panggilan manja terhadap isterinya. Suara indah memanggil "Ya Humaira" kepada Aisyah yang bermaksud "Wahai si putih kemerah-merahan atau Mawar merah". Ia membuatkan ikatan itu lebih intim.
Adakalanya Nabi SAW memanggil Aisyah dengan singkatan manja "Ya Aisy" yang bermaksud kehidupan ketika mana beliau menyampaikan salam daripada Malaikat Jibril untuk Aisyah RA. Dengan membuang huruf terakhir itu menunjukkan besarnya rasa cinta, kemanjaan dan kesayangan yang ditonjolkan dari Nabi SAW.
Jangan Malu Jadi Romantik
Sesungguhnya bersikap romantis sesama isteri itu adalah sunnah Nabi SAW. Kita berharap dengan sunnah ini dapat memupuk ikatan yang lebih erat antara sesama pasangan. Bukanlah sunnah ini suatu yang perlu dimalukan untuk diamalkan.
Romantik sesama suami isteri ini semakin malu untuk diamalkan. Mungkin bagi yang sudah lama berkahwin akan bertambah rasa jelik bermadu kasih dengan isterinya. Namun jika diteliti, sebenarnya sikap romantis ini adalah datang dari Nabi SAW. Sayang apabila kita lebih malu mengamalkan sunnah romantis sesudah berkahwin sedangkan kita tanpa segan silu melakukannya sebelum ianya dihalalkan.
Sebenarnya, gambaran seorang suami yang garang dan bengis bukanlah suatu yang datangnya dari agama. Nabi SAW tidak mendidik para isteri untuk takut kepadanya. Namun didikan sebagai pemimpin rumahtangga yang hebat membuatkan rasa takut itu bertukar menjadi lebih menghormati. Nikmat suasana percintaan itu lebih dihargai apabila suami turut meluang masa bergurau senda dan bermesra seakan-akan baru sehari diijabkabulkan.
Kepada suami, ayuh mengikut petunjuk Nabi dalam berkasih sayang sesama isteri. Andai isteri berasa pelik dari mana datangnya sikap romantis seorang suami; adakah suami baru sahaja selesai menamatkan buku novel cinta Romeo dan Juliet?
Jawablah dengan manja. Romantis ini bukan dari novel biasa, namun romantis ini datangnya daripada hadis Nabi SAW.

Thursday, April 25, 2013

Makan Sekeluarga.. Gambar?? Memang xde la..



Jarang-jarang sekali, kami sekeluarga besar dapat makan-makan bersama-sama.. lainla ada kenduri kendara kan.. Itu pun, tuan rumah pasti akan sibuk melayan tetamu.. Tak sesuai..

Jadi, kesempatan bertemu sepupu sepapat memang menggamatkan.. Usia yang memang hampir membuatkan kami sekepala dalam banyak hal.. Dan setelah lama tak berkumpul bersama, kami gamatkan kedai makan itu bak kedai itu kami yang punya..hihihi

PakLang (adik mak) punya 5orang anak. Hafiz (27), Zaim (26), Syakirah (23), Luqman (18) dan Syafiqah (17). Dorang adik beradik paling ramai sebab yang lain semuanya 3 beradik sahaja.. Yang ada malam itu hanya Hafiz+tunang - Marni, Zaim + isteri - Niza dan Syafiqah. Tambah Chik (adik lagi kepada PakLang) bersama Ayah Chik dan Ikmal Hijat (22), anak bongsu, selepas Kak Su (30) dan Athirah (26) yang tak dapat hadir kerana berada di Kuala Lumpur..

Jadi yang ada pada malam kejadia adalah seperti berikut:

Emak, PakLang + MakLang, Chik + AyahChik.

Saya + Encik Suami, Rusydan (adik), Hafiz+tunang - Marni, Zaim + isteri - Niza, Syafiqah, dan Ikmal Hijat..

Apa yang kami makan? seekor siakap seberat 2.5kg (!!!) yang Hafiz bawa dari Kuantan dimasak stim limau, Udang galah 35 ekor (menurut kata Niza yang dari pagi dok kat sangkar PakLang dok korek udang-udang tu dari bubu) dimasak 3 rasa dan tomyam.. Cukup?? Perghhh... Tambah nasi dan berjug2 jus oren sebab tomyam tu pedas giler! hihihi

Topik perbualan?? Macam2.. Daripada politik rekaan sendiri, hinggalah cerita perkahwinan yang akan ditempuhi Hafiz bulan Jun nanti.. Yang tua berbual dengan yang tua.. Yang muda dengan cerita yang muda. Gelak ketawa tak tengok keliling.. Isk isk isk..

