Dr Yusuf al-Qaradhawi ditanya:"Apa hukum wanita bekerja? Iaitu
bekerja di luar rumah sebagaimana lelaki?
Bolehkah wanita berkerjaya?
Bukankah kewajipan wanita berada di dalam rumahnya?"
Syeikh al-Qaradhawi menjawab: Allah Memberi Tanggung Jawab Kepada
Manusia dengan Kerja (Amal). Wanita adalah manusia sebagaimana lelaki.
Lelaki sebahagian daripada wanita dan wanita sebahagian daripada lelaki.
Sebagaimana firman Allah SWT,
"Sebahagian kamu adalah keturunan daripada sebahagian yang lain." (Ali Imran: 195).
Allah menciptakan manusia untuk bekerja, bahkan Dia ingin tahu siapa yang membuat kerja (amal) secara terbaik.
"Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) -
untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang
lebih baik amalnya dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha
Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat) " (Surah al-Mulk, ayat 2).
Keperluan Ummah dan Dunia Kepada Tenaga WanitaWanita
sebagaimana lelaki dibebani untuk bekerja (amal). Dan kerja yang
dilakukan dengan terbaik akan memperolehi hasil terbaik. Firman Allah
SWT, "Rab (Tuhan) mereka memperkenankan (permohonan) mereka.
Allah berfirman):
"Aku (Allah) tidak akan mempersiakan amalan
orang yang beramal di kalangan kamu, baik lelaki mahupun perempuan;
sebahagian kamu berasal daripada sebahagian yang lain."
Wanita sebagaimana yang dikatakan selalu adalah sebahagian daripada
komuniti manusia. Tidak boleh dibayangkan bagaimana Islam kehilangan
sebahagian dari komunitinya (jika semua wanita tidak berkerja), lalu
dinyatakan sebagai agama yang jumud dan stagnan ('down', terhenti,
membosankan), yang hanya mengambil dari kehidupan tetapi tidak memberi
kepada kehidupan, hanya mengkomsumsi (menjadi pengguna) akan tetapi
tidak berproduksi (menjadi pengeluar).
Fiqh Prioriti: Mendidik Generasi Adalah Kerja Utama WanitaPekerjaan
wanita yang pertama dan utama adalah mendidik para generasi. Allah SWT
telah menyiapkan jiwa dan fizikal wanita untuk melakukan tugas ini.
Kerana itu, sebaik-baiknya kita hendaklah tidak menyibukkan wanita
dengan kesibukan lain, sehingga memalingkan wanita dari tugas mulia ini.
Tidak seorangpun mampu menggantikan kedudukan wanita dalam tugas mulia
ini. Di tangannyalah bergantung kehidupan umat manusia.
Moga rahmat Allah tercurah kepada al-Hafiz Ibrahim yang telah
bersyair:Ibu adalah madrasah (sekolah), jika engkau
mempersiapkannyaBeerti engkau telah mempersiapkan bangsa yang hebat dan
kuat.
Pekerjaan utama tersebut ialah tugasnya menguruskan rumah tangga,
membantu suaminya, membentuk keluarga bahagia yang tegak di atas
kedamaian, kasih sayang dan rahmat. Disebutkan dalam ssatu riwayat
bahawa pekerjaan terbaik wanita adalah menyiapkan keperluan suaminya
untuk pergi berjihad.
Hukum Mengharuskan Wanita Keluar BerkerjaHuraian di atas tidak
bermakna haram bagi wanita berkerja di luar rumah. Hukum haram hanya
boleh ditetapkan dengan nas sahih dan jelas maknanya. Sebagaimana
diketahui bahawa, setiap perkara adalah boleh hukumnya kecuali ada dalil
yang mengharamkannya.
Maka, pada dasarnya 'boleh' bagi wanita untuk berkarier. Dalam
keadaan-keadaan tertentu, ia boleh menjadi dianjurkan, atau bahkan
diwajibkan, jika memang terdesak dengan tuntutan hidup. Contohnya, janda
atau wanita yang ditalak dan dia tidak mempunyai hasil pendapatan,
sementara itu dia mempunyai kemahiran atau keahlian tertentu untuk
digunakan. Dalam konteks ini, bekerja dengan kemahiran atau keahliaannya
itu boleh menyelamatkannya daripada hidup meminta-minta.
Contoh Wanita Berkerjaya Dalam Al-Quran dan HadisKadang
kala, keluarga yang memerlukan tenaga wanita berkerja, seperti membantu
pekerjaan suaminya, mendidik anaknya atau saudara perempuan yang masih
kecil atau membantu orang tuanya sebagaimana yang diceritakan dalam
Surah al-Qashash tentang dua anak gadis yang membantu orang tuanya yang
sudah lanjut usia dalam menggembalakan kambingnya.
