Mukasurat Extra

Terjalinnya Ikatan..

Daisypath Anniversary tickers

Jom Main klik-klik-klik

Followers

Thursday, May 26, 2011

Part 3 ~~ Pembedahan dan rehabilitasi..


Terasa pipi ditampar2.. Isk, saya terlelap ker? Isk, malu betol.. Dah nak kena operate pun boleh terlelap ker?? Nak bukak mata, aduuh, terang sungguh lampu nie.. Tutup mata semula..

"Nur Jannah.. Nur Jannah.. Bangun!" Terdengar suara tu menyapa telinga sambil pipi kena tampar lagi.. Isk, naper lak nie? Saper lak Nur Jannah nie??

"Salah tu!! Nur Jannah katil hujung sana la. Tu patient aku.." Dengar lak suara lain.. Apakah sebenarnya yg berlaku? Try nak bukak mata lg.. Slow2.. Terang sangat, silau.. Tapi badan rasa suam jer.. Tak macam tadi, sejuk giler.. Isk, apa sebenarnya yg terjadi nie??

"Dik, Noor Hidayah.. Operation dah selesai.. Jap lagi ready kita keluar yer.." Datang lak sorang lg dok tepi katil saya, berkata2.. Isk, saya tak nampak muka dia pun. Silau sangat mata nie..

Oohh, tiba2 kewarasan kembali.. Dah operate?? Eh, dah selesai? Alhamdulillah... Masih ada kesempatan membuka mata kembali.. fikir lg.. Doktor kata after operation, saya kena meniarap, sebab luka di bahagian belakang badan. Tapi saya terbaring macam biasa je nie.. Kenapa pulak nie?? Tapi, tak rasa sakit.. Tak pela.. Mata nak tertutup lagi..

"Noor Hidayah, kita nak keluar dah nie. Buka mata yer.. Sedar dah kan.." Nurse tu tanya banyak2 soalan, saya jawab dengan angguk jer.. Susah betol nk bukak mata..Berat sungguh..
Dari bilik jagaan rapi, saya ditolak keluar ke bilik transit untuk dipindahkan ke katil wad lak. Nampakla dah ada nurse pelatih ready nak tunggu saya nak balik wad. Oh, kena tukar katil. Camna nie? Masa masuk td, tukar katil, saya golek sendiri. Sekarang, nak angkat tangan pun xboleh nie, camner? Eh, tangan takle angkat?? Sudahhh....

"Ready nurseses.. 1..2..up!.. Ok." Operasi mengangkat saya yg gedebab selamat. Terasa jugakla belakang saya yg ditoreh nie bila kena hempas kt atas katil tu..huhu..Tapi saya tak marah..Saya paham saya berat.. :(

Pintu dibuka.. Saya try toleh nak carik mana Mak dan Cik Abang saya.. Naper takder orang nie.. Ohh, dh corner kt selekoh, baru dengar suara Mak dan Cik Abang.. Dorang tak perasan saya sebab semua sangka saya akan keluar dalam keadaan meniarap..huhu.. Saya pun xtau..

Untuk info, saya ditolak masuk ke OT lebih kurang kul9 pagi. Dan saya keluar dr OT tu kul1 lebih sket.. Adala dalam 4jam lebih sket dok dlm tu, Mak dan Cik Abang saya dok tggu kat luar tu...

Saya ditempatkan di katil berhadapan meja nurse. Di wad kelas 3, terbuka dan kurang privasi tapi lebih sesuai sebab baru lepas operation kan... Senang nurse nak pantau..

Sampai kt tempat kosong yg dh khas utk saya, (ye ke???hehehea), pasang segala benda wayar2, saya pun terkebil2 sendiri.. Nampak ada Cik Abang dan Mak, dan beberapa insan yang datang menjenguk, tapi mata saya sangat berat untuk dibuka.. kejap buka, kejap tutup. Dengar soalan ditanya saya buka mata, jawab sikit, suara sloww jer, angguk geleng pun asal nampak jer, pastu tutup mata semula.. Macam rasa letih+ngantok yg amat sangat..

Abang, Kak Suri, dan Makcik yang selalu berborak dgn saya sebelum operate, ada melawat dan bertanyakan keadaan saya ketika itu.. Saya hanya ingat itu, selebihnya saya rasa sangat dahaga!! Nak minum, nurse kata lepas 2jam operation baru boleh minum sikit2. OOoohh.. Tekak dan bibir rasa sangat kering.. Mungkin disebabkan mask oksigen yg saya pakai after operation tu..

