Mukasurat Extra

Terjalinnya Ikatan..

Daisypath Anniversary tickers

Jom Main klik-klik-klik

Followers

Saturday, January 23, 2010

Terasa Sunyi..


Bila membaca tentang 'baby'..
Bila berbicara tentang kekawan yang dah ber'baby' dan akan ber'baby'..
Bila tengok dengan geramnya semua stuff 'baby'...
Terasa sunyi..

Hehehehehe...

Bila orang tanya, daku jawab :nantilah dulu.."
Bila orang tua bising, daku jawab, "kami nak honeymoon lagi.."
Bila kekawan dapat baby lagi, daku kata, "tahniah, productive sungguh ek.."

Hahahahahaha..

Tapi dalam hati..
Dalam jiwa..
Dalam fikiran..

Hihihihihihi...

Belum rezeki lagi..
Usaha belum cukup lagi..
Tak cukup sedia lagi kot..

Hohohohoho...

Alasan..
Alasan lagi..
Lagi lagi alasan...

Ya!!!
Pasti!!

HANYA DIA YANG TAHU..

tata

Sunday, January 17, 2010

Wahai Diri.. Manfaatkan dirimu..


Wahai diri yang berdiri..
Teruslah berlari..
Menggapai cita nan tinggi..
Memuaskan sanubari..

Wahai diri..
Jangan berlengah lagi..
Teruskan mencari..
Harga diri..
Nilai hati..
Agar terus dapat meniti..
Jalan kemudian hari..

Wahai diri yang terus berdiri..
Teruskan tinggi meninggi..
jangan terjatuh janganlah mati..
Semoga kau kan terus dihormati..

Thursday, January 14, 2010

Tuntutan Tenaga Maksimum!!


1. EDITOR MAJALAH SEKOLAH 2010
2. PENGERUSI BAHAGIAN KESIHATAN, JWTNKUASA 3K SEKOLAH
3. KETUA PANATIA ICTL
4. SU 2 BADAN PENGAWAS


Di atas, senarai pekerjaan ku selama 2010 nie.. senarai panjang menjadi AJK sebelum nie dh dipendekkan menjadi 4 tugas BESAR!! Ya!! 4 tugas BESAR!!
Bagi para guru sekalian, pasti memahami, betapa berat tugas seorang guru.. Dan betapa berat tugas itu, ditambah pula dengan kerja2 pengurusan pelbagai bidang, ditambah lagi dengan senario semasa yang memang menuntut tenaga luar dan dalaman guru, apa lagi yang tinggal bagi keluarga??

Bukan daku ingin mengeluh dengan tugas hakiki yang meresahkan.. Yang ingin daku utarakan, hanyalah pembahagian tugas yang tidak seimbang antara guru di sekolah..

Hari ini, tugas daku bertambah lagi.. Menjadi guru Tingkatan pula.. Menggantikan siapa?? Seorang guru yang tugasnya hanya mengajar sahaja.. Di mana keadilan dalam pentadbiran?? Mengapa seorang guru boleh diberikan pelbagai tanggungjawab BESAR pada masa yang sama, ada guru yang boleh bersenang lenang memikirkan P&P yang akan dilakukan tanpa rasa kalut??
MENJADI SEORANG GURU TIDAK MUDAH!!!

Guru amat memerlukan kekuatan mental untuk berhadapan dengan ledakan zaman yang serba canggih.. Mengapa perlu disalahkan guru yang terlepas kata sekali sekala andai anda yang di rumah, tidak pernah meluang masa mencungkil rahsia masalah anak-anak sendiri?? Seorang guru, apabila memandang wajah para pelajar, pasti akan terdetik akan kesusahan mereka datang ke sekolah.. Melihat pakaian yang kotor dan tidak terurus, pasti terfikirkan akan masa panjang yang terpaksa mereka ambil untuk ke sekolah sehingga mereka tidak sempat mengemaskan diri sendiri..

Namun begitu, andai pandangan simpati guru, disambut dengan kata hinaan dan kasar, apa lagi yang mampu difikirkan??

Daku sentiasa merasa sesak di jiwa, apabila terpandangkan titis peluh di muka pelajar, yang kelihatan begitu bersungguh-sungguh melangkah kaki untuk ke sekolah.. Bayangkan, ada pelajar yang berjalan kaki selama hampir SATU JAM untuk sampai ke sekolah!! Siapalah daku untuk mengeraskan hati mengatakan dia layak mendapat kesusahan itu??