Firman Allah SWT, "Dan tatkala ia sampai di sumber air negeri Mad-yan
ia menjumpai di sana sekumpulan orang yang sedang meminumkan
(ternaknya), dan ia menjumpai di belakang orang banyak itu, dua orang
wanita yang sedang menghambat (ternaknya). Musa berkata: "Apakah
maksudmu (dengan berbuat at begitu)?" kedua wanita itu menjawab: "Kami
tidak dapat meminumkan (ternak kami), sebelum pengembala-pengembala itu
memulangkan (ternaknya), sedang bapak kami adalah orang tua yang Telah
lanjut umurnya".
Riwayat lain juga menyebutkan bahawa Asma' binti Abu Bakar-pemilik
dua ikat pinggang (Dzatil Nitaqain)- berkerja membantu suaminya Zubair
bin al-Awwam dalam merawat kuda-kudanya, menggiling bijian lalu
ditiriskan. Asma' membawa gilingan bijian-bijian tersebut dari kebunnya
yang jaraknya sangat jauh dari Kota Madinah.
Ummul Mukminin, Zainab binti Jahsy mahir menyamak kulit, memintal
serta menenun kain sutera, hasilnya dijual di pasar dan disedekahkan.
Itulah kerjaya Zainab yang menguatkan sumber ekonominya hinggakan beliau
mempunyai keistimewaan sebagai seseorang yang banyak bersedekah. Lalu,
mendapat julukan 'panjang tangan' (bermaksud banyak bersedekah) oleh
Rasulullah SAW.
Keperluan Masyarakat Kepada Doktor Wanita, Jururawat, Guru Wanita dan SebagainyaKadang-kadang
juga masyarakat sendiri yang memerlukan tenaga wanita seperti doktor
wanita, atau jururawat wanita atau guru wanita dan pekerjaan seumpamanya
yang secara khusus lebih mahir dikerjakan oleh wanita. Paling ideal,
wanita bekerja dengan kaum wanita, dan tidak dengan kaum lelaki, kecuali
kerana keperluan mendesak yang mengharuskan wanita hadir dalam
pekerjaan tersebut.
Syarat-syarat dan Batasan-batasan Wanita dalam Berkarier1. Pekerjaan
tersebut memang disyariatkan.
Ertinya bukan pekerjaan haram atau membawa
kepada perkara haram seperti:
a.Teman sosial kepada lelaki
b.Setiausaha
kepada pengarah yang memerlukannya duduk seruangan dengannya (biasanya
di pejabat-pejabat, S/U selalu berdua-duaan dengan
pengarah. Saya kagumi cara Syarikat Telaga Biru Sdn Bhd yang
melantik setiausaha bagi pengarah iaitu seorang wanita yang
mempunyai pertalian darah).
c. Penari
d. Pelayan bar yang
menyediakan minuman keras yang dilaknat oleh Rasulullah SAW, penuangnya,
pembawa dan penjualnya e. Pramugari yang memerlukannya sentiasa
tersenyum menyambut penumpang atau sering melakukan perjalanan jauh
tanpa mahram, dan yang memerlukannya duduk sendirian di negara
orang lain.
f. Dan lain-lain pekerjaan yang diharamkan Islam bagi wanita apatah lagi pekerjaan yang diharamkan bagi lelaki dan wanita.
2. Menjaga adab wanita muslimah saat keluar rumah dengan menjaga cara berpakaian, berjalan, berbicara, bahkan bergerak.
Allah
SWT berfirman, "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman
supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan
memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan
perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah
mereka menutup dada (juyub[1]) dengan tudung kepala mereka (khimar);
3. Pekerjaan itu tidak sampai melalaikan kewajipan utamanya, seperti
kewajipan mengurus suami dan anak-anaknya. Sebab itulah pekerjaan dan
kewajipan yang paling utama seorang wanita.
Saranan Al-Qaradhawi Buat Pemerintah
1.
Pemerintah hendaklah menyiapkan sesuatu berupa Undang-undang Tenaga
Kerja dan saranan pekerjaan bagi para wanita ketika keperluan
mendesaknya berkerja untuk dirinya, keluarganya atau masyarakatnya.
Persiapan ini penting dilakukan agar harga diri wanita tidak tergadai
atau tidak mengacau kewajiban rumah tangga.
2. Pemerintah hendaklah membuat peraturan yang memudahkan peranan
serta memudahkan wanita ini, misalnya separuh kerja dengan separuh upah.