Dalam pada tu, makanan selesai, perbualan bersambung hingga hampir jam 10malam. Nasib baik pelanggan tak ramai, tak perlu bangun untuk bagi tempat duduk pada orang lain. Sebab biasanya kalau malam minggu, memang tempat ni penuh hingga tengah malam..

Al-kisah itula, memeriahkan mood dalam diri, memikirkan bahawa hubungan darah itu amat pekat untuk dilepaskan sesuka hati.. InsyaAllah, kami amat rapat sejak kecil!!

tata

Bukan Mana-mana Ahli Parti Politik


Perihal luahan rasa hari ini, adalah berkaitan dengan topik-topik hangat semasa, iaitu PILIHANRAYA..

YA, ini ialah topik yang seboleh-bolehnya cuba saya elak untuk mendengar dan memperdengar, terutamanya apabila berada dengan rakan-rakan dan masyarakat yang saya fikirkan, mungkin kurang sesuai andai ideologi saya berbeza dengan mereka.. Topik ini hanya muncul sekali sekala apabila berbual dengan Encik Suami, atau seorang dua teman rapat, ataupun apabila pulang ke kampung, yang mana keluarga Saya adalah antara keluarga yang amat sangat aktif dalam masa-masa berkempen ini. Manakan tidak, waktu-waktu biasa tanpa pilihanraya juga, perbualan kami jarang lari jauh dari persoalan kepimpinan, keadilan, tanggungjawab pemimpin dan aktiviti-aktiviti masyarakat yang akan dan telah berlangsung di kampung..

Namun begitu, musim pilihanraya adalah musim yang kotor. (pendapat saya sahaja)
Semua individu, parti politik, malah masyarakat, sibuk memperkata tentang keburukan, aib, kesalahan dan kekurangan lawan. Sedangkan, bukankah yang patut diketengah ialah pencapaian dan kesungguhan calon-calon yang bertanding itu sendiri?

Saya seorang yang walaupun bukan baik mahupun rakyat yang menyumbang pada negara, namun begitu saya adalah seorang yang amat SAYANGKAN NEGARA ini. Perbalahan dan perebutan langsung tidak membawa secebis kebaikan pun..

Saya membesar dalam suasana politik kotor. Walau dalam peringkat cawangan (kampung) sahaja pun, perasaan hasad dengki jelas terbit dari jiwa-jiwa yang gilakan kuasa. Bukan sahaja jatuh-menjatuh jadi amalan, malah santau menyantau pun turut serta. Setakat keji hamun makanan biasa pemimpin yang terus berusaha jadi yang terbaik..

Jadikan sahaja cerita yang satu ini sebagai tauladan.. Tika Allahyarham Ayahanda Saya sibuk mendapatkan tandatangan untuk memohon sebuah jambatan merentasi Sungai Pahang, bagi memudahkan perjalanan orang  kampung ke seberang sebelah kami, tanpa perlu lagi berulang alik menaiki bot penumpang, terdapat seorang Hamba Allah yang dengan lantang melaungkan akan sumpahnya untuk terjun telanjang dari atas jambatan itu, andai siapnya jambatan tersebut.. Mengapa sanggup seorang Muslim yang waras untuk bersumpah begitu?

Tak lain dan tak bukan, timbunan hasad dengki itu sudah melampaui warasnya akal itu.. Dan, ditakdirkan Allahyarham pergi dahulu sebelum siapnya jambatan tersebut, tetapi umur Si Penyumpah masih panjang bagi menyaksikan dengan mata sendiri, acara perasmian jambatan tersebut yang gilang-gemilang, disambut meriah oleh bukan sahaja warga kampung, malah oleh anak cucu mereka yang kini sudah boleh menderu menaiki kereta melintasi Sungai Pahang nan deras itu.. Adakah dia menunaikan sumpahnya itu?? Anda fikir bagaimana?? Itu jambatan 4 lorong! Bukannya jambatan yang diperbuat daripada buluh dan batang balak!

Itu hanya satu cerita. Cukuplah yang lain menjadi teladan diri saya. Yang penting, polisi hidup saya apabila berhadapan dengan pekikan fanatik politik ialah, undi saya adalah rahsia, bergantung sehebat mana calonnya, sebanyak mana sumbangan yang boleh dilaburkan!!