Daku terlalu ingin menyelami perasaan mereka, mendalami permasalahan mereka, membantu seadanya mereka, agar mereka yang seolah-olah ditidakkan peluang untuk berjaya ini, akan mendapat satu peluang yang amat cerah untuk menyinar dan membaiki nasib keluarga.. Namun begitu, masa daku amat cemburu.. Bebanan tanggungjawab di pundak merebehkan segala perasaan yang bersarang di hati.. Menjadikan daku seorang bengkeng yang sekadar ingin menghabiskan masa P&P sahaja...

masa takkan dapatku panjangkan lagi.. Namun begitu, daku amat berharap, agar barang siapa yang mendapat tanggungjawab untuk menguruskan sesebuah sekolah, fikirkanlah tentang guru2 yang berkhidmat.. Tolonglah jangan membebankan sesetengah guru yang komited sahaja.. Tanggungjawab pentadbir bukan sahaja menjalankan pentadbiran, malah untuk mentadbir guru agar menjadi lebih efisien dan berguna.. Bukan sekadar dalam P&P, malah bidang2 lain yang ternyata lebih luas dan berguna..

Dan, DAKU BERJANJI.. Walau apa yang terjadi, daku akan mencuba sedaya upaya untuk melunaskan segala tanggungjawab yang diberi. Daku hanya mampu berdoa sekarang, agar daku diberi sokongan yang penuh daripada Suami tercinta, agar dapat menjadi seorang guru yang bukan sahaja dapat dan mampu mengajar di dalam kelas, malah mampu untuk memunculkan insan mulia dari palitan lumpur yang kotor..

InsyaAllah.. Doakan daku... InsyaAllah..

Monday, January 4, 2010

Perjalanan Pulang ke Tanah Rezeki.. 28hb Disember 2009


Ni kisah perjalanan kami dari Pahang ke Lawas.. Agak terlewat dipublish kan tp bagus juga dr xada terus..

Ni gambar2 dalam ERT dr Gombak ke KL Sentral dan ERL dari KL Sentral ke KLIA..


Yang nie lak, aktiviti mengisi masa di KLIA. Apa lagi kalu bukan ber facebook dan ber blog..

YEY!! Masa berlepas sudh hampir sampai..
Di atas lantai bergerak..(xtau apa nama dia la..)Gambar di tempat menunggu.. Sapa suruh masuk awal sangat, dh kena tunggu lama..
Amik gambar banyak sket..Biasanya tak sempat amik gambar pn..
Alhamdulillah...Selamat berada di atas awan biru.. 1st time rasanya dapat nampak sungai Pahang kt bawah tu..Sebab cuaca baik dan tak silau..
Duduk di depan enjin nie, sakit sket telinga.. Tapi dapat melihat awan yg berkepul2 tu, MasyaAllah...
Mengisi masa lapang sebelum Pramugari2 mengedarkan makanan.. sebab kami duduk depan, jadi dapat makanan awal..hehehe...jangan jeles..

Erm..nie gambar di Hotel Winner, Kg Air, KK. Sesampai di KK, Cikgu Ismadi dengan rela hati menjemput kami.. Dan menghantar kami ke hotel.. Cik Abang terus kuar makan ngan dia, Daku tinggal sorang sebab dah letih sangat berjalan dari pagi..
Sebab dah lewat malam baru sampai, kami rehat betol2 punya.. jam 2petang baru kuar bilik, gi Center point, Makan Kenny Roger n tengok wayang AVATAR, dh malam makan kt Restoren Latifah, then balik bilik n tidur lagi.. Esoknya barulah kami balik dengan menumpang cikgu Ismadi sekali lagi..

Thank you very very very much!!

Jadi, walaupun anda semua mengatakan seronok kami berjalan2, kami tetap rasa tenaga dan duit yg mengalir bukan senang nak dicari ganti..

tata

Sunday, January 3, 2010

24 disember 2009.. 29th birthday..

mengejar gambar2 yg banyak terkumpul dalam laptop, letih daku nak menaipnya.. Kali nie, entry mengisahkan sambutan hari Lahir Suamiku tersayang yang ke 29 tahun.. Dah banyak bilangan umur suamiku nie rupanya...hehehe

