Mukasurat Extra

Terjalinnya Ikatan..

Daisypath Anniversary tickers

Jom Main klik-klik-klik

Followers

Wednesday, October 31, 2012

Tuesday, October 30, 2012

Membaca...:


"Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna"

~Ayat 9, Surah Al-Zumar..

" Bacalah (Wahai Muhammad SAW) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk). Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia menerusi pena dan tulisan. Dia mengajarkan manusia apa-apa yang tidak diketahuinya."

~Surah Al-Alaq, ayat 1-5.

Dari 2 perenggan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa, peranan ilmu amatlah besar dalam kehidupan manusia keseluruhannya.. Tanpa ilmu, kepincangan akan bermaharajalela.. Kepincangan akan menyerlahkan kekurangan. Dan kekurangan akan menerbitkan kesalahan. Manakala kesalahan akan menyebabkan terjerumusnya manusia ke alam kegelapan persis kejahilan yang nyata..

Sanggupkah kita mengalami kembali zaman hitam Jahiliyah??

Kembalilah pada ilmu yang benar lagi membenarkan..

tata


Bebel Siang hari..


Orang kata, kalo dh xde keje tu, memang otak pun jadi kosong..

Tapi camane kalo keje banyak tapi tiba2 blank??


tata

Ermm Hemmm


Dari jam 6.30 pg 30/10, Saya bertolak ke sekolah, itulah kali terakhir Saya menatap wajah kesayangan itu..

Jam 6.30 pg 31/10, sebelum Saya bertolak ke sekolah, wajah itu terselindung di sebalik bantal busuk.

Antara 24jam itu, Saya dengan dunia Saya, dan dia dengan dunianya..

Sekarang, sudah jam 12.30tghari 31/10. Sudah 30jam tidak bersua muka..

Adakah kami berjauhan?? Outstation??

Takpun.. Saya masih dengan rutin harian biasa.. pergi sekolah.. Balik sekolah.. Tidur.. Memasak..

Dan dia pun sama.. I guess.. Cuma dia bersosial usai tamat waktu sekolahnya..

Jam 11malam, selogiknya Saya sudah kemengantukan, dalam kes semalam, ketiduran keseorangan..

Si dia?? Waktu itu, masih bersosial dgn teman (atau teman2??)..

Tidak mengapa, nak cukupkan jumlah jam menjadi 48jam tidak bersua muka pun tak apa..

Saya isteri berdikari. Ditinggalkan selama seminggu pun masih boleh survive. Apa yg susah, balik ke kampung sendirian juga sudah pernah..Apa lagi yg boleh menjadi halangan??

Saya isteri yang rutinnya sama sahaja.. Cuma sedia menjaga masa bersama keluarga.. Sekiranya si dia ingin bersosial, mungkin Saya juga perlu mula mencari teman untuk bersosial..

Kerana Saya tiada teman yg bersosial, hanya kerana wanita2 seusia sudah sibuk dengan anak2 masing2..

Dan Saya masih sendirian..

Tak apa.. Sendirian pun bukanlah terlalu menyedihkan kan??

tata

Langkah Photographer Tak Bertauliah

Niela hasil seseorang yg baru nk berjinak dgn DSLR 2nd hand nya..
Jenuh model dok tercegat tggu encik potograper setting kamera nya..hihi

Macam2 aksi utk percubaan..

Encik potograper pn kepingin nk masuk gambar juga.. hihi

Sila abaikan model bermata lebam itu ya!


Jalan2 sampai lewat malam mmgla best.. Tp, sbb ramai org, malam yg dingin pn tak sedingin mana.. Angin yg bawak awan ujan pun tak terasa.. Last2, terpaksa menapak balik sebab gerimis dah mula turun..


Harus ada gambar kami berdua lebih byk lain kali.. :)


Encik pottograper taktau naper muka saya blur dlm gambar nie.. Puas diekjas, tetap blur jgk.. 


Misi tetap tercapai.. Jalan2 bersama Suami memang terapi mental terbaik..hihi
Lain kali kita gi jejalan lagi ya Bang!!


tata

Monday, October 29, 2012

Memang cari Pasal nih!!