Dan saya, akan tetap SAYANGKAN MALAYSIA walau siapa pun pemerintahnya! Cuma secebis doa dari insan yang hina ini, biarlah Malaysia terpimpin oleh barisan insan yang dipilih dari yang terbaik, yang membela tiap darah yang tumpah dan mengalir di bumi bertuah ini.. Walau apa namanya, apa kaum keturunan dan warna kulitnya, walau apa juga agamanya..

Yang masih menjadi satu keutamaan, AGAMA ISLAM MASIH AGAMA RASMI MALAYSIA!!  Itu satu perkara yang tiada kompromi walau siapa pun calon pilihan anda!! Dan Raja Berparlimen itu wajar kita junjung menjadi lambang asal ketuanan kita..

Sekian.

Noor Hidayah Sabaruddin
Pengundi berdaftar di Dun Chenor, Parlimen Maran
Kerani Pengundian dan Mengira Undi Peti Undi Taman Connaught 2013.
~~Bukan mana-mana ahli parti politik

tata

Wednesday, April 24, 2013

Penyumbang Kegagalan.


Ada orang kata, 'CIKGU-CIKGU SEMUANYA ADA DEGREE. BELAJAR PANDAI-PANDAI SAMPAI MENARA GADING. TAPI NAK AJAR ANAK MURID PUN TAK JADI APA. NAPA MASIH ADA YANG GAGAL DALAM UJIAN? NAPA MASIH ADA MASALAH DISIPLIN DI SEKOLAH? NAPA MASIH BANYAK PELAJAR YANG TERCICIR DALAM PELAJARAN??'

Sukar juga nak menjelaskan kenyataan yang nampaknya agak lurus bendul kelihatannya ni. Seolah-olah Si Penyata hanya mampu melihat akan luarannya sahaja, tetapi gagal menyelam ke dalam akar umbi akan permasalahan yang berlaku.. Adakah benar degree cikgu tu? Adakah dia mengajar subjek degree nye tu? Adakah ada hubungan kimia antara guru dan pelajar yang memungkinkan PnP(pengajaran dan pembelajaran) maksimum dapat dinikmati?

Layakkah andai guru itu sendiri dipersalahkan atas kegagalannya mendidik seorang pelajar yang gagal dalam peperiksaannya walaupun terbukti ada beratus-ratus pelajar yang lain berjaya menyerap pembelajaran umpama span untuk berjaya dalam ujian yang sama? - Apa kata anda?

Adakah tiada langsung kesalahan pada bahu pelajar itu, atau persekitarannya, yang boleh menjadi penyumbang kepada kegagalannya itu? Atau mungkin juga, kejadian itu adalah satu takdir Ilahi, yang ingin menguji pelajar tersebut, dalam perjalanannya untuk menjadi seorang yang lebih berjaya pada masa hadapan..

~~Sebenarnya, cerita ini hanyalah satu anologi, akan kenyataan seorang sahabat alam maya, yang kelihatannya hanya melihat sebuah kejadian pada luarannya, tanpa mengkaji kelebihan dan kekurangan kejadian tersebut.. Saya amat kecewa, apabila kenyataan yang jelas amat cetek dan pendek akal itu, diluahkan oleh seorang yang tinggi IQ nya, berdasarkan pekerjaannya sebagai peorang penyelamat..

Namun begitu, mungkin kenyataan semberono itu diluahkan tanpa penilaian yang jelas dan stabil akibat keletihan fizikal dan jiwa.. Positifnya kenyataan itu adalah, walau sejauh mana perjalanan kehebatan kehidupan kita, masih ada ruang yang luas untuk kita memperbaiki diri.. Semoga Saya, dan kita semua, akan sentiasa berusaha membaiki diri demi sebuah kelangsungan kehidupan dunia akhirat yang gemilang.

P/S: Di sini saya sertakan pernyataan tersebut, sekadar sebagai rujukan dan pengetahuan.. Segalanya rahsia tentang diri empunya.

Td jln2 di putrajaya..mmg cntk n indah lihat bgnn besar n sgt tersusun..mst mahal n byk duit guna utk bina suma ni..
Bila pikir blk, kt luar sane masih ad yg mntk sedekah utk mkn n tmpt tggl..trn naik jab kebajikn mntk bantuan..rawatan, tambang, perlatan hosp, kanta utk pembedahan cataract, etc..kalu pesakit miskin sgt, mereka terpaksa bia je mata buta coz mmg xde duit nk beli kanta n wat operation..ad yg dtg ngn bas dr rompin..4jam.dh la x nmpk, dtg sorng, pastu x jd op coz xde duit..
So mcm mane bleh blaku mcm ni..kita megah dgn kemajuan tp ad lg org yg miskin melarat..x guna wat bgnn cntk tp pakcik n makcik2 tu xdpt lihat coz mata dh buta..n kita jg akan tua n ad cataract bila tu nnt..

tata

Monday, April 22, 2013

Cerita itu, hanya Cerita..