Saya taktau bila, Saya dh tak tahan haus dan kering, mintak juga air dari Mak.. Basahkan tisu & sapu kat bibir saya.. Memang rasa xcukup tapi nak banyak2 kang, takut muntah lak. Bergerak pun tak boleh, macam mana kalau muuntah?? Isk, minta dijauhkan..

Pada tangan sebelah kiri saya, telah dipasangkan 1 IV untuk masuk air pengganti makanan saya.. Tangan sebelah kanan masuk ubat penahan sakit lak. Saya ada tanya doktor, nie ubat tahan sakit jenis apa? Doktor kata, xguna morfin sebab kuat sangat, doktor taknak ambil risiko melainkan perlu je. So dia guna ubat yang kurang kuat sikit dari morfin..huhu.. Macam sama lebih kurang je dengarnya..hehe

2 hari pertama saya selepas operation, saya hanya mampu menggerakkan kepala sahaja. Panas dan gatal belakang saya, Tuhan jela yang tahu. Saya try mengiring, berpaut pada tepi katil, cuba untuk tidak menggunakan otot2 belakang saya.. Perit, sakit, tapi saya perlu berusaha!

Cik Abang saya ada bersama sehingga hari Khamis, sebelum balik untuk berkerja pada hari Jumaat dan Sabtu. Saya tinggal bersama Emak di hospital..

Dan Hari Lahir sy pada 25 Mac (Jumaat), disambut di hospital..

Disebabkan saya dipakaikan dengan tiub ureter, jd saya tak perlu bangun untuk ke tandas. Alhamdulillah.. So, bila tiub tu ditanggalkan pada hari Jumaat petang, saya pun dipakaikn dengan diapers sebab saya tak boleh bangun lagi.. Doktor suruh cabut tiub pun untuk memudahkan saya gerakkan kaki dan badan..

Dari petang Jumaat, hinggga petang Sabtu, saya langsung tak boleh nak buang air kecil. Terasa pundi kencing dah penuh, tapi dah puas meneran, air tu taknak keluar jugak.. Risau betol, nak pulak terasa sakit dah perut sebab tak kencing2 1ari suntuk.. Last2, Adik, Rusydan datang melawat, saya pun terus mintta dia angkat saya atas kerusi roda, dan tolak saya ke tandas.. Ya, kesan dari menampung air buangan selama hampir 2hari, baru je Adik Saya angkat saya untuk duduk di toilet duduk tu, terus jer cecair kecoklatan tu keluar.. Orang kata, kalau pakai tiub tu, memang susah nak buang air lepas tu.. Saya dah merasa. sekali membuang, memang lama Saya bertapa untuk menghabiskannya hingga ke titisan terakhir..

So, Saya bermula semula.. Belajar duduk sendiri tanpa bantuan Mak.. Kemudian melunjurkan kaki ke bawah.. Semuanya bukan dalam masa sehari, penuh kesakitan tetapi kena tabahkan hati.. Kesakitan tu menurut Doktor, disebabkan semua pergerakan kita berpusatkan otot2 belakang. So, bila otot2 tu dh kena potong, still luka, mestilah sakit nak bergerak kan..

Ari Sabtu, ari ke3 pembedahan saya, Selepas 8tiub ubat penahan sakit saya habiskan, selepas seorang pesakit di wad itu meninggal dunia(sebab apa saya taktau), waktu Maghrib, saya dipindahkan ke wad kelas 2.. Mak saya pulang ke rumah, digantikan oleh Cik Abang saya. Saya ditolak sekali dengan katil, nurse2 membantu membawa barang2 yg banyak dan Cik Abang saya yang macam konfius pun penuh tangan dengan barang2 walaupun nurse dh bagitau dorang boleh tolong pindahkan barang.. :)

Saya bersyukur, akhirnya saya dipindahkan ke wad yang ada aircond.. Bukanlah Saya tidak biasa tanpa aircond, rumah saya pun xpenah ada ekon nie, tapi keadaan wad kelas 3 yang panas, kipas bahagian saya yang slow sangat, dan kaum kerabat pesakit sebelah katil saya yang bising sehingga lewat malam menyebabkan saya tidak selesa langsung.. So, berpindah wad maksudnya saya dapat berehat lebih baik..