Tuuttttt....

Entry macam marah jer...

Tapi marah2 manjer je..hihihi

Apa taknya, tengok nie..


Siapa dia nie?? Berani landing atas sofa??!!!


Siap jilat2 bulu2 dia lg!! Melampau ni!!


Michi??


Michi Si Ayu naik sofa???

Biar betik??

 Buat aper tu Michi...

Comel nyer Si Comot Michi nie... Muka mencairkan perasaan sungguh.. kan...


Lepak sepenuh perasaan..




Alahai Michi... Kiutnyer SI Michi..


tata

Sunday, October 28, 2012

Jalan2 Kami..


Ke i-City jer pun..
Tapi sbb berdua, kira cm short vacation di hujung mggu pun ok kot..
huhuhuhuuuu

Nampak sangat macam kempunan nk ber'vacation' aka berhanimun berdua..

Takper.. Ujung tahun dahnak sampai..
Selain bz2 pindah rumah nnti (insyaAllah),
boleh plan jln2 short vacation jgk kn.. Byk tempat di tengah semenanjung yg masih belum kesampaian lg nie..

Doakanlah ya!!

tata

Wednesday, October 17, 2012

Anak-anak Kesayangan Saya..


Niela dia, yg dicari tiap kali balik dari seharian berkerja atau berjalan2...
Niela yg dikendong dan dicium2..
Nie la yg diberi makan dan minum..
Nie la yg disayang2...







Makcik doakan Shin, Hima dan Michi sentiasa sihat walafiat, menjadi semakin montel dan comel, 
sentiasa aktif dan gembira, dan bebas kutu.. InsyyaAllah..

tata

Wednesday, October 3, 2012

Jadi Bara, Tidak Membakar Ganas Tapi Tetap Memusnah..



Tajuk dah menceritakan apa yang nak dikatakan..
Apa lg yang mampu dikatakan??

Saya bara?? Atau Saya lara??

Kuikuikuikui

I really need a motivator!!!


tata

Tuesday, October 2, 2012

Meroyan.


Apa yang U olls buat bila rasa2 macam nak termeroyan??

Adakah korang akan menjerit kt tepi pantai??(ala2 drama korea)

Adakah korang akan drive kete laju2??(ala2 citer korea)

Adakah ko akan serang orang tak berkaitan??(ala2??)

^

^

^

^

^

^


Saya nie, disebabkan tak penah lg rasa termengandung, jd tak penahla jugak rasa termeroyan... Ye tak.. Tapinya, termeroyan tak mengandung nie, lg parah rupanya.. Isk isk isk..

"Ubatilah hati yang pedih dengan Al-Quran."

Betol2.. Sebab tu, kalo kita dok dalam toilet or bathroom, macam2 benda kita pikirkan.. Yang bagusnya, masa mandi, otak+badan segar fresh, dan banyak O2 @ oksigen untuk menggalakkan perkembangan dan aktiviti neuron2 dlm otak nie.. Yg tak bagusnya plk, setan iblis memang suka dok kt dlm tu..hohoh000

Saya buat apa bila termeroyan???

Buat aper? Nangis?? Nanti mata bengkak, tak lawa la wehh...

Mandi berjam2 bawah shower tanpa cabut pakaian.. Sekali ngan tudung lak tu!! Kecut abesla kulit I yg tak berapa nk tegang nie.. Lgpun, kalo buat nie, buatnya sampai ajal, xelok wehh....

Silent treatment?? Kalo dh namanya kuat + rajin bercakap, silent treatment nie mmg tak dpt dikontrol..huhuhu.. FAIL!!!!!!!!!!


Kesimpulannya, meroyan nie buat perabih tenaga jer.. Nk pulak bg yg tak penah termengandung nie.. Takde nya orang nk simpati2.. Well, sedar diri tu siapa.. Dahla ma****, nk meroyan2 pulak.. Tak sesuai...

So, kalo nk meroyan, sila jangan bgtau orang, bagitau pd Cinta Yang Satu sahaja.. Sebab Dia jer yang selalu ada untuk kita... InsyaAllah.. 