Saya nak catatkan, beberapa tempat yang saya nak SANGAT lawati..

BEIJING




 JEJU ISLAND (KOREA)




NEW ZEALAND




VIETNAM



Ini sekadar catatan saya.. Ini semua untuk satu masa yang ditunggu? Tak berbaloi.. Tapi untuk bermimpi, ya!! Apalah hidup ini tanpa mimpi kan..

Jangan risau, saya tak cukup duit untuk jejalan jauh-jauh.. Setakat 2 tahun ni, jalan-jalan yang penuh keintiman seolah-olah hilang ditelan arus kotaraya..kuikuikuikui...


Saturday, April 20, 2013

Ujian HSG dan Saya


Apa sebabnya rasa berdebar tu?

Al-kisah, saya dah berjaya dapatkan temujanji untuk melakukan ujian HSG di Hospital KPJ Tawakal.
Apa itu Ujian HSG?

HSG adalah ujian yang digunakan untuk mengesan kesihatan rahim dan salur peranakan. Ia mengunakan teknologi x-ray yang dapat memberikan gambaran bentuk rahim dan salur peranakan. Semasa ujian ini, dye berwarna akan disuntik kedalam rahim dan ia akan mengalir kedalam salur peranakan dan seterusnya kedalam ruang pelvis. HSG akan memberikan maklumat kepada pakar radiologi untuk memastikan samada terdapat kerosakkan pada sistem peranakan anda.

Jadi, apa itu kejadiannya HSG tu dah tahu.. Apa pula persediaannya??

Ujian HSG hanya akan dilakukan pada hari 10-13 dalam kitaran haid. Ini adalah bagi mengelakkan ujian dijalankan pada masa subur. Ujian ini boleh mengakibatkan kekejangan kepada perut akibat kemasukan dye, namun begitu kesan ini sangat minima dan tidak membawa kesan negatif kepada pesakit.

Ok, ujian ini berpotensi menyakitkan.. Walaupun ada beberapa kekawan TTC yang menceritakan bahawa Ujian HSG yang mereka jalani amat menyenangkan, dengan faktor doktor muslimah yang lemah lembut dan berpengalaman, saya tetap saya yang tetap akan prepare for the worst.. Jadi, perkara pertama ialah pengangkutan. Saya perlukan pemandu, bukan sahaja kerana saya pasti akan sesat untuk ke sana nanti, malah saya tetap tak pasti kalau-kalau saya tak tahan sakit tu nanti kan..

Jadi, encik suami dah awal-awal menyatakan ketidakbolehan untuk menghantar dan mengambil saya kerana urusan kerja lebih penting untuk dia berada di sana. Jadi, saya memutuskan untuk tidak berputus asa terhadap ujian dan dugaan kecil ini. Saya pun suarakan masalah ini pada kekawan sekerja, syukur, insya Allah, jika tak ada halangan mesyuarat atau kursus, Kak Azlina dan Kak Emilia akan menemani saya Isnin nanti! Yey! selesai 1 masalah..

Ingat, yang penting, jangan tunduk pada dugaan! hahaha (suka??)

Apa dan bagaimana prosedur Ujian HSG tu?


Prosedur HSG

  1. Anda akan berbaring diatas meja x-ray dengan lutut membengkok keatas.
  2. Spekulum akan diletakan didalam faraj untuk mendedahkan serviks ( pangkal rahim)
  3. Satu tiub plastik akan dimasukkan ke dalam rahim melalui liang serviks.
  4. Dengan perlahan-lahan dye akan disuntik melalui tiub tadi kedalam ruang rahim
  5. Beberapa gambar x-ray akan diambil semasa proses aliran dye tersebut.
  6. Untuk proses terakhir, anda akan di minta untuk mengiring dan gambar x-ray akan diambil sekali lagi.
Selepas x-ray terakhir diambil, anda akan diminta untuk berbaring selama beberapa minit. Mungkin anda akan terasa sedikit kejang pada perut tetapi tidak lama. Selepas beberapa minit, anda akan diminta untuk menukar pakaian dan keputusan selalunya akan tersedia 15-20min selepas itu.