Pada tarikh yang daku dh tak ingat, tapi rasanya dalam 23hb 12, Suamiku mengambil keputusan untuk membuat sedikit jamuan makan2 di Pizza Hut. Menunya, mestilah Set terbaru Pizza iaitu Chezzy Crunzh Pizza..(betol ke ejaan nie?) buat pengetahuan semua, dari awal cuti kami nak makan pizza nie, tapi tiap kali pergi pizza cawangan Temerloh nie, selalu waiter dia cakap, "Maaf kak. Chezzy Crunzh dh abis. datang esok boleh?" Aparaa.... esok nak makan benda lain... Mungkin manager branch Temerloh nie kena belajar lagi berkenaan stok2 yg perlu especially masa ujung minggu yg baru kuar gaji..hehe

So, bagi mengelakkan masalah berulang, kami tempah tempat dan pizza sehari lebih awal dan dapatkan guarantee bahawa pizza tu akan ada esok harinya.. Alhamdulillah, dapatlah makan akhirnya...

Niela rupa Hafeeza yang kelaparan.. Pizza xsampai lagi, sup jadi appetizer..
Abang menilik-nilik apa yang bakal di add-on kan..Rusydan yang nampak pening.. Pagi td bergembira di Coco Beach, malam nie pening kepala la tu..hehehe
Kami tetap maintain...walaupun muka letih tu tetap ada..
niela dia yg ditunggu2 selama cuti...Akhirnya dapat dirasai...
berbaloila utk ditunggu..
Abang, Kak Suri dan Hanaan sampai lewat sket. Tapi nasib baik kitaorang pn baru 1 round..huhu
Ummi dan Tok melayan Hanaan yang semangat makan pizza.. Dan semangat menyudu sup cendawan yang Kakak Hafeeza dah makan separuh tadi..
Pizza dah abis.. tengah tggu add-on abang.
Memang si kecik nie suka minum air berkarbonat..
Saya Sayang Datuk Dan Nenek Saya... Dia faham ke apa yang tertulis di bajunya tu??

Selesai makan2 di pizza, kami pun balik ke rumah dan tiduzzzZZ..


Al-kisah, demi anak bongsu kesayangan yang menyambut hari lahir yg ke-29 tahun pada 24 Disember 2009, Mak yang baru habis kerja jam3 petang, datang dari Bentong bersama2 Ayah ke Chenor untuk meraikan tarikh yang hanya datang sekali seumur hidup ini bersama2 Cik Fadhil tersayang.. Selepas maghrib, Mak, Ayah, Cik Fadhil tersayang, bersama2 dengan daku, Emak dan Rusydan yang turut dipelawa bersama menuju ke Tanjung Lumpur, Kuantan, untuk makan Seafood..

Perjalanan menaiki 2 buah kereta, CAQ dan CCC, dengan CAQ dinaiki Mak, Ayah dan Emak, manakala CCC dinaiki daku, Cik Fadhil tersayang dan Rusydan.. Sesampai di sana, pilih kedai dan masuk order makanan...
Inilah keadaan di luar kedai yang menjadi pilihan di sebalik banyak lagi pilihan yang ada..
Keadaan tempat makan.. Borak2 sementara tunggu makanan..
Air jer yang baru dapat..
Rusydan bereksperimen dengan HP baru yg menghabiskan duit jer..
Niela makanan yang telah sampai..banyak tu...
Ada tomyam, sotong sambal pedas, kailan ikan masin, kerang bakar dan telur dadar khas untuk mak yang tak makan semua nie..
tu dia, main dish, pari bakar..huhuhu
Abang di samping makanan yang meraikannya.. eh??
Berlakonla tu...
Semuanya tekun makan.. Emak mmg tak makan banyak.. Tu tengah dok ngabiskan kerang..
Makan Ayah, jangan tak makan..
Birthday Boy!! eh, Man..?? hehehe.. Abang la yang paling kenyang sekali.. Tengok perutnya tu..hehehe
The nite before u turn 29 years and 1 day.. hehehe
Berbincang sebalum balik.. "Nak ikut jalan mana?" "Dah lewat nie.."

Last2, Mak dan Ayah tidur Chenor dulu sebelum balik Bentong awal pagi esoknya...hehehe..

Ermm... Gitula citer sambutan Hari lahir Suamiku Tercinta.. Apa hadiah dariku?? Ermm, gi telek kat blog Abang sendiri ek..hehehe..

ok, nk kejar entry lain lak..

tata

Tak perlu Disangkal lagi..

Pink Diamond), url(Pink Diamond), auto;}