Namun begitu, tak semua yang kita harapkan, kita akan perolehi.. Bersama2 saya, turut dipindahkan ke wad yang sama, ialah seorang pakcik yg sangat 'ramah-tamah', yang Saya gelar pakcik Halilintar.. manakan tidak, suaranya memang superb! Dia bercakap di pintu masuk wad, Saya yang terbaring di hujung wad nie jelas dengar suaranya tu.. adooii.. Dahla macam burung punai tercabut ekor..

Cik Abang saya pulang sebentar, untuk mandi dan berbaring. Maklumla, tidur di hospital tak boleh baring.. Saya terpaksa menahan telinga akan pakcik yang tak pandai menghormati orang lain, berborak macam di rumah sendiri.. Saya mahu berehat. pakcik berborak. Tapi Saya redha.. Mungkin ada hikmahnya Saya terpaksa menadAah telinga mendengar perbualan pakcik makcik tu bersama pelawat2 lain sehingga lebih jam 9 malam.. Suasana hening sebentar bila pakcik tersebut pergi menonton tv, diganti pula dengan erangan isterinya.. Makcik sakit... nangis2... Tolong cari pakcik... Alahai...

Sewad dengan kami, jiran pakcik tu, dia sihat, dia la pergi mencari pakcik untuk menemani makcik.. dan episod malam tu cuma berakhir lebih kurang kul11malam bila makcik tu dah diberi ubat tahan sakit dan pakcik tu dimarahi oleh makcik disuruh menemaninya..huhu

Saya? Barulah dapat tido.. Bila Cik Abangg datang semula, saya tak larat nak bukak mata pun.. Sedar2, dah kul6pagi, nurse datang amik tekanan darah dan injek antibiotik..

Hari Ahad, Cik Abang balik agak awal.. Petang tu, Cik Abang dah balik, dalam jam6petang, saya dipindahkan sekali lagi ke wad lain. Wad kecil, seorang sahaja. Disebabkan Saya dh merana semalam, dengan rela hati saya setuju. Dan Saya ditolak ke wad lain pula.. Dan tinggallah saya di situ sehingga 30Mac, Rabu, apabila saya dibenarkan pulang..

Disebabkan wad seorang tu, toiletnya di dalam saja, pernah saya cuba untuk ke toilet sambil berjalan. Saya duduk di birai katil, berpaut pd meja makan, dan berdiri.. Excited sebab dah mampu berdiri, saya pun berjalan menuju ke toilet. Baru sampai di pintu toilet, mak masuk.
"Eh, boleh ker berjalan nie?" Memang nie 1st time saya cuba untuk berjalan.. Dengan Mak membantu memegangkan meja supaya tak bergerak, saya terus masuk ke toilet.. Dan dan saya pitam.. Terus rasa susah nak bernafas..

Terpaksa panggil nurse, amik kerusi roda bawa saya keluar dari toilet, dan baring semula ke katil.. Alahai..Sampai pitam..Pengalaman pertama berdiri dan berjalan selepas operate..hehe

Mak mentua saya balik dari Umrah hari Isnin. terus datang dari KLIA bersama Busu(adik MIL) dan Pak Usu. Tima kasih Mak.. Letih2 pun sanggup terus datang jenguk saya..

Buat Pak Ndak, Ayah Tam (betol2 mengingatkan saya pada Arwah Abah), Cik, Makngah, Mimi, KakSu, Athirah, kawan2 mak, jiran2, terima kasih kerana sudi melawat saya..

Abang dan Kak Suri, terima kasih juga, selalu menghantar makanan dan minuman untuk saya..

Cik Abang, terima kasih kerana sudi mengambil cuti untuk menemani saya.. (Berapa ari ek?)

Dan teristimewa, buat Emak, Fatimah Mohd Ali.. Menjaga saya seolah saya baru lahir ke dunia.. Menyuapkan makanan dan minuman.. Menukarkan lampin pakai buang.. Mengelap badan.. dan segalanya yang Mak lakukan.. tak termampu Ngah nak membalasnya...
Petang Rabu saya pulang ke rumah, bermulalah episod di rumah pula..