Ok, persediaan pengetahuan dan teori dah cukup lengkap dah ni rasanya.. Cuma semestinya memerlukan persediaan fizikal dan mental jugak kan.. Memandangkan saya akan terus ke hospital dari sekolah, ye, selepas seharian di sekolah, turun naik tangga, menjerit-jerit, suka duka, gadoh-gadoh sayang dengan pelajar, jadi, fizikal tu harus tip top. Mungkin saya juga memerlukan persalinan tambahan sebab malula nak pergi hospital pakai baju PJ..huhuhu

Persediaan mental boleh diuruskan.. (Ceh, macam bagus lak ayat tu!) Tapi, encik suami akan membantu bab-bab fizikal.. Macam biasa la kan..hehehe

Apa hasil Ujian HSG ni nanti?


Apa yang boleh dikesan oleh HSG?

Secara umumnya, HSG digunakan untuk mengesan ketidaknormalan pada rahim dan salur peranakan. Ia boleh mengesan kerosakan dan penyumbatan pada salur peranakan dan juga boleh memberikan maklumat tentang bentuk dan saiz rahim anda. Walaubagaimanapun ia juga boleh mengesan fibroid atau polip dalam rahim dan juga memberi idea tentang kewujudan parut disekitar ruang pelvis.

Senang-senang cerita, ni satu lagi usaha.. Moga-moga dapat keberkatan dan redha Ilahi..

Till then, sehingga masa yang akan datang (gatal nak translate!), kita jumpa lagi...

tata

Celebrity Chef?? MasterChef??


Jom tengok channel 104 jom!!

Thursday, April 4, 2013

ADA..


Ada suara tandanya masih ada kata dan rasa..

Andai hilang suara itu, tandanya terbang sudah segala hawa dunia..

~~ Pening kepala..

tata

Wednesday, April 3, 2013

Tempat Impian Untuk Honeymoon yangntahkalikeberapantah...


Entri kali ini ialah entri untuk TTC yang senasib sedestiny seusia dan se se se yang sama seperti saya.. Yela, bagi TTCians yang macam kita-kita semua ni, honeymoon adalah hanimun dalam erti kata yang bukan hanya honeymoon  atau bulan madu, tetapi lebih tepat dan lebih sesuai lagi adalah salah satu usaha dalam perjalanan TTC itu sendiri..

Melewati angka 5 dalam perhubungan sah sebagai suami isteri, tanpa kehadiran penyeri rumahtangga bukanlah sesuatu yang mampu diharungi oleh semua orang. Bohong kalau saya katakan, mata ini tidak pernah menitiskan air mata, atau hati ini tidak pernah terguris luka apabila pelbagai kata nista, soalan pertanyaan, umpatan dan jelingan yang datang dari pelbagai lapisan masyarakat yang tidak pernah mengerti permasalahan ini dari akar puncanya..

Saya amat memahami, bahawa mereka yang tidak mengalami permasalahan ini tidak akan pernah mengerti apa yang dilalui oleh kami, TTCians.. Namun begitu, cukup bagi kami, dengan layanan yang sama dan setaraf dengan pasangan lain yang punya keluarga, agar hati kami yang lemah dan rapuh ini akan terjaga keadaannya daripada sembilu luka yang sentiasa mengiringi segala usaha dan perjuangan kami..

Tiada masalah yang tiada jalan penyelesaiannya.. Dan bantulah kami dalam usaha kami untuk menyelesaiakan permasalahan kehidupan kami, dengan memberi sokongan dan bantuan sepanjang perjalanan, dan bukannya menambah segalan beban bara api pada kami.

Berbalik kepada cerita honeymoon  saya tadi.. membebel memang susah nak berhenti.


Krabi, Phi Phi Island, dan pulau-pulau yang sewaktu dengannya, memang tempat yang sentiasa masuk dalam mimpi saya untuk dikunjungi.. Usai melihat gambar-gambar seksi pelancong-pelancong di sana, saya rasa, memang sesuai la pulau tu untuk hanimun kot.. KOT??

Lebih dari itu, keindahan ciptaan Allah yang terhampar di sana ibarat menarik hati ini untuk terus lekat padanya, ditambah pula apabila rakan-rakan telah menceritakan pengalaman hanimun masing-masing yang memenatkan tetapi berbaloi untuk dinikmati di sana.. Aduhai..



Berpegangan tangan di persisiran pantai mesti syok kan?? honeymoon anyone??  

Ermm..

p/s: dah berjaya membeli tiket ke Tawau bulan Februari nanti. Alhamdulillah, insha Allah kalau takde aral melintang, sampaila kami ke sana.. 

Tak perlu Disangkal lagi..

Pink Diamond), url(Pink Diamond), auto;}