"Kau tunjukkan aku jalan yang benar, jalan-jalan yang ENgkau redhai..."

Dugaan bukan sahaja mematangkan kita, malah memberikan kita kekuatan yang belum pernah ada dalam diri.. - Saya drive balik kampung sendiri!!!

tata

Monday, October 1, 2012

Teman Pengganti ~~




Lirik Lagu Teman Pengganti : Black ft Malique

Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Ulang *

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

T_T


tata

Memberi, Menerima



Kata2 mutiara bersinar berkata, 'Banyakkanlah memberi kerana lebih banyak kita memberi, akan lebih banyak yang kita terima..'

Tapi Saya kata, ' Memberi pun kena kena pada tempatnya..' h0h0h0hooo

Bukan apa, Saya terfikir, apakah yg berlaku pada saat dan ketika ini, adalah kekhilafan Saya di masa dulu..  Adakah Saya amat kurang memberi, hinggakan pada waktu ini, sangat sedikit yang Saya terima?? Sesungguhnya, Saya memerlukan motivasi diri untuk terus berdiri...

Saya perlukan:

1.   Kepercayaan terhadap diri sendiri yang mampu melakukan apa2 sahaja yg dikehendaki.

2.   Motivasi diri yang tinggi untuk terus melakukan kebaikan dan kebajikan tanpa mengharapkan balasan.

3.   Kesabaran yang utuh agar bisa terus menjalani hidup yang penuh cabaran ini dengan sebaik mungkin..

4.   Dan mungkin Saya perlukan semula bentuk fizikal Saya 5-10 tahun lepas, agar perkara kini takkan berlaku lg... Dah lama, dan memerlukan keazaman yang tinggi, tetapi demi sebuah survival terhadap kecintaan Saya, mungkin Saya sudah patut mulakan lama dulu...


InsyaAllah, Saya berazam.. Hanya Allah tempat Saya mengadu. Hanya Allah yang memahami...

Sesungguhnya yang buruk itu akibat kekurangan Saya sebagai hamba yang tak pernah lepas dari berlaku salah...


tata

Seronok Kena Tinggal???



Kena tinggal???? Saper yg kena tinggal???

Isk, tajuk blog sendiri, haruslah diri sendiri yang kena tinggal babe.. So, sonok ke Cik Daia weehhhh???

-----------------------------------------------

Erkkk... Takder jawapan???

-----------------------------------------------

kuikuikui... harusla takder jawapan.. Naper?? Cik Abg gie hari keluarga, tapi cik isteri kena tinggal.. hahahahaaa... Padan muka.. You deserve it.. hahahahahaaa..

~~~~Ada yg kata, permulaan keretakan sesebuah hubungan adalah apabila pasangan masing2 dah tak kisah pd pasangannya.. Ermmm.. Taknak libatkan diri dengan urusan pasangan, dan berahsia tentang urusan masing2 juga...huhuhuuu.. Adakah ada sesuatu yg U taknak I tgk or nampak Cik ABg??? Oo0000ooo

-------------------------------------------------

Cik Abg takder alasan utk peninggalan kali nie, kecuali katanya, Cameron Highlands dah selalu sgt gie (thn  nie dh 2x), buat aper nk letihkan diri naik bas dr KL dan gi beramai2 plk kn.. (yg thn lps gie 3x dlm ms 2mggu tu apa??)

Lg 1, I nie kan tidur berdengkur.. Haruslah rasa malu kalau tidur dlm apartment yg sama walaupun lain2 bilik...???  (yeke??)

--------------------------------------------------

I memang speechless bila Cik Abg dh buat keputusan.. Yela.. Mungkin jugak, susah nk bersosial kalo ada bini yg gemuk-gedempol -tak-suka-sosial-gedik2-tak-tentu-pasal nie... Sori, I nie CIKGU.. Menggedik ngan laki I je ok.. Bukan ada sesetengah cikgu tu, suka sgt melayan.. 00ooppss

--------------------------------------------------

So, seronok kena tinggal???

^^^^^^^^^^


tata

Tak perlu Disangkal lagi..

Pink Diamond), url(Pink Diamond), auto;}