Dijaga dengan penuh kasih sayang...

tata

Thursday, May 19, 2011

Operation At HoSHAS ~~Part 2

Saya di 'injek' dgn IV pd jam 330 pagi, setelah memberitahu nurse yang saya masih belum di IV walaupun dh nak kena operate kul8 kang.. Punyalah nurse kelam-kabut time tu. Saya tau, dorang takut kena marah dek doktorla tu..hehe

Datangla sorang doktor lelaki, tak ingat nama dia sbb hati tengah nervous bila mengingatkan operation, tgh risau jugak kenapa Cik Abang yg janji nak bertolak dari Bentong kul3pagi (walaupun saya xberapa setuju nak drive malam2 camtu) xsampai2 lagi... Doktor pun cocok kt tgn kiri saya.. Dok jarum besar gabak tu dicocok, datang nurse, "Doc, ambil darah untuk check Hemo terus yer" Adodododoiiii... Terus Doc geleng kepala, amik picagari, sedut darah dari situ..

"Tadi xcakap nak darah, kalau x, boleh amik kat lengan jer..Dah cucuk kat sini, kita amik darah kat sini jerla yer.." Kata Doktor tu menyenangkan ati dia dan ati saya kot.. Mak saya masa tu gi toilet.. "Untuk apa darah tu Doc?" Soal saya busy body..huhu.. "Untuk count hemoglobin. Sebelum operation, memang kena buat nie.." OOoooo... Now I know..

Lepas dah di 'injek' lagi di tangan kanan pula, dan diletakkan air yg sepatutnya abis dalam 12jam, tp sbb dh lambat psg, wah, ada dalam 4jam jer ms utk air tu masuk dlm badan! Punyalah laju air tu menitis.. Pastu nurse dok 3-4 kali tanya, "Puasa tak?" "Makan apa2 tak?" Adodoiii... "Saya tau saya kena pose dari kul12malam td... Dan saya tak makan or tak minum since kul10 sebab time tu saya tido dh.. Saya pun dah injek ubat berak dlm *** saya supaya perut saya bersih arini...." Kata saya dalam ati jer..hehehe

Cik Abg saya sampai dalam kul630pg.. Sian, muka letih jer.. Apa tidaknya, baper kali dok ulang alik Chenor-Temerloh-Bentong, mesti lenguh dok drive kan.. Tu pun senyum jer.. Bila saya tanya, naper senyap senyum jer, Abang jawab, "Ntah. Xde apa nak cakap kot.." hehehe.. Saya tau, Cik Abang risaukan saya kan.. Saja xnak cakap..

Datang nurse anta bajuh bedah untuk saya. . Oooo....Sangat seksi..hehe.. Mintak bantuan Abang untuk ikatkan tali di belakangnya... Oohh....Semakin menghampiri saat itu..

Bila nurse datang untuk bagi ubat, untuk orang lain jer sebab saya kan poser..hehehe.. Saya tanya, bila turn saya gie OT? Oh, nampak macam sangat tak sabar ek... Bukan apa, cepat masuk, cepat keluar kan.. Doktor Yusof kata, prosedur normal dalam 2-3jam jer.. Cuma kalau ada komplikasi, jd dalam 4-6jam.. Mau xnervous kan... So nurse tu jawab, "1st kes budak kecik, lepas nie turn awak kot.. Sabar yer.." Alahai.... Lembutnya nurse tu.. Saya suka!!

Then, kul830pagi, saya pun diberitahu supaya bersiap sedia untuk ditolak ke dewan bedah.. Jantung mula berdegup kencang. Sampaikan saya rasa cam telinga sendiri boleh dengar degupan tu.. Mula la mata berair.. Takut... Dalam hati puas berzikir... Allah...Rahman...Rahim...
Pandang muka Mak, "Ngah mintak maaf Mak. Halalkan makan minum, doakan Ngah selamat.." Ooh, xle cakap banyak2, jangan bagi Mak tengok airmata kat birai mata nie!!

Pandang Abang lak.. Salam, cium tangan, Abang cium pipi, moga selamat semuanya... Dan saya ditolak di atas katil tu, laju sungguh oleh 2 jururawat pelatih yg penuh dengan tenaga di awal pagi nie.. -makluumla, dorang baru start shift kul8 tadi..hehe

Terus ditolak hingga ke dalam OT, meninggalkan Mak dan Abang di luar, ati saya sangatlah berbelah bahagi... Kenapa saya memilih untuk dibedah? Kenapa saya tak try alternative lain? Kenapa saya yg mempunyai penyakit nie? Aduhai... Banyak setan dalam kepala.. Shuuuhh... Go away!! saya nak dibedah pun korang nak sesatkan saya lg...