Seperti kerja 3 hari dalam seminggu dan upah disesuaikan dengan hari
kerjanya. Contoh lainnya adalah seperti adanya undang-undang cuti
menikah, melahirkan atau peraturan khusus bagi ibu menyusu.
(Alhamdulillah sebahagiannya telah dinikmati oleh wanita di Malaysia).
3. Pemerintah harus mempersiapkan sekolah agama, sekolah umum dan
universiti khusus untuk kaum wanita, sehingga kaum wanita mempunyai
peluang berolah raga dan melakukan aktiviti lain yang menyihatkan.
4. Menyediakan bahagian dan tempat khusus bagi wanita yang berkerja
di pemerintahan, yayasan, atau bank sehingga menghindarkan terjadinya
fitnah, serta fasiliti-fasiliti lain yang disesuaikan dengan
keperluan[2].
Kesimpulan Penulis (Fatimah Syarha).Hormatilah wanita yang memilih
untuk berada di rumah. Mereka bukannya ketinggalan zaman sebaliknya
keluarga mereka lebih memerlukan mereka di situ.
Hormatilah juga wanita yang memilih untuk berkerjaya. Mereka bukannya
melakukan suatu dosa seolah-olah berkerjaya itu haram sebaliknya mereka
melakukan sesuatu yang harus.
Samada berada di rumah atau berkerjaya, masing-masing ada sebab dan
keperluannya yang tersendiri. Masing-masing ada peranan yang besar buat
diri, keluarga dan ummah. Asal saja tugas utama wanita iaitu mendidik
generasi terus terpelihara. Asal juga suami redha dengan pilihannya.
Berbincanglah. Wanita yang memilih untuk berada di rumah namun tidak
berusaha memberi didikan kepada anak-anaknya, akan gagal mencapai
matlamat mendidik generasi. Wanita yang memilih untuk berkerjaya namun
tidak menyediakan pengurusan yang terbaik untuk rumah tangganya, akan
gagal juga mencapai matlamat.
Tips bagi wanita berkerjaya:
1. Jika perlu, ambillah pembantu
rumah yang dididik dan dihargai dengan baik agar urusan teknikal rumah
tangga tersusun rapi. Isteri-isteri Rasulullah SAW meskipun kebanyakan
mereka tidak berkerja di luar rumah namun kebanyakkan mereka mempunyai
pembantu. Masakan tidak, isteri baginda yang berada di rumah itu juga
mempunyai kesibukan untuk menekuni ilmu.
2. Wanita yang berkerjaya
dari rumah juga mungkin perlukan pembantu kerana kesibukan kerjaya itu
dan kesibukan urusan rumah tangga. Jika mereka mampu melakukan
kerja-kerja teknikal di rumah itu sendiri, tidak mengapa. Tapi
realitinya, kerja-kerja teknikal di rumah tidak pernah habis, ditambah
lagi dengan ragam anak-anak yang sentiasa inginkan perhatian. Terpulang
pada kebijaksanaan masing-masing dalam memastikan adanya keseimbangan.
3. Pilih penjaga atau nursery yang terbaik untuk jagaan sementara
bagi anak-anak dengan membuat pemantauan teliti terlebih dahulu. Maka,
isteri boleh berkerjaya dengan lebih fokus dan professional dalam waktu
kerjanya.
4. Lebih menarik jika wanita boleh memilih suatu pekerjaan yang mempunyai masa anjal dan lebih mesra famili.
~~[1] Juyub sering diterjemahkan sebagai dada. Bagi penulis, ia adalah
terjemahan yang baik mengikut konteks pakaian wanita di Malaysia yang
ringan, lembut dan senang membentuk di badan, maka amat wajar tudungnya
(khimar) melepasi dada agar tidak menggiurkan lelaki jahat dengan
nampaknya bentuk buah dada.
Mengikut bahasa Arab, dari segi bahasa,
juyub adalah jamak daripada jaib yang sebenarnya bukan bererti dada.
Erti sebenar juyub ialah bahagian terbuka daripada pakaian dan
semisalnya pada bahagian dada. Atau lebih tepatnya bererti belahan leher
baju.
Maka, sama-samalah kita menghormati orang yang tetap ingin
bertudung labuh, atau bertudung tiga segi tetapi bajunya longgar atau
bertudung singkat dengan bajunya longgar. Masing-masing mempunyai sebab
dan fatwa hati yang tersendiri. Hormatilah! Asalkan pakaiannya menutup
aurat dan lebih baik lagi dipakai dengan rasa taqwa, bukan sebab-sebab
lain.[2] Al-Qaradhawi, Fatawa Mua'shirah, juz. 2. Hal. 303-306.
-
Artikel iluvislam.com
~Moga mendapat manfaat..
tata