Spoil mood Saya di awal pagi, apabila usaha untuk bertolak lebih awal ke sekolah telah menemui jalan buntu bila sebuah MyVi Kelabu WSV 8960 menghalang kereta Saya.. Polisi hidup bermasyarakat di kawasan flet mudah sahaja.. Siapa dapat parking lot, dia masuk dulu.. Yang balik lewat, sila la parking depan kereta kami, tak ada masalah.. Tapi jangan lupa GEAR NEUTRAL DAN LEPASKAN HANDBRAKE untuk memudahkan kereta tu ditolak untuk kereta2 yang di parking dengan legal nie keluar kerja di awal pagi...
Bila ada minah mabuk mereng yang TERLUPA dia parking depan kereta orang, tak rasa risau walaupun jam dah pukul7 lebih, still tak alih kereta, memang Saya marah. Nak jadi cerita, sebelum nie Saya yang selalu simpati pada yang jadi mangsa, hari ni giliran Saya pula terpaksa menekan hon panjang berulang kali, mengganggu penghuni lain dan anak kecil yang lena tidur, semata-mata untuk mengejutkan dia Si Pemilik MyVi Kelabu untuk mengalihkan kenderaannya.. Saya rasa, dia dah sumbat telingan dia dengan kekabu kot, sampaikan tak dengar hon panjang yang berjaya menyebabkan Saya kepeningan sepanjang hari nie...
Jam 7.20 pagi, Saya tahu sudah tak banyak masa untuk Saya menunggu Si Puaka itu untuk muncul mengalihkan Myvi kesayangannya tu, terpaksa ubah pendirian dengan meminta Encik Suami untuk menghantar Saya ke sekolah dengan motorsikalnya.. Nasib baik hari ni Saya memakai baju sukan, Cikgu PJ la katakan... Sesampai di sekolah, thumb print terus, tinggal beberapa minit je lg untuk lewat, dan terus masuk dewan untuk ambil kedatangan pelajar, terus stay untuk latihan koir berbudi bahasa dengan students sebelum terus mengajar PJ di padang seperti biasa..
Letih dengan peristiwa di awal pagi.. Kelas tetap berjalan lancar walaupun cuaca hangat menggigit.. Cikgu memahami, kelas di bawah bumbung lebih kondusif...
Kepulangan Saya menaiki teksi, terpaksa di tunggu di tepi jalan besar.. Saya tiada pengalaman menaiki teksi di Kuala Lumpur. Kalau ada pengalaman pun, mungkin semasa di Matrikulasi Londang Melaka.. Itu pun beramai2.. Sekarang seorang diri.. Mujur ada rakan yang membantu dan memberikan caranya, setel masalah...
Naik teksi, sampai rumah, tambangnya RM 6.70. Sudahla segala perancangan untuk melakukan pelbagai perkara hari nie tak menjadi, kena bayar tambang lagi, sakit telinga dan pening kepala lagi... Aduyai... Dugaan hari Jumaat betol la....
Kesimpulannya, kisah ini mengingatkan Saya, agar sentiasa beringat, segala yang kita lakukan, tak semestinya betol.. Bila salah, mengaku salah dan meminta maaf lebih mulia.. Kalau menegakkan benang yang basah, bukan sahaja takkan dapat tegak, malah mungkin memakan masa yg banyak malah akan memalukan kita dalam banyak cara yang lain pula...
Mood hari nie tak berapa stabil, so, JOM MAKAN NANDOS!! hehehe
tata