"Orait, now kita tanggalkan baju yer.." Kata sorang nurse (ataupun apa jela keje dia dalam OT tu) lelaki kt bilik transit sebelum masuk satu pintu lagi, just after saya ditransferkan ke atas katil khas untuk OT.. Oohh, menanggalkan baju di depan lelaki? No! Ada nurse pompuan.. Dia bagi arahan jer..hehe.. Pastu tgk IV saya dah masuk darah, nurse lelaki tu pun pintal2 tiub tu, aduuh! Sakit!! "Kena buat gini tuk release air nie.." Kata dia bgtau saya yg tgh menahan sakit. Yela... Lepas tu memang air tu mengalir elok.. Dah siap 1st checkpoint, saya pun dimasukkan ke transit kedua..

"Tunggu sini jap yer." "Ermm.. Sakit tak nanti?" Wah, ada masa lagi nak bersoal jawab bila dah masuk OT. Ini dah melampau! hehehe.. "Ada bius nanti, Jangan risau." Dan dia terus meninggalkan saya.. Ok. Sekarang saya tau, nurse kat dalam OT tak semesra nurse dalam wad..

Dan beberapa minit selepas itu, saya ditolak sekali lagi.. Terus ke dalam sebuah bilik yang sangatlah cerah keadaannya.. Dan kosong di silingnya.. Saya lihat kiri, ada katil tinggi, jauh lebih canggih dari katil katil wad saya. Siap ada alas ala2 jeli kaler ijau lagi. Pandang kanan, ada lak sesuatu yang biasa saya tgk dlm 'HOUSE'. Lampu OT la tu kot.. Datang lg nurse belek2 fail atas dada saya. Datang lak sorang Doktor Cina yg suaranya amatla lembut..

"You ok hari ni? Tak ada demam kan..?" "Takder" Pendek jer jawapan sbb ati kecut dan badan sejuk bangat.. Baju dah xde, ada selimut je, alahai... "Ok, kita suntik ubat dulu yer.." Sambil Doc tu berjalan pergi. Pergi amik ubatla kot sebabnya jap pastu dia datang semula bawak 2 picagari.

"Ubat bius ke nie Doc?" Sekali lagi saya busy body ngan keje2 seorang doktor..huhu
"Tak, nie ubat biasa jer.." Kata doktor tu sambil injek 'ubat biasa' tu melalui salur jarum kat tangan kanan saya.. "Aduh, sakit..." Ooo...Saya bermanja-manja lak dlm OT tu..
"Biasala.. Sakit sikit je nie.. Satu lagi ya.." Ok.. Saya ok jer Doc...

Dan saya sempat berpaling memandang katil di sebelah sekali lagi sebelum saya tiba terasa seperti bermimpi..

~~Bersambung lg... :)

Wednesday, May 11, 2011

Cerita Operation Yg Saya Lalui..~~ Part 1


23 Mac yang lalu, saya telah ditolak masuk ke bilik@dewan bedah tepat jam 9pagi, untuk menjalani pembedahan yg digelar oleh doktor 'Laminotomy @ Right Discectomy'.

^^ ^^ ^^ ^^ ^^ ^^ ^^

Kisah ini bermula pada 17 Mac 2011, sesi temu janji saya bersama Doktor Pakar, Ketua Jabatan Orthopedik HoSHAH, Dr Mohamad Yusof berjalan lancar bila Si Doktor begitu bersemangat menyatakan itu dan ini berkenaan pembedahan yg bakal saya lalui.. Terlalu banyak itu dan ini, ada dan tiada, ya dan tidak, mungkin dan tak mungkin.. Semuanya masuk sekaligus, ada yang melekat dalam memori, ada yang sekadar singgah sebentar, malah ada yang terlepas pergi seperti angin lalu.. Ya, setelah persetujuan untuk melakukan pembedahan dinyatakan, hati dan jiwa saya seolah-olah hilang dibawa angin pendingin hawa yang pergi entah ke mana..

Pagi 21 Mac 2011, Saya bersama Suami tercinta, dan turut ditemani emak tersayang, keluar dari rumah, berbekalkan sebeg pakaian menuju ke HoSHAS, lebih spesifik, menuju ke Unit Kecemasan untuk urusan kemasukan ke wad. Disingkatkan cerita, saya di tempatkan di Tingkat 6, Wad Kenanga 6, di meja no. 6.. Semuanya 6 buat saya pd hari itu.. Dan sesampainya di sana, saya terus diberikan sepasang baju hijau, dengan baju besar dan kain yg besar juga.. Oh, tak sangka, saya belum perlu menjalani pembedahan, tetapi sudah perlu memakai pakaian tersebut!!

Emak berkenalan dengan 2 lagi pesakit yang masing2 ditemani ibu masing2. Saya dan Cik Abang berbual2 kosong, sekadar cuma untuk mengusir rasa hati yang gerun memikirkan pengalaman pertama menjadi penghuni wad.. Datang 2orang nurse ditemani 2 orang doktor mengambil butir2 diri dan input yg diperlukan.. Kemudian datang lagi seorang nurse membawa sedulang peralatan, yang pastinya alatan untuk 'menebuk' kulitku.. Doktor Nor Azreena,lulusan universiti Russia, walaupun masih dalam tempoh praktikal, begitu cekap mengambil darah di lenganku yg tembam ini.. Oh, bukan 1 picagari, tetapi 2 ya kawan2.. Banyaknya darahku diambil untuk diuji..

Tengahari menjelma, sampailah masa saya untuk merasa makanan hospital yang digeruni oleh para pesakit.. Tapi, saya belum layak digelar pesakit, so saya amat menikmati ayam goreng kicap dan sup sawi itu.. :)

Menjelang petang, emak dan Cik Abang saya pulang ke rumah meninggalkan saya keseorangan pada malam pertama saya di sini.. Sebelum saya lena, masih ada ujian yang perlu dilalui.. X-ray perlu dilakukan di bilik X-ray yang jauh di tingkat bawah. Dan nurse sudi menolak saya yang sihat ini menaiki kerusi roda di sepanjang jalan!! Hehehe.. Memang saya enjoy menjadi seorang pesakit yang belum merasa sakitnya lagi..

Sebelah malamnya, 2orang nurse pelatih datang untuk melakukan ujian ECG pula. Dan saya tido dengan 6 kesan 'love bite' di dada.. Oooppss..hehe

22 Mac 2011, Seawal jam 6pagi, nurse telah tiba memberikan ubat, menukar cadar dan memberikan pakaian baru untuk ditukar.. Sarapan hanya tiba jam 830 pagi. Dan saya meneruskan jam2 yang berlalu dengan berbual2 dengan seorang ibu yang menjaga anaknya..

Tengahari, emak dan Cik Abang tiba, mengisi kekosongan jiwa yang dirasai.. Sepanjang pagi menunggu apakah lagi ujian yang perlu dilalui tetapi semuanya kosong sahaja. Sepatutnya saya perlu pergi berjumpa dengan Pakar Anesthetic. Cik Abang saya yg semalamnya balik ke Bentong, datang semula dengan membawakan durian dari kebun Ayah (FIL). Sebelum berpantang, saya makan jgk 5-6 ulas durian, selepas salin baju dan curi2 keluar ke parking lot untuk makan.. Nak makan banyak, nnt kena gie jumpa Doktor anesthetic, berbau durian pulak.. Ye tak..hehe

Dalam kul2, Cik Abang saya dah balik. Emak stay lagi la.. Baru nak lelapkan mata, barulah datang nurse nak ajak saya gie jumpa pakar anesthetic tu.. Bilik doktor kt sebelah dewan bedah jer. Nampaklah 2-3 orang yang kuar masuk dewan bedah. Gerun bila memikirkan, saya lak yang akan ditolak pagi esok.. Doktor menerangkan tentang prosedur pembiusan esok. Ubat bius akan dimasukkan melalui tiub terus dalam salur darah. Salur oksigen akan dimasukkan ke dalam trakea (ye ke) untuk memudahkan saya bernafas semasa saya sedar sebelum diberi ubat bius.. Ok, saya faham segala penerangan, dan saya dibenarkan untuk kembali ke wad semula..

Emak menemani saya malam ni. Sebagai persediaan esok pagi sebelum pembedahan..
Dan salur IV masih belum dicucuk ke lengan saya lg...

~~To Be Continue~~

Monday, May 9, 2011

iBU rATU hATIKU...

Selamat Hari Ibu buat emak tersayang..

Bakti dan jasamu takkan pernah dapat kubalas..

Tiap titis susu yang menerobos ke tekakku kini subur mengalir..

Halalkan segalanya darimu buatku Ibu..

Semoga dirimu bahagia dan sihat sejahtera sentiasa..

Tak perlu Disangkal lagi..

Pink Diamond), url(Pink Diamond), auto;}